Sunday, June 3, 2012

RINDUNYA KAT BUDAK BUNCIT NIE...


Bila ko nak besar ni? aku nak kawin dengan ko la budak buncit !! haha.. adui comel bangat dia nie.. lagi2 bila dia joget kepala geleng2.. pastu kalau makan, nak kena pegang dua2 belah tangan. maknanya kalau makan biskut, nak dua, keropok pun nak dua jugak... semua nak dua. comelkan mcm tu ? sebab tu la dia punya perut buncit ! sebab tamak haloba... hihihi....


perkara yg kiut lg pasal budak buncit nie, dia akan ikut apa yg abng dia buat. (kiut ke camtuh ?). kalau lompat ats katil, dia akan ikut, kalau abang dia jerit, dia akan jerit jugak, kalau abg dia makan, dia nak makan sama. kira nak sehati sejiwa jugak la dgn abg dia... harap abg dia jangan ajar benda bukan2 la kan.. babap daniel ni kang ! huhu... Apa lg eh yg kiut pasal ini budak buncit ?? haaa kalau kita marah dia, jangan harapla dia nak takut. dia akan besarkan mata dia pastu dia buat muka seposen je. muka tak takut langsung. so kita xpayah la marah dia. hanya atuk dia je yg boleh buat dia takut. atuk dia marah sikit je, dia da lari pegi kat ibu dia dengan muka seposen jugak... mintak pujuk la tu..


hmm, dia ni tak makan durian. nama pun budak kecik mmg la xmakan.. heyy sape kata... ada jugak yg makan tau... bijik dgn kulit je xmakan.. huhu... rayyan xmakan durian sbb rasa dia kot.. bila bg je dia msti kuar kan balik dgn muka yg geli geleman.. comel la tuuu. jentik punggung baru tauuuuuu...


pastu dia ni pakai baju msti akan ternaik sampai bahagian dada. sebab dia boroi.. hikhik.... perut tersentil... dari jauh nampak perut dulu... nnt la kalau sy ingat, sy amik gambar perut dia hokkeh ??ermmm da la sampai sini je merepeknya.. nak sambung kerja... k bai :)

Saturday, June 2, 2012

ZIZAN JUARA SUPER SPONTAN !! BAWA PULANG RM100,000 ! TAHNIAH...


short update :-

walaupun saya tgh kerja, sy ttp mengorek sumber untuk pemenang super spontan yg berlangsung pada pukul 10malam td. Juara super spontan saya dah dapat agak. sebab dia mmg ramai peminat.. hehe..

sape lagi kalau bukan zizan... ! dia membawa pulang wang tunai rm100,000 beserta toyota camry. bak satu kereta boleh ?? huhu... TAHNIAH *esok nak tgk kat youtube.*

:)

Tuesday, May 29, 2012

Gaji Nazmi Faiz Sebulan RM300,000?

JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu. - kaki bising.com

ps : untunglahhh kalau betul gaji dia rm300,000 sebulan... Mmg rezeki dan tuah dia... Sgt2 bertuah... Kekalkan prestasi yg cemerlang.. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

WWW 1 milik Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar


KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sah menjadi pemilik bagi nombor pendaftaran baharu kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida pada harga RM520,000.

Keputusan itu diketahui melalui pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam dan boleh dilayari di laman portal agensi tersebut.

Keputusan tersebut turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ Wilayah Persekutuan-Kuala Lumpur masing-masing di Wangsa Maju, Maju Junction dan Bandar Sri Permaisuri.

Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1 (RM202,000).

Selain WWW 1, turut mencatat rekod menerima bidaan tertinggi ialah WWW 3.

Nombor tersebut dibida pada harga RM360,000 oleh syarikat One Power International Sdn. Bhd.

Nombor pendaftaran siri WWW lain yang mencatat nilai bidaan ketiga tertinggi ialah WWW 9 yang dimiliki oleh Aspen Sunrise Sdn. Bhd..

Harga WWW 9 ialah RM350,000.- kosmo!


p/s :daulat tuanku.. :)