Thursday, November 1, 2012

SERAI @ EMPIRE SUBANG

berry pavlova yang sangat sedap. 100% wajib untuk di cuba. yang lagi satu menu adalah mushroom & chicken pasta. bagi saya, kena makan dua org sebab rasa dia cepat muak. tapi bukan tak sedap tau, sedap sangat cuma kita akan rasa cepat muak la. sebab cheese dia penuh satu pinggan. kalau yang tak makan dua hari tu boleh la habiskan satu pinggan ni kot. haha.
hiasan kat restoren nie, sangat sesuai untuk sape2 yang first time nak bawak gf dating ataupun nak sambut apa2 keraian. contohnya bday ke anniversary ke, sambil makan kat sini mmg menaikkan keceriaan. yang pasti akan menaikkan nafsu makan korg. tu yang penting sekali. :)
budak baru balik keje di hari jumaat mengidam pulak nak makan pavlova. dah la pakai baju kurung. hehe.
 PAVLOVA KAMI DATANG ! ceh gitu ayat. over sangat. ala sekali sekala mengidam makan kek apa salahnya. ye dak. *makan je tak habis2*. :)

lokasi kali ni kat empire subang. kat restoren serai. nama je serai tau. bukan semua makanan dia ada serai. pelik pulak pulak kang kek rasa serai. *sila saspen*. haha.

kami masuk2 je terus rasa teruja. bukan teruja sebab nampak  remy ishak kat sini, tapi sebab tempat duduk PENUH. alamak. lupa nak booking dulu. erm, tak sempat nak usha line, tetiba staff dia datang. *sambil betul tudung*, cik ada tempat kosong tak ? sib baik staff dia jawab ADA. kalau takde tadi sure kami balik sambil nangis2. *tipu je*.

apa yang saya boleh kata, restoren ni punya hiasan mmg cantik.. romantik gila. makanan pun semuanya sedap. sila lah datang sini bawak rakan taulan mahupun family anda. sure nak datang lagi. :)

anggaran untuk seorang beserta main menu, air dan dessert dalam lingkungan rm50. *masa ni kami kongsi2 je so tak sampai la rm50 pun*.

jo singgah di :-

LG37, Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya.
empire@seraigroup.com.my
+603.5611.3200
 

No comments:

Post a Comment