Friday, April 30, 2010

MR TEPPANYAKI

CIKGU TEMAH BARU BALIK MENGAJAR













Tak tau lah kenapa suka makan.. blog ni dah jadi blog makanan. haha..
ell teman shopping kat sg.wang. Dah lama x jalan2 KL.
mula2 nak shopping barang i, then yang banyak beli sape tau? Ell.. hehe..
Ktorg jalan2 nampak Restaurant Teppanyaki.. Tak habis sbb banyak sangat.
bonus nanti shopping lg yer! hehehehe...








MAKAN LAGI!

YA ALLAH... licinnn.. haha...



SUKANYA DIA..................





Makan lagi?? haha... kali ni kat LAVENDER JJ BUKIT TINGGI.
Makan nasi goreng kampung. (mmg sedap giler). & Nasi ayam hainan.
Uols mmg kena try. Wah uols ok. haha...
Sedap sampai licin giler. Sib baik pinggan 2 xleh makan. Kalau tak sume
ktorg sebat. =)





MAKAN PADA HARI JADI SAYA DI IKEA

Ini lah "ending" nye yer.. hehe...






Nyum2.. makan lagi yer!! haha.. sebelum celebrate dgn kawan2 d malam hari,
i makan2 di IKEA. Ell banje.. sangat seronok! thanks Ell...
Masa ni mmg lapar sangat.. Lapar tahap gaban...
macam2 yang di order... termasuk la brokoli with cheese..
Buurrppp.. ALHAMDULILLAH SYUKUR...





HAPPY BIRTHDAY YANG! >>>> 23 TAHUN

Oppsss.... huhu...















1stly nak ucapkan bertrillion2 thanks kpd sume yang hadir..

skema kan ayat? =) hehe...

malam tu pegi tgk wayang. Cite KICK ASS..

Mmg best giler cite nie.. lawak sangat...

pastu gi makan kat mamak sec.7.

Mula2 nak makn KFC.. Sekali penuh giler daa...

huhu... Ada cite lawak.. Masa kat kedai mamak 2,

ada sorg mamat hensem ni.. mmg teramat lah hensem..

pakai baju pepel dgn short. Badan tough..

ell pun curik2 la amik pic dia. sekali dia perasan..

gelabah gila ktorg! cuak giler.. Dia lalu sebelah ktorg,

ktorg buat2 borak. Sib baik dia x marah. haha!!

apa pun malam tu mmg hepi sangat! =))







Monday, April 26, 2010

CAMERON HIGHLANDS TRIP

















Bday kali ni g cameron pulak.. taun lepas g melaka..
taun depan pegi korea. ( berangan je ) huhu....
Pagi2 lagi dah kua... kul 07:30pg.. huarrgghh mengantok gak sbenarnya..
Tp jalan punya pasal, mmg on je la... Ni last minit plan.. main redah je..
sib baik la my dilla tau jalan nak g sana...
walaupun rasa nak muntah.. huhu... sampai sana dalam pukul 12:30pm..
G la cari hotel... yang lain sume mcm xok..
yang ok cuma 1 je.. 2 pun last room.
So lucky that day.. =))
ktorg stay kat CASA DE LA ROSA. mmg best... layanan ok, hotel cantik, mkanan sedap..
tip top!! ktorg g minum teh, petik strawbery, g pasar... beli beger malam 2.. mmg sedap... siap ada cheese RM5.. esoknya balik.. dalam pukul 09:00am... sampai umah dalam kul 12:00pm. laju gila org 2 bawak.. kecut perut den.. apa pun sweet memoriessss... =))

Tuesday, April 20, 2010

10 TIPS UNTUK KURUSKAN BADAN

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.


2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.


3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.


4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.


5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.
Sebagai contoh:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.


7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.


8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.


9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.


SEPETANG DI KEDAI BUNGA













Yuuhu..... time ni teman mak i g membeli-belah d kedai bunga... dekat je dgn umah..
depan hospital banting... apa yang di beli?? of coz bunga... xkan kuih koci pulak kan?? haha.. eh nape i sorg je yang gelak? ok xlawak.. fine.. =x
beli bunga ros (2)
yang lain just benih2 je..
bayam dgn kacang panjang.. nak lilit2 katanye... lilit kat mana pun xtau lah.. =)
harap sangat sume yang d tanam menjadi... Amin..

BREAKFAST =)








Nampak sedap ke tak?? tak? alaaa... sedap la.... huhu...
Rajin pulak bangun pagi2... siap buat sarapan lg.. tebiat agaknya budak nie.. haha..
hhmmm... goreng cekodok dgn nasi... lepat pisang bukan i yang buat..
nnt lain jadinya.... jd pelepah kak pah lak.. huhu... lepat 2 mak yang buat. Air pulak air kopi dgn orange strawberry! sooodapp! *perasan*


BEGEDIL YAYANG =P







*5 bj kentang
*segenggam daging cincang
*daun sup dicincang halus
*5 sudu besar bawang goreng
*satu sudu kecil garam
*1/2 sudu kecil lada sulah
*1 biji telur (di pukul)
Cara-cara
*kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
*setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
*kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
*setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
*gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
*akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.
selamat mencuba!!! =))





Sunday, April 11, 2010

CHICKEN HARTZ - SUNWAY PYRAMID









Akhirnya dapat jugak makan kat sini.. betul2 sbelah nando's.. =)




just bayar RM16.80 & ALL U CAN EAT! mmg berbaloi2... makan sampai MUNTAH hoccey?? hehe... syarat dia xleh membazir nnt kena bayar.. pastu 2jam je leh duduk kat situ..