Friday, November 2, 2012

TROPICANA CITY MALL , KENNY ROGERS SUNWAY PYRAMID, CHATIME, CRISPY POPIAH & STOLEN ! :)

Saje je letak gambar makanan kat atas sekali.. padahal makan ni masa dah nak balik. bukan apa, teruja sangat nak tulis caption pasal makanan. haha.
lama gila tak makan kenny rogers. masa dulu, inilah saat2 yg di nanti. iaitu makan ayam kat kenny. sebab ayam dia sedap kuasa nambelas
kalau makan kat sini, saya wajib amik menu nie. quarter meal. kalau amik half takut tak habis pulak nanti.. :)


kenny rogers kat Sunway Pyramid nie mmg staff dia baik hati sebab letak banyak gila side dish tu. kebanyakkan tempat, letak ciput sangat. adakah hari ini hari yg menggembirakan mereka ? mungkin. hehe. di harap akan selalu mcmni k. barulah ramai pelanggan suka dtg... 

wajib amik muffin perisa vanilla. my fav !
terasa macam kami ni pelanggan pertama yang masuk dalam Tropicana City Mall nie. Haha. sebab awal gila datang. pukul 10 pagi. masa ni msti ramai org tengah sidai baju kat umah kan ? tapi kami dah ada kat sini. kami sidai baju pukul 6 pagi di temani embun pagi*dusta belaka*.

yay ! chatime again... sebulan kot tak minum chatime. rasa macam setahun lamanya. oh kekasihku. aku merinduimu sayang. *motif?*. haha.
sedap sangat sampai tetido. "feel" sangat la tueee..


wajib amik gambar kat tempat parking. nnt mak jemah lupa mana mak jemah letak kereta. haha.
kami terasa yg kami dtg terlalu awal. jadi amik keputusan nak tengok wayang . cerita STOLEN. filem aksi yang WAJIB di tonton. saya bagi 8 bintang per 10. :)


Salute kat makcik ni sebab bagi penerangan pasal breast canser sambil pakai breast tiruan. dah la semua org tengok dia.. dia tunjuk macamana nak tau kita ada canser atau tidak. kami tengok dari atas je.


jumpa seliper rumah gambar panda. haha. sooo comel. *menggeliat sikit. ala2 baru bangun tido sebab kata comel kan tadi.* *motif sekali lagi?*. :D
seliper ni seploh hinggit.. tak beli pun. sebab dah ada kat umah. tapi bukan la gambar panda. seliper hotel je. hehe.


haus la pulak. meh makan aiskrim. jap2, haus makan aiskrim??apakah ?? 
kak dilla tanya, " kenapa u pakai baju macam sotong ?? ". saya jawab "alaa.. trend sotong tengah popular la sekarang..." . bole?




"lepas ni tido pasang lampu. tak elok tido dalam gelap". ini pesanan kak dilla. dan di sebabkan pesanan dia lah saya pau dia lampu tido. sape suh kata macamtu kan. haaa kan da kena belanja. hehe. tq.. suka suka suka. *aksi gedik melampau*.

>
>
>
>
>

tajuk entri nak panjang berjela je kan ? dah macam sinopsis novel. haha. 


setelah selalu pegi shopping kat mines je, kami ingat nak tuka angin. so kami amik keputusan shopping kat tropicana city mall petaling jaya. kami berjaya sampai sini pun hasil pertolongan GPS. tq GPS kalau tak sure tak sampai sini. mesti akhirnya sampai kat mines jugak. hehe.

kami kat sini just tengok wayang je. dalam 3 jam kat sini, kami dah mati kutu. sebab mall dia tak banyak kedai... jadi kami teruskan perjalanan ke sunway pyramid pulak.

yes nasib senang dapat parking kat sunway ni. takde la sampai setengah jam baru dapat parking. parking pun depan entrence nak masuk. mmg rezeki sangat. :)

tujuan datang sini, nak makan dan beli kasut. kasut saya dah boleh di jadikan pemeran kat muzium dah. tu pun org muzium comfirm tak hingin nak amik. haha.  

kasut tak dapat cari. sebab semua takde saiz. so kami amik keputusan untuk beli lain kali jea. hmm xpelah janji dah dapat makan. kenyang perut, senang hati. tak gitu ?? hehe. ok nak balik.

 bai :) 

No comments:

Post a Comment