Wednesday, November 28, 2012

AWAL ASHAARI DAN SCHA AL-YAHYA BERCUTI DI EROPAH :)

Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Bulan Madu-6Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Bulan Madu-19Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Bulan Madu-22Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Bulan Madu-21Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Bulan Madu-7Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Bulan Madu-11Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Bulan Madu-10 
  kedua pasangan bahagia ini telah bercuti bersama di Eropah. Antara destinasi-destinasi yang mereka lawati termasuklah Paris, London, dan juga Istanbul.

Istanbul Aku Datang !!

Tahun depan punya impian nak bercuti ke Istanbul. Doakan saya dapat pergi ke sana yer... :)

p/s : sweetnya dorg ni kan ?? di harap hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke syurga. Amin... :)

MAAFKAN SAYA :)

Banyak yang saya nak update sebenarnya. Di antaranya, saya pegi beli pokok orkid kat agro Bukit bangkong, pastu saya ke IKEA, One utama dan the curve. sambut bday bestfren saya, kak dilla, hmm macam2 lagi lah. tapi malangnya gambar tak boleh nak di edit. bukan la nak ubah muka kepada muka Jlo, huhu, cuma nak letak "nama" kat setiap gambar tue. 


Esok pulak ada kursus dua hari. lagi la ssh nak edit gambar n nak karang ayat merepek kat blog saya nie. di harap semua tak jemu untuk bukak blog saya ni yer.. ye la, nnt bukak2 asyik cerita sama je, lama2 jadi malas plak korg nak melawat blog saya nie.*senyum kambing*.


kursus yg saya kena attend esok, adalah kursus ccsp. kelas untuk front liner mendapatkan sijil yang membuktikan kita ni layak atau tidak untuk duduk di kerusi information. *muka terkejut beruk*. saya mengharapkan segalanya berjalan lancar esok. Amin...



tak cukup lagi dengan kursus ccsp, ada lagi kursus yang menanti. yakni kursus kawin. *tersedak*. ok tipu. sebenarnya kursus announcement. kat angkasapuri... *berdebar2*. 

"minta perhatian.. lari sekarang ke pintu jika tidak saya pijak kaki anda sejuta kali.". . 

kalaulah anncmnt macamni, sure borang complaint melayang2 kat muka. pastu kena buang keje. hahaha...


 
hmm apa lagi yer... ?? rasanya ini je kot... in sya Allah saya akan update secepat mungkin k... sorry sangat2..

ok bai :)

Dosa dan akibat meninggalkan solat lima waktu


SubuhAllah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia.

ZuhurDosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim.


AsarDosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam?

MaghribDosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”

kredit to : ohislam.com 

Tuesday, November 27, 2012

senarai lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 27

Berikut adalah senarai lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 27 yang akan berlangsung pada 6 Januari 2013.


Idola – Azlan & the Typewriter

Pelangi Senja – Stacy
 
Terukir Di Bintang – Yuna

Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee

Ombak Rindu – Hafiz & Adira

Tanpamu – Amir Jahari

Lagu – Bed Room Sentuary

Teman Pengganti – Black & RJ

Ku Akui – Hafiz

Simetri – Hazama & Amy Seach

Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo

Patah Seribu – Shila Amzah

 p/s : saya rasa.. err... sape eh yang menang ?? 
sebab semuanya best2.... apa2 pun jom kita nantikan Anugerah Juara Lagu yang akan berlangsung pada 6 Januari nnt :)

ok bai :)

Monday, November 26, 2012

Amalan-amalan Awal Muharam

bulan muharam  (15nov - 14dec)

Semoga segala Ibadah ini medapat perkenan Allah Yg ESA…
AWAL MUHARAM


Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.


Antara Amalan disunatkan pada bulan Muharram:

Berpuasa.

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.





Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari A’syuura’ (10 Muharram): 


1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadhilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah. Fadhilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.


4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


6. Bersedekah. Fadhilatnya – Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat. Fadhilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”


9. Bercelak. Fadhilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Surah 112; Al-Ikhlas hingga akhir 1,000 kali. 
Fadhilatnya – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di Akhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.”
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Surah 112; Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.


12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadhilatnya – Tidak mati pada tahun ini.


13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa. Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada Neraka.
Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
.

Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa.”
Bersabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada’ (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah” 


Bersabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut.”
Bersabda Rasulullah SAW “Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram” 


Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?” Sabdanya : – ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram – ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram – Diciptakan lautan pada 10 Muharram – Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram – Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram – Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram – Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram – Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram – Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram – Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram – Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram – Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram – Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram – Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram – Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram – Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram – Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram – Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram – Diciptakan Arasy pada 10 Muharram – Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram – Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram – Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram – ” Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang” (Ar-Ra’d:28)
Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yg bermaksud ……`Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yg dahulu mereka usahakan’. Sesungguhnya Allah SWT menakdirkan kebaikan dan keburukan dan sebab-sebab di antara keduanya. Dia-lah yang telah menentukan taqdir-taqdir dan mengatur sebab-sebabnya. Wallahua’lam.
Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari A’syuura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini. 

p/s :insyaAllah saya dan mak akan akan mandi sunat awal muharram malam nie. 

 Mandi Sunat. Fadhilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

kredit to: http://aburabiah.wordpress.com

Wednesday, November 21, 2012

BERKARAOKE & BERBAJU KURUNG....




 Cehh dah macam gaya ala2 mas idayu dah haaa. 

tak pasti kenapa kena nyanyi muka macamtu. hahaha... feel la konon... huhu...
>
>
>
>

kalau nak tau, sebelum kami berkaraoke ni, kami sebenarnya baru je lepas attend kenduri rezza bertunang. rezza ni abang ela yang sulong... tahniah rezza.. kejap je masa berlalu kan ?? ingat lagi masa sekolah dulu. pakai uniform sekolah je tapi sekarang dah bertunang dahh.. motif ayat sadis mcmni ?? haha..

lepas attend kenduri, kami ke rumah ela... ada makan2 sikit.. saya dah makan masa kat umah tunang rezza, so just makan durian je masa kat umah ela ni. saya tolong2 packing nasik ayam yg nak bg ke jiran dan sedara ela,. lepas siap semua, barulah kami ke karaoke. mulanya nak minum je kat madam kopi o.. tapi last2 tukar plan... so final resultnya kami menuju ke mcd... maksud saya depan mcd... tempat karaoke tue. 1 jam 15 hinggit je... dapat bilik bawah... selesa sikit.. bilik kat atas tak berapa selesa sebab bau rokok kuat... tak suka... kat bawah ni kurang sikit bau rokok.. kira boleh tahan lagi la....



rasanya ada sebulan tak jumpa apit. last2 jumpa jugak... tu pun kejap je. huhu... masing2 sibuk.. ela pun dah start keje.. dia keje kat victoria jackson... make up punya company... nnt saya nak try beli... sebab nak dapatkan kad vip dia... ela kata promosi sampai hujung bulan depan je. so sempat la nak beli after gaji nnt.. wahai maybank, come to mama... :D



kami nyanyi satu jam je. ok la dapat jugak gossip walaupun 1 jam .. :) ela selalu nyanyi lagu omputih. saya, lagu indon la as usual, huhu.apit, dia mana2 pun bole. tp selalunya dia dengar je ktorg nyanyi.. ktorg yang akan pilih lagu untuk dia.haha. pelik2 lagu yg ktorg suh dia nyanyi... hehe... tu la sape suh taknak pilih lagu.. kan da kena dera.. :p



first time karoke pakai baju kurung... *jalan sopan santun*. pelik je org tgk. dah kenapa pakai baju kurung ?? *lempang laju-laju*.

bila dah cukup sejam, start enjin kereta, dan balik la apa lagi.... hee.. :)

ok bai :)

Tuesday, November 20, 2012

Diana Danielle mengandung

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil mendapat berita gembira apabila isterinya yang merupakan pelakon popular Diana Danielle disahkan hamil.

 

Berita tersebut dikongsi oleh pasangan selebriti itu menerusi gambar alat ujian kehamilan Diana yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter dan Instagram mereka.
"Hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna. Terima kasih kepada Allah S.W.T.," ucap Diana yang dipetik menerusi laman Twitter.


Bagaimanapun, usaha Kosmo! untuk mendapatkan kenyataan lanjut mengenai berita kehamilan itu gagal kerana Farid dan Diana tidak menjawab panggilan telefon.
Pada 3 November lalu pasangan selebriti itu telah selamat bernikah dalam upacara yang berlangsung di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang.


Majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan pada 30 November ini di Kuala Lumpur dan diikuti dengan majlis di pihak keluarga Farid di Jitra, Kedah pada 12 Disember. - kosmo!

p/s : tahniah di ucapkan.... :)

Saturday, November 17, 2012

AYAT KURSI - PENGHULU AYAT-AYAT AL-QURAN





ayat kursi
ayat kursi

Sebab Nuzul (turun ayat)

Allah s.w.t telah menurunkan ayat ini pada waktu malam, lalu Rasulullah s.a.w  memanggil Zaid bin Tsabit r.a untuk menulisnya .Serentak dengan itu setiap berhala yang ada di dunia ini bergoncang ,segala mahkota yang ada di kepala raja-raja terjatuh , dan syaitan lari bertempiaran  , berlanggaran sesama sendiri . Syaitan berkumpul menemui Iblis lantas Iblis menyuruh mereka mencari dan menyelidik punca berlakunya keadaan yang menggemparkan itu.Akhirnya mereka tiba ke Madinah dan mendapati Ayat Kursi diturunkan.

Kelebihan ayat Kursi

Dari Hasan bin Ali ia berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang membaca ayat kursi di akhir setiap solat fardhu ia berada dalam perlindungan Allah sehingga solat yang lain.
Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :Di dalam surah al-Baqarah  ada satu ayat yang menjadi yang menjadi kepala kepada semua ayat-ayat al-Quran ,tidak dibaca ayat itu di dalam rumah yang ada syaitan di dalamnya melainkan ia keluar daripada rumah itu iaitu ayat Kursi.
Pada suatu hari Saidina 'Umar al-Khattab keluar melihat orang -orang sedang duduk berkumpul ,maka ia bertanya ,"Siapakah di antara kamu yang dapat menerangkan ayat apakah yang terbesar  dalam al-Quran?"Ibn Mas'ud menjawab ,"Anda telah mendapatkan orang yang mengetahuinya , saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Ayat terbesar dalam al-Quran ialah (permulaan ayat kursi hingga akhir)"   (Hadis Diriwayat Marduyah)
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :"Bahawa ayat Kursi ini ialah penghulu ayat-ayat al-Quran dan sesiapa yang mengamalkannya akan terpeliharaah ia daripada bala bencana dan daripada gangguan syaitan serta mendapat pahala yang besar".     (riwayat Bukhari dan  Muslim)
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

KREDIT TO :  nuzulpermatailmu

P/S : dulu saya pernah post satu entri mengenai ayat kursi nie. tapi kali ni, saya nak double post. (ada ke ayat cenggitu?). huhu. sebab entri kali ni lagi banyak info yang saya jumpa setelah mencarinya ke sana dan ke mari. jari saya je la yang ke sana ke mari. badan saya kat sini je.. huhu...

marilah kita amalkan ayatul kursi ni dan jadikan ianya bacaan rutin harian kita...

ok salam :)

Thursday, November 15, 2012

BEKAM DARAH DI RUMAH



(amaran : 18SG. Unsur seram dan ganas yang tidak keterlaluan.). Siap buat amaran lagi.... ye la mana tau ada yang tengah makan ke skrg ni, mau tak termuntah ! kan kan ?? so sape yang tengah makan tu, sila la tutup pc... habiskan makanan tu dulu. kalau tak habis, meh bg saya habiskan.. huhu... 


dah habis makan dah ?? ok kalau dah habis , boleh saya teruskan cerita kita pada hari ini... 


bekam ni abah beli masa dia bercuti kat Sabah. Baru rm50 je satu set... dapat semua kecuali jarum bekam tu. jarum bekam abah ganti dengan jarum yg dia guna untuk amik darah kencing manis.. 


mula2 nak buat, kena urut2 dulu tempat yang sakit tue. mana yang paling pekat warna dia, bekam kat kawasan tue.... sape yang tak berani nak bekam darah, set ni boleh juga di gunakan untuk bekam angin. maksudnya tak perlu nak cucuk2 guna jarum. hanya letak cawan bekam ni dan just pam je.. angin still akan keluar tp kena buat selalu la. kalau bekam darah, cepat sikit result dia. buat sekali je badan dah jadi ringan. tempat yang sakit2 tu terus hilang sakit dia.. ataupun kurang sikit sakit dari sebelumnya. :)


Di antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat :

1.Migrain/Sakit Kepala/Pening

2.Darah Tinggi/Hypertension

3.Gaout/Uric asid tinggi

4.Alergi/Gatal-gatal badan

5.Kencing Manis/Diabetes

6.Sakit Badan/Sakit pinggang /Kebas-kebas badan

7.Sakit Saraf

Di dalam kitab At-Tibbun Nabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadist Nabi S.A.W yang Mafhumnya:

خير ما تدا ؤيتم به الحجا مه

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)
 sapukan minyak sikit kat tempat nak di bekam tu. mak saya sapu menggunakan minyak habbatus sauda

 semasa rawatan, baca al-fatihah, ayat kursi ataupun berselawat. sebenarnya ayat apa2 pun boleh di baca. janji jangan 'kosong'.



Kebersihan wajib dititikberatkan semasa proses bekam dijalankan.
  • Jarum yang digunakan mestilah PAKAI BUANG
  •  
  • Cup bekam yang telah digunakan mesti direndam dan dibilas dengan SABUN DETOL sehingga bersih daripada kekotoran darah.
  •  
  • Bahagian badan yang telah dibekam akan dicuci dengan Wipes Tissues dan Antiseptik untuk mengelak daripada jangkitan kuman.
  •  
  • selamat mencuba
  • ok bai :)

Wednesday, November 14, 2012

BANTAL HIASAN UNTUK DI JUAL :)


  Hiasi Rumah Anda Dengan Koleksi Elegant
Pillow kami,Terdapat Berbagai
Warna Untuk Dimiliki...
jeng3x.... sape peminat bantal fancy serta gorjes kat sini sila angkat tangan ! :)



jangan nak angkat tangan sangat ye yang... sume tgh membaca skrg ni. takde masa nak angkat tangan sume ok...
hehe. ok la saya nak introduce sikit mengenai bantal yang saya post kat entri kali nie.



sume bantal ni untuk di jual kepada anda semua. bantal ni dah banyak terjual. jadi sape2 yg berkenan bantal yg anda nak, cepat2 la email saya. takut nnt di ambil orang. bukan kekasih je boleh di ambil org, bantal pun boleh tau. huhu.. boleh juga di beli pada harga borong. minimum borong adalah 10 unit ke atas. yg ni sangat sesuai untuk para peniaga sekalian.. :) 
design bantal akan sentiasa di update.. 
akan saya update dari masa ke semasa... :)  


 
  bantal ni bukan sahaja untuk hiasan di rumah, ianya juga boleh di hias di dalam kereta dan juga atas pelamin. atas katil pun boleh. senang cite kat mana2 pun boleh. mengikut kehendak masing2. dalam bilik air ?? eerr.. pun boleh... *merangkak masuk longkang*



oh ya, bantal2 ni semua hasil kreativiti kakak saya. hasil tunjuk ajar dari sifu, puan hafidah a.k.a mak saya. hehe. saya tak pandai buat, pandai jual je. haha. sebelum terlupa, kain semua dari kain yang berkualiti. so mmg tahan lama. :)

 
  kalau ada yang berkenan, sila lah email saya di : 
yangsassy87@yahoo.com 
thanks :D
 
Kod : GP 002
Saiz : 18 inci
Harga : RM 62.00(1 unit)

Kod : GP 003
Saiz : 18 inci
Harga : RM 62.00(1 unit)
Kod : SP 001
Jenis : Flower Pillow
Saiz : 16 inci
Harga : RM 52.00(1 unit)


Kod : SP 003
Jenis : Flower Pillow
Saiz : 18 inci
Harga : RM 52.00(1 unit)
Kod : SP 004
Jenis : Flower Pillow
Saiz : 16 inci
Harga : RM 52.00(1 unit)

Kod : SP 005
Jenis : Flower Pillow
Saiz : 16 inci
Harga : RM 52.00(1 unit)

Kod : SP 006
Jenis : Flower Pillow
Saiz : 18 inci
Harga : RM 52.00(1 unit)

Kod : SP 007
Jenis : Flower Pillow
Saiz : 18 inci
Harga : RM 52.00(1 unit)

Kod : SP 008
Jenis : Flower Pillow
Saiz : 16 inci
Harga : RM 52.00(1 unit)

 

Kod : AP 001

Ukuran : 16 inci

Harga : RM 35.00(1 unit)

Kod : AP 002

Ukuran : 16 inci

Harga : RM 35.00(1 unit)


Kod : AP 003

Ukuran : 16 inci

Harga : RM 35.00(1 unit)


Kod : AP 004

Ukuran : 16 inci

Harga : RM 35.00(1 unit)


Kod : AP 005

Ukuran : 16 inci

Harga : RM 35.00(1 unit)


Kod : AP 006

Ukuran : 16 inci

Harga : RM 35.00(1 unit)

EP 005 / RM35 (SEUNIT) / 16CM


EP 006 / RM35 (SEUNIT) / 16CM

EP 003 / RM35 (SEUNIT) / 16CM

EP 002 / RM35 (SEUNIT) / 16CM


EP 001 / RM35 (SEUNIT) / 16CM


EP 004 / RM35 (SEUNIT) / 16CM


EP 008 / RM35 / 16CM
pengantaran untuk 2 unit bantal : RM10
untuk lebih dari 2 unit, boleh email saya :)

penghantaran area bangi, kajang dan putrajaya, PERCUMA ! :)

ok bai :)

Tuesday, November 13, 2012

Ada aduan, dail saja talian 03-8000 8000


NAJIB (tiga dari kiri) melawat Pusat Panggilan 1Malaysia selepas melancarkan perkhidmatan itu di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) iaitu sebuah pusat penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam.


Beliau berkata, pusat yang beroperasi 24 jam seminggu termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan diyakini dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
"Saya yakin dan percaya 1MOCC ini benar-benar dapat meletakkan perkhidmatan awam dan kerajaan sebagai sesuatu yang dibanggakan oleh rakyat.


"Saya amat berharap 1MOCC ini disokong dan didukung sepenuhnya oleh semua jabatan dan agensi kerajaan atas semangat kita sebagai satu entiti," katanya pada majlis pelancaran 1MOCC di sini semalam.


Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel.


1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang membolehkan orang awam mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03-8000 8000.


Selain itu, pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03-8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel 80008000@1mocc.gov.my dan laman-laman sosial iaitu facebook.com/myGovernment dan twitter.com/myGovPortal.


Perdana menteri berkata, inisiatif itu akan lebih memudahkan rakyat kerana hanya satu nombor yang perlu diingat selain membolehkan kerajaan mencapai objektif dengan kos minimum.


"Dengan cara ini, kita ada satu perkhidmatan yang revolusionari, tiada tolok bandingan di mana-mana negara. Kita sudah mencapai sesuatu yang di luar jangkaan yang mungkin tidak terfikir oleh kita dan hari ini ia menjadi satu kenyataan," katanya. - Bernama -kosmo!


p/s : boleh la call kalau ada masalah lepas nie. di harap pekerja di sini akan bersabar melayan kerenah pelanggan. sure macam2 soalan akan di tanya nanti. sebagai contoh yg saya penah kena tanya even saya keje kat dalam, : kat luar hujan tak? soalan kedua : cik rasa , petang ni hujan tak kat KLIA ? *waktu soalan ni bukan di masa musim hujan.*. sayalah pekerja kaji cuaca tue... ha lagi satu soalan, berapa no telefon HQ courts mammoth? *ketap bibir*. dengan penuh gigih saya meng-google nak cari no court mammoth. huhu... apa2 pun, tq encik google. :)

pesanan penaja : good luck !

ok bai :)

Monday, November 12, 2012

HAPPY BIRTHDAY ABAH


my fav cake... chocolate indulgence. kalau datang sini wajib order kek nie. lg sejuk, lg sedap. :)


chicken parmigiana. menu baru. saya suka gila menu nie. sebab cheese dia yang melimpah ruah bagaikan puteri. *boley?*. sos dia yg masam manis mmg kena dgn cheese dia yg banyak tu. so xde la muak sangat. sebab rasa muak tu dah ditutupi dengan sos dia. *feeling2 pengacara jalan2 cari makan*.

menu ni nama dia"irish lamb shank". menu fav saya jugak. tp kali ni abah yang makan. sebab dia bday man. nak kata bday boy mcm tak kena pulak. hehe.

>
>
>
>
>
>

Mulanya nak pegi makan seafood. sekali tutup pulak restoren tue. hmm so kena la tuka plan ke secret recepi .nasib awal lagi masa nie.

menu yang saya order, chicken parmigiana. abah order irish lamb shank , dan mak order tomyam kung. saya tak sure mana hilangnya gambar tomyam kung tue. bila tgk balik entri, eh hilang plak gambar dia . ini adalah misteri. *sila seram*.

tak boleh lama kat sini sebab abah ada keje. so kena la balik awal. walaupun biasa2 je sambutan dan xde hadiah, *sorry abah next gaji ok*. huhu. saya tetap gumbira sebab dapat makan.muahahaa..

happy bday again abah. ok bai :)

Sunday, November 11, 2012

SARAPAN PAGI DAN BERSENAM ;)

 

Bihun sup yang sangat menerujakan !! Walaupun bukan saya punya menu, amik bau pun dah terliur tahu. Banyak isi ayam kat dalam dia... dah la mangkuk dia besar. bukan mangkuk je besar, bihun dia pun banyak kat dalam. Tip top condition. :)


Nasi lemak kerang yang menjadi rebutan. kalau datang sini selalu habis. tapi kali ni datang awal. dalam pukul 8pg. so banyak lagi la sambal kerang dia. Bila ada daun pisang kat pinggan, lg la menaikkan lagi aroma dan rasa nasi lemak. betul tak ?? :)


Rambutan GIANT. besar gila.. sayang pulak nak makan. *tp dah selamat masuk perut dah pun*. hehe. Batak sikit la bila jumpa rambutan besar mcmni. siap amik gambar buat kenangan. last2 ngap jugak masuk dalam mulut.. huhu :D


dah selesai menternak lemak, kena la exercise . tak gitu ?? masalahnya, ada ke orang exercise pakai seliper? nampak sangat menipu kan ? so korg jangan percaya la saya nak exercise bagai. hehe. mau termuntah balik nasi lemak yang saya makan tue. haha. seronok tau kalau kat depan umah ada playground yang siap ada tempat senaman sekali... suh kak dilla bersenam, dia tak nak pulak. ish rugi tau depan umah dia je tempat nie... nnt la ada masa, saya nak bersenam dengan penuh semangat kat sini. *baca boleh. percaya jangan*.*yg penting bukan lepas makan*.



ops sebelum merepek banyak2 lagi, saya nak bgtau tempat saya sarapan nie , bertentangan dengan kilang WRP kat bandar baru salak tinggi. kira seberang jalan la. ada satu lorong sebelah kiri, masuk kat dalam tue. kedai dia atas bukit sikit. mmg cantik.. kena naik tangga batu kalau nak ke kedai nie. so suasana mmg ala2 kampung.. sebab banyak pokok2...

kawan2 yang stay dekat area klia boleh la try sarapan kat sini... :)


ok bai :D