Monday, April 25, 2011

BOSAN!

Lama dah tak meluahkan perasaan kat sini kan? hari tu goodbye sayonara. Kali ni bukan goodbye tapi tata. Eh sama ke maknanya? huhu.. Bukan bosan sebab apa, tapi sebab bosan dalam hidup. Kadang-kadang sampai tak tau apa yang I nak sebenarnya. Semua orang nak berjaya dalam hidup kan? Ada ke masa kecik-kecik korang nak keje kutip tin? Ada ke masa kecik2 cita-cita nak jadi penghantar suratkhabar? Tak ada kan? Semuanya nak jadi yang grand2. Doktor, PERAMUGARI. Kenapa huruf besar? Ni la cita-citaku masa darjah 3. Gatal hokkey. haha. Tapi sekarang tak pun. Sekarang lain bidang terus. Tapi tetap keje kat airport la jugak.Haha. Hurmmm apa pun kan kita kena bersyukur dengan apa yang ada. ( ayat nak sedapkan hati ). Dah ada kerja tetap tu kira ok la tu. Dari segi dalam hidup pulak, bosan bila apa yang di inginkan dalam hidup ni tak dapat. Walaupun dah usaha bagai nak rak. =(


Mood : sedih & Tak tau kenapa

Sunday, April 17, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU!



SELAMAT PENGANTIN BARU di ucapkan kepada Zaharah & suami... Semoga kekal ke anak cucu, ke akhir hayat. =) Teringat masa zaman 1 shift dengan dia dulu. Masa shift bravo. Pegi jalan sama-sama ke KLCC, dgn Kak Dillla sekali. Tengok wayang, eh kejap, tgk wayang ke tak ye? Dah lupa la, sebab dah lama. Maafin ya...

Naik KLIA ekspress. First time naik train tu sebab dapat free ticket =)

Semua tu pengalaman yang manis sangat2. Kalau ada masa free, mari lah kita berjalan-jalan lagi yer? ;p

Thursday, April 14, 2011

DISCO SKATE!

Keadaan dalam disco skate.. Banyak giler lampu lip lap. Kalau Ramlah Ram masuk mesti nampak hati kat dada tu =)

Tu budak yang suka jatuh tu. Baju putih

Bergambar dulu sebelum memulakan trip =)

Peace yaw

Roller blade sewaan saya ;p

Makan duluuuu kat Restaurant korea.. Yummyyyyyyy...

Fries yang sodap!

Yang ni Ell makan.... set nasi dgn ayam madu =)

Cheeseee banyak gilerr =)





Yeahhh... kawan2, walaupun nama dia ada disco, tp bukan la disco kat club tuh. Ni nama je disco skate. Dalam dia macam kat playground je. Tapi versi gelap sikit dengan ada lagu bagai. Kira macam 70tees punya tempat la.Vintage giteww. huhhuu... Masa mula2 masuk, rasa lawak pulak sebab, time nak bayar, ye ye tanya ell mana wallet?? Gelabah giler cari, sekali kan rupanya kepit kat ketiak. Hahahaha... gelak guling2 kat situ. Kakak kat kaunter buat muka tak paham sebab tak tau apa cerita. Kalau dia tau, mesti dia terus keluar kaunter pastu hentak kepala kat lantai skate, 7 kali. Haha.!! Kakak, balik kaunter cepat, nak bayar ni... Ok2 akak datang ni... Haaa datang pun. Harga tiket rm15 untuk 2jam. Untuk 1 hari RM25. Datang sekali terus dapat member kad. Best kan? lepas ni datang bayar RM12 sahaja. Yey! settel je buat bayaran, kami pun terkedek2 lah masuk dalam.Woww sangat cantik tempat dia. Besar pulak tu. Puas berskating =). Lepas dah pakai roller blade, apa lagiiiiiiiiiiiiii............. Lets rolling rolling!!! Dekat nak habis rolling2 Ell jatuh pulak. Jatuh terduduk. kesian dia, tapi ada abang DJ tolong.. Eceeehhh2... kami tau Ell dia mmg amik kesempatan tu.. hehe... Lepas tu kan ada budak kecik ni asyik jatuh jer. Mula2 kesian tapi lama2 macam happy pulak dia jatuh. Hehehe. Ops, lupa pulak nak bagitau kat mana lokasi ini berada. Tempat dia kat Subang Avenue. Kalau tak tau, Google maps sahaja bah.. selamat berskating! =)

Wednesday, April 13, 2011

KENAPA SAYA SUKA LAGU INDON??











Waduhh-waduh... kok dengar lagu indon ya mbak?? Best apa lagu indon kan?? Lirik, melodi semua best... Sangat menusuk kalbu... =)
kat sini saya ada listkan beberapa lagu yang saya rasa best. Leh search kat www.4shared.com.

ungu

cinta gila
cinta dalam hati
ku ingin selamanya
tercipta untukku
sejauh mungkin
saat indah bersamamu
kekasih gelapku
percaya padaku

st12

cinta tak harus memiliki
jangan pernah berubah
putri iklan
cari pacar lagi
puspa
aku masih sayang

kangen band

pujaan hati
bintang 14 hari
kembali pulang
terbang bersamamu

hello

ular berbisa

peterporn/peterpan

kau yang ku inginkan
semua tentang kita
bintang di syurga
mimpi yang sempurna
ku katakan dengan indah
menghapus jejakmu

wali band

cari jodoh
yank
puaskah
baik baik sayang
gadis bertudung merah

yovie & nuno

tak setampan romeo
manusia biasa
merindu lagi
dia milikku

merpati band

tak rela
bintang hatiku

ada band

pemujamu
manusia bodoh
setengah hati

matta band
jambu
ada yang marah
ketahuan
pacarku yang cantik

goliath band

masih di sini denganmu
tinggal seribu

sebenarnya banyak lagi tapi ni je yang ingat. hahaha.... =)
nnt kita update lagu baru lagi yer ...

Saturday, April 9, 2011

BROGA HILLS

Berkonvoi bersama-sama naik ke atas. Walaupun dah mmg tak larat sangat.

Sukanya dia dah dapat turun... hehehe...

yang mana satu idaman kalbu... haha.. =)

Budak sakit perut bergambar di pokok kelapa sawit..hehe...

Hati-hati Kak Limah ada kat dalam... =)

buaian ada kat sini.. Tapi malangnya tak tau macamana nak pegi sini. wuu.. sedihh...
baru nak acah2 mak enon naik boyan. sambil nyanyi lagu "buai laju-laju" =)

Kami yang 70% gelap setelah berpanas2 di puncak. hehehe...

Dik, sib baik tak jatuh lagi kan? Akak pulak yang jatuh terduduk. Semangat je, "baik2, hati2," last2 aku yang jatuh... haha..

Sila lihat di bawah saya. Pesakit yang mmg dah xleh buat apa sebab cirit birit. Kesian dia. Lain kali jangan makan jagung lagi yer.. makan durian tak apa =)

Peace... Nampak double chin saya.. Hahaha.. Moral : jangan amik gambar dari aras bawah laut & perut. hihi...

Abang Marwan kita.... Ni paksaan untuk bergambar. Senyum jugak tapi senyum tak brapa senyum. hehehe...

Permandangan dari atas Bukit.. Sangat cantik. Bila sampai sini rasa tak nak turun.

Acapppp.... buat apa tu? jangan nak excited sangat nak naik yer. Tgk yang belakang tu, sakit perut. Muntah kat tepi. Laluan ni laluan extreme. Sebab licin sangat.. Nak naik ni kena hati-hati.

Pit stop. Dah macam F1 kan? kena berhenti sekejap. Tgk Kak Nadiah Dgn Abg Nasir dia tu. Ntah buat apa kat situ kan.. heheh...

ha... Ingat kan Sheikh Muszaphar je yang ada pre wedding. kak nadia ni pun buat jugak. Tp bayaran kena tanya Ashraf k.. Acapp... jangan letak harga mahal sangat k. =) tengok tu. Manja kan. sehati sejiwang. hehe..

Sangat happy sebab dapat jugak jejakkan kaki kat Bukit Broga ni. Yang hari tu kan tak sampai atas. Sebab hujan pulak. Nasib tak menyebelahi kami pada masa itu. Sangat pasrah... huuu... Dalam pukul 07.30pg kami semua gerak ke Semenyih. Dalam 40minit kami pun sampai kat sana. Tak menyempat nak warm up, terus je naik dengan yakinnya. Mula2 semua semangat. Tapi bila dah 30minit, ada yang tercungap2. ( saya la tu) haha. Nasib baik Kak Nadiah bawak air 100plus yang botol besar tu, dapat la i mintak separuh. hehe.Marwan pulak bawak biskut cokelat yang sangat sedap. Untuk alas perut sebab pandai sangat tak makan sebelum pegi. Kak Dilla sakit perut. Cirit-birit. So dia nai separuh je. Cian kat dia... =(

Nadzirah, Izzatul, Marwan n Acap semua ada tenaga nak naik. Kami berempat tak ada tenaga. Hehehehe.. Lepas ni dorg plan nak pegi lagi. Chayo2 kepada semua =)

TAK DAPAT LAGI!!!

Aisshhh apa yang tak dapat lagi tuuu??? Contact lens saya tak dapat lagi. Dah seminggu. Ingatkan orang tu tipu, tp akhirnya setelah seminggu, dia sms bagitau yang i nak tu, cuma ada 0 degree power je. Aduiii... Terus tak excited dah... I reply msg dia macamni " Padan la da seminggu tak dapat2. Its ok. Amik je yang ada power. Warna yang sama. (konon macam merajuk) Dia sms balik, so sorry... supplier lambat bagitau. I balas Its ok. Itu je lah keje ko kan. Asyik its ok je manjang. Heheheh... Daripada amik poss ekspress, terus tukar Poslaju. Senang tak payah tunggu lama2... Huuu.... Minggu depan agaknya baru dapat kot... Saboooo je lah....


Monday, April 4, 2011

ABPBH 2010 JATUH KEPADA... SHAHEIZY SAM! =)

memang best zizan jadi pengacara =)

CT punya persembahan pun best. siap lagu korea lagi ;p

this is the winner =D

Anda mmg layak untuk menang =)

Anuar Zain pun best jugak. Terpaku, tepana, terjatuh cinta jap =)

Balik keje malam tadi sempat tengok ABPBH 2010. Ingat kan dah nak habis baru dapat tgk. Tapi sempat gak.. Teruja je sampai2 umah. Rasa macam nak sumbat je kete terus dalam umah. Bukak tingkap terus boleh tgk dah. Hehehe... Gandingan pengacara ABPBH yang mantap malam tadi. Memang best. Kira kena la sbb tiga2 mmg kelakar. Persembahan artis pulak so far mmg terbaik. Lagi2 masa last tu. masa CT buat persembahan. Naik2 bulu dada. eh salah bulu roma =) ok tapi yang paling sangat2 best mestilah yang last tu.. usop wilcha! hahahahaaa... sampai sakit2 perut gelak malam td. hehe...

Hadiah malam td di sapu bersih oleh......... SHAHEIZY SAM!! yeah!!! ni list2 pemenang ABPBH 2010 =)

1. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Sixth Sense
2.Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha
3. Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail
4. Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah
5. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani
6. Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi
7. Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
8. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
9. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak
10. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan
12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil
13. Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
14. Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
15. Artis Mobile Popular – Sixth Sense
16. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
17. Pelakon Filem Lelaki Popular -Shaheizy Sam
18. Penyanyi Wanita Popular - Yuna
19. Bintang Paling Popular ABPBH2010 – Shaheizy Sam

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG =)

Sunday, April 3, 2011

BUDGET KAHWIN =)



save bajet kan kalau khemah macam ni. hahaha...




Kenapa cerita pasal budget kawin ni?? Bukan apa, ni persediaan untuk masa hadapan =)
Berapa agak2 budget? Ni I punya budget la konon2 kalau nak kawin nanti. Wuhuuu..

pelamin -- FREE. Sebab mak boleh tolong buatkan. hehehehe...

hantaran untuk pihak lelaki -- 9 dulang = RM2500

Make-up :
nikah -- RM150
malam berinai -- RM150
sanding -- RM300

baju nikah -- RM300
baju malam berinai -- RM300
baju sanding -- RM500

Photographer -- abang ada boleh buatkan. TQ angah. Pada hal dia tak bagitau apa2 pun lagi. haha.

khemah -- RM2000 ( 10 khemah )

goodies -- dewasa-->RM3000 ( RM3 seorang )
kanak2-- RM300 ( RM1 seorang- gula2)

makan -- RM8000 ( seorang RM8) untuk 1000 tetamu.

kompang -- RM400

khatam goodies -- untuk 30 orang ( RM100 )

PA system -- RM250

habisss.. mari kita buat kira-kira... Part yang paling BEST sekali. haha.

jumlah ---- RM17,150

ni secara kasar la. mana tau dapat murah lagi ke kan. Or ada yang nak sponsor ke. hehehe... Jangan bajet artis sangat ye yang org nak sponsor bagai. haha!