Tuesday, August 30, 2011

HARI RAYA DI KLIA - 2011

Nampak macam sedap. Tapi ianya HANYA nampak sedap di mata. Malangnya kan, tak sedap pun! Rasa apa tah... Pedas gila kuah kacang dia. Cili punya la besar. Tercekik bila tersekat kat anak tekak. fuhhhhh!

Memperkenalkan........... model raya untuk tahun ni.... AIDIL & FITRI. Jadilah AIDILFITRI. haha!


Bergambar kenangan dekat aerotrain sebelum masuk keje. Muka buat2 happy. Ye la terpaksa la buat2... Sape yang happy bila kena raya kat airport beb! =o


 Bergambar kenangan depan immigration pulak... posing jangan tak posing... hehe...


 yes! dapat hamper dari MAB. Tahun ni cantik. Yang tahun lepas macam tak ikhlas je nak bagi.. hehe... apa pun, THANKS. sayang MAB. mata ke ats tangan ke dada!


Wahhh merah tuu... lawa sangat baju2 u olls... cantik... jom kita g anjung tinjau. boleh buat jalan kucing kat atas sana =)




Bergambar beramai-ramai untuk kenangan aidilfitri 2011...


Tahun ni.... genaplah dua tahun sy raya pertama di KLIA. Sama juga lah macam tahun lepas. boleh tengok entri yang lepas2 punya. ;p





Masa balik keje pukul 9 malam, bersamaan malam raya, saya terus gerak balik kampung. Kampung kat mana?? Kat Tanjung Layang. Tak tau kat mana tu??? Ok tempat arwah Dato' Sosilawati kena bakar. ha... kat situ lah... ooo cakap macam tu baru tau yerr.. nampak sangat kampung saya tak popular.. haha...









Sampai kampung dalam pukul 10.30 malam. Masa tu sedara-mara semua baru lepas habis shooting bergambar pre-raya baju jubah. semuanya melaram baju jubah pastu bergambar beramai-ramai. saya yang lambat 5minit ni tak dapat nak join. macam yo yo o je ada pre-raya kan?? haha... di sebabkan abang sy yang tu tukang amik gambar dorg, sy dengan tak malunya tanya. " angah nak amik gambar jugak leh ke?". " haaaa cepat2...". ait sy apa lagikkkk... pakai la jubah mak.. kih kih kih... sempat jugak la amik 2,3 dan berkeping2 gambar. kalau abang da siap edit nnt, leh amik dari dia =)









Lepas siap amik gambar, sesi makan nasik beriyani kambing!! yummyyy... tapi tinggal sikit jer.. tu yang rasa macam tak di perlukan tu... haha... tiba2 touching... tapi makan jugak lah sampai habis. Siap makan, mata rasa ngantok sangat. ye la esoknya tu nak keje pagi pulak kan.. Kena la tido awal. Buatnya bangun lambat, mamposs nak kena menjawab. tapi lewat jugak tido malam tu, dalam pukul 1 pagi baru dapat lelap.









30-ogos.2011 - RAYA!!! eh salah. raya.... (suara lembik2). sebab mula2 happy lepas tu............ baru den sedar. kena pegi keje. haha. rasa lawak je boleh tune2 mood raya pagi tu. tengok semua orang tgh syok lagi tido. ye la baru pukul 5.45 pagi. rasa malas je nak siap. huh!









last2 siap jugak. pukul 6.30 pagi gerak ke KLIA dari kampung. sebelum tu dapat lah bermaafan dengan mak, atok & nenek. rasa sebak bila tengok mereka2 semua melambai2 sy dari arah luar kereta. huuuu..... masa driving tak mau bukak radio. sebab nanti mesti lagu raya berkumandang. mood kan tengah sedih =(









sampai KLIA pukul 7.40 pagi. kebanyakan staff pakai baju raya. terubat jugak la rasa sedih tu. =) habis je briefing pagi tu, kami bermaaf2an dan bergambar. lepas tu terus pegi ke kaunter masing2.









kesimpulannya mood kerja pagi tu tak berapa nak happy. tapi kena la kerja dengan ikhlas jugak kan?? nnt makan gaji buta lak.. hehe... ok, selamat hari raya kawan2 semua! =)

Friday, August 26, 2011

BERBUKA DI KENNY ROGERS






kenny Rogers! ermmm mesti air liur dah melimpah2 kan? ok sebenanrnya air liur saya yang dah menjejes2. haha. Masa ni saya dan parents pegi KL. Bukan kandang lembu tapi Kuala Lumpur. Huhu. Kuala Lumpur tu macam skema je. Ok KL. Amik cenderamata untuk Sultan Selangor sempena hari berbuka puasa di Sepang.


Di sebab kan tau KL selalu jammed, ktorg beli dulu kuih muih kat bazaar. sampai je KL memang dah azan. Jadi buka dulu dalam kereta.


Bila dah settle amik barang, terus kan perjalanan ke Mid Valley. Ramainya umat kat sini. huhu... Kami pun terus mencari tempat makan. YES jumpa dah. mana lagi, Kenny Rogers lah. =) Sebabnya memang suka makan kat sini. Sedap. Dalam 15 minit makanan pun sampai. Lepas baca doa terus ngappp... Lazat, lazat, lazat!


Lepas je selesai makan, terus lah ktorg BALIK... =)

BERBUKA DI FISH MANHATTAN











casing baru yang sangat menyerlah ke pinkkannya. haha!

awww so sweet... thanks you so much my bff =)


Sedap ke makan kat Fish Manhattan nie?? Selalu ayat ni la yang saya selalu tanya kat diri sendiri. ( sambil muka kerut-kerut ). Ok la apa kata, kali nie kita try berbuka kat sini pulak? Baru la tau rasa dia sedap ke tak kan? So, dengan riang ria nya, ktorg pun bergerak la ke Alamanda Putrajaya. Sampai je sini terus nak pegi ke FM ( Fish Manhattan ). Lepas tu kan, biasa la sebab saya ni macam lalang, maksudnya berbelah bahagi, jadi saya lalu la depan kenny Rogers. Terus je ringan mulut tanya ada kosong lagi tak. Staf kat situ pun dengan ringan mulut jawab " maaf cik, fully booked". ok xpe, saya jawab camtuh pada hal rasa ,cam frust jugak sebab bau diaaaaa............ yummy! sangat lah sedappp..!



ktorgpun berjalan dengan longlainya ( sbb kenny rogers full ),ke Restauran FM. Sampai je sana, tengok kat menu dia, mak aiii memang teruja. nampak sedap rasa nak terus makan je. Haha.. Kami pun tanya ada tak kosong lagi? Ada. tapi kat depan kaunter. boleh ke? xpe la boleh je jangan kat dalam kaunter sudahhhh... Ktorg pun terus bayar kat kaunter. rm70.40. untuk dua orang. kira ok la kan sorang dalam rm35. =)


Lepas dah bayar, terus lah berjalan2 mencari barang untuk di beli. Dapat la beli barang2 kelengkapan diri.. Bila rasa kaki dah tak larat nak melangkah lagi, ktorg lepak jap kat lua sambil nak tunggu pukul 7.


Dalam 7 suku setelah puas bergossip bagai, mengurangkan pahala, haha, kami pun gerak ke FM. sampai je sana, memang dah penuh dah tempat semua. Nasib dah bayar dan dah booked. Fuh!. Tengok2 makanan dah ada atas meja. Sambil amik2 gambar makanan tu, sedar2 je dah azan. ktorg pun apa lagi, NGAP lah! Tapi sebelum tu baca lah doa dulu kan =)


Mula2 makan sup cendawan dia. Ya Allah... SEDAP sangat. Rasa dia memang lemak giler. Lepas tu makan makanan yang lain. Pun sedap! Tapi kan sebab banyak sangat, jadinya terpaksa la tapau bawak balik. Lepas dah kenyang, ktorg terus balik. Makanan tadi tu nak buat sahur. Harap2 tak basi. Oh ya, nak bagi tips ni. Kalau masa puasa, set kat FM ni boleh 3 orang makan. Dan untuk hari biasa sesuai untuk 4 orang makan. Tak nak u all membazir nanti. ok. bye ;p

Tuesday, August 23, 2011

TATTOO PALING TAK GANAS BAGI SEORANG RAPPER YANG ALA-ALA GANAS.

BEFORE & AFTER


Mak aiiii.......... rasanya better dia tak payah kot buat tattoo comel macam ni. kan? memang tak ganas langsung. letak kat muka lak tu... kalau dia penjual ais krim mungkin boleh accept la kan. TAPI... rapper kot. hurmm...

Monday, August 15, 2011

TEX SAVERIO - INDONESION DESIGNER YANG SANGAT2 BERBAKAT!


macam ahli kumpulan Super Junior kan??? =)



Lady Gaga memakai dress Tex Saverio untuk majalah Harper's Bazaar edisi Mei.

Ni kalau lalu kat belakang mau berlobang mata tercucuk tajam2 kat belakang kepala tu. hehehe..

kalau pakai untuk raya taun ni mesti meletoppp! haha!


Minat yang ini =)


Tex: "Fashion is art, when you think fashion as an art, you will see fashion in a whole new way, it has a whole new definition. And that will make a huge different with fashion as a “clothes”, not only a pieces of fabric that cover our body, but you will find there’s something, there’s “soul” in those pieces.."


Tadi tengok tv kat channel 706 astro. Tiba2 kua iklan pasal fesyen. Lady Gaga pakai gaun hitam yang sangat2 cantik. Sekali tengok pereka dia ingatkan Korea. Sekali bukak2 mulut... ngomongnya indon!


Terus bukak mata besar2. nak tau apa nama dia. Rupanya nama dia....


TEX SAVERIO


umur baru 26. Tapi bakat dia macam dia dah masuk bidang fesyen ni dah bertahun2 gamaknya... Memang cantik sangat baju2 yang dia reka. lagi2 yang warna merah tu.... kalau kawin nnt nak suh dia reka satu baju. Tapi dalam mimpi je boleh lah. haha...

Sunday, August 14, 2011

BERBUKA PUASA DI TUPAI-TUPAI BANGI














Nyum2 memang sangat sedap!!! Mana la agaknya saya pegi makan kali ni yer? cuba tengok tajuk. mesti dapat jawapan dia. yes! betul3x berbuka di restauran Tupai-Tupai kat bangi. Masa sampai kat sini, rasanya macam awal je lagi. sampai dalam pukul 0645 petang. ingat ktorg je la yang dah sampai. rupanya ada lagi yang dah sampai dulu dari ktorg. semangat betul dorg kan? mungkin dorg tak sempat nak booking dulu kot. tu yang sampai awal tuh. jangan dorg terus makan dah la. lupa lak kan sebab awal sangat datang. haha.



Masa sampai2 tu terus je staff tanya ada buat booking tak. ktorg jawab ada. terus check nama dalam list, n bila dah comfirm ada, staff tu bawak ktorg duduk. tempat yang dia bagi betul2 sebelah meja makanan. Aishhh macam tau2 je ktorang ni nak amik lauk banyak =)



Dalam pukul 7 tempat ni dah penuh dengat umat islam yang nak berbuka. apa lagi, bila tgk dorg sume da beratur, ktorg pun terus la bangun dan beratur sekali.. makanan kat sini mmg sume sedap2 sangat. ada steamboat, ada lauk melayu, ada mee, bubur, kuih, ice cream, dan sebagainya. mmg tak menang tangan nak amik semua makanan.



TAPI........ kena di ingat, makanan kena habis kan kalau tak nnt korg kena bayar... sebab dorg tak nak pembaziran berlaku. jangan pulak korg makan 3 orang tapi amik makanan macam 15 org! comfirm memang tak habis punya... jangan menbazir ye kawan2. nanti kena bayar extra pulak.



Harga buffet kat sini RM39.90 nett. takde bintang bintang kat belakang. melainkan kalau u all tak abis makan. =)


Last sekali ktorg amik ice cream. tu pun punya lah ramai umat beratur. mak mak budak pun ramai yang amik. bukan utk anak tp utk dia sendiri. "kalau aku pun aku amik utk makan sendiri". (berkata-kata di dalam hati). sambil tangan cedok2 ice cream. mmg macam2 jenis ice cream ada kat sini tau. memang puas hati. apabila perut dah kenyang sampai nak meletup, ktorg pun beransur sambil korek2 gigi tanda kenyang habis lah tu.. hahahaha... ok ok. bye.

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI. ANDA TETAP PEMENANG BUKA PENGALAH!



memang trademark dia agaknya suka tayang badan kalau menang.
musuh ketat. Lin Dan.

ITS OK, ITS ORAIT.....
Memang berdebar2 tadi menyaksikan perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei & Lin Dan. Saya dah tentu la sokong Datuk kan. Takkan lah si Lin Dan nie... huhu....


setiap minit jantung rasa bagai nak gugur tengok aksi yang mencemaskan dari dorg. pemainan yang sangat mantap bagi datuk. Tapi nasib tak menyebelahi beliau. Tak apa saya tetap sayang awak. eh?? bukan2 sy akan sentiasa sokong awak. p/s : macam lah datuk baca. T_T
hahahaha!!!

Berusaha lah untuk game Piala Dunia 2012 tahun hadapan =D

Friday, August 12, 2011

OUTDOOR SHOOTING

Acha2 macam sesi tangkapan bersama jais la ni eh? hahaha.... konon2 terkujat la dorg wat aksi macam tu... haha! lawak2..
Tiup jangan tak tiup! semput jugak bila kena ulang banyak kali. maknanya di situuu... tiup pun kena ulang banyak kali jugak lah kan?? adoiyai............ manis x kurma iniii...????? haaaaaaaaa semputtt...
eh eh mana ni mana nak tangkap? aghhh mata silau kena matahari! hehe. perasan tak semua tertonggek2??? hahahah!!!


Salamm =)
sebenarnya kan pic ni dah lama. masa tahun 2009. bulan 12. Kak Linda & abang mus kawin. kami kena jadi model a.k.a penyebok untuk sesi outdoor shooting dorg. Mula2 sy kena jadi ala2 mak andam pencen la utk kak linda. Just bawak span muka pastu lap2 kan peluh. Tu je la pun. Bukan la mak andam. haha. Pastu photographer tu tanya ktorg nak x jadi model kat blakang pengantin?? kami dengan riang rianya terus melompat2 menyatakan setuju. (melompat2 tu tambahan nak sedapkan ayat) =)



petang tu ktorg gerak pegi Tanjung kat Muar. Petang tu mmg ramai orang dok bawak anak2 main layang2, main kete control, makan ais krim, main bola, & etc etc...



Mulanya rasa agak segan la kan sebab ramai org. Tapi..... daripada orang bertambah ramai, better la ktorg start cepat shooting nie. Mula dalam pukul 5.30 petang, ktorg pegi beli dulu buih2 untuk di jadikan prop katanya...



Bila mula je shooting ktorg sume mengikut arahan dari photographer. dia suh lompat, ktorg lompat. suh tiup belon, pun ktorg buat. lastly, dalam pukul 6.30 petang, siap lah sesi memecah lemak kami.... turun jugak lah 2kilo agaknya. Lupa nak timbang. haha.



Bila album dah siap kan, tergelak2 sambil hidung kua darah ktorg gelak. Muka masing2 masa lompat tu mmg kelakar gila. Boleh masuk dalam majalah ujang kot. kih kih kih... Ni la hasilnya setelah siap... ok jugak kan?? =)

KENANGAN KU DI MASA MUDA REMAJA DI TEMPAT KERJA

Ni sesi menggilap kasut keje. Sebelum keje sempat singgah Bata, beli pengilat kasut. Jenama apa memang tak ingat dah. ;p Maka beramai2 lah kami membuat sesi kilat mengilat sebelum brifing petang. Maka, masa brifing start, bersinar2 lah kasut kami semua. Walau pun tanpa pancaran matahari. =)
Dalam menggilat kasut, sempat lagi bergossip. tu yang bertambah berkilat. haha.
Cuba teka yang mana satu sy? yes tepat sekali. yang rambut macam cendawan tu. hehe. ni gambar masa tahun 2006. masa ni semua kecik kecut je. hehe. tak apa la senang hati kan? =) masa ni baju masih lagi kebaya merah. Sekarang dah tukar ke baju warna orange.
Masa ni time sahur tahun 2010. yakni tahun lepas. makan apa eh tu? nasik kot... pastu ada nugget. eh mana datang nugget? haha... dengan air epal. makan time sejuk kat airport mmg la sedap kan. sebab senang lapa bila sojuk. huhu..
Ni yang tak tahan ni sebab skema ya amat! hahahhaa.... Tak sanggup nak pakai macam ni sampai kat kaunter.. hehehe...
Family Day shift Bravo.. tengok muka semua suci murni je kan?? hehe... rindu kenangan ni...


Seronok bila tengok balik gambar2 lama. Ada macam2 rupa. hehe... Ada banyak tapi ni sahaja yang di upload. nantikan entri yang akan datang. Banyak lagi gambar yang akan di letak nanti. sambil berguling2 gelak sorg2. gambar ni pun dah gelak macam tah pape. hehe.

Monday, August 8, 2011

TAHUN NI PUN RAYA KAT KLIA MACAM TAHUN LEPAS =(

Tengok gambar2 kat atas macam happy je kan tapi mmg happy pun! hahahhaa... sengal je pix sumer. Ada macam2 gaya. Gaya kuak lentang, gaya bebas semua ada. Teringat tahun lepas raya kat KLIA. Sebab keje. Pagi raya kat KLIA. Selalunya ada kat kampung. Tapi tahun lepas dan tahun ni lain sikit. Pagi raya dah gerak dari kampung. Orang lain sibuk bermaaf maafan, sy sibuk bermaaf maafan dengan dinding airport. "dinding, aku mintak maap ye segala kesalahan ku selama ini " haha. sengal je kan, kalau betul2 macam tu?? ;)

walaupun sedih masa ni sebab tak dapat nak raya dengan family masa 1 raya, tapi tak apa lah sebab raya kedua ada kat kampung. Tapiiii.... tido je la sampai petang. Sebab letih malam tu keje shift malam pulak. Part yang ok sebab tak payah pakai uniform. Dapat pakai baju raya.. hehehe.. boleh cat walk kat passanger. bila passanger tanya je, kitorg posing dulu, baru jawab. hihihii. (berangan je lebih ). TAHUN NI... sekali lagiiii 1st raya kat KLIA.. uwaaaaaaaaa... Raya kedua as usual, tido... raya ketiga baru raya betul2 kot. tapi masa tu semua dah balik umah masing2. tinggallah sy makan kuih semprit sorg2 kat kampung. MOOD : SEDIH =(

sy harapkan, tahun ni, dapatlah sy beraya dengan riang ria dia hari raya walaupunnnn kena keja. nak jugak ulang banyak2 kali... nanti sy update pasal raya taun ni pulak ye. Apa agaknya gaya akrobatik yang kami akan tunjukkan. haha. bye =)

Sunday, August 7, 2011

SELAMAT BERPUASA


Salam semua. U all puasa tak nie?? Good bagi yang berpuasa, NOT GOOD bagi yang tak berpuasa. TAPI... Kalau bagi yang uzur tu, yang perempuan lah kan... memang tak apa. Sebabnya memang tak boleh puasa pun kan. Kalau puasa pun nanti tak dapat apa-apa ganjaran. Jadinya......... kita balun semua makanan yang ada. Haha. Tapi kalau dah habis waktu uzur tu, jangan la sengaja delay2 kan mandi wajib tu. Alasan untuk tak puasa. Elok2 7 hari jadi double pulak ke 12 hari. Nanti nak ganti punya lah payah... Adoi dah membebel pulak tgh2 pagi nie. Haha. Ini peringatan untuk yang menulis ni jugak. kih kih..
Kalau dah puasa tu, rajin2 lah beramal jariah. Bersedekah ke, pergi sembahyang terawih, dan sebagainya. Then masa berbuka, berbukalah dengan bersederhana. Kalau pegi bazaar tu, ingatlah ada berapa bilangan ahli keluarga. jangan beli seolah2 stok buka untuk sebulan. sampai penuh meja. kadang2 sampai tak muat meja. terpaksa pulak bentang tikar kat lantai. Air pulak sampai 5 jug besar. pada hal ahli keluarga ada 3 orang je. hehe. (macam penah buat je?) haha. Shopping pun berpada-pada ye kawan2. jangan bila gaji dah habis nanti ternganga mulut macam ni.. ala... tak boleh buat lalat masuk pulak nanti, batal puasa. =)

Lastly.... ok dah tak nak bebel sebab penat. Mesti u all buat muka lega sbb cik yang dah tak membebel. haha. kejang dah otot jari jemari.. =)

Dah alang2 entri pasal puasa,saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua.... hihi. lebiu. muahh! :D

Friday, August 5, 2011

Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak.


agak2nya sape yang MONYET yeeeerrr??!!! suka2 je kata orang monyet. monyet betul lah!