Wednesday, June 29, 2011

AYAM PENYET API

ikan semilang, ayam goreng & terung. sedangkan kami hanya berdua sahaja tetapi mengapa kami order sampai 3?? anda tahu jawapannya. ini adalah kerana saya makan banyakkk. haha... Mesti org yang amik order tu ingat " ooo.. myb jap lg ada sorg lagi yang akan datang kot". tapi sampai ke sudah ktorg berdua je yang makan. hahaha..!!!
muka poyo bila dapat minum air.mana taknya... panas sangat2 kat luar tu.. sampai peluh membasahi bumi... wah ayat nak power je. huhu..
tak tau ni muka lapa ke macamana nie. hehe.. jap ye kak ira. nanti jap lg makanan sampai kita makannnn! =)

Lokasi makan tengahari kali ini kat Ayam Penyet Api sec. 7 Shah Alam. Tempat ni yang tak bestnya kipas or aircond dia hidup segan mati tak mahu. rasa nak beli satu kipas berdiri kat kedai sebelah pastu hala kat muka. Tapi tak boleh buat sebab tadi kan dah kata RASA. Rasa tu kira macam bayangan je lah. huhu. Cpat jugak service dia. Baru order dah sampai makanan dia. Tau ktorg tgh lapa kot. hehe... Jemput mamam semua ;p

SANGAT BEST BRO... =)












Sangat happy bila dapat spend time dengan sedara ku yang tercinta. Lama sangat tak kua sama2 kan?? Selalu masing2 sibuk. Kak ira sibuk blaja. Saya & Kak Nolly sibuk keje. Kak Nolly lagi la sibuk sebab dia keje sambil belajar. Tapi akhirnya kami dapat jugak spend time bersama. Kami rancang nak karoke je. Sebab ada karoke murah kat Ole-Ole Shah Alam. dekat tingkat atas. Just RM20 untuk 20 lagu, Rm30 untuk 30 lagu & RM40 untuk 40 lagu. Dapat bilik vip. Sound pun ok. Sebab kak ira & kak nolly dah pegi dulu. Bila dengar dia cerita macam tu, rasa membuak2 la nak pegi. haha. Kami gerak pas Kak nolly habis kerja. Sebelum nyanyi tu ktorg sempat round ke Bukit Kemuning. Ingat nak makan aiskrim kat sana. Tapi tutup. Last2 ktorg jumpa jugak kedai makan.. Bila masuk je, duduk & tengok menu... GULP! harga.. Mak ai... dekat RM50! Tapi dah masuk bila nak kua rasa macam.. apakah??? Order sudah. ( padahal tengah telan air liur ). Tapi.... selak belakang lagi... Ada la chicken chop. satu tu dekat RM20. Air RM4. Kira ok la kan.. Nasib baik tak kua dari kedai tu. haha. Apa pun kedai dia best. Lagu semua lagu oll skool.. Tenang je jiwa dok dalam tu. Macam tak nak kua pun ada. =). Masa ktorg makan, semua pekerja pandang ktorg makan. Rasa tak selesa. Bukan pandang nak ngurat, tapi alert dengan apa yg ktorg nak. Apa yg customer rquest. kira good service la dari dorg. GOOD JOB. =). Dekat dua jam jugak lepak dalam tu. huhu... pastu gerak la gi Shah Alam balik. Sampai je sana, Kitorg nyanyi kat dalam tu sampai nak muntah2 belilah dah tau. hahaaa... Mana taknya last2 dah tak tau nak amik lagu apa, ktorg nyanyi lagu ROCK KAPAK! haha. saya nyanyi lagu kumpulan spoon. Rindu serindu rindunya. Pastu siap nyanyi feel2 dengan muka2 semua ah. heeehhee... Balik je umah Kak ira sy on9 jap lepas tu sy gossip2 girl dengan kak ira. Sampai la tertido =D

Tuesday, June 28, 2011

GET WELL SOON =)

 
Hospital dekat Bukit Kemuning. Balik dari Sunway yang sy makan kat seoul garden tu, terus singgah tgk Apit, rakan Singapore sy yang suka sangat tanya org Singapore. haha. gud... malu bertanya sesat jalan. kali ni kan dia sakit pendarahan. kesian kan?? bila buang air besar je, darah yang kua. erk erk tu tak kua pun. kalau halakan kat dinding dah boleh buat corak abstrak kat dinding. haaa bayangkan cepat. muka apit pucattt sangat. ye la darah dah kurang. cian dia. dalam 1 jam ktorg tgk dia kat sana. borak2, bagi dia makan, pastu ktorg pun balik. apit get well soon k?

SEOUL GARDEN













Ni blog pasal makan ke apa?? bukan pasal makan.. ni pasal saya punya cerita harian. kira macam diary la ni.. kalau tulis kat buku nnt kalau hilang ke kan susah. dah tak dapat nak tgk balik kenangan2 lama. lagi pun kalau tulis kat blog, dapat tgk gambar sekali. kan best macam tu.. & saya suka makn. sbb tu banyak gambar makanan. Dan saya suka cuba makanan baru. rasa macam seronok bila dapat makan macam2 jenis n rasa. betul tak kawan kawan?? =))

kali ni kua makan kat seoul garden IOI mall. belakang sunway pyramid jer. asalnya nak jalan2 sunway sambil karaoke. pastu ell kata y not kita try makan kat IOI. sy pun set aje lah dah nama pun nak g makan kan. haha. naik je escalator dari parking terus jumpa restaurant ni. kat sebelah kanan jer. kitrg org yang pertama. harga makanan kat sini, just RM26.88++. ni untuk lunch. kalau dinner RM35.88++. siap dengan air semua ada. makan kat sini kira macam barbeku lah. seronok sangat! =D

makan tak hengat dunia taw. sampai kena rehat2kan perut sekejap. hehe. settle je makan, gerak lah kami ke sunway. lokasi restaurant ni :

Lot EG 9 & EG 10, Ground Floor IOI Mall (New Wing), Batu 9, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.
Tel: 03 8076 8726 / 012-609 7385
Operating Hours:
Daily: 11.30am - 10.30pm
  • Place: Restaurant
  • Cuisine: Korean
  • Serving: BBQ / Deli / Steak / Grill
BOLEH TRY!! sedap sangat.. see ya! =)


Saturday, June 18, 2011

HAPPY BIRTHDAY ANAK BUAHKU

wafiy tido.. kesian dia penat. ye lah main gelongsor je mana tak penat kan?? =)

dari kiri.. mak, along, me & kakak ipar ;p

si comel pakai baju kebaya pink! dia baru balik dari kenduri kawin kat klang. tu yang berbaju kebaya tu..

"terima kasih" angah di atas flash dr kamera anda. huhu.

sesi memotong kek. kek bola. dah besar nanti awisy jd lah pemain bola. boleh la jadi mak jd pom pom girl kat tepi padang. haha.

M.F.C.. nama pelik kan?? restaurant ni ada kat Bangi. macam kfc just dia ada pizza. =)

kek bola! sedap. macam ada aiskrim kat dalam dia.

darwisy yang tak suka bergambar tapi telah di paksa oleh saya. kira peras ugut lah ni. haha.

happy birthday awisy.. mak doakan awisy cepat2 besar lepas tu masuk rancangan pencarian jejaka maskulin. eh tetiba. haha. birthday kali ni yang ke 8 tahun. mak? jenapa mak? ye inilah panggilan semua anak2 buah sy. gara2 along sy yang jeles bila suh dorg panggil mak su. dia suh jugak anak2 dia panggil MAK. bayangkan kalau ada jejaka hensem lalu sebelah lepas tu anak buah panggil. "MAK!" "MAK!".. adoiii hancus lah macam tu. sebab mmg penah jadi pun. mesti ingat dah ada anak kan?? terpaksa lah buat muka toya je. hehehe.. erm.. sampai2 je sini, tgk2 apa pun persiapan tak siap lagi. staff baru nak tiup belon. alangkah geramnya along sy. mak saya pulak apa lg, terpaksa la sound staff tu. ha kan cik pidah dah bersuara. "maaf makcik". bos baru bagitau saya. ok fine. start pukul dua, tp pukul dua dorg still tiup belon. sampai 3jumaat pun tak siap macam tu. bayar mahal tapi hampehhh. wah cik yang pulak dah bersuara. haha. tapi xpe lah. anggap je semua ni dugaan hari jadi awisy.. sabo ye wishhh.. say cheseee =) dalam pukul 3 baru lah start. makanan sampai je terusss ngap! lapo.. dari pagi tak makan apa2 sbb nak makan pizza punya pasal. huhu.. sib baik sedap. lepas makan ada sesi bergambar. posing macam2 posing ada. hehe. settle je sume tu balik lah kami ke rumah. sangat happy sebab dapat makan, dapat main gelongsor. haha. ada hati dah besar pun nak main jugak. kat restaurant ni ada playground. best.. =)

CINNABON =)

Muka semangat sangat bila dapat makan cinnabon. lama dah tak makan. rasa dia sedap. sesuai untuk minum petang.

kalau petang2 dapat makan ni mmg heaven lah. dengan air coffee. tp coffee pahit sikit. kena letak 5 paket gula yang kecik tu baru sedap.

sebelum minum petang marilah kita berkaraoke dulu. 2jam baru dalam rm 14 je sorang. dengan 4 gelas air.

miss ell nyanyi lagu aku cinta padamu. so sweet tau ;p

hah amik kau 4 gelas air. kembung perut minum air je kejenya. haha.

lepas cirit birit ini lah hasilnya. perut ku ramping bukan?? ramping ke? hahaha

makan makanan korea lagi!! adoi dah gila korea da nie. hehe

hari ini hari rabu. kalau rabu wayang murah kan tapi xnak lah tgk wayang. nak karoke lah pulak. walaupun asyik nyanyi je tapi hatiku girang selalu. nyanyi pulak lagu apa lagi.. lagu indonn lah. huhu. entah la dari dulu lagi minat lagu indon. lagu yang tak pernah dgr pun still dapat nyanyi jugak just ikut lirik dia je. teror tak saya? haha. tapi lagu yang tgh hangat sekarang kan lagu aishiteru.. sangat teruja bila dapat nyanyi lagu ni. siap bangun lagi untuk menghayati lagu best ni. ell pulak nyanyi lagu ct. aku cinta padamu.lagu untuk sape tu ell?? hehe.. dalam dua jam nyanyi, rasa tak puas sebenarnya, tapi terpaksa mengakhiri jugak sesi karaoke ni.. kua dari karaoke cari apa yang boleh di buat minum petang. hah! cinnabon lah jawabnya.. set dgn coffee dalam RM7 je. sedap pun sedap. =) lokasi kat sunway.. tempat dating dulu2.. ecehhh.. myb 21 hb nak g lagi. nak nyanyi puas2 lagi.. wuwuwu.. cekidaut.. haha..

Tuesday, June 14, 2011

REFRESHING... =D

Sekarang ni dah gian makan gula-gula eclipse mints. yang perisa blackberry. eh bukan2 blackcurrent. sedap n menyegarkan. hari tu nampak kat airport shop KLIA, macam best je sbbnya perisa blackcurrent. blackcurrent kan macam comel je rasa dia kan. tgk harga dalam RM4 lebih. lebih tu tak ingat berapa. huhu.. ada 50 bijih. wah bijih macam bijih timah je bunyiknya kan. haha. kira ok la ada 50 kat dalam. sehari 3x makan selepas makan nasik. macam makan ubat pulak. =) sape yang rasa nak segarkan mulut tu boleh try makan gula2 ni. nak bercakap pun rasa yakin ;p

Monday, June 13, 2011

HAZAMA JUARA AF9!! =)

Juara AF jatuh kepada.. HAZAMA! sy dah jangka pun. huhu. Setelah berlangsung selama 9 musim, program realiti Akademi Fantasia akhirnya melabuhkan tirainya apabila peserta yang pernah disingkirkan di Konsert Prelude AF4, Hazama muncul sebagai Juara.

Hazama membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi.

Hazama berjaya mengumpul 45% undian SMS, manakala gelaran Naib Juara diraih Lena (28% undian), tempat ketiga Fina (15% undian) dan tempat keempat Azri (12% undian).

Maka berakhirlah episod Akademi Fantasia yang telah mencetuskan fenomena luar biasa sejak mula disiarkan pada tahun 2003. Tapi bagi saya lah kan better dorg buat AF akhir sampai AF10. baru lah tak nampak janggal sangat AF9 pulak kan. Tapi apa pun tahniah di ucapkan kepada Hazama. Hazama best!!! Kawtim pak lang!

Sunday, June 12, 2011

MENU APA MALAM NI??


hari ni keje malam. tengah fikir ni apa nak makan.. kalau makan nasik nanti gemuk. ececehh time ni la baru fikir gemok yer. time ptg td makan nasik dgn sardin tu apa??? haha... sedap pulak tu. makan dengan kicap lemak manis. bertambah berselera sy makan ptg tadi. ni bila malam tak tau nak makan apa.. terasa nak mengunyah. apa lagi airport shop lah tempat yang wajib di tuju. sampai je sana mata melilau. pandang kiri dan kanan. atas dan bawah. ok yang ni tipu. atas mana ada apa2. haha. ok teruskan pencarian... jumpa roti jagung, jumpa air oren twister, jumpa air nescafe last jumpa biskut bawang.. macam menarik je biskut ni. apa lagi sambar la... huhu... sampai kaunter terus lupa diri terus bukak n makan. yummy! sedap. makan macam tu je pun sedap. mmg leka bila dah start makan nie. lepas ni boleh beli lg. =) kalau sape nak rasa boleh la try jenama dia GARDEN, POP PAN. ok jangan gelak bila sy bagitau nama dia. kecik hati dia nnt.. hihhhiii... ok kawan2 boleh try yer. pasti seronok.. huhu.. ;p

ABG SHUIB KAWIN!! EH BUKAN LA.... ANAK DIA.. =)

Steady la abg shuib.. warna tema pun nak kaler info jugak. hehe.. sume nya cover perut. terutama saya la tu.. haha..

Kak dilla apa yang u tgh buat tu.. dok mencangkung kat situ.. oh i tau... u nak amikkan bunga telo untuk kak ju kan? =)


ni pengantin lama.. bukan pengantin baru.. hihi.. nak jugak bergambar depan pelamin yer.. tak pe.. abg shuib tak marah.. ;p

Suasana hening seketika di airport. Tatkala itu lah ada panggilan ku terima bertanyakan mengenai.. bla bla bla... adoi tak boleh la nak buat ayat macam ni sampai habis. tergeliat tangan nak menaip. haha... ok kita teruskan dgn bahasa saskrip dr saya k... masa ni tgh ot pagi.. perancangan balik nak pegi umah abg shuib. anak dia kawin. i pun on je lah kan sbb dah lama tak merasa nasi minyak. balik keje pukul 3 ptg, kami konvoi bersama2 ke umah abg shuib. sampai2 je sana wahh oren!! sama kaler lak tu dgn baju ktorg... teruja sebentar. haha. sampai je kan tak malu terus makan. lapa punya pasal.. hehe. makanan dia sedap. ada sambal udang n etc etc. dah tak ingat. =) dalam 30 minit makan n borak n gossip2, ktorg pun gerak la ke pelamin. sbb nak amik gambar dgn pelamin n nak amik bunga telo. tak malu lagi sekali. =D amboiihh amik sampai 3. sib baik bapak pengantin tak marah. sbb tau dia tak marah la ktorg amik lebih.. anak kak yati c mamat yang sgt comel pulak tu tlah terjatuh kan telur dan telur itu telah pecah. kena g dalam amik yang baru.. (ayat tunggang langgang). dah settle segalanya kami pun gerak lah pulang dgn hati yang stabil sbb dah dapat makan. so besttt.. sbb dapat makan... part tu yang paling seronok sekali sebenarnya. hihihi... anyway kesempatan kat sini, sy nak ucapkan selamat pengantin baru. semoga kekal ke anak cucu n sampai akhir hayat.. Amin... ( nama tak tau ) ;p


MAGGIE KARI JADI MAGGIE SAYUR

Bila tgk tajuk dgn tengok gambar msti comfirm setuju dengan tajuk kan?? hehe. Ye la mana taknya yang nampak sayur je. maggie tah ke mana. jangan risau maggie ada kat dalam.. dan sekarang ni dah masuk pun dalam perut. siap dah buang balik. hahaha.. makan mmg kenyang sampai ke malam sbbnya bahan dalam dia banyak. yang banyak sayur je sebenarnya pun. =)

Friday, June 10, 2011

HAPPY WEDDING =)

Sama cantik, sama padan. Lepas ni kalau sakit boleh jumpa dorg sbb dorg ni doktor tapi tak tau doktor apa. doktor pakar sakit puan ke, sakit apa pun tak tau. =)

hantaran cantik. masa nak alihkan dari meja takut je nanti terjatuh. tak pasal2 kena ganti balik nanti. terbongkok2 sy mengalihkannya dengan penuh berhati-hati. cewaahh..

damia ku sayang.nak mee ke nak nasik ke nak chicken chop?? nak MEE.... ok2 dear nak mee. jangan buat muka yer.

darwisy n isya. dulu kecik2 selalu gaduh2 manje. hhe.. bila dah besar ni dah xde dah. dulu nakal2, sekarang dah baik tak notty dah. sayang sangat kat dorg nie. =)
dorg ni xsuka bergambar so kena la amik gambar candid2. hehe..

Tuesday, June 7, 2011

TERINGIN...

















Teringin gle nak makan kat tony roma's.. tapi kan, mahal nak mam... macamana eh?? boleh tak buat muka kesian kat org. agak2 dorg banjer tak?? haha... nanti ada rezeki lebih nak makan kat sini... agak2 mesti kena RM100++ untuk sorg. Lepas dapat makan kat sini, 2minggu tak nak membuang. nanti rugi la kan sume daging2 tu keluar dan terlupus. haha. tengok kat menu dia air liur menjejes2 ke lantai sampai kena mop. haha. sluurrrppp sedapnyaa!!! ok geng, nnt kita update kalauuuu kita pergi yerr... =))

Sunday, June 5, 2011

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Time ni baru je sampai kat changi airport. sampai dalam lebih kurang pukul 1ptg. ktorg check in baggage satu sbb kan liquid items tak boleh bawak hand carry kan. so kena la check in. tapi 1 beg je la. sume cecair sumbat dalam satu beg. hingus pun kira cecair jugak kan?? haha... tu pun sumbat jugak dalam bag =)
dalam kapal layar. layar la sangat. hehe. dalam kapal air asia. flight pukul 12. saje amik tengahari. tak payah la nak bangun sampai 3,4 pagi kan nak siap g epot. gerak dari rumah dalam pukul 9.30 pagi. sampai epot pukul 10 suku camtu. ceh awal jugak kan? pada hal flight pukul 12. sama je bangun awal jugak. hehe.


sukanya mereka bila dah jejak kaki d singapore. saya pun sama jugak excited jugak. jangan cakap org ye yang. sama je 2 kali 7. berapa? 14.. pandainya... =)
ok cuba tengok yang kanan tu. dia lah yang kacau apit. apit yang nombor dua dari kiri tu. yang sama tinggi dengan saya tp dia tulis kat passpot tinggi dia 163. tipu kan? haha. si apit G ni... eh! bukan... si apit ni... dia melatah tau. alamak terbagitau pulak. hehe. dia tgh jalan2 dgn ktorg kan, tetiba makhluk berkaki kuda nie g jerkah apit dari belakang. terkejut babun dia, sampai kua air mata sbb terkejut. hehe. lawak gler. sume org gelakkn tapi kan pit, u still cute d mata kami.. hehehe...
hai en charlie chaplin. kami sayang awak taw. sebab awak ni comel. dengan misai yang macam tu... =) kalau lah boleh curik misai tu bawak balik sini kan best.. haha.
ha yang ni best. sebab apa taw sbb dorg ni hot sampai tahap hidung berdarah dengan bernanah sekali. tp yang tak best sangat peluh dorg tu melekat likat kat lengan. hadoiii.. geli sket tapi tak pe lah kenangan bersama mu tak mungkin ku lupaaaa... hihi... dorg ni joget mmg best sangat. dorg ajak penonton naik pentas tu. ada yang malu2, ada yang over tapi xpe. sbb best bila tgk dorg berani kat atas pentas tu. kalau sy kan, mau terkincit dalam sua. haha.
TAXI!!! ceh nak jugak buat gaya tahan teksi. ingat leh bukak pintu dia tapi x boleh. ni kira macam replika la. ada cina tu siap duduk atas keta lagi. wah sangat extreme ye di situ...
time ni masa mula2 masuk dalam universal studio nie. batak tak hengat bila nampak minah saleh depan pintu. haha.. terus la amik peluang bergambar.
sorry gambar tunggang terbalik sikit yer. tak ikut susunan yang betol. xpe kan? ok thanks =) ni masa sebelum berangkat terbang. masa tgh tunggu nak Q kat security.
yang belakang tu i tak naik pun. SERAM! tak nak lah tak pasal2 usus tercampak kat bawah kang sape nak pasang kan balik kan?? tak nak amik risiko... bahaya.. apit naik dia kata mmg jantung tercabut. sebab kaki terjuntai2 kat bawah. macam nak tercampak jer.. T_T
YEY! sukanya bila nampak benda alah berputar2 ni. pastu dengan lagu latar belakang macam star trek punya movie jer mmg menaikkan bulu roma yer . so far memang pengalaman yang sangat2 best tak hengat. next trip nak pegi seramai yang boleh. yihhaaaa... tapi kalau nak pegi sini better pegi time weekdays. tiket murah dari hari minggu. baru 66 dollar sin. dalam RM160++. pastu orang pun tak ramai sangat. bukak dari 10 pagi sampai la 7ptg. Better gerak dari JB. dekat tune hotels danga bay ada bus pegi balik ke universal studio ni. baru RM25 pegi n balik. murah kan?? mmg berbaloi.. jom kita pegi lagiiii =)) sangat2 SWEET MEMORIESSSSSS... =))

Saturday, June 4, 2011

SUSAH NAK MEMBUANG...


Tak tau kenapa dah bertahun2 susah sangat nak buang air besaq.. mmg masalah ni dah lama. sampai la sya try minum teh org kampung.. mmg berkesan. tapi ada dgr cerita yang teh org kampung ni tak elok. boleh menghakis perut. bila dgr macam tu rasa takut la pulak. tapi nak buat macam mana, dgn teh ni je yg membolehkan sy membuang.. nak di jadikan cerita, teh habis. tanya kat mak. mak.... teh da habis ke??? aah... tapi cuba lah yg mak minum ni. mak minum baru seminggu. dia kata hari2 dia lawas. lepas tu cepat rasa kenyang. tak rasa nak makan pun. baju kurung yg tak muat dia pakai sebelum ni, dah muat. ait macam menarik je dengar. huhu... sy pun pegi la dapur. amik satu pek, letak dalam bekas, kacau2 dgn sudu, pastu goncang sampai sebati. dah sebati, minum. rasa dia sedap! macam minum jus asam jawa. sbb mula2 mak tanya ko minum ke air yg rasa macam ni?? knp mak? tak sedap ke? takde la.. mana tau ko tak suka. sekali rasa... mmg sedap. n nak lagi. heheee... lepas minum kan, esoknya bangun pagi terussssssssss membuang sampai berulang2 kali. hahaha.. tapi bukan la macam cirit birit tu... terasa macam keluar semua lemak2. hahaha. mmg best la. happy sangat dapat buang dengan lawasnya. lepas ni minum ni je. dah la sedap. huhu... sape yang tak lawas tu boleh la try. opss sori lupa pulak nak bagitau produk ni nama dia PREMIUM DIET PLUS FIBRE. ada 10 pek kat dalam. selamat mencuba =)