Thursday, September 29, 2011

SAYA SAYANG NUFFNANG


hamboiiihhhh kalau bab duit je ko sayang ye?? hehehe...


bukan macam tu.... orang kata tu sambil menyelam minum air... 2 dalam 1. kan kan??? tolong setuju. ini arahan. hehehe... maksudnya dalam pada kita rajin menulis, dapat jugak lah duit sampingan...


apa tu nuffnang ni??

Nuffnang adalah sebuah program buat duit seperti program yang lain iaitu berlandaskan kepada konsep Pay Per Click atau pengiklanan seperti Google Adsense, Bidvertiser dan beberapa program PPC yang lain.

Nuffnang memberi kemudahan pengiklan untuk mengiklankan produk mereka di blog-blog yang mendaftar dengan Nuffnang.


Antara pengiklan yang yang mengiklankan produk mereka ialah:

secara purata dorg akan bg 25 sen bagi 1 click iklan. ni apa yang sy dapat lah. saya rasa blogger yang top2 tu sure dah berlambak2 kan duit bg 1 click. ntah2 rm2. wahhh rezeki2... sape nak bg??nuffnang jugakkkk ;p


ermmm minggu lepas saje check, saje bukak balik akaun nuffnang, ALHAMDULILLAH.. dah boleh cash kan.... =)


ingat nak la try cash kan tapi...... better simpan dulu kan?? kira macam simpanan lah.. berapa tu biarlah rahsia... hehe.. tapi tak lah sampai boleh beli samsung galaxy s 2... tu dah banyak sangat tu... =)


dalam pada hobi suka menulis ni, dalam masa yang sama dapat menabung jugak... happy dengan NUFFNANG. sayang dia... kita couple jom nuffnang?? *tetiba. haha.

Wednesday, September 28, 2011

mari menyanyi dan tekan butang SAVE













aiyaaaa bila dah buat sampai abis, sekali lappy hangggg.. bukan hanggg tapi henggggggg... seng henggg.... sabo yang.... tabahkan hatimu... lepas ni kena sentiasa SAVE... ok save dah... lepas ni habis ayt rangkap pertama, SAVE lagikkkk... ok SAVE. dah2 cukup2 kang ada jugak yang kena tembak dengan painball sebab asyik tulis SAVE je.. hahaha...

berbalik kepada cerita asal.... lama dah tak hang out bersama2 dengan kak ija... ada lah 2tahun kot?? kan kan??? ye la shift pun dah tak sama kan... kami pergi ber4. saya, kak ija, ell dan juga kak fiza. kak fiza yang kecil molek...



sampai dalam pukul 1030 pagi. awal kan?? sebab nak dapatkan pakej yang murah tu.. dengan makan semua adalah rm20 sorg. 3jam dapat melalak dalam green box klang nie. banyak jugak nyanyi.. lagu dinda di manakah kau berada pon ada jugak. lepas tu lagu madu di tangan kananmu, racun di tangan kirimu, lalalalala~~~ banyak la n panjang lirik  dia tak ingat dah...



bab makan la yang paling seronok sekali kan... kami semua order lamb chop. kambing chop... ayyooo sangat menarik sebab warna warni... macam pelangi dah. rasa macam makan pelangi je. apa lah rasanya yer.... bukan rasa pelangi la tapi rasa lamb chop nie.. hehehe... ok just FINE sebab kuah tak banyak. dan masin sikit...  lapa punya pasal LICIN jugak.. hahaha....

tak lama pon kua kali nie sebab semua ada hal nak balik awal... dalam pukul 2 dah gerak balik semua.... nanti kua lagi tau.. ok jom kita tekan butang save.... =)

Saturday, September 24, 2011

Tulang rusuk Adam yang hilang

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri.

Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam.

Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik.

Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga ♥

Tuesday, September 20, 2011

MINUM PETANG @ NOOODLES =)

Wantan dry... mmg pebret saya niehhh... kalau makan kat sini mesti nak order... lemak berkrim rasa dia... sedap sampai menjilat meja... wahhh bukan main lagi dia punya perumpamaan.. haha...

sampai dua ye air ko yang??? haus betul ni??? bukan2 tu kak lyn punya ok bukan saya punya... hehehe... air mango & air orange.

mee udang. datang sini mesti nak order menu nie... pebret saya jugak nie... huhuhu...

kak lynn... tango charlie, papa 3... yes go ahead.... ni nak ajak makan nie. cepat2.. hahaha.. mampos kalau panggil kat set macam ni... mau kena surat.. haha...

jom makan petang! mana lokasi kali ni??? jeng3.... noodles kat klia satelite terminal... kebetulan keje kat sini. so yang paling dekat dari kaunter kat sini la mana lagi... lgpun dapat 50%!! ingat kan 40% sbb dulu 40% jer.. tak tau lah kalau manager dia saje baik hati nak bg lg 10% kan?? hehe...


makan pukul 5 sbb dah lapar. padahal da sental nasi beriani sebelum g keje tu.. hehe. apa leh buat dah hobi pun makan kan...


sampai sini terus order... cepat betol dia punya servis! 10 minit da sampai semua. ke ada kat dahi tulis KAMI LAPA. hahaha.. sampai je.... baca doa, & makan r apa lagi... borak2 gossip2 gurl kejap, burrppp alhamdulillah... kenyang...


rehat pun tak boleh lama, so kena la makan cepat2.. sib baik tak tercekik udang seketul kat anak tekak.. hihi... next minum petang mana geng2?? to be continue... ;p

Monday, September 19, 2011

CHANEL TAPPER memiliki lidah manusia paling panjang di dunia.

CHANEL TAPPER memiliki lidah manusia paling panjang di dunia.


LOS ANGELES - Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.

Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai

"Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi," katanya.

Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya. - kosmo!

Sunday, September 18, 2011

Kak Nolly Bertukar Status! =)

Adik sedara sy, Hanis & Olah.. Sorg keje kat Digi ( nak topup free <--- iklan), sorang belajar lagi tapi tak ingat kat mana.. huhu...

kiri----- saya ketika berumur 52 tahun... hehe =)

Mak andam terjun bersama dengan pelanggan. eh? bukan2 bersama dengan kakak sedara yang saya cintai ;p

Kak Nolly dan adik sedaranya yang sangat tembamm.. Baru umur 4 tahun tapi badan da kusss semangat... huhu...


malam---> test mekap ;p


Kak Nolly dah bertukar status?? apakah?? oyehhh... Kak Nolly dah jadi hak milik separuh tunang dia la maknanya... =)


Dekat 6 tahun menjalin kasih, akhirnya mereka bertunang pada 17 september hari tu.. hari Sabtu. Nasib la masa ni mmg rest day. Dapat la datang sini memeriahkan lagi majlis.


Saya gerak ke Muar pukul 3 petang hari jumaat tu. sampai Muar lebih kurang pukul 6 petang. sampai je sana, sy tido kejap sementara nak tunggu Kak Ira & family sampai. Dalam pukul 7 saya di kejutkan dengan kehadiran kak Ira.. Ayyoo apa skema ayat ko yanggg?? hahaha... Lawak lakss. Kak ira sampai je sy terus cakap dengan dia.. kak ira.......... jom makan??? ayat wajib ni....


Ktorg pun apa lagi.. terus pegi dapur... ada pulak laksa johor dengan laksa penang. Di tambah pulak dengan buah duku kepala mu baru tau. Nama baru bagi buah duku. (tak lawak sangat kan?) pagi2 ni lawak tak menjadi. hehehe...


Selesai je makan2 ktorg pun mandi.. Teringin sangat nak mandi kat perigi tapi tak ada pulak. nak jugak rasa macam orang dolu2 mandi. tapi bukan berkemban la... bahaya sbb banyak baby hutan kat belakang umah Kak nolly ni. biasalah, kawasan hutan kan. Nak jadi kan cerita malam jumaat tu, rupanya ada 6 ekor baby hutan berkeliaran kat belakang umah. yang nampak baby ni budak2 bujang. dorg dengar bunyik bising2 ingat apa rupanya ada 6 ekor baby2 ni tengah bersiar2 dan membuat inspection tgh2 malam. lari tak cukup tanah lah dorg.. hahah lawak je dgr cite dorg. siap bagitau petua kalau jumpa benda alah ni kena lari zic zac. maksudnya jangan lari lurus. sebab baby ni boleh lari lurus je. Sebabnya leher dorg ni pendek tak boleh pandang kiri & kanan. gitu yer... petua kali ini.... =)


berbalik pada cerita nak mandi kat perigi tadi... al kisahnya mana la ada perigi... so kena lah mandi kat bilik air biasa.... sib baik tak berebut2 nak mandi.... dapat lah mandi dengan tenang... siram air kat kepala pun rileks2 je.. huhu....


Malam tu ada open house kat umah kak yu.. tapi makanan dah habis sbb ktorg sampai lambat. yang tinggal cuma cekodok jer... tapi apa pun sedap sebab garing. rangup je bila makan. Tak kisah la sebab dah makan laksa penang kat umah mak ngah tadi. Teringat pulak si Fendi a.k.a S. Kubendren.. hahha... ok yang tak payah nak ingat sangat yer!!


Dari umah kak yu sampai umah mak ngah tak lama pun. 10 minit jer. so kejap je la da sampai umah mak ngah balik. =)
malam tu test mekap untuk Kak nolly. Dalam 1 jam da siap sbb Kak nolly nak simple jer... ok tak?? (mata kebil2)... huhu....


Malam tu masing2 dah x larat, terus tido. dalam pukul dua jugak masuk tido... tido dalam aircond, adoiii kejang otot... terpaksa mintak kak nolly tutup sekejap aircond tu.... sambung balik tido... =)


Pagi tu bangun, pegi gosok baju. Terpaksa la beratur sebab kena tunggu giliran kan. Kena amik nombor dulu.... dalam 15 minit tunggu baru la dapat turn kat saya.... sy gosok kejap je pun... huhu....


Lepas tu pegi la mandi... sarapan... makan bihun... dengan karipap... sangat sedap.. admire dengan bihun goreng mak ngah... nnt masakkan lagi ye masa kak nolly kawin.. hehe...


ok pukul 11.30 sesi mekap bermekap pun bermula... saya mekap macam sy mekap kak nolly malam tadi... sama jer... tang rambut kak ira yang tolong siapkan... dalam 2 jam dah siap... pihak lelaki sampai dalam pukul 2 petang. Rasa sedih masa ni sebab Kak nolly da tukar status.. =( tinggal lah saya n kak ira... wuuuuuuu.... T_T


kul 4 majlis semua selesai... Alhamdulillah... pihak ppuan bagi 9 dulang, di balas 7 dari pihak lelaki... Majlis kawin tak sure bila... kak nolly kata lg dua tahun tapi rasanya tak kot... mungkin setahun jer... nway Happy bertunang kak nolly!!!

Thursday, September 15, 2011

MISS UNIVERSE 2011 ---> MISS ANGOLA =)

miss malaysia yang sangat cantik =)

Miss Philippines

Miss brazil

Catalina-Robayo Miss Colombia




Birth Name: Leila Lopes
Birth Date: 1986
Birth Place: Benguela, Angola
Height: 1.79 m (5 ft 10 1⁄2 in)
Hair color: Dark brown
Eye color: Dark brown
Title(s): Miss Angola UK 2011, Miss Angola 2011
Major Competition(s): Miss Angola 2011(Winner)(Miss Photogenic), Miss Universe 2011

Born to Cape Verdean immigrants in Benguela, Angola, Lopes is a business management student in Great Britain, where she was crowned Miss Angola UK on October 8, 2010, the official representative of the Angolan community in the United Kingdom to the 2011 Miss Angola pageant.

Lopes, who stands 1.79 m (5 ft 10 1⁄2 in) tall, competed as one of 21 finalists in her country's national beauty pageant, Miss Angola, held in Luanda on December 18, 2010, where she obtained the Photogenic Award and became the eventual winner of the title, gaining the right to represent Angola in the 2011 Miss Universe pageant, to be broadcast live from São Paulo, Brazil on September 12, 2011.

Tahniah Miss Angola!! Masa ni agak berdebar2 nak tengok sape menang sekali rancangan ulangan daaa kat star world.. hahaha... bila kawan bagitau sape pemenang terus tutup tv & masuk bilik. Bukan tak happy tapi sebab dah tau sape yang menang kan buat apa nak tgk?? dh sah2 boleh tgk kat youtube.. hehe... kat atas ada info dari web

http://shinymeteor.blogspot.com.

tq dear untuk info ni =)


Ada 4 orang peserta yang jadi pilihan saya..

Miss Malaysia
Miss Colombia
Miss brazil
Miss Philippines

Apa pun tahniah di ucapkan kepada Miss Angola... =)

Tuesday, September 13, 2011

HAPPY BIRTHDAY ELL MY BFF =)


pizza papa's... pupu's.. haha.. sedap tak terhingga tapi terpaksa jugak bawak balik. sebab ktorg ni dah tak makan banyak sekarang sejak2 lepas puasa nie... hisff hisfff... hidung mula kembang kuncup. hehehe...

errmmm yang ni kureng sket... sbb macam lembik sangat jer... tak garing...

spagetti nie rasa macam sup cendawan. haha. buat kat umah pon boleh je sbenarnya... huhuhu...





ell ni bday kamu yang ke berapa?? okay yang ke 24.. ye la kita kan sama umur just saya ni tua 5 bulan je dari kamu... hihi....


ell jom la kita g tgk wayang ke, karok ke... ye la hari ni kan bday kamu... jom3???


okay... jom kita nak pegi mana ni?? pegi jj bukit tinggi je la sbb kang pegi jauh2 takut jammed. pastu mesti malam ni nak makan dgn family kan?? oraittt jom!


dalam 40 minit da sampai... kejap je kan??? sampai2 tak makan dulu sbb da makan umah open house kawan mak ell... so perut da kenyang makan nasik beriani.. sampai2 ktorg g beli tiket wayang dulu... cerita HANTU BONCENG. ahahaa best2...


sebelum cite start ada 1 jam masa untuk di habiskan.. apa lagi jom shopping la jawabnya!!


dapat la beli 1 baju, 1 rantai dan cermin mata... alamak ada org marah la ni sbb beli spek LAGI.. hahahaha.. lariikkkkkkkkkk...............


ok penat dah lari sampai kurang berat 2kilo. huhu... sambung balik sbb td iklan larik2 satu jj.. hehehe... dah puas shopping, masanya untuk HANTU BONCENG... beli popcorn dengan air dulu sebab lapa dah masa nie... haha... bila start je cerita dah mula gelak sakan... part yang paling best............. part yang
baby, baby, baby.............. pastu jue aziz jawab BABI!!!... hahhaha serius gelak tak ingat dunia...



habis je crita, mmg kejang la saraf pastu anak tekak berlaga2 kat tekak sbb gelak punya pasal... =) keluar je wayang, perut dah berbunyiii... mak aiii dah lapa ke??? hurmmm jom carik port makan...!


jalan3.... ermmm mana nak g erk??? jom la makan kat papa johns... cara gak tu ;p


makanan sampai dalam 15 minit. kira laju jugak lah kan... lepas dah ngap sambil gossip2, mata sempat la cuci2 sket... jumpa la sorg ni mmg hensem gila tapi sekali LEMBUT da............. adehhhh punah harapan.. huh!


jam pun dah nak kul 8 jom lah kita pulang.. jap lg ell nak makan2 dengan family pulak...
happy birthday ell!!! semoga panjang umo dan murah rezeki hendaknya =)

Monday, September 12, 2011

LUAHAN PERASAAN

Tengok dari tajuk macam serius je kan?? Tapi memang serius pun. Tengok hidung steady je tak ada pun kembang kempis...



meh sini nak cerita sikit... mengenai LUAHAN PERASAAN....


apa yang nak di luah??? BANYAK.... tapi bukan semua yang akan di luah... hanya separuh... atau pun suku...


bermula dengan....


CINTA


Straight to the point... sy ni memang SUSAH GILA NAK SAYANG ORANG.. orang tu maksudnya seorang lelaki yang akan di jadikan kekasih hati, atau pun lebih extreme, SUAMI. TAPI... kalau dia berjaya jadi BF saya maknanya saya mmg sayang dia. ada TAPI lagi yer... bukan semua ex saya sayang... ada yang saya hanya nak CUBA untuk sayang dia. Kalau tak boleh, saya akan hanya berkawan je dengan dia. Ataupun saya tak serasi dengan dia. Sebagai contoh dia BARAN. memang PANTANG saya orang yang baran & nak jeles tak tentu pasal. Bila saya dah sayang, memang saya akan hargai dia sangat sepenuh hati... memang susah nak bagi saya sayang tapi once saya dah sayang, perasaan tu memang betul2 ikhlas dari hati saya....


KAWAN


Bagi saya, kawan yang baik adalah kawan yang tak tikam saya dari belakang, dan dia akan simpan rahsia saya sampai MATI. Sebenarnya banyak definisi KAWAN BAIK bagi saya tapi bagi saya, saya akan letak dua benda ni sebagai yang paling UTAMA. Selain tu dia akan ada dengan saya masa susah dan senang. Dia boleh terima keluarga saya, dan juga diri saya seadanya. manusia mana ada yang sempurna kan... Zaman sekarang ni ramai KAWAN yang HIPOKRIT! hakktuiihhh!! depan punyalah baik... macam ustazah pilihan dah. tapi belakangggg... berdarah2 tulang belakang saya kena TIKAM. mengumpat sana, mengumpat sini. apa yang bestnya pun tak tau lah... padahal AKU TAK KACAU HIDUP KAU PON!. Manusia macam ni pun ada kan??? hmmm macam2...


KEHIDUPAN


saya prefer kehidupan yang sederhana... saya mmg jenis hah lantak kau lah selagi kau tak kacau hidup aku, aku tak akan kacau hidup kau... senang je... kan??? ntah la bagi sya, kalau benda tu tak ada kena mengena dengan kita, buat apa nak menyebok?? buat pening kepala jer. baik kita fikir macamana nak perbaiki diri kita untuk jadi lebih baik dari sekarang. kalau yang ada suami tu, lebih baik la jaga suami dari jaga hal orang lain. betul tak?? ha tu ada 2800 orang angkat tangan tu, maknanya betul lah tue =)


MARAH


Sape penah tengok saya marah??

.............."bunyik cengkerik"..............


Sure ramai yang akan kata "yang?? marah???". dan akan tersenyum sbb saya mmg JARANG MARAH ataupun TAK PENAH MARAH. Tapi kan saya ni baran tau sebenarnya... bukan la maksudnya hipokrit, cuma saya JARANG sangat nak tunjukkan kemarahan tue. Mungkin sbb saya ni simple dan tak suka amik sesuatu benda tu sebagai benda serius.. Jenis happy go lucky... cuba tanya my BFF, Kak Dilla atau pun EX's saya, Azman. a.k.a MAN. huhu... dorg ni mmg selalu la tgk sy marah. Baru jeling sikit je jantung dah beralih ke saraf tunjang... over la pulak contoh saya tu kan?? haha... kiranya secara spesifiknya saya ni mmg BARAN tapi akan luahkan bila dah tahap MAKSIMA. sebagai contoh, masa sekolah dulu ada la mamat ni suka kacau saya. masalahnya melampau sangat... mentang2 saya ni jenis malas nak layan, makin melampau pulak ko yerrr??? satu hari tu mmg dah tahap MAKSIMA, saya pegi kat dia, memang dia kena MAKI HAMUN dengan saya, lepas tu meja dengan kerusi kayu yang mmg BERAT tu, saya boleh hiruk pikukkan sampai berterabur 1 kelas.. kira macam kena sampuk dek setan. haa sejak dari tu mmg semua tak penah nak kacau saya lagi dah. Semua dah tau sy ni jenis BARAN tapi sya lebih suka simpan dari tunjukkan.. Harap sangat kejadian tu takkan berulang lagi. Sebenarnya banyak lagi la kejadian2 ganas yang berlaku tapi cuma ni je yang saya exposekan. Ermmm, so far alhamdulillah saya mmg dapat control MARAH saya nie. Cuma kalau dah tahap macam saya cakap tadi, tahap kritikal, memang MELETUP lah macam lava gunung berapi. Kalau boleh mmg tak nak lagi jadi macam dulu, masa dengan exs yang dengan dia 4 tahun tu... pergghhh tak leh nak cite laa masa tu, pantang kena cuit sikit mmg melenting tak ingat! Lepas break up dengan dia tahun 2006, Alhamdulillah terus berubah 100%. Cuma badi2 tu still ada lagi la sikit2. =)


fuh banyak jugak kan luahan perasaan saya??? hanya untuk berkongsi rasa & hanya untuk kita ingat mengingati... salam =D

Sunday, September 11, 2011

BILA PUTUS CINTA T_T

Hurmmm bila putus cinta??? awww pedih, perit, pedas!



Semua mesti penah ada pengalaman PUTUS CINTA kan? haaa jangan tak mengaku. Tipu dosa mati seksa. haha.. Perasaan putus cinta ni merangkumi banyak aspek terutama dari segi perasaanlah kan? Semestinya perasaan yang negatif. yang kalau boleh kita tak nak rasa pun seumur hidup kita. tapi bagi manusia yang tak sempurna pasti akan hadapinya juga. Kadang kala untuk mematangkan kita disamping untuk kita merasa at least SEKALI dalam hidup nie..



Bila putus cinta apa yang patut di buat?? BUNUH DIRI dengan minum racun?? ohhh tidak2 jangan sekali. jangan dua kali, jangan tiga kali. huhu... BALAS DENDAM dengan tikam 30 kali pasangan lepas tu kerat 20?? ohhh jangan2...... apa yang patut kita buat??? jawapan ada di bawah :-



1) jangan ingat segala kenangan manis dengan dia. ingat kenangan pahit je. kalau boleh yang kecik pun kita ingat. dia pakai baju terbalik ke, opss tu kenangan lawak. so jangan ingat yang tu. sbg contoh... dia marah kita, PUKUL, sepak, terajang, hentak kepala kita kat dinding 100 kali, baling kita dari atas ke bawah jambatan Pulau Pinang, eh banyak pulak contoh yer... pendek kata kita ingat yang TAK BEST je la pasal diri dia.. mulut dia bau belacan ke... haaa... kan da benci tuuu... hehe...




2) cari ramai kawan. bukan la maknanya cari SCANDAL yer. harap maklum. kawan untuk kita happykan diri kita... pegi la travel.. Pulau Perhentian ke, Korea ke, Paris... wah paris tu.. Tak tahan.. =)




3) penuhkan aktiviti harian.... contoh tanam tebu... bagi gajah makan tebu tu.... ataupun bukak kilang gula yang di perbuat dari tebu yang u all tanam tu... contoh lain.... penuhkan aktiviti mengingat Allah... solat, zikir dan sebagainya...




4) Lepas putus cinta, 2 saat lepas putus tu di sarankan supaya anda nangis puas2. bagi lepas segala perasaan sedih tu... jangan sampai BUTA pulak ye nanti jd "alaaa kassimmmm"...




5) yang ni part yang paling best! ha apa dia??? ok nak bagitau nie... kita cantikkan lagi diri kita, kurus kan diri kita. kira renovate la.. haha... kalau kita dah CUN, pastu terjumpa plak dengan EX kita yang bangang tu, mau tak menyesal???!! hahahhaa... (gelak kua tanduk).




ok setakat ni 5 je la dulu yer... renung2kan dan selamat beramalll................ =)

Thursday, September 8, 2011

MAIN-MAIN BUNGA API

hahha... tak matching! specs biru, baju merah oren. hehe.
pastu tang jerawat tu yang mahal... haha...

yummmyyy mmg semangat dan panas bontot bila nampak tart blueberry..

Buat "peace" mia... ha.. macam tu la "peace" bagi dia.. hahhaa...
muka confident tu yang mahal. hehe.

buat "peace" wafiyyy... ni lg best.. 5 jari terus.. hehe.. comel je wafiy ;p

mak aiiii garangnya muka.... happy ke tak ni dapat main bunga api?? ke nak main mercun naga baru lompat2 suka, isha??? haha... boleh pulak buat muka ketat yer... tapi masa main bunga api nie siap cakap " isha boleh tulis2 guna bunga api nie.... ( sambil muka ceria belaka).

saya yang kena jadi baby sitter ni hanya dapat main mercun pop-pop. tak ganas betol... cubaan baling ke arah mereka telah di susuli dengan jeritan dari isha yang terkejut. hehe...

Damia... meh amik gambar dengan mak. mak??? kenapa mak?? ye, inilah gelaran saya bagi anak2 buah saya semua. MAK. adoiiyaii... along la ni bagi nama mak. terus melekat sampai sekarang. Lihat dan amati gaya Damia di atas. Suka lak di bergayut-gayut!

Awisy... jangan la bakar banyak2 bunga api tu... tapi saya tau kenapa dia bakar byk2. sebabnya dia rasa yang bunga api tu tak mendatangkan keghairahan untuk dia menghappykan diri dia. eh apa ayat aku ni tunggang terbalik? hahha.. belasah...

my kakak... nak main sekali la tu... konon2 nak jaga wafiy. hehehe.. =)




Ayangggg!!! bangun....! eh mimpi ke apa ni? sapa yang dok panggil2 nie... oh ok. mak rupanya... nak ajak beraya dengan dia & abah. adoii da la baru balik keje malam.. dapat la lelap 2 jam camtu. jadi lahhhh...


Siap2 dengan mata sebelah tertutup. ( tanda mengantok). nasib lipstik tak tenyeh kat mata. lain pulak jadinya karang! haha.


Dalam 40 minit siap, ye la plus dengan mandi sume kan. mekap kejap je. 10 minit da siap. sbb main cincai2. dalam hati berkata2.. " alah... mana ada mamat hot pon"... eh leh lak camtuh??? hihihi....


Dalam perjalanan ke Bangi, rumah along, sempat beraya di dua buah rumah. rumah wan chik & rumah tok anjang. bukan tok telanj*** yer. =) dapat la makan mee kari extra pedas. agak menggelupur jugak lidah masa ni. Dan juga dapat makan tart blueberry.


Bila teruskan perjalanan semula ke Bangi, sempat tido dalam kete. indahnya dunia. rasa macam tido kat umah sebab dapat luruskan kaki seolah2 dia katil. eceh... Dan bila sampai je rumah along.... kami di sambut dengan red carpet. oh jangan kau mimpi ye yang. sambut dengan salaman je yer... hehe...


Lepas tu tgk menu, mee kari lagi. haha. tapi tak kesah pon sebab mee kari along adalah kegemaran saya. sebab bahan dia banyak sangat. ni kalau buat meniaga sure ramai orang datang kedai. meriah dalam mangkuk dengan pelbagai warna. burrrp... Alhamdulillah...


Lepas tu gerak pula ke rumah mak mertua along. tak jauh pun selang berapa rumah jer da sampai. kira mee kari tu tak sampai bawah lagi la... baru sampai ke trakea. adoii biologi pulak keluar..=)

Di rumah mak, sy mmg panggil mak mertua kakak sy "mak". kira da macam mak angkat la... ok da abis explain. sampai umah mak, ada goreng pisang panas dengan karipap. rajin dia gentel2 karipap ye masa2 raya nie... sedap giler sebab makan panas2. Terdengar pulak bunyik bising2 kat luar. rupanya ank buah semua tengah main bunga api... apa lagiii... mesti JOIN!


Sekali kena jadi baby sitter daaaa... ahaha... padan muka. =)
tapi tak kesah pon sebab banyak gelak tgk keletah dorg. macam2 hal.... hehe... bila dah habis main, bila da sepahkan sampah bunga api depan umah mak, anak buah terus lari masuk dalam. aku jugak la yg kena bersihkan. tapi tak bersih semua pun sbb macam seram lak duk luar sorg2. =/


erm, pastu apa lagi... kami pun balikla ke rumah. home sweet home. . sampai umah, baru dapat tido puas2 =)

Thursday, September 1, 2011

HARI RAYA DI MELAKA & PORT DICKSON! =)

 6 orang sedang bergambar di tepi highway Alor Gajah. Hati2 tak pasal2 ada pulak lori treler sesat nanti. hehe.

 Rasanya tema tahun ni kebanyakkannya MERAH kan? saya tahun depan la warna merah kot. hehe.



 bergambar di tol pulak. sebenanrnya gambar semua kitorg amik kat tempat yang sama jer. hehe.


 alamak ni dah kenapa??? hehe... ada2 je gaya nak bergambar kan?? ni kira dalam nada, hah amik kau sape suruh bergmbar dgn anak2 dara kan dah kena penyek. haha.
 mak aiiiii ramainya!! masa konvoi 7 kereta tadi tak nampak ramai. bila dah amik gambar mcm ni baru lah perasan memang ramai rupanya yer?? lebih kurang 30 orang join konvoi kali nie.


adoiii macam2 gaya ada ha.... sekejap gaya naruto, sekejap gaya ultraman. gaya karam singh walia ada tak agak2 nya?? ;p


 anak dara dan mak dara bergabung. Jadilah anak mak dara! hehe...


Kak Nolly!!! gambar sebelum menjadi tunangan orang pertengahan bulan 9 nanti...



 Kak ira dan adiknya. kali ni tak ada adegan penyek2 da...
 aicehhhhhhhhhh... konon nak pandang tepi la... lawak pulak bila tengok balik.. kui kui kui....







Nak ikut ke tak mau?? hurmmm tanya mak... mak kata pegilah lagi pun semalam kan raya kat klia je.. aih mak ni sempat lak perliii.. hahaha... masa ni raya kedua. balik keje pukul 8 pagi. sampai kampung dalam pukul 10.30 pagi. terus mandi & tido. ni wajib untuk cas bateri yang mmg dah low gila nie.



pukul 3petang dah bangun. ni rekod. selalunya lagi lewat dari pukul 3 =) bangun jer dgr sedara semua gelak2. tak leh jadi ni kena join! hahaha... rupanya dorg nak g melaka. tu yang tanya mak td tu... haha....



Ok sebab mak pun bg galakkan membina, sy pun siap2 lah untuk ke melaka. tak larat nak drive, sedara yang drive kan kete. dalam 2jam lebih sampai melaka. kami makan dulu sebab lapa. makan seafood katanya... sedap sebab lapa. gambar tak sempat amik sebab da kebulur xde masa nak amik gambar bagai. haha.



siap je makan kami gerak g melaka river cruise. Mak aii...... ramainya umat tgh beratur nak naik boat. terus tak jadi naik. kami just jalan2 kat situ dan amik gambar beramai2.



dalam dua jam kat sana, kami gerak PD. rumak mak lang kak ira. dorg yg bawak kete lagi sbb dalam kete sy nak tido. ;p sampai PD dah lewat. pukul 12tgh malam. mana taknya sbb hujan kan tu yg terpaksa bawak slow. sib baik maklang sanggup tnggu kedatangan ktorg. buatnya dia da tido?? acanerr? balik je la jawabnya kan... hahaha...



angin punyalah kuat!!! sampai dalam umah langsir2 semua terbang2 di tiup angin... sejukkkk sangat... sempat makan kat umah maklang. rehat2 jap pukul 2pagi gerak balik dalam keadaan ujan lebat + ribut. kali ni sy pulak bawak. yang lain da mengantok. steady je bawak 79.5 km sejam. tak nak genapkan 80 nanti kata laju. haha. nasib kak nolly teman drive pg tu.. pukul 4 pagi kami sampai kampung. Alhamdulillah, sampai jugak dengan selamat.



Tukar baju, pulul 4.30 ktorg semua tido..... penat mmg penat tapi kenangan bersama sedara mara tu yang mahal. mana nak dapat kenangan tu lagi kan? ntah ada lg ke tak raya tahun depan.. Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan tuhan. Di harapkan usia saya masih panjng. begitu juga dengan yang lain. amin... kawan2 semua n pembaca2 semua (bajet mcm ada org bacaa lak, ada kot? hehe) saya nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, kalau ada tergurau kasar, teramik, terrrajang, eh tu tak ada, hehe. apa pun sy nak mintak maaf yer??? Selamat hari raya 2011!!! =)