Tuesday, August 28, 2012

MALAM RAYA KETIGA DI KAMPUNG HALAMAN :)

OLIGO Oo.. oo... mmg trend eh sekarang ni buat gaya iklan oligo ?? hehehe.. Ke ktorg je yang buat gaya mcmni ?? :)

happynya bila malam raya ketiga ni dapat berkumpul dengan family n sedara mara tercinta... Malam ni ada buat BBQ dan juga bday party untuk uncle, abang saya dan anak buah.. Eeman... Tu yg tgh excited nak tiup lilin walaupun lilin tu tak ada api pun... Dah lama kot api tu terpadam... Takpe lah budak2 kan mmg mcmtu. Saya masa kecik2 lg teruk tau. Saya amik pencukur janggut ayah saya, pastu saya cukur dagu saya yang sah2 tak ada bulu tue. Abis berdarah2.. haha. padan muka... Bertampal dagu saya tu.. Pastu kena marah dengan mak. padan muka saya sekali lg.. huhu....


Masa nak amik gambar kat tempat pemanggang, pakcik saya tak bg amik gambar sebab dia yang penat2 panggang, tp saya yang interprem bergambar. haha. pastu dia saje je menyelit2 kat dalam gambar tue. nampak tak nampak tak ?? ehhh ?? ter crop lah. hahahhaa.. sory pakcik. tak sengajaaa.... :D


Makanan malam nie ada ikan bakar, ayam, pasta, wedges, coleslaw, kek dan lain lain. lain2 tu xde pun sbenarnya saje nak tulis lain2. haha. Tu yg pakai topi tu la uncle saya. bday boi... segak kan pakai topi tu ? hehehe...



Pagi raya ke empat saya dan keluarga melawat kubur arwah ayah.. Al-Fatihah untuk arwah ayah. Dah 7 tahun dia meninggalkan kami semua... Ingat lagi ayah selalu belikan saya rojak dengan cendol.. Pastu pagi2 msti belikan roti canai... Masa hari guru, banyak gila dapat hadiah. Sebab dia rajin belanja anak murid dia. Masa raya pun ramai yg datang beraya... Tak menang tangan nak layan. Tapi seronok sebab dapat tanya dorg macam2 soalan cepumas. haha. pastu jawab pulak tu sume soalan saya.. bagus2... :)

Masa raya keempat nie, semua sedara dah balik ke rumah masing2. tinggal lah family saya je. ye la umah kan dekat. 30 minit je dah sampai umah. so kami balik last trip. dalam kul 6ptg baru gerak balik. sangat2 happy sebab raya pertama dgn raya kedua kat airport. ni kira balas dendam la kat kampung :)

Bila dah sampai rumah, mood raya macam hilang sikit. sebab kat rumah mana ada sesiapa. sunyi je rumah. bunyik cengkerik pun dengar.. :p

Apa pun saya tetap happy sebab dpt jugak beraya kat kampung. makan2, gelak2.... main bunga api. eh tak2 saya tak dpt main. tengok jea sbb tgh makan masa tu. seronok je budak2 ni main mercun naga. pastu baling bunga api sampai tersangkut kat pokok. nasib tak tersangkut kat telinga atok. mau budak2 ni yg kena seret kat jalan. hahahha...

Ok la, banyak nak update lagi lepas nie. kena save memori dalam otak. nnt lupa apa nak tulis kalau banyak melalut... hehe.. ok bai semua :)

Saturday, August 25, 2012

RAYA KEDUA DI AIRPORT 2012... ;D

Hari ni Kak Ija bawak makanan. Yang lain2 ada jugak yang bawak. Memang terbaik sangat la makanan dia.. menjilat jari jemari. biskut raya tu zaha yang bawak dari penang. import dari penang... memang sayang nak makan. sebab cantik sangat. tapi saya ngap jugak. masuk dalam mulut lalu kunyah dan terus telan. sedap.... ;p

Hari ni pakai baju warna maroon dan keje malam pakai baju kurung warna biru2 hijau sikit. selalu pakai baju oren jea. ni merasa lah pakai baju lain.. hehe...

Gaya secara spontan dari kami team delta di raya kedua.

saya kerja di level 5.Jadi ramai la staff2 dan public yang pakai baju raya... lawa2 semuanya... suka tengok. cuci mata jap sementara takde passanger datang tanya... Happy je keje hari ni sebab buat2 happy padahal mood kat kampung halaman. haha. bayangkan yg KLIA tu kampung.. Barulah dapat keje dengan tenang dan happy. ni tips jugak nie.. hehe...


Takde apa2 yang menarik di hari kedua nie... Cuma beraya di airport. tu je la yang menarik nya... menarik la sgt... hehehehe....


hmmm rasanya ni je saya nak update sebab takde cerita sangat nak story mory... raya ketiga mmg banyak sikit nak mengomel sebab ada BBQ dan BDAY PARTY kat kampung... jeng3... tunggu......................

ok bai :)

Temuduga untuk jadi calon isteri lelaki kaya



SEBAHAGIAN wanita berbual semasa mereka menunggu giliran untuk ditemu duga oleh dua kakitangan Kelab Usahawan Bujang China di Beijing pada Ahad lalu.


BEIJING - Sejumlah wanita muda di China yang bergaya dengan pelbagai fesyen dan kasut duduk di atas bangku dan memegang dokumen mengandungi maklumat tentang berat badan serta ketinggian mereka.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 wanita yang menghadiri proses tapisan kendalian para kakitangan Kelab Usahawan Bujang China di sini untuk menjadi 50 calon yang dibenarkan berkenalan dengan 32 lelaki kaya.

Lelaki kaya itu mungkin bakal menjadi suami mereka.

Seorang peserta wanita menyatakan, dia sanggup menangis di dalam sebuah kereta BMW daripada duduk di tempat duduk belakang basikal.

Terdapat juga seorang lagi peserta wanita yang mahu meminta wang sebanyak AS$31,000 (RM96,069) sebagai syarat untuk berjabat tangan dengan seorang lelaki.

Wanita-wanita itu perlu berumur 20 hingga 28 tahun, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, cantik dan lemah lembut dan sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan kolej.

Pada Ahad lalu, wanita-wanita itu dinilai oleh pihak pengendali temu duga seperti bagaimana mereka mengendalikan tekanan dan apakah yang mereka mahu daripada seorang lelaki.

Kelab itu mengenakan syarat kepada para lelaki kaya yang mahu menyertai proses pencarian jodoh itu perlu mengesahkan kekayaan mereka dan membayar yuran sebanyak AS$31,000. - kosmo!

kelasssss kau ah mei.. Ah Mei la sebab kat negara cina kan... kalau kat sini, kelassss kau fatimah japri... (tidak ada kena mengena samada yang hidup atau mati). :)

macam2 ada kat negara cina kan ? negara serba boleh.. Olympic pun dapat banyak pingat emas. hehe. Kat sini belum ada lagi. Tapi mana tau, satu hari nnt ada pulak.. macam2 boleh berlaku... :p

Friday, August 24, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU USTAZ DON DAN HUSNA :)

Bagai pinang di belah dua. Anak mesti comel macam ustaz. hehe :)

Tahniah di ucapkan...semoga ikatan yang terjalin berkekalan sehingga ke akhir hayat Ustaz Don...Amin





kredit to : mrbaiz

Wednesday, August 22, 2012

RAYA PERTAMA 2012 ;D

Sarapan pagi dengan nasi himpit dan menu raya yang lain. Di tambah dengan air kopi yang sangat kaw hasil air tangan mak ngah... Rasanya setahun sekali je kot dapat merasa makanan mcm menu kat atas. Ye la raya pun setahun sekali. Kecuali Raya Haji la kan... hihihi... Bangun pagi tu, rasa macam tak raya. Sebab tahun ni semua family raya belah mertua masing2. Saya raya belah mertua jugak. ERRR.... Mertua lah sangat ! :) Saya dengan mak raya kat Batu Laut. Kampung wan dan atok belah mak. Atuk dgn nenek belah arwah ayah dah lama meninggal. Jadinya tiap tahun mmg raya Batu Laut jer. Tak jauh pun.. Dalam 30 minit dah sampai kalau dari rumah...




.


Satu hari raya saya beraya di airport. Dah 3 tahun mmg macam tue. Jadi saya dah biasa dengan keadaan ni. cehh.. mula2 mmg la sedih.. lg2 bila semua family berkumpul kat kampung... tapi apa boleh buat. dah nama pun kerja kan... :)

Pagi raya kami bermaaf2an bersama wan, atok, family mak ngah dan mak. tetap hujan jugak. setiap tahun hujan membasahi pipi. konon masa mintak maaf tak nak nangis. tapi nan hadoo.. tetap jugak menangis.

Lepas sesi bermaafan, kami bersarapan dengan makanan rasmi di hari raya. rendang, lemang, nasi himpit, kuah kacang, dan biskut raya. Berketul2 jugaklah nasi himpit saya bedal. sedap punya pasal. tak lama lps tu, family wan mak datang beraya... Nak anta makanan g depan pun malu. ntah ape2 kan ? haha.. ye la lama tak jumpa dorg. rasa segan la pulak... tapi tebalkan jugak la muka anto makanan ke depan. salam semua makcik. pastu ada yang tanya. anak sape ? bila dah bg jawapan, kata mcmni " da anak dara dahhhh". cakap kuat2 pastu sume pandang. sebab tu saya segan.. hahaha. ntah pape kan da besar pun nak segan bagai... huhu...

Dalam pukul 1 ptg saya terus bersiap2 ke tempat kerja. Berayalah saya di airport buat tahun ketiga. TAPI TAHUN DEPAN TURN SAYA DAPAT CUTI RAYA. YESSS !!!!!!!!!!! 4 tahun tu tunggu... huhuhuhuhuhuhu....................... tak sabar nak raya tahun depan. walaupun lama lagi, sy tetap mantain excited! hehe..

selamat hari raya semua.. maaf zahir batin.... :)

ok bai :)

Saturday, August 18, 2012

MALAM RAYA 2012 :)

Malam raya ni saya update guna hp.. Pastu nak bgtau hp saya dah elok.. Alhamdulillah.... :) walaupun kena cas dgn harga bole tahan :( , saya ttp happy jugak sbb hp da dapat balik. Lain kali taknak bawak hp lg masa masuk bilik air. Hahaha..

Skrg saya berada kat kampung.. Batu laut... Dr rumah stgh jam jea... Dekat je pun tp ttp mood raya jugak la kannn... :)

Td gosok baju raya.. Adoiii... Sejam berdiri. Berpeluh2 menggosok. Mmg tak payah g gym. Kat umah pun dah ada "gym". Hehe...

Selesai menggosok terus layan tv2. Rancangan sampaikan raya. Lawak pulak ebi yus ni. Pantun dua kerat la, 4 kerat la.. Berkerat2... Lawok2.... Haha...

Ni nak cerita, ptg td kan sy dgn kak nolly bbuka kat dalam kete :( sbb masa beli tdung, ramai sgt org. Ssh nak cari tdung yg sesuai dgn baju... Tahun ni first time raya bertudung. Kak noly yg tlong matchingkan dgn baju. Tq kak nolly... Lebiuuu... Heeee...

Kawan2 sume da buat persiapan raya ke ?? Raya tahun ni happy2 tau... Makan jangan banyak sgt nnt demokkkk... Mcm sy.. Haha.. :D xpe jamu ada.. Tp stok xde lg :( sy pun xmakan lama dahhh.. Sob sob...

Ok la kawan2 nnt update lg... Selamat hari raya. Maaf zahir batin.. O-O ye sumerr... Ok bai... ;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 17, 2012

BERBUKA DI THE GARDEN :D



Kami order duck breast. Ada sos blueberi kat atas dia. Sos ni la yang menutupi bau itik nie yang agak kuat.. Saya mmg makan itik. Tapi tak penah pulak makan itik yang mcmni... So pada pendapat saya , saya tak suka sangat menu ni. Sebab rasa dia macam kurang sikit.. Tak tau la kalau yg lain suka. Sebab semua ada citarasa tersendiri. Tak gitu ? :)

Yang ni pulak chicken wing. Rasa pedas2 masin. Di hidang dengan sayur dan juga fries. yang ni sedap. boleh order lg kalau datang sini lagi...


Ice blended OREO... Sangat sedap ye kawan2... Rasa sekali pasti nak lagi... Order satu sahaja.. Kongsi je la. Nnt membazir kalau tak habis. Selalu tersalah. Ingat yang oren twist tu straw. Selalu nak terminum guna tu. hahaha... *coverline kalau setiap kali terjadi*.

Sy tak mekap langsung. Sebab saya terlajak tido. Punyalah penat.Sebab malam tu saya OT.. Tak sangka pulak tido mati. kesian kak dilla menunggu dua jam sorg2 dalam kereta. YA AMPUN... InsyaAllah tak terjadi lagi. Tak boleh janji sebab kita ni kan manusia biasa... :)

Sekali lagi, kami berbuka dalam kereta. Sambil kena bebel satu jam sebab saya lambat. haha. padan muka kau yang. sape suruh ! :D

Sampai kat sini, ingat dah penuhla The Garden ni, sekali tak penuh pun. Banyak lagi kosong. Alhamdulillah... Rezeki ALLAH... Terima kasih ALLAH.

Erm, saya nak komen sikit tentang layanan kat sini. Semua staf yang attend kami, tak mesra alam. Muka ketat je amik order. Letak makanan kat meja pun muka masam jer. Saya pun kerja time puasa jugak bang. Takde pulak nak muka datang bulan je memanjang kan ? *muka bersungguh2*. Di harap lepas ni jangan muka datang bulan lagi tau.. Senyum kan sedekah... :)

Bajet untuk dua orang makan kat sini dalam rm70++. Tapi kena pandai pilih menu. Nnt jadi macam ktorg. Salah pilih menu. hehe. Tapi habis jugak, lapar punya pasal. haha. Oh ye restauran ni kat The Mines. baru je bukak. Masih panas lagi... Kat sini pun ada buffet jugak... Ada dua hari lagi nie, boleh la try berbuka di sini.. Mana tau mood staff dorg dah ok balik. Sebab dah nak raya. hehehehe...

p/s : dapat diskaun 20% sebab yg jaga cashier kat sini ex staff vip room KLIA. Faris. TQ Faris. Dengan harapan dapat diskaun lagi.. hehehe.. ok bai.. :)

Monday, August 13, 2012

TIPS TRAVEL UNTUK TIDAK MENYUSAHKAN DIRI SENDIRI SERTA PEKERJA DI AIRPORT :)

Saya bukan selalu travel pun. Cuma kerja saya di airport bahagian information, jd serba sedikit adalah tips2 untuk sape2 yang nak naik flight.. Lagi2 time raya nie. Persiapan kena lengkap :)

* Seminggu sebelum tarikh berlepas,pastikan check dengan airlines yang di naiki samada masa flight di tunda atau masih sama. kalau kita beli tiket awal berbulan2, kadang2 masa akan berubah ke masa yang baru.


* pastikan beg mengikut berat serta saiz yang di tetapkan. Setiap airlines lain2 had berat bagasi. Better bukak laman web airlines yg di naiki... Boleh refer di situ... Jangan sampai nangis berguling2 di airport kerana tv LCD yg baru di beli dengan harga 4 ribu tak dapat di check in. gulp !


* Kalau ticket tu tru email, siap2 la print. Jangan hanya bergoyang kaki dari rumah dengan harapan ada orang nak printkan tiket tu. Mmg la kadang2 airlines yg akan tolong printkan, tapi kalu nasib tak baik, dan takde yg boleh tolong macamana ??? Haru kan ? Jadi bersiap sedia lah sebelum benda yang tak di ingini berlaku... Benda ni baru je berlaku. Passanger ni dtg kaunter sebab baru je lps kena marah dengan airlines coz tiket dia dalam email lg. Datang kaunter sy MARAH2 saya. Apa kes ?? Kenapa tak marah airlines tu balik ? Kenapa datang kat kaunter information dan marah2 ? Hati mmg menggelegak. Tapi dah saya ni di gajikan utk bekerja kat sini, sy sabar lg. Akhirnya masalah dapat di selesaikan. Nasib baik. Kalau tak berpiknik la kat airport.. Jangan jd mcm passanger ni tau kawan2. Tak baik mcmtu.... no no no....



* Kalau travel untuk international flight, pastikan sume barangan cecair yang melebihi 100ml, di letakkan dalam bagasi check in. yang kurang 100ml boleh di letakkan di dalam beg plastik yg terdapat di information kaunter. (jika hand carry). Flight domestik tak perlu beg plastik.



* Kunci ataupun wrapping beg elok2. Lagi2 kalau ada barangan kaca ataupun barangan berharga.



* Barangan tajam jangan bawak ye untuk hand carry. pisau ke, tukul besi ke, ataupun apa2 barangan yg boleh menyebabkan kecederaan.



* Datang kaunter awal. Sebaik2nya 3 jam sebelum flight berlepas. Dah berjuta agaknya passanger miss flight sebab datang lambat. flight pukul 3, pukul 2.30 baru sampai. Kalau datang awal kan tak rushing.. Kalau susah nak bangun awal, amikla flight tengahari, atau petang. :)



Hmm saya rasa ni sahaja tips yg saya boleh bg.
(kalau ingat update lg. huhu... )
Ok la kan daripada tak ada.hehe...
renung2kan dan selamat beramal...


ok caucincauuu......... (sedap pulak soya cincau.. hmmm ) :D

Sunday, August 12, 2012

Ustaz Don Daniyal Bakal Berkahwin Dengan Doktor

Sejak Ustaz Don Daniyal Bertunang dengan Husna. Ramai peminat yang tertanya adakah Ustaz Don Sudah kahwin atau belum. Untuk pengetahun anda, Ustaz Don dah nak kahwin tak lama lagi dengan seorang Doktor. Calon isteri Ustaz Don sekarang ni sedang belajar di tahun kelima Jurusan Perubatan di Universiti Kaherah, Mesir dan mereka bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.

Gambar Kad Kahwin Ustaz Don

Gambar Majlis Pertunangan Ustaz Don Dan Husna

sumber : melvister.com

p/s : Tahniah ustaz Don... Eh belum lagi eh ?ok2 dah kawin nnt nak wish balik.. :)

saya tetap menyokong ustaz walaupun ustaz dah kawin nnt..... erk ?? hehe...

SELAMAT SEMBUH KAK UMI :(

Sementara nak tunggu waktu melawat kat hospital putrajaya ni,iaitu pada pukul 4.30 petang, kami sempat bergambar sebab dah lama tak jumpa kawan2 saya nie.. rindu... Tengok la tu gaya masing2. Ada yg muka ketat, ada yang muka takde perasaan. haha. Kami sampai dalam pukul 4ptg. Ingatkan waktu melawat pukul 4, rupanya salah pulak. Dalam setengah jam tunggu kat sini, dah la tgh puasa, duduk pulak sebelah cafe.. YaAllah bau-bauan makanan sangatlah menusuk hidung. Ni la di namakan dugaan di bulan puasa... Tengok jam, adui lagi 3 jam lagi.. Sabar wahai perutku... kejap lagi kita makan ye ?? :)

First time pakai tudung bawal 3 tone ni hasil pemberian Kak Dilla. Sorii bukan takmo pakai tapi saya tak reti pakai tudung bawal. sebab rambut saya rambut M, jadi kalau pakai tudung ni, senang nampak anak rambut. Tapi saya gagahkan jugak pakai tudung ni. Siap lilin bagai. Macam tudung keje pulak. huhuhu... Mula2 pakai kira ok la, sekali.... dah 2 jam pakai, hambikkk kau... anak rambut semua keluar.. Kena betulkan selalu.. Tapi takpe saya gigih selalu betulkan.
*cucuk pin kat kepala*

Tepat je jam menunjukkan pukul 4.30, tiba2 berkerumun semua org pegi kat lif. Dah macam rusuhan pulak. Jadi kami buat keputusan,tunggu reda dulu,baru naik ke bilik ICU. Kami amik keputusan naik tangga.Sebab cuma setingkat je pun nak naik ke ICU. Bila dah sampai kat sini,kena register untuk pas masuk. Kena bagi ic. 1 pas hanya untuk 2orang je.So kena la gilir2 masuk. Bila sampai je turn saya tgk kak umi, terus saya rasa sebak.Sebab kak umi baik. Bila org baik dengan kita,kita akan rasa bertambah sedih. Lagi2 tgk dia mengerang sakit masa nurse masukkan ubat. Kak umi di masukkan ke ICU sebab sakit lelah dia dah terlalu teruk. Kesian sangat. Bukan setakat mulut dgn hidung je di tutup tapi seluruh muka di tutup dengan oxygen mask. Dia dengar apa yg kita cakap, tapi bila dia nak bercakap tu mmg susah dan kami tak dengar... Dalam 30 minit kami bergilir2 jumpa kak umi, kami pun balik ke rumah masing2 untuk berbuka.

p/s : kami sempat beli pau. saya beli pau kari ayam dua, pau coklat 1, dengan pau kaya 1. Pau coklat jugak yg mampu membuatkan saya di awang-awangan.cewaahh...

Kepada kak umi, saya doakan agar kak umi cepat sembuh.. makan ubat ye kak...

Friday, August 10, 2012

Kelebihan Ayat Kursi

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

  1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
  3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
  4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
  5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
  6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
  7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
  8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
  9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
  10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
  11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
  12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
  13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
  14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”
Kawan2 semua, marilah kita mengamalkan membaca ayat kursi... Sebelum nak tido tu, jangan lupa baca ayat kursi..

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

InsyaAllah tidur kita akan jadi lagi nyenyak tanpa gangguan syaitonnirrajim... Lagi2 yang selalu mengigau malam2.. langgar pintu bilik la, start motor g uptown la.. eh tu dah lain.. tu bukan mengigau lagi dah... tu mmg sengaja nak bershopping ! haha..

ok bai :)

Tanda- Tanda Malam Lailatul Qadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :

  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.

Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.

Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

iluvislam.com

tahun ni insyaAllah saya nak cuba dapatkan malam lailatul qadar... Saya nak sangat merasai pengalaman d malam lailatul qadar.
Mesti hati dan jiwa kita tenang kan ??
Sama2lah kita beribadat kepada ALLAH di bulan ramadhan yang mulia ini... :)

Thursday, August 9, 2012

MARI MEMASAK :)

Tajuk nak best2 je.. mari memasak la bagai... yang di masaknya setakat sambal udang, dgn sayur campur. haha... nnt nak try belajar masak rendang. Tapi kena ada pemantauan dari supermak. kalau tak, rendang tok jd rendang tok anjang aki. huuu...

ni juadah berbuka 5hb aritu. Bagus tak sy sbb ingat tarikh ?
*muke bangga*. Baru la kali ni ingat kot.. jangan nak yo o o sgt yang.
*libas rambut*.


Saya saje letak kentang goreng dalam sambal udang nie. Teringin pulak tetiba nak makan kentang. Selain kentang, kita boleh letak petai. lg marvelesss... peringatan : bau petai akan hilang dalam masa dua hari. sekian :P


err apa yang hitam2 tu ?? haaa itu lah dia kismis... mak suka letak kismis dlm sayur. so sy terikutlah.. hehe.. sedap gak rasa msam2 manis. manisnya kismis itu..... ahhh semputtt...... :)

Selalunya kalau saya masak, sy akan tanya mak, "mak sedap tak ?".. Kali ni dah tak tanya. takut tiba2 kang baldi terserkup kat kepala, tanda mak protes. balik2 tanya soalan cenggitu. Jd saya buat keputusan, tak nak tanya dah. katakan tak nak kepada tanya mak soalan sebegitu...

p/s : senang je nak tau kalau tak sedap. pabila dia pegi amik balang garam, gaul garam bersama nasik beliau, lalu makan begitu sahaja..
ok faham.................. hahaha...


ok la dah banyak merepek dari fakta.... insyaAllah sy hapdate lg nnt. caucincau.... bai... :)

Sunday, August 5, 2012

BERBUKA PUASA DI ALI CAFE TIGA RASA SUBANG JAYA :)

masing2 muka happy sebab nak g shopping raya kat PKNS Shah Alam. Mulanya nak g Jalan TAR. Tapi di sebabkan ramai kawan2 kata baik tak payah g sana, sebab ramai org sgt, jd kami pun tak jd la shopping kat Jalan TAR.. Kami bertolak lewat sikit. Dalam pukul 2ptg. lepas zohor baru gerak. Alhamdulillah cuaca redup je sebab macam nak hujan...

pengalaman sadis segaraga kami adalah apabila kami sesat nak ke Subang USJ 10, dan terpaksa berbuka dalam kereta. Nasib baik ada kuih kacang kat dalam kereta kak dilla. HA kak dilla kantoi.. tak puasa eh ?? sebab ada makanan lak dalam kete ?? hehe.. Saya jd tukang pegang bekas kuih, jd saya yang agih2kan kat dorg. sorang dapat 2bijik je. kejam kan ? sebab saya tak nak membazir nnt masa kat ali cafe 3 rasa. ye la dah order makanan pastu tak habis di sebabkan makan kuih kacang. tak ke haru tu... kalau boleh bayar ansuran takpe jugak. huhu....


nasib menyebelahi kami sebab senang je dapat parking. Masuk je kat area parking terus nampak petak kosong depan mata. Kak dilla apa lg, dia drift baek punya sampai tercabut tayar. (tipu je). haha. turun je dari kereta, terus nampak baju raya bergantungan kat bazar depan PKNS SHAH ALAM. tu belum masuk lg dalam pkns. mmg rambang mata shopping kat sini... puas hati sebab murah.. Ada satu baju tu, saya aim dari luar kedai... mmg design lain dari lain... saya pun buat muka konfiden masuk dalam kedai. pegi dekat patung, tengok tag harga.. nauzubillah... rm399. lg seringgit nak rm400. tak sampai sesaat, sy lari pecut 200 meter meninggalkan kedai tersebut. takde rezeki nak pakai baju tu.. :(


lepas je buka dalam kereta, dalam pukul 7.40, barulah kami sampai ke restoren ALI CAFE 3 RASA ni... sesat dari kul 6 di tambah dengan jem.. Nampak je true fitness maknanya mmg dah dekat sangatlah tu.... :)

sampai2 je terus duduk dengan gembiranya.. terus cedok nasik. pastu saya sempat membelek2 bekas nasik. lawa. (berkata2 di dalam hati ) . Kami duduk je makanan terus sampai. mmg dah di siapkan awal2.. mmg bagus... boleh terus makan. Lauk untuk pakej rm69.90 ni terdapat siakap tomyam, telur dadar, ayam goreng berempah, sayur pak choy masak sos tiram, air jus kurma madu, kurma, dan juga muffin. ni untuk set 4 orang makan. kalau org dia macam saya, 3 org makan pun boleh.. hihihi...








SEDAP SEDAP SEDAP... saya sangat teruja bila makan siakap tomyam ni. Rasa dia cukup sangat... pedas, pekat, likat.... so yummy... *jilat jari*. muffin dia sedap, senang kata, semua sedap... tak rugi berbuka puasa kat sini.. layanan FIRST CLASS. 5 BINTANG saya bagi... boss dia ramah, pekerja pun ramah... Tempat cantik... tolak bahagi tambah, total untuk semua menu di atas dia tambah dengan tax adalah rm75.00... kira ok la kan untuk 4 orang makan.. :D

Apa lagi kawan2 yang saya sayangi sekalian.. Jom la cuba makan kat sini.. cepat2 layari laman web www.alicafetigarasa.com.my untuk info lebih lanjut..

selamat menjamu selera... :)