Saturday, December 31, 2011

YAHOOO SUNWAY PYRAMID LAH KITAAA....



Tajuk macam yo yo ooo je kan ?? sebenarnya dah tak tau apa tajuk nak tulis kat sini.. rasa macam dah banyak sangat tajuk pasal Sunway... Apa2 Sunway.. sebab kat sini banyak kedai makan... hahaha.. pastu kat sini banyak kedai untuk shopping.. pastu harga berpatutan.. nak shopping kat Pavilion mmg saya tak mampu. masa ni Ell dapat kupon free untuk Subway. Beli satu set subway dapat free 1 lagi sandwish. Tu yang makan kat sini. jimat pun jimat ye dak ?? ;)


Inilah dia sandwish yang free tu.... banyak gila bahan kat dalam dia... meh sini nak bagitau mcmana cara nak beli makanan kat subway nie.. mula2 beratur. kenala beratur kan, jangan potong Q orang. kang kena pelangkung tak pasal2. pastu, pilih nak roti separuh atau panjang. (roti ni boleh di belah dua kalau yang panjang). roti pulak tak salah ada 3 atau 4 jenis. so boleh pilih mana2. lepas dah pilih roti, pilih apa topping yang u all semua nak. dan akhir sekali pilih sos apa yang u all nak jugak. kiranya kat sini mmg menepati selera u all semua la... kalau nak komplen jugak tak tau la. hehehe... topping tu ada byk sangat. termasuk bawang, salad, jeruk timun, buah zaitun, tomato, dan banyak lagi.... lepas dah complete semua step, bayar la.... jangan terus duduk je. hehe...



erm... dah penat berjalan, masa untuk berehat sekejap. mmg suka rehat kat starbucks sbb layanan bagus, pastu tempat pun selesa dan bersih. air dia bg saya ok la sbb sedap. biasanya akan amik yang regular jer. sebab selalu tak habis.


eleh2 dan dan ko nak malu ? haha masa ni ell nak amik gambar sekali ada flash pulak. lupa nak ttp. tu yg tetiba tutup muka. sakit mata. flash terang sesangat!

Dapat jugak charger kan ? penat cari satu sunway. dari tingkat, ke tingkat.. atas ke bawah. lawak sangat masa ni sbb ada yang ktorg tanya kat kedai bb. padahal pakai i phone. tapi kan nasib kedai bb tu mmg ada jugak jual charger i phone. Tapi mahal pulak. rm209. last2 dah tak jumpa, pas duduk kat starbucks nie, Ell pegi cari sorg2 kat kedai machine i phone. dapat jugak... yes! ;)


kami datang sini untuk jalan2 je. tak ada pun niat nak tgk wyg ataupun karaoke. 3 jam berjalan,pastu dua2 dah buntu. barang semua dah dapat. last2 pegi jugak karaoke nak tanya harga. 3 jam dalam rm30. mahal la pulak... terus tak jadi nak karaoke sebab mahal. lagipun nak spend dalam 2jam je kat sini. macam rugi jer. di sebabkan tak jadi, kami duduk kat starbucks aje... ;) sebelum tu, lupa nak cerita. Kak Ira tepon dia tanya, nak tak tiket Vip untk MAHARAJA LAWAK MEGA FINAL ??. Kat Stadium Melawati Shah Alam pukul 10 mlm ni. apa lagi, jawapan dia YA YA !! nak nak!. hahaha.. ok yang tu akan d update dalam hari isnin sebab cabel kamera tak dapat nak connect dengan PC kat sini ;( tunggu ye...

ok bai =)

Friday, December 30, 2011

New F#ckbuddy Text from Catlin

Unbͭelievablͬe love =]
i'm lookͭing for a friend with beͥnefits. i'm a 2͔7/f cutȋe 8-D do u w̆ant to f$ck?...
My usern֞ame iٛs Catlin76 9-)
My profilٌe is here: http://Catlingic.dating-us.ru
TAL̒K S00N!

Wednesday, December 28, 2011

ELLIPS HAIR TREATMENT

Ya mari2... mai2... sape yang ada masalah rambut rosak, boleh beli dan pakai produk nie. setakat ni mmg berkesan la dengan rambut saya. boleh libas2 muka orang. saya mmg suka buat macam tu... kegemaran tuh... hahhahaa... orang lain saya tak tau la, tapi kalau saya, cara nak bukak, saya gigit je hujung muncung tu.. pastikan jangan sampai tertelan sudah la... nnt paru2 pulak yang licin... boleh beli d semua farmasi. harga dalam rm12 untuk 12 biji. saya amik yang rambut bermasalah... seminggu pakai dalam 3x. mmg nampak perubahan... u all bole la try nnt yer... semoga berjaya.... ok bai ;p

BABY BOO ;)

aloh2.. jilat tangan pulak dia. ni masa mandi dia... lagipun boo mmg suka sangat mandi.. owner kucing ni bagitau jangan mandikan dia selagi tak 3 bulan. takut dia mati. jadinya ko mandi sendiri ye boo... takkan saya nak jilatkan pulak....

dia kesejukkan... terpaksa tutup aircond.. guna angin luar je... manja taw...

alamak kantoi pulak banyak rambut saya gugur... hahaha...



hai nama saya boo... saya lahir pada 10hb 10 2011. :)
saya kucing jantan yang suka makan sampai perut bunting 9 bulan.

inilah sedikit details mengenai kucing my bff... masa nak amik boo, kami ke sunway pyramid. amik kat sana. kat Esso. Saya dapat boo ni masa cari kat internet. kat laman pet finder. mmg banyak sangat kucing kat sini. rambang mata nak pilih. saya pilih yang for sale. sebab banyak pilihan dari yang percuma. saya pilih yang jantan. sebab kalau betina nnt cepat pulak buntingnya. kalau jantan, dia yang buntingkan kucing orang lain. saya rasa takde la owner dia nak cari kucing mana yang bertanggungjawab. kan ??
kang kena buat ujian DNA. haha.. #start merepek#



boo ni sangat manja... dia kena ada orang sebelah dia.. kalau tak dia nangis. pastu kalau kena marah pon nangis jugak. kalau makan, nak yang mahal aje. adoii kopak 1 tin kecik rm8. tu masa mula2 la. masa da sebulan jaga, dia dah boleh makan makanan yang biasa jer.




minum kena pakai picagari kecik tu. pastu gatai nak pegang jugak. dah la kuku tajam. adoi calar2 tangan. huhu...



part yang paling BEST bila dia dua kali kencing atas cadar... arghh!! kena la basuh cadar. pastu tinggal kesan warna kuning. busukkkk... hihi.. dalam 3 kali basuh baru hilang kuning tu... nasibb badan.. apa lagi erk... hmmm... ha dia suka berak merata2. tapi pas my bff ajar dia berak dalam bilik air, baru la dia pandai... tapi tak ada la dia mencangkung kan... kang terus masuk dalam lobang. tinggal flush je.. kena kutip kat loji kumbahan pulak.. ohh tak nakkk... kesian dia... so sekarang bilik air tak boleh tutup pintu. kalau tak dia berak depan bilik air....



rasanya itu je kot update pasal boo nie... kalau dia da besar lagi saya update lagi k ;)

ok bai ;)

Sunday, December 25, 2011

GENTING HIGHLANDS DI MUSIM KRISMAS ;)

Masuk je dalam kereta, snap gambar dulu. Tanda muka ceria. Tapi kenapa nampak tak ceria je? Ok sebab lapar. Macam biasa kalau lapar mmg muka tak ceria. Kalau dah kenyang muka macam dapat duit sejuta money drop! haha....
Sampai je kat kereta kebal, ops salah, kereta kabel, cari parking kat tingkat atas. Sebab tau kalau kat tungkat bawah mmg berjanggutlah nak dapat. Turun kereta je, meluru semua keluar. Sempat snap candid gambar org meluru keluar dari kereta. hehehe...



Ini lah lokasi rahsia yang kami tuju dan terus meluru masuk. TANDAS. haha!!




Inilah dia kereta kabel yang dah 2 tahun tak naik. Rasa rindu di dalam hatiku ini ini.. cewaaahh...! Harga tiket untuk kereta kabel ni untuk satu perjalanan rm5. Kalau pegi balik rm10. Jadi better beli pegi balik, so senang la tak payah nak beratur lagi masa nak balik tu. Kat sini, ,masa kereta kabel nak bergerak, ada jugu gambar standby nak amik gambar kita. So mana yang nak simpan gambar kenangan tu bole la senyum lebih. Mana yang tak nak tu senyum kambing aje. hehehe...




mereka beratur belakang sebab saya yang pegang tiket. nanti tak dapat masuk pulak. kena tinggal.. ;)


Macam ni la muka saya masa abang kamera amik gambar. Agak2 muka senyum semangat ke senyum kambing ?? saya tau jawapan anda. senyum semangat kan ?? haha.. ye mmg pada mulanya saya nak beli gambar saya tu bila sampai kat atas puncak. Sekali tgk harga, *mata terbeliak*. rm35 untuk gambar yang kecik aje. saya rasa modal cuma rm5. so mereka untung rm30. kalau 1000 orang yang beli bersamaan rm30,000. wah bestnya meniaga kat sini... huhuhu... ;) (tak beli pun) suruh abg tu buat kenangan je gambar saya tue..

Keadaan kaki saya kat dalam kereta kabel. saje nak bagi goyang2 sbb ada orang gayat dalam ni.. haahhaha *gelak jahat*
Ok siap bangun lagi... nak bagi goyang lebih.. tapi sebenanrnya saya pun rasa gayat jugak.. masa nak duduk balik ni rasa nak tercabut lutut serta tulang keting. fuh * lap peluh*
kami tidak gayat lagi.. lihat muka kami senyum kan... padahal jantung rasa nak gugur di medan perang...

Alahaii.. kenapa tonggek lebih sangat tu... nak memerut pegi la toilet... hahahhaa... ni salah jalan.. kat sini la casino... kat tingkat ats sekali.. bajet kat atas tu ada jalan rupanya atas ni casino. kalau bole masuk takpe jugak. opsss....
Waduh2 apa gambar ni sesat kat bawah pulak. ni mesti kes tertinggal... masa ni sebok tgk kereta kabel sebelah mana tau ada yang nanges ke sebab gayat.. tapi takde pun. ada makcik ni siap tido lagi.. kelassss kau jah...


Di sebabkan masa ni nak krismas, jadinya semua decoration kat sini adalah bertemakan krismas.. banyak pokok krismas kat sini.. semua cantik2...
makan KFC kat sini.. beratur punyalah panjang.. Harga kat sini agak mahal. Tapiii... ayam dia besar!! tak habis ktorg makan... petua saya kat sini, kalau beli snack plate tu, makanlah dua orang. nanti membazir.. membazir itu amalan syaitooon nirrojim..

Kalau kat indoor wajib amik gambar kat sini. kalau kat outdoor pulak kena amik gambar kat bus london. betul tak?? tengok kat belakang tu. punyalah sesak dengan ramai orang. aduss berhimpit2 nak jalan... kena pegi masa bukan cuti sekolah baru tenang dan aman...

cantik betul decoration kat belakang tue.. rasa nak bawak balik hias depan rumah. tapi kang org ingat bukan umah org melayu pulak.. ok tak jadilah.. cancel.
bebeh turun _ kg. berapa tu kena tanya tuan badan sendiri tapi angka mmg banyak. lebih dari 5kg. huhuh... teruskan usaha anda hingga tahap yang cik dilla mahu... go go chayokkk !!!
Teringat pulak masa ni ada nyonya tu berebut kerusi dengan bebeh. seboleh2 dia nak duduk jugak walaupun tempat mmg dah tak ada. terpaksa la mengalah. lagipun orang tua... tak baik pulak kalau buat tak tau je.



"nak main boling tak?" tak nak.. adess bru ingat naik main. tapi kalau main sorg2 je apa yang bestnya. lawan dengan diri sendiri.. tak thrill la macam tu... so amik je la gambar kat luar... jadi la kan sebab dah tak dapat main.

Di sebabkan tak nak main boling, ktorg ajak budak2 ni main game tembak2. kat sini guna kad. kat dalam kad ni ada rm10, rm20. ikut berapa kita nak. 1 token bersamaan rm1. kebanyakkan mainan kat sini guna 4 token. jadinya rm4 untuk 1 game. so saya cadangkan amik la yang rm20. banyak sikit boleh main.
Kat sini ada memanah. latihan di sediakan. berapa ringgit tu lupa pulak nak menjeling kat harga.. tak mahal.. mungkin dalam rm20 mcm tu..
Sebab outdoor tutup #hujan# jadinya kami bergambar kat luar hotel. mmg sejuk dan berkabus sangat2... bercakap pun sampai nak kua asap.

masa bebeh tengah cari kasut, sempat lagi snap kat cermin besar kat sini.. puas hati dapat tengok celak bercapok. hahaha...
uii nak shopping kat genting ajeeee.. hahaha.. masa ni kasut org tu nak terkoyak.. pastu kaki da melecet. nasib ada kedai kasut. kalau tak mmg kena beli seliper angry bird yang berharga rm35 walaupun hanya seliper shj.. huhu...



masa balik tu kepala semua mereng dah. jadinya macam2 posing. pakai cermin mata hitam malam2 buta pun ada. tapi xmo letak la. mcm org tak betul aje. haha..
ni apa kesss ?? ni kes sbb kaki dah melecet. banyak sangat jalan. terpaksa letak bedak baby johnson. wangi satu kereta kabel. hehe.





Assalamualaikum. tak jawab dosa... hehehe... ingat tak saya kata semalam nak update pasal pegi genting? tapi last2 ari ni je yang free. sori ye lambat sehari.. ;)




kami pegi ke genting ni bertarikh 22hb december 2011. masa ni hari khamis. masa cuti sekolah. jadinya bila masa cuti sekolah faham2 je la kepadatan orang kat sini. saya dah banyak update kat setiap gambar jadi mana yang tertinggal je saya mengomel k..



dari rumah ke kereta kabel ni amik masa yang lama. sebab sesat. ikut jalan dalam. tak ikut jalan KL. sebab gerak dari sepang. amik masa hampir 2jam untuk sampai. siap sempat beli kopok lekor dengan goreng pisang. habis ktorg sental dalam kereta. hujan2,mkan panas2. mmg perghhhh... #jilat jari#.



sampai di cabel car pukul 2ptg. beratur dalam 10 minit sampaila giliran kami. amik masa dalam 15 minit jugak sbb adad lebih kurang 20 pencawang. masa nak sampai kat atas, kabus sangat tebal. tak nampak apa dah kat atas nie. rasa macam lalu kat dalam awan nano..



sampai je kat puncak, turunlah kami dengan lutut ketaq sbb masa nak sampai cabel car leh bergurau pulak dia. dia bole goyang2 pulak. mana taknya angin sangat kuat.. pokok kat bawah semuanya ke kiri dan ke kanan dengan deras. eh deras bukan ombak ke ?? #belasah#.



yay!! dah sampai... fuhh lega.... sampai je sini, terus cari tempat tiket.. semangat nak main outdoor kononnya.. last2 akak kat kaunter kata kat luar hujan lebat. jadinya semua game tak boleh main. mngkin sampai malam tutup. sedih sangat masa ni sbb kononnya nak tegarkan hati nak main solero.. sbb jantung saya ada kat atas, kiranya nak pegi amik balik la kali ni. masa tingkatan dua penah naik solero ni. mmg saya yakin jantung saya tertinggal.. mmg rasa nak pitam! misi saya untuk amik balik jantung tu tergendala. takpe la next time la jawabnya...



di sebabkan outdoor tutup, so main indoor je la. tiket indoor ni rm30. ada 7 game kat dalam nie. kalau tak nak amik pakej, boleh bayar rm8 untuk setiap game. saya tak main pun sbb kat dalam ni banyak mainan untuk budak2 jer. so tugas saya adalah window shopping! hehehe.. namapun window kan so mmg tak beli apa pun ...



dalam 3 jam dalam indoor ni, dah rasa "apa nak buat lagi yer?". sebab bergambar pun dah, makan dah, apa lagi ?? jadi jawapannya balik lah.... huhuu.. kejap je kan sbb outdoor tutup. kalau bukak mmg sampai ke malam kat sini lagi.. hahaha....



apa pun pengalaman kat sini lain sebab sejuk yang teramat sangat. rasa macam kat london #mcm penah pegi#. hahaha... best trip kali ni sbb mencabar.. next time nak pegi lagi sbb nak naik SOLERO. *muka semangat* .


ok bai... ;)

NEW UPDATE ;)

InsyaAllah malam ni iaitu pada malam hari (kan da bagitau malam kenapa nak ulang lagi ?) ok ok.. faham.. malam ni saya nak update pengalaman saya ke Genting Highlands pada 22 Dec aritu. Gambar dalam kamera, cabel lupa bawak jadi tak dapat nak letak gambar. Tak ada gambar mana best kan kan ? ;) tunggu yer.. mcm2 nak mengomel mcm kera kena belacan. hehe.. ok bai ;p

Wednesday, December 21, 2011

Kilat kasut dapat RM476.52 sehari di Washington

GUSTAVO CARPIO mengilat kasut di Washington D.C pada 13 Disember lalu.

WASHINGTON, Amerika Syarikat - Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas kerana mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C.

Dia juga boleh memperoleh pendapatan sebanyak AS$100 (RM317.68) sehari sepanjang musim sejuk.

Carpio mengilat kasut di depan kedai Starbuck yang terletak beberapa blok bangunan dari White House.

Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, pelanggannya meningkat dua kali ganda.

Seorang ahli perbankan, Bruce Neal kerap duduk di bangku Carpio yang mengenakan bayaran AS$7 (RM22.23) untuk mengilat sepasang kasut dan AS$10 (RM31.76) bagi but.

"Gus (Carpio) adalah yang terbaik (mengilat kasut)," kata Neal. - kosmo!

p/s : syiokknya.. kalau la kat Malaysia boleh dpt mcmni.. ramailah pengilat kasut kat depan starbucks ;D

Sunday, December 18, 2011

RUTIN HARIAN SAYA BILA BALIK KEJE MALAM ;)

Assalamualaikum... ;)




Lama rasanya tak mengomel... Bukannya malas, tapi kesibukkan sangat mencemburui saya. Kalau tak, setiap masa rasa nak mengomel... Rutin harian sejak dua minggu lepas banyak dihabiskan di KLIA. Sebab OT, pastu kena datang OT untuk ASQ survay... Jadi kalau tgh keje apa je yang best nak di tulis.. Sebab semuanya sama je. "take the train, next building", " go straight dont belok-belok". hehe... Makan pun kebanyakkannya bawak dari rumah. Tak mampu nak makan kat sini hari2. Kalau dapat bayar guna bulu kaki ke best jugak. huhu... :)





Lepas balik dari kerja malam, rutin hariannya adalah mandi.. Segarkan diri yang dah bergelumang dengan peluh. Lepas mandi, buat kerja rumah. Sidai baju ke, basuh pinggan, masak (masak simple je. tak adalah nak masak ikan siakap 3 rasa dengan sup ekor ke, tak ada). Ni macam asam pedas ke, sambal ke.. huhu. Lepas siap masak, dah tentula makan. nyum3.... Lepas makan, online skejap, tak pun tengok tv. Bila mata dah rasa mcm ada badak sumbu bertenggek, naiklah atas ke dalam bilik untuk tido... Haaa.. ni lah rutin harian selalunya bila balik keje dari keje malam... meh sini nak bagitau rotation shift saya bagi yang masih tak tau atau tak ingat ;)


mula2 keje akan masuk petang. 3petang - 9malam.

esoknya masuk 8pagi - 3 petang. hari yang sama, masuk 9malam dan akan balik keesokkan harinya pukul 8pagi. agak2 leh faham tak ? tak pun nak senang, buat -buat faham je lah... hehe..


3 ptg - 9 mlm

8 pg - 3 ptg (hari yg sama) 9 mlm - 8 pagi.



ok bai ;)

Friday, December 16, 2011

Kabin Kelas Pertama Etihad Airways Kini Mempunyai Chef


What is the definition of luxury? Ada cincin 24 juta? Melancong ke Australia dengan anak tercinta dan kemudian membeli rantai mutiara? No! Luxury ialah tempat duduk kelas pertama didalam Etihad Airways. Pihak Eitihad Airways menggaji 110 orang chef, antaranya yang pernah bekerja didalam restoran berbintang Michelin bagi menjadi tukang masuk diudara didalam Diamond First Class cabin pesawat mereka. Chef-chef ini digaji bagi memasak makanan didalam pesawat mengikut kehendak pelanggan. Makanan yang disediakan juga memnggunakan ramuan premium seperti prime cut meat dan wine terhebat dunia.




Buat masa kini chef-chef udara ini sudahpun bekerja didalam laluan London, Sydney, Melbourne dan Paris. Jika mendapat sambutan penumpang Diamond First Class laluan Dusseldorf, Frankfurt, Geneva, Narita, Seoul, Brussels, Milan, Munich, Casablanca dan New York juga akan dilayan dengan makanan setanding hotel 5 bintang ketika diudara. Etihad Airways menawarkan perkhidmatan mewah ini sebagai menunjukkan mereka lebih mewah dari Emirate Airwaves yang melengkapkan kabin kelas pertama mereka dengan bilik mandi.

info dari : blogserius


p/s : wallaweyy... agak2 AirAsia bila nak ada servis mcmni ?? eh? . Nanti dorg kata "Mana boleh.. Kita kan tiket murah.." =)

Tuesday, December 13, 2011

Camelia Dan Suaminya Yang Misteri Selama Ini


Gambar Camelia bersama suami ketika majlis cukur jambul anak mereka



p/s : Barulah dapat tengok husband Camelia. No komen ;)

info dari @mediamalaya.com & beautifulnara ;)