Monday, December 29, 2014

Kronologi Kehilangan Pesawat AirAsia QZ8501

 
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Berikut kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang dimaklumkan pada sidang akhbar di pejabat Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta hari ini sebagaimana dilaporkan portal berita Kompas.com.

Waktunya mengikut waktu Indonesia bahagian Barat (WIB) iaitu satu jam lewat dari waktu Malaysia.

Butiran kronologi perkembangan di Malaysia berkaitan kejadian itu pula mengikut waktu Malaysia.
- 0536 (WIB): Pesawat berlepas dari Surabaya menuju Singapura dengan ketinggian 32,000 kaki mengikuti laluan biasa Surabaya-Singapura, M635.

- 0612 (WIB): Pesawat berhubung kali terakhir dengan menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Jakarta dan juruterbang memohon untuk membelok ke kiri dan meningkatkan ketinggian kepada 38,000 kaki. Permintaan juruterbang dibenarkan oleh pihak ATC.

- 0616 (WIB): Pesawat masih dapat dikesan di skrin radar

- 0617 (WIB): Pesawat hanya tinggal isyarat dalam radar ATC

- 0618 (WIB): Pesawat hilang dari radar namun hanya ada data jadual penerbangan yang masih tercatat di radar.

- 0708 (WIB): Pesawat dinyatakan INCERFA, iaitu tahap awal putus hubungan. Pihak Ketua Pengarah Perhubungan menghubungi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas).

- 0728 (WIB): Pesawat dinyatakan ALERFA, iaitu tahap berikut dalam menyatakan pesawat putus hubungan.

- 0755 (WIB): pesawat dinyatakan DETRESFA atau hilang secara rasmi.

- 1141 (waktu Malaysia): AirAsia dalam akaun twitter dan facebook rasminya mengumumkan mengenai pesawat berkenaan yang terputus hubungan dengan ATC pada 0724 (waktu Indonesia)
- 1441 (waktu Malaysia): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar di Kuala Lipis, Pahang berkata Malaysia sedia membantu dalam operasi mencari dan menyelamat

- 1556 (waktu Malaysia): Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada sidang akhbar di Sepang berkata Malaysia telah mengerahkan tiga buah kapal dan sebuah pesawat C130 Hercules untuk membantu dalam pasukan mencari dan menyelamat pesawat AirAsia itu, yang diterajui pihak berkuasa Indonesia.

- 1743 (WIB): Setakat pukul 1700 pasukan pencarian SAR Indonesia belum dapat mengesan isyarat pesawat AirAsia QZ8501.

- 1840 (Waktu Malaysia): Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur meminta anggota keluarga dan waris penumpang bersabar dan terus berdoa operasi SAR dapat diselesaikan secepat mungkin.

- 1900 (WIB): Ketua Basarnas, Soelistyo mengumumkan operasi SAR pesawat AirAsia QZ8501 dihentikan sementara kerana cuaca gelap dan akan disambung semula pagi esok.

Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 162 orang penumpang yang terdiri daripada 138 orang dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi, dua orang juruterbang dan empat anak kapal.

Juruterbang bertugas ialah Kapten Irianto dan pegawai penerbangan, Remi Emmanuel Plesel.

Warganegara penumpang pesawat ialah: 155 dari Indonesia, tiga dari Korea Selatan, temasuk seorang bayi, satu dari Malaysia, satu dari Singapura, satu dari Perancis dan satu dari United Kingdom.

info dari - BERNAMA
 

Friday, December 5, 2014

ROTI KACANG POOL KAMPUNG SALAK TINGGI




kacang pool & roti... THORBAIK.... sedap sesangat... dah lama teringin nak makan... akhirnya dapat makan jugak... dekat je pulak tu kedainya.... huhu... kalau tau... hari2 makan kat sini.. =p


lontong... yg ni my bebeh punya... ni pun sedap jugak.. tapi kan... sorry sgt sbb lupa dah harga semua makanan n air dia berapa.. sedap sgt kan.. sampai lupa nak tgk harga.. tp yg penting harga berpatutan... :)


close up sikit... bg kecur air liur tgk... *kuar tanduk*. hehe


datang kedai ni.. jangan lupa order air teh tarik... SEDAP.. KAW teh tarik dia ! tgk rupa pun dah tau sedap kan.... :)




err... lupa la nama roti ni... ni pun sedap... mcm rasa lasagna... cheese dia banyak... tu yg best tu....




sekarang dah maju sikit... share location guna google maps... haha.. padahal dah lama org buat.. sy je baru terfikir nak buat mcmni.. sebab nak terangkan lokasi kedai mesti fail ! hihi... yg tanda biru tu la lokasi kedai dia... pasni bole singgah sini ya... kita bfast sampai kenyang kat sini... 

selamat menjamu selera.... 

ok bai :)

Wednesday, November 26, 2014

FIXA KAHWIN CHAPTER 2 :)

 
kak ira datang dengan ibu... yay... rinduu... dapat lepas rindu.. kak ira datang masa ni dalam pukul 3 mcmtu.. ayah uncle takde.. sebab dia still lagi sakit ... :(
 





 
mak n abah datang... door gift simpan tau. huhu..
 

 
percintaan dari zaman sekolah... sampai la sekarang... dah 12 tahun menyemai benih cinta... akhirnya bersama jua.. wahh ayat kau.. hehe.. salute dgn apit... sebab dia seorang pencinta yg setia.. kalau kua dengan dia.. mesti ada je yg nak ngurat dia.. tapi dia xlayan pun... walaupun org tu hensem gilos.. huhu... so ijat... xpayah nak cemburu buta kat apit ni tau... :)
 

 
maia !! lagi lama x jumpa... maia nak kawin bulan 1 nnt... harapnya masa tu tgh cuti... maia dapat jodoh org Dubai... pak arab ensem ! hehe.. mesti nerveous kan menghitung hari.. n mesti tgh bz nak buat persiapan kawin.. masa saya dulu... jerawat berlumba2 naik.. nasib dekat nak kawin tu jerawat susut sikit... huhu...
 

 
ada sebab kenapa amik gambar pengapit... bella kata  nak buat kenangan.. hehehe... jangan mara aaa... nnt kena jual... =p
 
 
masing2 tak ready lagi. =p
 


makanan dia mmg sedap sangat.. air sampai ada 5 jenis... mau tak kembung perut.. siap ada char kuey tiaw.. ada rojak buah... makanan yg lain pun banyak... tq tuan rumah sebab naikkan badan kami sekilo.. hihi...
 
 
baju apit tu.. mak ijat buat... untunglah mak mertua syg... :) cantik gila baju dia... suka tgk... :)
 
lepas wedding rumah ijat nnt, dorg terus honeymoon ke bali... bestnya.... !! selamat pengantin baru !! semoga kekal hingga ke jannah ! amin...
 
ok bai :)
 

Monday, November 10, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU FIXA ! :)















selamat pengantin baru fixa. mcm tak percaya ke awak dah kawin. sob sob.. sambil lap air mata dan hingus. huhu.. masa akad nikah tu kan. serius kaki kami semua dah kena semut2. kebas gila bersila lama2.. kenapa lama sangat tazkirahnya. xnak bg awak kawin eh tok kadi tu. hehe.. gelak2 je ktorg tau menahan kaki yg kebas berdentum. nasib tak amik ridset pastu spray. haha.


p/s : awak cantik giler.. cantik nuex make up... :)  


sekali lagi saya nak ucapkan selamat penganti baru... semoga berkekalan hingga ke jannah... AMIN.. :)

ok bai... :)


Tuesday, November 4, 2014

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI BERCILI



RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI BERCILI

1) Mangga Muda (Suka hati banyak mana yang diingini)

2) Satu bekas Asam Boi

3) gula 5 sudu

4) Cili Padi potong kecil (Ikutlah nak kadar kepedasan banyak mana)

CARA-CARA NAK BUAT JERUK MANGGA ASAM BOI BERCILI

1) Potong juga cili padi, nak lebih pedas letak banyak sikit, kalau tak tahan pedas letak sedikit sahaja supaya ada rasa pedas-pedas sedikit apabila makan jeruk mangga asam boi bercili ni.

2) Satu kan semua bahan dan letakkan dalam 1 bekas, tutup rapat dan sejukkan didalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam, lagi lama lagi sedap.

p/s : tak perlu letai air..
 
SIAP ! :)
 

MAKAN - MAKAN @ OLD TOWN WHITE COFFEE KLIA


nasi lemak rendang : rm16.90

dulu ada di hidang dengan telur rebus. tapi sekarang dah xde pulak.. rasa tak lengkap nasik lemak tanpa telur rebus... kan kan.. siapa setuju, sila naikkan ibu jari kaki.. huhu.. papadom ada la 4 keping.. *sodihhh*.. kalau mcmni better kita makan nasik lemak makcik depan umah jer.. rm4 tapi banyak dan lengkap dengan segala bahan2.. tapi dah lapa, makan aje lah.. :p



wajib order... chocolate freezy : rm11.50

yg ni mmg sedap.. tak rugi order.. rasa coklat dia pekat melekat. :)


dapat diskaun 15% utk staff KLIA.. alhamdulillah.. makcik mmg suka kalau ada diskaun2 ni.. jimat dah rm4.26 sen... hehe.. 


pendek kata.. kalau nak makan kat sini..oder la lain... rasa tak berbaloi dengan apa yg kita bayar... tp xtau la kalau arini je staff dia kedekut nak letak bahan2 lebih.. mana tau lepas ni ok pulak ke kan.. pastu sape yg mmg teringin tu... bole la oder nasik lemak old town ok.. 


makan sorg2 kat sini.. suka pulak tgk gelagat org... ada yg makan sambil layan perasaan..(aku la tu .sbb makan sorg kan) xkan nak cakap sorg2 pulak.. xpun xkan nak g dapur tolong dorg masak. eh. ke situ la pulak. haha. pastu ada yg muka stress.. eh aku jugak ke.. oh bukan2... ni org lain. haha.. ni sebenarnya dah xtau nak tulis apa. tu yg melalut mcmni.haha. ok la stop dulu yer.. nnt kita sambung membebel lagi... 

ok bai :)
 

Saturday, October 11, 2014

SALAM AIDILADHA 2014









macam dah lama je berlalu kan. saya kan mmg cenggini... bila time betul2 ada masa baru la sempat saya update.. tu pun dah berlambak iklan haram jadah yg ada dlm blog saya ni. tah bila masa dorg dapat HACK acc blog saya ni pun saya tak tau. dah buat mcm2 pun still xbole. nak delete, syg pulak.. iklan pulak tu semua yg ke arah kelucahan. hampeh sungguh. mcm xde benda lain nak jual dlm blog haku ni.. mood : gerams. 



ok mood raya ON. sebenarnya tahun ni rasa mcm x raya sgt pun. sbb keje.. sedara mara semua ada kat kampung.. nasib ada kawan2 kat tempat kerja yg bole saya menggedik bersama. hihi. 



semua bawak pot luck. sy xbawak sbb gerak dari umah. bukan dari kg... kalau dari kg mmg kena naik hilux.. sbb penuh makanan 1 kete. haha.. sedap2 makanan yg dorg bawak.. member mmg tgh lapar. kejap je dah licin masuk dalam perut. alhamdulillah... :)



tu je kot nak update.. sbb keje... xde cerita sangat...  
p/s :sempat lagi buat sesi bergambar dgn kak azlina*. hehe..


ok bai :)


Monday, October 6, 2014

MAKAN - MAKAN : GRAFA CAFE @ SUBANG JAYA SS15


Grafa restoren ni terletak di no 55 SS15/4B, Subang Jaya.. cer tgk dekorasi restoren dia.. best kan.. tenang je rasa. sgt sesuai kalau nak buat tempat untuk beristirehat dia kala bulan mengambang. eh salah, di kala ada masa lapang... kat sebelah kaunter ada 1 sofa untuk duduk2.. sambil baca majalah.. sambil amik gambar kat situ... tp sy x duduk pun sbb mcm biasalah. saya kan pemalu.. #pemalu lah sgt#

staff kat sini bg layanan yg baik.. senyum jer.. sejuk mata memandang. huhu..



grafamama's grilled lamb chop. RM25

menu saya :)

1st time dapat lamb chop yg penuh 1 pinggan. haha. serius besar tau lamb dia.. mmg tak kedekut.. puas hati makan. kongsi dgn kak ira pun still xbole nak habiskan. 
garlic butter noodle. RM15 (Beef) kalau seafood RM18

menu kak ira :)

SEDAP ! sangat sedap. kena dgn selera ktorg.. pedas, manis, sesedap rasa... yg ni pun banyak. ktorg x dapat nak habiskan jugak.. :/
cheese cake.. harga x ingat. sbb ni order lain. xde dalam menu. kena order kat kaunter..

besar kan peach dia... :D
sparkling peach. RM8


tips dia kalau nak minum air ni.. jangan kacau madu yg kat bawah tu.. sbb dia dah manis dah... saya pegi kacau dia pulak.. last2 kena oder air mineral.. sbb terlalu manis.. tp mmg sedap air ni... wajib cuba..  :)


ini dia.. birthday girllll................. kak ira ni sedara saya yg sangat rapat.. sama dengan kak nolly.. kak nolly xdapat join.. sbb dia kena balik muar.. untuk sambut raya haji kat sana... 


bestnya ada org suapkan.. nak manja2 sikit dgn bday girl. haha..



depan 7E pun sempat nak amik gambar. bosan agaknya org yg lalu lalang tgk ktorg. haha..


habis makan, kami terus pulang ke kampung .. untuk sambut raya haji... sampai2 je bukan nak salam wan n atok dulu.. bole amik gamba dulu.. hehe. jgn contohi perangai baik kami ni ye. hihi..

ucapan untuk kak ira... happy birthday.. semoga murah rezeki dan dapat jodoh yg baik.. tq jd cuzen terbaik yg ayang pernah ada.. :)

ok la nak masak rendang jap. #bukan mak yg masak ke?# huu... 

ok bai.... :)