Tuesday, May 24, 2011

RIADAH DI WAKTU MALAM






Wah bajet mata BIRU?? minah salleh la sangat.. haha.. ini bukan warna biru, tapi warna pepel bila dah ada flash yang over macamni lah jadinya.. malam yang sepoi2 bahasa, mak ajak g makan kat lua. angah balik. bila dah ada angah, maknanya damia ada.. Budak kecik yang banyak cakap... bila tanya dia nak makan apa.. dia jawab nak makan MEE... sy pun cakap kat dia.. tak sdap la mee.. order la chken chop. dia jawabbbb nak MEE,MEE,MEE........ sambil mata n muka berkerut... ok2 faham nak mee.. aku lak kena marah dgn dia. haha... tapi tak takut pon. wekkkkkkk... =) malam ni teringin nak makan mushroom chken. lambat pulak tu sampai.. ada lah dalam 20minit. perut dah la lapar giler.. huuu.. ok sabar yanggg... sampai je makanan terus ngappp..masuk dalam perut.. tv kat sini kuat giler. sound dia sampai kat ho chi minh boleh dgr.. punya lah kuat. rasa nak panggil staff dia tapi sume bz ke sana ke sini.. ok xper.. lupakan je kena lah borak kuat2 sampai tak hengat dunia.. huuu... bila dah separuh makan, teringat pulak nak order coslow. last2 sampai habis makanan baru la dia hantar. sorry kak lambat. takpe dik boleh makan macamni jerrr (perli ni) tapi macam dia tak faham pulak... dia pun berlalu pergi... hampeh tol... bila telinga dah bernanah sbb tv tu kuat, ktorg gerak balik... sampai umah, ktorg borak2 jap. dalam kul 11malam angah balik. rindu pulak kat damia... nnt datang lagi taw!

Sunday, May 22, 2011

SHOPPING & MAKANAN KOREA

Nak yang pink ke silver? ok amik dua2 sekali.. gud job aida. hehehe =)

Cuba tgk peha saya ( seluar hitam ) macam kaki gajah bukan? huhu


Menu ni ada salad, ada nasi & barbeku chicken. Rasa dia manis. Mungkin dorg tambah madu kat dalam ayam ni. Memang sedap. Tapi yang tak suka manis tu jangan lah order. Ataupun yang ada kencing manis pun jangan order jugak k..

Yang merah2 tu kira macam sambal dia la. Selalunya menu korea ni mmg ada makanan ni. Rasa dia pedas tak pedas sangat. Yang sup tu sedap. Dalam dia mcm ada serbuk2. Tapi bukan rasa dedak ayam, rasa dia rasa sup. Dah nama dia sup mmg la rasa sup. haha.

Ni aksi bebas dari kami. huhu.. Air tin tu datang import dari korea. So macam pelik sikit la bekas dia tu. Label dia ada tulisan korea. Rasa susu segar plus dengan soda. Nanti boleh cuba kat rumah. Tapi jangan muntah pulak lepas tu. Sebab rasa dia pelik sikit. Tapi still sedap.

Nak jugak bergambar dengan air tin ni. huhu.






The Street Cafe letaknya kat sunway pyramid. Boleh google kat internet mesti jumpa. =)



Nampak macam sy terbang kan? Canggih sungguh.

Makan lagi. Memang sy suka. I like makan... makan pun like sy juga. =)



Hari ni 20 hb. Aktiviti hari ni shopping. Dah lama tak shopping. Tujuan hari ni nak beli beg. Beg yg lama dah koyak. Ganas betul tuan dia ni kan. Tempat untuk beli beg ni kat sunway pyramid. Dulu time dating masa muda mudi suka sangat g sini. Apa yg bestnya pun tak tau lah. =)


Lupakan kisah silam, mulakan episod baru dalam hidup. Eceh yoyo oo jer kan. hehe.


OK sampai sini da ptg. Teman Ell g final exam sampai la pukul 4suku petang. Gerak g umah kak ira kat shah alam dalam pukul 5. Call kak ira bgtau kitorg on the way, dia tgh nak tidokan eeman. ibu mithali ni. Patut di contohi. Eeman ni anak sedara ktorg. Makcik jaga, merangkap mak kak ira. So di sebabkan kak ira dah habis study sementara ni kena la jd part time baby sitter. Eh blog ni dah mcm blog bersama kan? blog bersama kak ira. haha. ala boleh je kan.. apa salahnya. huhu..


Sampai je umah kak ira dia belum sempat mekap lg. Dia kata lajunya ela bawak kete. Saje je kak ira siap lambat2. huuu.. ye mmg ela bawak laju. rasa nak pakai helmet sume tahu. Dalam 10minit kemudian kak ira dah siap. Alolo comelnya dia dah potong rambut. Macam barbie doll. kiut. Nampak muda macam tak habis sekolah lagi. hehe.


Dalam 5 suku jugak ktorg gerak. Dah sampai je kat parking sunway kena pulak tgk lampu yg kaler ijau. teleng kepala ni sekejap sbb dok cari lampu kaler ijau. 5 minit pusing2 jumpa gak. fuh sib baik dekat dgn enterence. takde la jauh nak jalan sangat. Bila dah parking, berjalanlah kami bertiga2 seiring bersama. First sekali nak g cari dress ela. Dia nak g tgk konsert artis korea. U-KISS. sume comel2 belaka. Teruja jap tgk gambar mereka di google. Elaa t amik gambo banyak2 tau. rugi dah bayar ticket RM630.00. EH?? tercakap harga pulak. maafkan sy ela. ayah tak tgk kot blog ni. haha... hurmm cari punya cari tapi xjumpa2 pun dress. Akhirnya dia beli baju jalan, seluar dengan rantai. Kak ira beli kasut kat cotton on. saya pulak beli handbeg. jumpa pun. dapatlah beli dua. Beli dua sbb murah. Ada half price. (muka gembira).


Opss lupa nak selitkan pasal MAKAN. Kami makan kat The Street Cafe. Kat dalam sunway gak. Mesti boleh cari punya lah. Semua makanan korea kat sini. Order pun main belasah jer. Air pulak milkis. Air susu dgn soda. so bergas la susu tue. tu je kelainan dia. huhu.. Tak dapat g korea, dapat makan makanan korea pun jadi lah... macam sedih je bunyinya yer.. takpe lah kumpul duit mana tau tahun depan boleh g sana. Amin.. =D


Bila semua dah dapat apa yg di idamkan, geraklah balik dengan hati yg tenang, jiwa yg bersih. wuwuwu..


Balik umah terus tido la apa lagiiii... ;p

Thursday, May 19, 2011

DAPAT PUN....

siap ada pencabut uban. package. haha.

alololo... comey jer hello kittik. haha



amik ko. 450 power.. hampir OKU

 

nak buat muka ganas tapi ntah muka apa pun tak tau lah.

Lamanya aku tunggu ko nak sampai depan umah aku! Sape??? ni ha si contac lens ni... Dah lebih sebulan baru dapat. Rasa nak marah n mmg dah marah pun! 2x msg owner tapi tak reply. duit dah bank in tapi senyap. Sebulan bukan kejap kan? Lama tuuu... Leh tgk entry lepas pasal contct lens ni. Boleh tgk tarikh kat situ bila.. =(


Akhirnya bila janggut pun dah panjang sampai lantai, leh buat rebonding lg tu... Sampai jugak. sukaaa sgt. ( mata ke atas ). Bukak2 je nampak la kad owner tu. Ohh lens rupanya.. suka la jugak. Eh apa cakap belit2 ni. kejap suka kejap tak. haha.. Biasa la update blog pukul 1.30pagi kan. Faham2 je la mata pun dah mamai gila tapi gatal nak menulis jugak... hehe...

Lens beli warna pepelll... power mata untuk kiri n kanan dua2 450.. Mula2 pakai rasa macam ada habuk je kat dalam mata. Terus pegi dapur lari kat mak yang tgh memasak, tanya dia sambil mata buat2 terbeliak. Konon nak bagi dia nampak. Mak tanya, ko ni kenapa yang? Hahaha.. terus gelak. Makkk.. tak nampak ke kat mata ni haaa... Ada apa?? ni kat mata ni ada lens. Ye la mmg la ko pakai lens kan. I pun jawab tu lain mak.. tu xde kaler. ni ada kaler pepel... TAK NAMPAK PUN. ok fine. Tak puas hati jugak ni. Makkk takkan tak nampakk.. Ye mmg tak nampak pun. Nampak biasa jer.. Pegi pulak kat abah.. Abah kata aah la... nampak.. tak tau la kan nak amik hati ke apa kan.. hahaha.. Baru la puas hati.. Haha..

Ye la.. tunggu sebulan lebih last2 org kata tak nampak apa2.. mau tak rasa nak tumbuk dinding atau pun rasa nak keluar umah g mesin rumput. ( tak ada kena mengena ). Setelah puas hati... hidung kembang kempis tanda puas hati, terus pegi dapur n MAKAN. Seperti biasa. Mak masak sedap pulak tu. Sambal ikan, sup sayur... Nyum2... Lepas ni nak try beli warna biru pulak. Sape yang tgh minum tu jangan tersembur air dari mulut tu pulak yer. Membazirr. haha.. See ya guys..! =))

Wednesday, May 11, 2011

KARANGAN LAWAK =)






Serius sakit perut masa baca karangan ni. Agaknya karangan apa lah yang aku tulis kan masa tadika dulu. entah2 lagi hampeh. Hahaha!!

LAWAK LAWAK.. =)

Boleh pulak pasang terbalik? Hahaha!!!

Harap maklum. Kecil saja boleh. Besar TAK BOLEH ok. =)

Sunday, May 8, 2011

KEK BLACKBERRY


Dapat kek yay! wah suka nampaknya?? Mana tak suka nya.... Kek blackberry i dapat. Rasa macam nak cucuk je simkad kat bb ni.. Pastu nak call.. Tapi malangnya tak dapat. hehe.. Ingat nak bbm pun tak dapat gak. Hiiii =) Ingat lagi masa bawak balik kek ni balik umah, anak buah boleh main tekan2 keypad dia. habis berlobang da. Dorg ingat kek betul2.. Kreatif sungguh Kak jijah... & terima kasih yang tak terhingga untuk Cik Dilla yang sudi mengsponsor kek bb yang sangat sedap ni. Red velvet lagi tu... Sedap sangat... TAUN DEPAN NAK KEK I PAD PULAK. Hehehe.. thanks againnn ;p

CHICKEN HARTZ =)






Berapa kali sambut bday ni?? Hehe. Tak la ni saje je g makan. Dah lama tak makan kat sini.. Huuu... Makan kat mana ni?? Makan kat chicken Hartz Sunway Pyramid. Makan kat sini murah & memang berbaloi. Kenapa saya cakap berbaloi? Sebab... Boleh makan semua yang ada kat sini. Kecuali barang2 kat sana la. Lawak ke? tak lawak pun kan? huhu... Ni ada details sikit pasal restaurant ni.. :-

Outlet Name : Hartz Chicken Buffet
Lot No. : LG2.55
Description : “All You Can Eat” American Buffet. Varieties of Chicken, Chips, Mash, 10 other dishes, full salad bar, unlimited drinks, tea / coffee / desserts / ice-cream. Value for Money Complete meals.


Contact No. : 603-74926822
Fax No. : 603-74926822
Ha.. siap ada no fax lagi. Tak tahan kan? haha... Lepas ni boleh la bawak kawan2, bawak family, sedara mara, atok nenek serta scandal2 yang ada.. Tidak di lupakan, suami n isteri. Memang sedap makanan kat sini. MOH KITA BERAMAI-RAMAI... =)

Tuesday, May 3, 2011

BDAY WITH MY BESTIE =)








Yeay kali ni sambut dengan Ell pulak. Haha.. Best2... g mana? apa lagi... karoke la. haha.... pegi JJ Bukit Tinggi pulak. Sangat seronok ronok. Sampai2 je terus makan. Kat mana? makan kat pizza John. Sedap giler lah... makan pizza, makan spegetti makan garlic bread. Ell banjer. Thanks Ell. Tahun depan time bday banjer lagi erk? Sempat lagi timbang kat mesin penimbang kan?? Berat berapa? Alaaa tak nak la bagitau... Jeng2 cuba teka berapa? salah2 kurang tepat. Sila cuba lagiii... =)

karaoke sempat rakam video time nyanyi. Suara tak sedap tak nak la display. Kalau rasa keyakinan diri nnt dah bertambah, dalam bidang nyayian, boleh la di upload erk. poyos je. hehe =)Sempat jugak shopping baju masa ni. Lepas tu kan masa nak balik, masa dalam kete, Ell bagi pinjam rabbit hat dia. Amik la gambar macam suka pulak kat hat tu ell beli kat mana eh? nnt nak beli satu.. Mentang2 la lahir tahun arnab kan.. hehehe.. Ell thanks again banje karok n makan.. muahh!

BDAY WITH MY PARENTS






Haa kali sambut dengan parents pulak.Bila bday? Opss sory lupa nak bagitau pulak. 21 April 1987. So 21 april hari tu da genap 24 tahun. Rasa happy sebab tahun ni dapat sambut dengan ramai orang.. Dengan kak dilla, Ell, mak n abah, n along serta family dia. Kira bday macam sambut sebulan la. Macam raya pulak sambut sebulan. Kira tamat 21 Mei la. haha. Banyak la ko yang orang sambut sehari ko sambut sebulan yer??? =)

Msa ni makan kat Q thai Giant Nilai. Kat tingkat atas. makan steamboat.. Nyum2.... RM27++ untuk steamboat yang ada barbeQ. Tapi tak termasuk air. Makanan dia punya lah banyak. Rasa nak pecah perut saya. Tapi mmg puas hati sangat2.. mana taknya dengan aiskrim sume ada tau. Dah la btuk masa tu tapi tetap makan gak. degil mmg macam tu.. =)) Lama jugak makan kat sini. Ada la 2jam. Hehe... mmg kenyang. Kalau nak makan steamboat boleh la makan kat sini. Mmg sedap sangat! =) Jom makan....

BIRTHDAY SAYA 2011






wah dah tua ke? Baru 24 belum tua kan?? hehe.. time ni sambut bday kat JJ Bukit Tinggi. Rasa happy sangat. Sebab dapat sambut bday dengan my bestie. Terima kasih buatkan kek bday yang sangat sedap & kreatif. Kek warna biru? Bukan u tak suka warna biru ke? Tapi takpe apa pun warna i tetap suka sbb u buatkan kek untuk i! terharu tauu... =)

kalau bday mesti wajib karok agaknya kan? tiap2 tahun kot. haha.. Nyanyi pulak lagu dangdut. Ha yang ni wajib. Sebab nak wat tarian gelek inul. Tapi tak la dapat macam Inul kan? =) Sebagai balasan i akan buat kek untuk u nnt. Atau pun aiskrim goreng. Mana u nak??

TERIMA KASIH TIPU SAYA

Masa tgh tengok rancangan FUHH kat tv9 ari tu, keluar lah cite pasal trend lelaki tak pakai stokin. Sekali tgk, Awal interview kawan i si Rain ni. Tengok punya tengok, kat blakang tu i nampak FENDI! my ex... Dah dua tahun dia hilangkan diri macam tu jer. Selama ni punya la cari dia ni last2 jumpa jugak. Rupanya selidik punya selidik, dia ni dapat no 3 Pencarian lelaki maskulin baru2 nie. Tu pun tau sebab call kawan i rain. Rain ni dapat no dua. Borak2 dgn Rain, pastu terus tanya, Smalam nampak someone blakang u. Sape?? Fendi. haa?? Mana ada peserta nama Fendi. HAH?? Ok cool yang... Erm... dia ada pegang cek atas pentas. ok, u no dua, no 1 & 3 sape? Ada tak yang dari Penang? No 1 Hyder, bukan dari Penang. No 3 dari Penang. Tapi nama dia bukan Fendi. Nama dia KUBENDRAN SEWALINGGAM a.k.a BEN! OMGGG!!! Terkejut giler i... Rain kata myb i salah org. I tak puas hati, i g selongkar pendrive yg ada pic i dgn dia. Anta kat Rain. Dalam 5 minit Rain balas. Aah la u.... mmg DIA. Rasa nak tercabut jantung. Rupanya selama ni, dia bukan la FENDI KAMAL. Padan la hilangkan diri macam tu je... Rasa sedih gak bila dapat tau. I tak kisah bagitau je lah kan tak payah nak tipu.. Hurm.. & jangan la hilangkan diri macamtu je.. =( Mintak no dia kat Rain, tapi Si KUBEN ni tak nak bagi pulak. OK FINE. Ada Aku kesah? just nak tau knp ko tinggalkan aku cam tu je. Bukan nak kat ko balik pun. Tak apa la. What goes around comes around kan?


Pengajaran : TGK IC PASANGAN KITA. MANA TAU DIA BANGLA KE KAN.