Sunday, July 27, 2014

MAKAN - MAKAN @ ELSTEES CAFE SUBANG JAYA SS15


Perjalanan yang panjang !! nak tau tak kenapa.... nak tau tak... eh paksa pulak suh jawab kann.. huhu... jawapannya adalah... sebab kami SESAT tak jumpa kedai. hahaha. sampai sini mmg lagi 2, 3 minit je nak masuk waktu berbuka. memang haru.. bayangkan kami bertolak dari kampung pukul 5.. patutnya pukul 6.30 mcmtu dah sampai kedai.. tp di sebabkan kami sesat, hampir 730 baru sampai.. habis minyak sebab pusing2 cari kedai makan je. last choice, kami parking kete kat tepi jalan dan jalan kaki cari restoren. dah la puasa, pastu haus nya lagi. mmg mencabar keimanan sungguh. 

di sebabkan stress tak jumpa restoren, kami buat lawak bodoh bagi tak stress sangat. kang kalau ter over marah, batal terus pose. haha. akhirnya setelah ketiak basah a.k.a ketibas, jumpa jugak restoren yg di cari2.. ktorg berpandangan sambil buat muka lega. dapat bayangkan tak ?? hehe..


sempat lagi snap gambar walaupun tercungap2 masa nie.
 *nampak sgt dah lama tak bersenam*. 


restoren yg sedap mata memandang. wah ayat kau... hehe.. lampu kat sini mmg sesuai sgt utk snap gambar. lighting terbaik. :)





ada 1 cerita yg tak best tentang semua air yg kami order. 1st sebab di serve dalam gelas plastik. bukan sy demand nak gelas kaca ke apa, cuma tak sepadan dengan harga dia. RM5 utk air ni dan rasa KLORIN. serius rasa KLORIN. bila kawan kak ira komplen kat sorg staff dia, (lelaki) dia boleh jawab apa tau ? dia jawab, ye ke rasa klorin ?? semua yg minum ok je takde komplen pun. pastu kawan kak ira cakaplah, takkan saya nak buat cerita. cuba lah rasa kalau tak percaya.. tak nak pulak dia rasa kan. bukan apa, kita komplen utk kebaikan, lagipun dia tanya slow2, bukan jerit2 pun. think positif la... anggap benda ni utk kebaikan. mungkin yang tak komplen tu malas nak bgtau sbb dah haus sgt. minum seteguk sampai habis 1 gelas. huhu. dia ada kata nak tukarkan semua air ktorg, tapi cara tanya pun mcm perli2 je. so mmg tawar hati lah kan nak tukar air ke apa ke. mmg tak habis la jawabnya air ktorg tu. 








macam biasa, sesi bergambar dan selfie itu adalah wajib ya. haha. 



makanan dia mmg sedap. cuma air je lah yg kurangnya.. pastu serve pun lambat. xpe kami faham sebab puasa kan.. tak de tenaga n ramai orang... 

seminggu lepas tu ada kawan kami pegi restoren tu balik, n best part, dah xde rasa klorin lagi.. kalau tak rasa mcm minum air kolam yg di tambah perisa je. eh. 

so maknanya uols boleh la makan kat sini... sebab makanan dia sedap.. pastu harga pun berpatutan. :)

ni alamat dia :-

Elstees Cafe
(sederet dengan restoren Pelita)
No 46 Jalan SS15/4C
47500 Subang Jaya

Wednesday, July 16, 2014

MAKAN-MAKAN @ TONY ROMA'S SETIA CITY MALL


Sementara menunggu waktu berbuka, sempat kami berselfie bagai ye kat sini. hehe. cantik pulak pokok kat belakang saya ni kan.. ada lampu lip lap lagi ha... kalau letak kat umah ni cantik jugak. lagi2 dah nak raya nie. hehe.


sup cendawan yang sangat sedap. pekat dan mengenyangkan. rasanya kalau makan ni je pun dah kenyang. huhu.. o ya.. saya beli voucher dari groupon. nak harapkan makan sini tanpa voucher mmg tak tau la tahun bila dapat merasa kan. huhu. saya dapat diskaun 50%. sepatutnya set ni berharga rm80. tapi saya dapat rm40 jer. 1 set ni ada air, main dish n sup. berbaloi kan... :)


garlic bread... puas hati makan dia... set ni akan di sediakan kurma.. 


air ni kami order sebab gedik nak merasa. haha. banyak sgt campur dia. sampai lupa apa bahan2 kat dlm ni. hahaha. yg penting lazat berkrim. :)


Ya Allah sedapnya... dah lama teringin nak makan kat sini.. semua sedap sedap sesap. eh sedap. nampak x kesedapan dia sampai tersalah tulis. ha gitu. mcm biasa tak habis makan. last2 kami tapau. nasib boleh. mcm kerang busuk kami sengih . nak tapau punya pasal. haha.. 




muka lapar dan muka kenyang. cuba lah cari yg mana satu. ke semua muka lapar ? ntahla. saya pun konpius kat situ. hehe. tq bebeh temankan i makan.. nnt teman lagi k... huhu.. 


rasa nak repeat lagi je. ok boleh bukak groupon sekarang.. sape yg xde akaun groupon lagi tu, bole register skrg. sebab mmg berbaloi sgt beli voucher kat sini.. dapat jimat n dapat makan.. bukan makanan je, ada mcm2 lg korg boleh beli. beg, pakej percutian, hotel dan banyak lagi... :)

p/s : saya baru je beli voucher mee maggi... 10 maggie cup rm10 je siap postage. mesti korg cakap mcmni.. "mee maggie pun nak beli online". HAHAHA.. xpe la.. ni buat stok kat opis sebulan. hehe. :D

ok bai... 


Tuesday, July 15, 2014

Jerman juara Piala Dunia 2014 tewaskan Argentina 1-0



RIO DE JANEIRO – Jerman muncul juara Piala Dunia 2014 tewaskan Argentina 1-0 menerusi gol Mario Gotze pada minit ke-113 di Stadium Maracana sebentar tadi.
Pemain gantian Jerman, Mario Goetze menolak masuk kemas satu jaringan cantik tujuh minit sebelum tamat masa tambahan untuk membantu pasukan menewaskan Argentina 1-0 dalam final untuk menjulang trofi Piala Dunia di Stadium Maracana, di sini, sebentar tadi.

Ini adalah mahkota kejuaraan kali keempat untuk jagoan Eropah yang memenanginya hasil satu kelekaan benteng Argentina yang sehingga detik itu bermain baik menandingi baik lawan.
Perlawanan ini seperti mahu menuju ke penentuan sepakan penalti sehingga Andre Schuerrle berjaya mencuri bola dari sayap kiri sebelum melambungkan kepada Goetze yang mengawal bola dengan dada sebelum merembat masuk gol penting Jerman.

Jerman mendominasi kawalan bola tetapi Argentina turut memiliki beberapa peluang termasuk satu yang terhidang depan mata pada minit ke-20 apabila tandukan ke belakang oleh Tony Kroos memberi ruang kepada Gonzalo Higuain membuat penyudahan baik tapi dia menyepak liar.

Lionel Messi bergelut dalam perlawanan dengan kawalan ketat manakala pemain gantian, Rodrigo Palacio nyaris meletakkan pasukan di hadapan dalam babak awal masa tambahan tetapi Jerman akhirnya muncul pasukan pertama Eropah memenangi Piala Dunia di benua Amerika. – Reuters



PENYERANG Jerman, Miroslav Klose menjulang trofi Piala Dunia selepas pasukannya menewaskan Argentina dengan keputusan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Maracana, Rio de Janeiro 


Jerman juara Piala Dunia 2014 tewaskan Argentina 1-0


Mario Goetze


p/s : dia dah ada girlfriend. ok bai :)

Friday, July 4, 2014

Denda RM150 jika sedekah pengemis

SIKAP murah hati warga kota yang tidak bertempat menjadi punca kegiatan pengemis sukar dibendung. – Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Orang ramai di sekitar bandar raya ini yang dikesan memberi sedekah kepada golongan pengemis akan didenda sebanyak RM150 tidak lama lagi.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia bertujuan membendung kegiatan meminta sedekah membabitkan kanak-kanak dan orang pelarian yang menjejaskan imej negara.


Beliau berkata, wang denda itu akan dikumpulkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk disalurkan kepada golongan miskin manakala pengemis yang ditahan pula akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan lain untuk tindakan lanjut. 


“Undang-undang kecil dan prosedur operasi standard mengenai perkara itu akan diperkenalkan dalam tempoh seminggu dua lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan ahli jawatankuasa badan penasihat rumah ibadat bukan Islam di sini semalam.

kredit : kosmo !

p/s : ada baik, dan ada keburukannya.. renung2kan dan selamat beramal.. ;)