Sunday, September 30, 2012

KITAR SEMULA. BUAT APA NAK MALU :)

Sebut je kitar semula mesti kita bayangkan orang yang kurang berkemampuan. Bila nak bawak barang2 kitar semula kat tempat dia, mesti ada perasaan MALU. Tapi kan, buat apa nak malu ? bukan kita buat salah pun. Bukannya kita curik lembu jiran pun kan. Sepatutnya kita kena bangga sebab kita telah menjaga alam sekitar di samping dapat duit lebih setiap bulan. hehe.. Kira pakej 2 in 1. :) Lagi pun bumi kita ni dah makin tua. Sampah pun makin hari makin banyak di hasilkan.


Mesti korg semua tak terfikir nak kitar semula barang2 yang dah kita pakai tu kan ??. contoh terdekat, surat khabar, botol mineral, majalah, botol kicap, tin minuman dan sebagainya. Kita terus campak je dalam tong sampah. pastu lori sampah pun amik...


Sepatutnya boleh di hantar ke tempat kitar semula berdekatan rumah korg. Bayangkan kalau setiap minggu dapat rm50, kalau sebulan tak ke rm200 ?? Dapat jugak la topup duit minyak.. 


di bawah ni ada sedikit detail barangan dan harga. boleh cekidaut ! :)

setiap tempat berbeza2 harga. tapi lebih kurang je la harga dorg.

SEBUTHARGA BARANG KITAR SEMULA
Bil
Jenis barang terpakai
Harga perkilo
(RM)
Bil
Jenis barang terpakai
Harga perkilo
(RM)
1
Surat khabar lama
0.20
11
Aluminium mengikut jenis
3.50-4.00
2
Buku-buku dan kertas bercampur (berwarna)
0.15
12
Wayar bercampur gred A
2.00
3
Kertas hitam/putih
0.30
13
Wayar rumah
6.50
4
Plastik 1 (lembut)
0.80
14
Copper (logam)
18.00
5
Plastik 2 (keras)
0.30
15
Monitor, TV,Peti sejuk.
Mesin basuh dan peralatan elektrik yang rosak atau lupus.
Harga boleh runding.
6
Kotak / Kotak minuman
0.20
7
Besi (logam)
0.80
8
Steel (logam)
1.00
9
Zink (tin) (logam)
0.35
10
Wayar bercampur gred B
0.30
Catatan: Harga kertas yang sudah dihancurkan pun sama dengan kertas belum
dihancurkan.

Haaa.. tak ke UNTUNG... selama ni kita main buang je semua barang2 tu kan ??? Saya bersemangat nak start ESOK !! hahaha... ye mmg baru nak start sebab baru nak start la.. hahaa... 

p/s : jangan curik kabel elektrik pulak yer. huhuhu... mulakan dengan barangan di dalam rumah yang tak di gunakan lagi. 

OK BAI :)

Saturday, September 29, 2012

MILO PANAS KAW ! KEJAP ADA, KEJAP TAK ADA :)


Pekena milo panas di waktu pagi mmg terbaik. Betul tak ? lagi2 masa mata tgh nak tertutup. yakni mengantok la tue.. First sebab sedap, keduanya sebab air panas. So saraf2 TERKEJUT.. boley mcm tu ? lempang tengkuk sendiri bertubi2. :p

Air ni nadia tolong belikan kat staff cafe satelite terminal. Sebab dia teringin nak minum teh panas. Jadi saya pun amik kesempatan untuk kirim kat dia. Satu cup ni RM2. bagi saya, mmg tak cukup satu cawan. Sebab cawan dia comel sangat. Kalau dua cawan baru boleh hilang mengantuk. :)

Rasanya tak sampai 5 minit dah habis saya minum satu cawan ni. nak tau satu rahsia tak ? 10 minit lps habis minum, saya MENGANTOK balik ! mmg tak memberangsangkan. patutnya saya kena beli air kat dome. (mmg tak la kan. sebab mahal sgt. tak mampu nak beli. sob sob.)

Ok la memandangkan mata saya dah mengantok sgt2 saya akhiri cerpen saya ni dengan OK BAI :) hehe..


bajet 2013 - 2.7 juta orang bujang dapat BR1M 2.0


NAJIB bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas sesi pembentangan Bajet 2013 di Parlimen semalam.






KUALA LUMPUR - Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua atau BRIM 2.0 akan diteruskan tahun depan dengan golongan penerimanya bukan sahaja membabitkan 4.3 juta isi rumah tetapi manfaatnya diperluaskan kepada 2.7 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas.


Golongan bujang itu akan menerima bayaran RM250 dengan syarat pendapatan mereka di bawah RM2,000 sebulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran tersebut akan dibuat awal tahun depan.

"Hasrat kerajaan memberi bantuan ini kepada isi rumah berpendapatan rendah serta golongan bujang bukan satu langkah populis tetapi manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan secara berhemah," kata beliau yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam. - kosmo!

p/s : gatal pulak tapak tangan kanan saya. hehe. tq PM :)

ok bai :)

Thursday, September 27, 2012

Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Sultan Brunei

Tahniah

Puteri Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah (32) bernikah dengan Pengiran Haji Muhammad Ruzain (28) di  Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien semalam. Dengan satu lafaz sahaja Pengiran Haji Muhammad Ruzain kini sah menjadi suami kepada Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah di dalam masjlis akada nikah yang berlangsung selepas Zohor semalam. Pada waktu malamnya pula majlis resepsi di adakan di Istana Nurul Iman, Bandar Segi Begawan yang dihadiri 1700 orang tetamu termasuklah Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak dan Isteri. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ialah anak kelima Sultan Hassanal Bolkiah dan bekerja sebagai pegawai di Kementerian Kewangan sementara Pengiran Haji Muhammad Ruzain pula ialah penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri. Semoga mereka dipanjangkan joodoh. - blog serius



 



 




 
 


Laporan asal Daily Mail dan TengkuSyah.Blogspot


p/s : memang bertuah sape yang dapat kawin dengan anak sultan brunei nie... betul tak ?? Selamat pengantin baru. Walaupun saya lambat update.. hehe... :)

Wednesday, September 26, 2012

BETUL KE LELAKI LAMBAT MATANG ??

Betul ke ?? Banyak contoh di sekeliling saya.. Ada hati nak bercinta, tapi perangai masih budak2 lagi. Masih lagi merajuk tak tentu pasal, bad mood tiba2, dia je yang boleh gurau kasar dengan kita, tp bila kita gurau sikit, mulalah nak terasa. sampai KIAMAT tak nak tegur lah bagai. HURM..pelik tapi benar. Itu yang berlaku. Umur dah meningkat, tp masih lagi ada banyak sifat2 kebudak2kan. Sebab tu lelaki kebiasaannya di sarankan kawin pada umur 30 tahun ke atas. Pada umur ni baru mereka betul2 matang. Tapi jangan salah anggap,BUKAN SEMUA lelaki lambat matang. nnt ada pulak yang marah saya sebab cakap mcmtu. huhu.

Ini berdasarkan beberapa lelaki yg saya pernah jumpa. Nak kawan dengan kita, pastu bila tak layan, marah. Cuba COOL sikit... Tau tak perempuan ni suka dengan lelaki yang bersifat TENANG dan SABAR?? Bagi saya, lelaki yang matang, adalah lelaki yang sentiasa bersabar dan dapat menerima ketentuan ALLAH dengan REDHA. Tapi bukanlah ni je sebab yang membolehkan seseorang lelaki tu boleh di label sebagai matang. banyak lagi sebab musabab yang lain... Sebagai contoh, lelaki yang kita dapat respect dia walaupun dia muda dari kita. Cara dia bercakap, cara dia bergaul dengan org sekeliling, cara dia BERGURAU dan lain2 lagi. Bila sampai tahap kita MELUAT dengan dia, tu maknanya dah terlalu kebudak2kan la tue. Jadi mana2 yang tersedar yang dirinya masih belum membesar bagai johan tu, apa kata kita sama2 fikir, apa punca kita jd mcmni. Kenapa ramai yg masih anggap kita ni masih belum matang sedangkan umur dah 23 tahun, 25 tahun mahupun 29 tahun. 

Ini peringatan untuk kaum HAWA jugak... termasuklah saya. hehe. ok jom kita sama2 perbetulkan apa yang kurang dalam diri kita nie. Biarlah kita menjadi insan yang di senangi. Bukan yang di benci. Hidup di dunia ni hanya sekali. Jadikan kehidupan di dunia ini, kehidupan yang istimewa. :)

ok bai :)

Friday, September 21, 2012

SHILA AMZAH JUARA ASIAN WAVE 2012

A Malaysian singer, Shila Amzah has been announced as the winner of Asian Wave 2012 that held in China.. She’s competed with other finalists from China, South Korea, India, Thailand, Singapore and Malaysia itself.. She sang three songs: Gemilang by Jaclyn Victor, Grenade by Bruno Mars and a Mandarin song, Zheng Fu by Na Ying that finally led her to be awarded as the Grand Winner of the event.. The winner was selected based on the juries’ points as well as the votes from the fans.. Shila also has been the favourite among fans who love her voice and style.. Malaysia Boleh!
 
p/s : baru je dua hari lepas tgk video Shila kat youtube. dia nyanyi lagu "forever love". tup2 dapat tau dia jadi JUARA. apa lg melompat2 la saya ! ok tu tipu. saya cuma senyum2 simpul jer.. huhu.. apa2 pun tahniah untuk Shila kerana telah mengharumkan nama Malaysia yang tercinta..


kredit to : www.mummynemo.com :)

Wednesday, September 19, 2012

BERKARAOKE DI GREEN BOX JUSCO BUKIT TINGGI KLANG, PET LOVER CENTER& SUBWAY CLUB :)

Semangat ni senyum sampai telinga.. Haha. Eh tipu je mana ada sampai telinga.. Telinga pun tak nampak.. Huuu...
Kerusi urut ogawa. Atau nama saintifiknya, sofa urut ogawa. Hehe... Kami bayar rm1 dapat urutan 3 minit. Ni pun saje je nak try. Dah la depan org lalu lalang. Tp ttp buat muka confident. Huuu..
Masa untuk chatime. Saya la yg sebut "chat time" tu dulu. Buat malu je kan?? Hehe.. Menu faveret saya, chocolate hazel milk tea. With pearl. Pearl tu yg bijik2 warna hitam tue. Sedap :)

Ingat lagi tak patung south park? Yg suka mencarut tu. Haha. Tp dorg comel kan? ;)

Sempat lagi bershopping kat pet lover center. Da lama tak shopping barang kucing. Tak kan la kucing yang nak kua beli belah brg dorg kan? (ok tak lawak). Hehe. Mcm2 jugak beli. Dari mainan, pasir sampai la ke makanan dorg..
3 bulan rasanya tak berkaroke. Dtg awal mmg untung. Kami sampai dalam pkul 11 suku. Dpt refil air dengan 1 main dish yg tiap satu berharga dlm rm15++. Mmg untung. Air ada mcm2 jenis pulak tue. Ada white coffee, black coffee, juice & mcm2 lagi.. Rambang mata nak pilih... Dua org baru dlm rm30++ je.. Kira sorg dalam rm15. Termasuk karoke sekali... :)
Minumnya dua org je, tp gelas sampai 10 bijik. Nampak sgt kuat minum air. Hehe.
Ell lapar. Jd kua dr karoke saya teman dia makan subway. Depan green box jer .. ;)
Tiba2 ada lagu org naik kuda. Teringat gangnam style. Hahaha..





Semangat saya nyanyi lagu rihanna. Umbrella. Ela ela.. Tp lirik tunggang langgang.. Haha.. Banyak jugak lagu kami nyanyi. Ela nyanyi lagu omputih, saya nyanyi lagu indon. Lagu baru, lagu lama semua saya nyanyi.. Lagu tahun bila tah pun saya nyanyi jugak. Nasib ingat lagu dia mcmana.



Adalah 3 bulan rasanya tak pegang mic. Mmg lps gian jugak la hari nie. Haha.. Lps karoke teman ela makan subway. Lapa eh ell. Xpe kami teman kamu. Sebab kami dah kenyang makan dalam karok td.. :)



Lepas je makan, ktorg terus beli barang kucing. Ell guna kad dia, so kami dpt diskaun 30 % off. Sebab bulan 9 ni bday ela. So dapat la diskaun banyak sikit.. Boleh la shopping banyak sikit.. Huhu... Tq ela... :)



Perut dah kenyang, lagu dah di sumbangkan, hehe, apa lg jom la balik... Xde nak buat apa dah kat sini. Nak shopping sgt pun belum gaji lagi.. Tunggu gaji nnt baru boleh shopping. Betul tak ? :)
Sampai sini sahaja update sy kali nie.. Jumpa lg di lain episod. Wah ingat ni sinetron indon ke ?. Huhu..

Ok la. Bai :)

Tuesday, September 18, 2012

WEDDING KAT NOLLY & AKIM @ KLANG


Sedar tak sedar dah 2 minggu kak nolly kawin. tau2 je dah belah lelaki punya wedding pulak.. rasa teruja nak tgk kak nolly. ingatkan tema baju dia hijau. rupanya khemah je ijau. baju dia warna putih. Kami sampai dalam pkul 12.30 tghari. Kami dtg lewat 30 minit. masa ktorg sampai je, dalam 10 minit tunggu, pastu dah start berarak ke umah pengantin lelaki. dalam seminit je berjalan, dah sampai... :)

Lawa pelamin dia. tema hijau dan putih, di tambah dengan bunga tangan warna merah, mmg menyerlah sangat ! suka3x.. :)

Kak dilla pun ada lahhh !! hehe... belah johor tak dapat datang. belah akim nasib dpt datang.. balik2 dari keje malam trus datang sini... hehe. tq sebab datang... *eh ana raffali ke tu* hehe..


Sesi bergambar bersama satu family... adik beradik mak ada 7. tapi yg ada 5 family je. lg dua family ada hal, tak dapat dtg. tp anak2 dah di wakilkan :)


Nak di jadikan cerita, tumit kasut sy terbenam dalam tanah . nasib tak terjelepok depan orang. hahaha.. padan muka diri sendiri... heeee... nasib dapat cover. pastu bar kod kat bawah kasut lupa nak cabut. bukan harga tau. bar kod aje... ;p

Makanan kat sini semua SEDAP. ayam goreng dia mmg marvelesss. nasib amik dua ketul. takde la segan nak bangun amik ayam lg. sebab tempat makanan dia jauh ke hujung. nak bangun amik mmg agak malu jugak lah kan... huhu...

lepas je settle kenduri ni, kami semua bergerak ke umah kak ira. kat shah alam. ada buat makan2 sikit.. ibu & kak ira masak mee kari dengan cekodok sambal ikan bilis.. slurppp terbaek ! semua lazat2 belaka.. lg2 sambal dengan kari tu. nnt buat lagi k ibu :)

dalam pukul 6 saya dan kak dilla gerak balik rumah. ye lah esoknya nak keje pagi pulak. takut tak terjaga je nnt sebab penat punya pasal... dalam perjalanan tu mata masing2 mamai.. nasib selamat jugak sampai rumah.... oh ye, tq Tik sebab OT... :)

to kak nolly n akim, selamat pengantin baru sekali lagi dari saya... semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga ALLAH.. Amin :)

ok bai :)

SOLAT DI AWAL WAKTU :)

HIKMAH SOLAT DI AWAL WAKTU MENURUT SAINS


Sabda Nabi SAW

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

kredit to : muhasabah diri (facebook)

P/s : Ingatan untuk diri sendiri juga... :)

Friday, September 14, 2012

NANDO'S ALAMANDA & APPLE !

Jom ke alamanda teman ela mencari laptop ayah dia. ni tajuk ke ? tunggang langgang ayat. haha. Ela pandai kamu kan. kamu cari laptop yang paling canggih pastu kamu dah dapat agak mesti ayah kamu susah nak guna. pastu dia bg kamu. hahaha. BIJAK tau kamu. guess what ? dua hari lepas beli ni ela cerita kat saya. " yang, ayah kami bg laptop tu kat kami " hehe.. saya gelak sakan masa ni sbb apa yg ela cakap tu jd kenyataan. hehe.

Masa test power laptop Apple MacBook Pro. warna silver. mmg lawa lappy dia. saya pun teruja masa nie.walaupun kedai dia panas. peluh mencurah2 . Sedang tumpukan perhatian kat ela sebab nak cuba lupakan apa yg sedang terjadi. :)

Dalam 15 minit test power ell terus beli sbb ayah dia da bagi duit siap2. kami ke sini untuk beli laptop dan makan. tu je. tak tgk wayang pun. saya makan kat nandos. saya cuma makan ice cream with brownies jer. sebab dah makan sebelum keluar. Lagipun dah makan jamu. so kenyang. :)

dalam pukul 4 kami gerak balik umah dah. lagipun takde pape nak buat kat sini....

ok bai :)

BURGER BAKAR ABG BURN VOL 2 :)



sangat terkejut bila kak dilla msg.." tgk facebook abg burn. dia share blog u !" . wahhh dengan pantas saya carik.. hehehe... bila dah jumpa tu, tersenyum2 simpul saya sorg2 tau. hehe... ye la burger yang sangat2 famous share dr blog saya yang tak seberapa nie.

Cuma bila abg burn panggil cik rina tu, membuatkan saya lg senyum2 kambing. haha. xpe la dah nama blog pun yang rockerina. tak kan nak panggil rock. haha.

hurm... tak banyak nak bagitau cuma saya teruja sikit. hehe...

nnt masa gaji nak makan sini lagi... YIIHAAA :D

ok bai :)

GOODBYE MAIA...



Hahaha. lawak kan apa saya pakai ?? sebab banyak sangat colour. warna warni... ni namanya percubaan yang FAIL ! lepas ni jangan mengada nak pakai warna warni lagi. semua serba tak kena ... :)

masa ni kami anta maia kat KLIA. masa ni dia nak terbang study kat London. InsyaAllah amik masa setahun untuk dapatkan master kat sana.

Belajar rajin2... InsyaAllah jumpa lagi tahun depan..

ok bai :)

Tuesday, September 11, 2012

TOP 100 COMPANIES :)



p/s : Maybank di tangga teratas. sape yang keje kat Maybank tue UNTUNGLAH... huhu.. mmg bonus masyuk la agaknya... TAHNIAH.... :)