Monday, November 26, 2012

Amalan-amalan Awal Muharam

bulan muharam  (15nov - 14dec)

Semoga segala Ibadah ini medapat perkenan Allah Yg ESA…
AWAL MUHARAM


Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.


Antara Amalan disunatkan pada bulan Muharram:

Berpuasa.

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.





Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari A’syuura’ (10 Muharram): 


1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadhilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah. Fadhilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.


4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


6. Bersedekah. Fadhilatnya – Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat. Fadhilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”


9. Bercelak. Fadhilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Surah 112; Al-Ikhlas hingga akhir 1,000 kali. 
Fadhilatnya – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di Akhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.”
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Surah 112; Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.


12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadhilatnya – Tidak mati pada tahun ini.


13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa. Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada Neraka.
Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
.

Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa.”
Bersabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada’ (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah” 


Bersabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut.”
Bersabda Rasulullah SAW “Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram” 


Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?” Sabdanya : – ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram – ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram – Diciptakan lautan pada 10 Muharram – Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram – Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram – Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram – Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram – Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram – Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram – Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram – Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram – Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram – Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram – Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram – Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram – Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram – Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram – Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram – Diciptakan Arasy pada 10 Muharram – Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram – Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram – Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram – ” Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang” (Ar-Ra’d:28)
Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yg bermaksud ……`Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yg dahulu mereka usahakan’. Sesungguhnya Allah SWT menakdirkan kebaikan dan keburukan dan sebab-sebab di antara keduanya. Dia-lah yang telah menentukan taqdir-taqdir dan mengatur sebab-sebabnya. Wallahua’lam.
Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari A’syuura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini. 

p/s :insyaAllah saya dan mak akan akan mandi sunat awal muharram malam nie. 

 Mandi Sunat. Fadhilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

kredit to: http://aburabiah.wordpress.com

No comments:

Post a Comment