Sunday, March 20, 2011

4 sebab kenapa sayang sayang awak

ha.... Dapat taged dari Juju Syam =) Meh nak promote blog juju jap..

jujusyam.blogspot.com. Mari ramai2 memeriahkannya..

ok, I telah di taged oleh Juju.. Iaitu... Nyatan 4 sebab kenapa saya sayang dia.
meh sini nak jawab meh...

Saya pilih Nur Fadilla Mohamad. Kawan kerja & my bestfren 4 eva. =)

1) suka buat lawak

Suka buat saya gelak. Dan gelak dan gelak lagi... Banyak kan saya gelak? hehe. Bukan gelek tau. Tu dah lain. =)

2) Suka tersenyum

Dia ni mmg suka tersenyum. Kalau senyum memang la kiut miut sangat. Selalu cuba nak buat lesung pipit macam dia. Tapi mesti nampak fake. Haha.

3) kawan yang baik

Dia adalah contoh kawan yang sangat2 baik. Bak kata pepatah, susah senang bersama. Cubit peha kanan, tangan kiri lempang org yang cubit tu balik. Kalau ada yang nak buat onar kat i.. Haa siap... dia ada tali pinggang hijau... Takut tak, takut tak? <--- muka cemas.

4) Suka masak

Dia ni suka memasak. Hari tu dia masak kek, buat karipap, buat nasik ayam, biskut raya, nasi lemak, lauk pauk, senang cite dah boleh bukak restoren da.. huhu... Sebab tu la badan i makin naik. Sebab dia suka masak, i suka makan. Kena sangat la tu kan... Kepada future husband, pastikan selalu bersenam kalau dah kawin dengan dia ni =)

Wednesday, March 16, 2011

BILA BOYFRIEND / GIRLFRIEND ANDA CURANG...

Apa yang korg buat bila gf/bf curang depan mata??
Dah la korg dah couple lama. Kena pulak korg mmg setia giler... Memang tak ada sape2. Scandal ke, sandal ke, mmg tak ada. Mesti menyirap kann??

Kat sini sy ada listkan contoh2 perkara yang patut atau yang wajib anda buat. bahahaha. Gelak jahat.

jom terjah :-)

1) Pegi kat dia, lempang 3 das.
2) Bawak bonzer, along ke, angah ke suh blasah. ( kalau boleh jangan la. kesian la pulak T_T)
3) sewa sape2 berlakon jadi bf/gf korg. Sempat pulak nak g sewa. ingat sewa boat ke? haha.
4) pegi naik tingkat atas, ( kalau kat shopping mall) amik baldi dalam bilik air, jirus air kat dia.
5) Sadung kaki dia. lepas tu buat2 tak tau.
6) Kalau bf korg curang, pegi sebelah gf baru dia, cakap macamni " ini yang ko nak? TAK CANTIK PUN". Muka macam kena seret kat jalan.. Pastikan muka anda selamba.
7) Berlakon jd pekerja kat kaunter bayaran. Cakap la harga yang tak munasabah. Kalau harga tu rm100 cakapla rm300. Bagi dia gelabah sikit. ( yg ni jangan buat, sbb macam tak logik je. haha)
8) Telefon mak/ayah suruh sound. waaa.. best3...
9) Tarik tudung gf anda tuh... Sure best.. hahahaha...
10) Pijak kaki dia kuat2. kalau boleh bagi hentak. Ataupun lari lepas tu bila dah dekat, kasi lompat sikit. Mau tak meraung..! hihihi...

Apa pun yang paling best bagi i, kita buat2 tak nampak. Cari yang lain sudey. Cool tak? kita semua ni lagi better dari bf/gf baru si dia.. YEAH!!!! =)

Friday, March 4, 2011

Mr. Ex Bf

Man : U... Bila nak letak entri pasal i?
Yang : U nak ke i letak?
Man : ye la u...
Yang : Menangis kang u baca entri pasal u. haha.
Man : xpe... =)

Ok... Meh sini i tepek 1 entri pasal u k? Heppy tak?? Kalau heppy belanja i mcD 1 set. Tengok... I mintak paling koman pun makanan je taw. Takde pun mintak gelang mas kan? Bertuah tak u dapat i?? Tapi 2 dulu... Suatu ketika dulu.. Ceh... Ye la masa u mintak couple dengan i, dah la tepi jalan. Kak Dilla dengan maz excited je tunggu kita balik dari Alamanda. Lepas je u tinggalkan i eh bukan. Lepas je u drop i kat rumah maz, Kak Dilla dengan Maz terus serbu i. soalan pun bertubi2. Nasib baik bukan tumbuk bertubi2. haha.

Macamana???? I pun jawab dengan muka yakin. Dah. Dah couple.. Dorg lak yang happy. Ni sape yang dah couple ni??? hehehehe... Tarikh 2 bila eh u? bulan 11 kan? Ala tau.. U tak ingat. Jadual keje i pun dah dekat 2tahun tak hafal2 jugak. Aissshhh... T_T

3 bulan kita bercintan cintun, mcm2 jugak kenangan kita kan? I merajuk pastu u datang bg bunga. Eh u ke org lain eh?? confius jap.. ok2 mmg u la.. Saje je kacau u.. =) Lagi apa eh? kita g makan2. Ini penting. Tengok wayang. Penting jugak. U anta i g keje. Amik i balik keje. ( sekali je la pun) nak jugak bagitau sekali 2 je. Haha. 2 la u. Nak i tulis entri ni kan? =p

U bg i hadiah baju. Nasib baik muat sampai hari ni. Menandakan badan i tak la berisi mana kan. Nak jugak mention. =) Lepas u bg baju kita break. Haaaa.... kan org tua kata takleh bg baju kat pasangan. Nanti berpisah. U mmg nak putus dengan i kan?? Baik u cakap cepat sebelum i acu parang kat perut u. Ganas tak? Tp i tak sanggup nak buat sbb u ahli tetap gym. Nanti u seligi i, terbantut tumbesaran i. =(

Sebab apa kita putus?? Nak tak i bagitau??? Ermmmm... bagi menjaga hati ke dua2 pihak, i tak bagitau la k? Tp kalau u bg publish lagi i sukaaa... macam2 i nak tulis ni... hahaha.. Pendek kata, kita xde jodoh la kot. Tp kalau dah tertulis yang u ni jodoh i, i terima...

p/s : u nak ajak i kawin hujung tahun ni ek??? hihihi.... =)