Saturday, March 31, 2012

Jenazah Raja Ashman disemadi



NORAINI JANE menyiram air mawar ke atas pusara Raja Ashman Shah sambil diperhatikan Sultan Azlan Shah (duduk dua dari kanan), Tuanku Bainun (duduk kanan) dan Raja Nazrin Shah (duduk kiri) di Makam Diraja Kuala Kangsar semalam.

KUALA KANGSAR - Jenazah Datuk Seri Raja Ashman Shah, 54, (gambar kecil) anakanda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar di sini petang semalam.

Kerabat Diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata mula membanjiri pekarangan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini seawal pukul 4 petang.

Jenazah Raja Ashman Shah tiba di Masjid Ubudiah dengan pedati khas Seraja Diraja berwarna kuning pada pukul 6.40 petang untuk disembahyangkan.

Selepas disembahyangkan, jenazah dibawa ke Makam Diraja yang terletak bersebelahan masjid tersebut untuk istiadat pemakaman.

Talkin dan doa kemudian dibacakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. - kosmo!

p/s : Terkejut dengan berita ni.. Rasanya dalam minggu lepas Almarhum Raja Ashman Shah lalu di bilik VIP KLIA dan pada masa tu saya jaga di kaunter. Almarhum Raja Ashman Shah sempat memberikan ucapan terima kasih.

Salam takziah dari saya kepada keluarga DI RAJA PERAK. Al-Fatihah.