Tuesday, January 29, 2013

KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN, KUALA SELANGOR


Permandangan jeti dari arah depan. masa bukan cuti sekolah pun ramai jugak orang datang sini. pelancong pun sama. masa kami kat sini, saya nampak ada dekat 10 orang pelancong asing. kita sendiri pun tak sampai sini. saya la orangnya tue. masa kecik dulu teringin nak datang sini. lagi2 bila tengok iklan TNB. lagi la membuak2 keinginan tue. membuak2 tu macam pelik je ayat tu kan ? ok abaikan. hehe. 


muka TERUJA. haha.. mau tak teruja. sebelum ni tengok kat tv je. kali ni betul2 dapat jejakkan kaki kat sini... Alhamdulillah. :)

pakai jaket untuk keselamatan. dah la saya ni tak reti berenang. WAJIB pakai jaket keselamatan nie. kalau jatuh pun sure terapung. dengan lemak2 kat badan ni lagi, lagi la terapung. ke tenggelam ?? tu yg kita tak tau tue. :p


masa mula2 datang nak amik gambar kat sini. sekali ramai pulak orang tunggu Q nak bergambar. cakap dengan kak dilla, xpe la. nanti la masa balik kita bergambar kat sini.. dan inilah hasilnya. muka puas dapat tengok dan pegang kelip2.. senyum sampai ke kening. eh mcmana tu ? :D


masa ni baru je lepas beli tiket kat kaunter... nak tau tak berapa harga tiket ? harga dah naik. ni apa kata penduduk tetap kat sini la. dia borak2 dengan ktorg.. dulu rm40 untuk satu sampan. untuk 4 orang. masa di beri 40 minit. 

harga terbaru : rm50 untuk 4 orang dan hanya 20 minit. jadi kami kena la bayar rm50. sebab kami berdua je kan. takpe lah bukan selalu dapat tengok kelip2 nie.. huhu... di bekalkan dengan 4 botol air mineral. minum lah kami sampai kembong perut. haha. 

bila dah sampai turn kami je, sempat saya baca doa. mintak di jauhkan dari malapetaka. huhu.. ye lah, macam2 boleh jadi kan... :)

duduk je kat dalam boat, dari jauh dah nampak kelip2 berterbangan. abang yang kayuh boat kami ni diam je pulak. ye la kang membebel kami pulak tak selesa. huhu. saya tanya, bang, agak2 ada berapa jumlah semua kelip2 nie ? dia gelak . dia kata abang tak pernah kira. ok fine, haha. kak dilla kata cuba tanya soalan senang sikit. HAHA. senang la tu. jawab je lah. bukan saya tau pun kalau abg tu tipu. tp kira bagus la abang nie sebab jujur.. :)

dalam 5 minit perjalanan, abg tu bawak kami dekat dengan kelip2. mcm pokok krismas da kami tgk dengan lampu2 dari kelip2. sangat cantik.. kelip2 ni makan daun berembang. sebab tu sentiasa ada pada pokok yg ada kat tebing sungai nie. saya ada amik gambar tapi GELAP. sebab tak boleh ada flash. huu sedih. :( tapi part yang paling seronok bila dapat PEGANG KELIP2.... :) nak amik pun kena hati2. jangan penyekkan kelip2 tu pulak. kena tekup dengan dua2 tangan dan pastikan ada ruang. bila bukak pun jangan la bukak besar2. kang terbang pulak kelip2 tue. bukak sikit je macam main cak-cak. hehe. mmg cantik sangat. sempat tanya abg tu lagi. "dia gigit tak bang". soalan cepucemas lagi sekali. gelak lagi abg tue. ceria betul. dia kata tak gigit pun. ok lega. haha. 

sedikit info mengenai kelip-kelip kampung kuantan :-

Terletak di Kuala Selangor, 67km dari KL.

Kampung Kuantan terkenal dengan kelip-kelip sepanjang tebing sungai disebabkan pokok berembang, atau nama saintifiknya Caseolaris Sonneratia, dengan dedaunan terbuka, yang sesuai untuk pembiakan.

Berikut adalah tapak salah satu daripada jajahan kelip-kelip terbesar di dunia, yang menjangkau beberapa kilometer di sepanjang Sungai Selangor. Perjalanan hulu dalam bot kecil atau sampan atau mengambil bot bermotor di Bukit Belimbing dan dalam kegelapan tenang, anda akan melihat beribu-ribu kunang kelipan seperti lapisan cahaya Krismas.

Cara ke Sana

Dari Kuala Lumpur melalui Sungai Buloh (Route 54) atau melalui Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, keluar di papan tanda Sungai Buloh dan ikut signage ke Kuala Selangor.

atau boleh menaiki bas dari Stesen Bas Pudu Raya atau dari Stesen Bas Klang berhampiran Central Market (Pasar Seni).

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Kelip-kelip Trading & Services Sdn Bhd
Batu 5, Kampung Kuantan
45500 Batang Berjuntai
Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel: (+603) 3289 2403
Fax: (+603) 3289 4807

p/s : pengalaman yang menarik di sini... boleh bawak keluarga datang sini . anak2 pasti teruja.. huhu... 

ok bai :)

Saturday, January 26, 2013

Apa Khabar Wahai Jodohku..



Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?



Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.


Jodohku sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..


Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


Jodohku..

nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas


Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..


Jodohku..

kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…


Jodohku..

Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..

Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Salam hormatku dan sayangku untukmu…. 



Sumber asal : Muslimah Sholehah

NOTA KECIL :  HATI SERING TERLUKA. TAPI AKU YAKIN KARMA ITU WUJUD DAN AKAN MELAKUKAN TUGASANNYA. ASSALAMUALAIKUM.

Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL - DETIK-DETIK KELAHIRAN RASULULLAH SAW

Malam kelahiran Rasulullah saw, tepat tanggal 12 Rabiul Awal jam 2 pagi. Di malam ke 12 ini langit dalam keadaan cerah tanpa ada mendung sedikit pun. Saat itu Abdul Muthalib (datuk Nabi Muhammad saw) sedang bermunajat kepada Allah swt di sekitar Kaa’bah. Siti Aminah sendirian di rumah tanpa ada seorang pun yang menemaninya. Tiba-tiba, Siti Aminah melihat tiang rumahnya terbelah dan perlahan-lahan muncul 4 wanita yang sangat anggun, cantik, dan jelita diliputi dengan cahaya yang memancar berkemilau serta semerbak harum memenuhi seluruh ruangan. Wanita pertama datang berkata,”Sunggu­h berbahagialah engkau wahai Aminah, sebentar lagi engkau akan melahirkan Nabi yang agung, junjungan semesta alam.

Beliaulah Nabi Muhammad saw. Kenalilah aku, bahwa aku adalah isteri Nabi Allah Adam as, ibunda seluruh umat manusia., aku diperintahkan Allah untuk menemanimu.”
Kemudian datanglah wanita kedua yang menyampaikan khabar gembira, “Aku adalah isteri Nabi Allah Ibrahim as diperintahkan Allah swt untuk menemanimu.”
Begitu pula menghampiri wanita yang ketiga,”Aku adalah Asiyah binti Muzahim, diperintahkan Allah untuk menemanimu.”Dat­anglah wanita ke empat,”Aku adalah Maryam, ibunda Isa as menyambut kehadiran putramu Muhammad Rasulullah. ”Sehingga semakin memuncak rasa kedamaian dan kebahagiaan ibunda Nabi Muhammad saw yang tidak terlukiskan dengan kata-kata.


Keajaiban berikutnya Siti Aminah melihat sekelompok demi sekelompok manusia bercahaya berdatangan silih berganti memasuki ruangan Siti Aminah dan mereka memanjatkan puji-pujian kepada Allah swt dengan berbagai macam bahasa yang berbeda.Detik berikutnya Siti Aminah melihat atap rumahnya terbuka dan terlihat oleh beliau bermacam-macam bintang di angkasa yang sangat indah berkilau saling beterbangan.Det­ik berikutnya Allah bangun dari singasanaNya dan memerintahkan kepada Malaikat Ridwan agar mempersiapkan seluruh bidadari syurga agar berdandan cantik dan kemas, memakai segala macam bentuk perhiasan kain sutra dengan bermahkota emas, intan permata yang bergemerlapan, dan menebarkan wangi-wangian syurga yang harum semerbak ke segala arah. lalu bidadari itu dibawa ke alam dunia oleh Malaikat Ridwan, terlihat wajah bidadari itu gembira.

Lalu Allah swt memanggil : “Ya Jibril… serukanlah kepada seluruh arwah para nabi, para rasul, para wali agar berkumpul dan berbaris bahwa sesungguhnya Kekasihku cahaya di atas cahaya, agar disambut dengan baik dan suruhlah mereka menyambut kedatangan Nabi Muhammad saw.Ya Jibril… perintahkanlah kepada Malaikat Malik agar menutup pintu-pintu neraka dan perintahakan kepada Malaikat Ridwan untuk membuka pintu-pintu syurga dan bersoleklah engkau dengan sebaik-baiknya keindahan demi menyambut kekasihKu Nabi Muhammad saw.Ya Jibril… bawalah malaikat yang ada di langit, turunlah ke bumi, ketahuilah KekasihKu Muhammad saw telah siap untuk dilahirkan dan sekarang tiba saatnya Nabi Akhiruzzaman.”D­an turunlah semua malaikat, maka penuhlah isi bumi ini dengan malaikat-malaik­at.

Lalu ibunda Rasulullah saw di bumi, beliau melihat malaikat itupun berdatangan membawa kayu-kayu gahru yang wangi dan memenuhi seluruh alam semesta. Pada saat itu pula mereka semua berzikir, bertasbih, bertahmid, dan pada saat itu pula datanglah burung putih berkilau cahaya mendekati Siti Aminah dan mengusapkan sayapnya pada Siti Aminah, maka pada saat itu pula lahirlah Muhammad Rasulullah saw dan tidaklah Siti Aminah melihat kecuali cahaya, tak lama kemudian terlihatlah jari-jari Nabi Muhammad saw bersujud kepada Allah seraya mengucapkan, “Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Walhamdulillahi­ katsira, wasubhanallahi bukratan wa asiilaa.”

Semakin memuncaklah kegembiraan seluruh alam dunia dan semesta dan terucaplah “Ya Nabi Salam Alaika… Ya Rasul Salam Alaika… Ya Habib Salam Alaika… Shola'llah tu'llah Alaika.. ”
Matanya bagaikan telah dipakaikan sifat mata, senyum indah terpancar dari wajahnya dan hancurlah berhala-berhala­ dan bergembiralah semua alam semesta menyambut kelahiran Nabi saw yang mulia…Saiyyidul­ Mursalin..

(Sayyidus Saadat Alawiyyin)

Häagen-Dazs Fondue @ Jaya Jusco Bukit Tinggi Klang


Lama dah teringin nak makan ais krim fondue nie... dari awal tahun lepas. lama kan ??? setelah hampir setahun... dapat jugak merasa... tu pun sebenarnya dah kenyang gila tapi gedik nak makan jugak.... :) telan air liur jugak la dengan harga dia... tapi sebab makan bertiga.. kira berbaloi la. lagi pun banyak bahan-bahan yg di bagi. kenyang perut suka hati. :D


kesimpulannya.... bagi saya... kureng sikit la fondue nie. sebab yang pertama, MANIS. ye la, nama pun aiskrim kan. huhu. pastu celup pulak dengan chocolate, lg la bertambah2 manis jadinya. nasib dapat sky juice percuma. nak jugak sky juice. cakap je la air mineral. :p


selain ais krim, ada jugak biskut, brownies, epal, strawberry, biskut yg macam curut tu (x tau nama dia. huhu), dan hirisan badam untuk di tabur dalam chocolate. 



sempat jugak la amik chocolate ni pastu buat lipstik... pastu sapu kat gigi. xde motif kan ? HAHA.

makan2, borak2, tak sedar dah nak pukul 9 malam. masa untuk balik. nanti mak masing2 marah... hehe..

baik mak, anakmu pulang.... :)

sape yang nak try , boleh search outlet haagen dasz yang berdekatan, untuk mencuba. tapi pastikan minum air mineral banyak2 lepas tu untuk mengelakkan penyakit yang tidak di ingini.... pesanan ini tidak berbayar.. hehe...

ok bai :)

Tuesday, January 22, 2013

MEDAN IKAN BAKAR PANTAI JERAM @ KUALA SELANGOR


Kak nadiah kat sebelah saya ni cakap mcmni kat saya " adik ni asyik makan jea". saya tak kata apa2 sebab saya mmg suka makan. haha. sambil memerhatikan saya tulis blog nie, dia kata gaji ni dia nak ajak husband dia makan kat sini. saya kata nak ikut.. tapi tak ikut pun. saje je cakap camtu. tak nak lah kacau org nak dating kan. huhu.. ok dah2, cukup cakap pasal kak nadiah. :)

Kak dilla survay tempat makan yang menarik kat Kuala Selangor sebelum kami sampai sini... kebanyakkannya cakap pasal restoren seafood kat pantai jeram. dia amik no hp , so nnt kalau sesat, boleh la call je dorg.. sangat2 proaktif. hehe..


sampai sini dalam pukul 6 petang. ingatkan tutup lagi... rupanya dah bukak... yesss.. dah la mmg simpan perut untuk makan kat sini... :) sampai je, lepas parking, kami terus ke tempat pilih ikan. mak aiii besarnya ikan siakap senohong gelama ikan duri dia.... nak cari yang paling kecik, takde pulak. tawakal je la kami pilih. ikan siakap ni kami order masak stim. pastu butter prawn dan last sekali sotong celup tepung. tak order banyak sebab tau dah nnt mesti tak habis.. so jangan membazir ye adik2 semua. :p



suasana kat sini mmg best... nama pun tepi pantai.. comfirmlah angin berderu2... sambil makan, sambil di tiup angin yang sepoi2 bahasa. lintang pukang tudung saya. *kesalahan peribahasa di sini*. :) nak di jadikan cerita, memang tak habis kami makan. last2 bagi la cik miow kita makan ikan stim tue... "burrrppp.." mcmtu lah bunyik kucing tu sendawa. :P

layanan kat sini pun baik.... 8 markah saya bagi..... :)

nak tau tak berapa total dengan air semua ?? RM45 sahaja ! saya bajet mesti dalam 70++. sebab ikan dia besar tak hengat. huhu.... nnt nak datang sini lagi.... sebab sedap dan murah... :)

kepada yang nak booking dan makan sini, ni no tepon dorg :-
  • En Idris Abd Jalil – 012-286 8277
  • Mohd Shohaimi Jalil – 012-2362467
  • Faridah Hussain – 012-387 8375
  • KEDAI – 03-3264 6102
  • Alamat – Batu 19, Jalan Pantai Jeram 45800 Jeram Selangor  GPS – (N3 13.550, E101 18.29.2)
ok bai :)

Monday, January 21, 2013

CENDOL BAKAR DRIVE THRU KUALA SELANGOR

"Cendol bakar? Camne agaknya rasa cendol yang dibakar ni? Kami sampai sini sebenarnya bukan di rancang. lalu nak balik KLIA, jumpa gerai cendol nie. betul2 kat tepi.:) apa lagi... terus la kami singgah ke gerai nie.. zupppp laju je kete saya buat drift masuk ke dalam dan terus cari parking... 


 gerai Cendol Bakar ni, terletak di Bukit Rotan, Kuala Selangor. Gerai ni terletak betul-betul di tepi jalan utama. Bagi mereka yang mengadakan perjalanan KL-Kuala Selangor atau sebaliknya, pasti anda tidak akan terlepas pandang pada banner seperti dalam gambar di atas.




Nyum2.. sangat sedap.... walaupun dah kenyang, saya tetap nak rasa jugak. kami order cendol bakar dan juga rojak... rojak  sedap, cendol pun sedap. malangnya tak habis, sebab dah terlalu kenyang. jadi, saya bungkus je bawak balik rumah...



mula2 baca kat paper pasal cendol bakar nie.. bila dapat tau kat kuala selangor, terus saya kata dalam hati " jauhnya". tapi sebenarnya... bila lalu klang, dalam satu jam dah sampai kuala selangor nie. tu la nampak sangat jarang ke sini.

tak sangka sampai jugak... tanpa di duga. ewah ayat ko.. duga bagai yer... seronok kat sini... sebab apa saya kata seronok ?? sebab layanan kat sini sangatlah terbaik dan penuh dengan senyuman serta terima kasih. sedap, ramah, selesa. mmg complete . tempat duduk kat sini, beratapkan atap rumbia. macam makan kat perkampungan dulu2... (faham tak agaknya ayat saya nie ?). hehe... maksudnya suasana yang sangat nyaman, selesa dan berangin. walaupun panas kat luar tu, bila duduk kat sini rasa redup jea. 


harga pun tak mahal... paling mahal pun rm3.80 jer.. saya amik cendol VIP. kak dilla pun sama order yang tue.. oh ya, cendol kat sini bole refill yer... makan la sampai muntah hijau sekali pun tetap free.... :)

jom la try makan kat sini.... mesti tak rugi.... :)

ok bai :D
 

Sunday, January 20, 2013

10 Sahabat Rasulullah Dijamin Masuk Syurga

Wednesday, January 16, 2013

BAGAIMANA MAHU MENJADI BOSS YANG DI SUKAI PEKERJA ...

Tajuk kali ni bukan la sebab saya dah naik pangkat jd boss. tidak sekali-kali. ramai yang tunggu saya kat simpang umah kang. Tajuk saya kali ini adalah di tujukan KHAS kepada sesiapa yang menjadi ketua. tak kira la syarikat mana sekalipun.


*mengeluh doblas saat*. kalau tanya saya, saya nak boss yang macamana, dah tentulah yang BAIK. betul tak ?? jawab betul sekarang .*paksa*. hehe :) selain dari baik, saya nak ada boss yang MEMAHAMI pekerjanya.contoh kalau kita mengadu megenai masalah.apa2masalah la sekali pun, TOLONG LAH dengar dulu. jangan nak menidakkan apa yang sedang di luahkan. bagi positif feedback walaupun hanya untuk sedapkan hati pekerja. 



mana2 syarikat yang ada briefing sebelum masuk keje tu, sebagai ketua, bagi lah KATA-KATA SEMANGAT sikit kat pekerja. jangan asyik nak menunding jari kaki je kat staff. masa brifing tu kalau boleh, cakap yang penting je, jangan melalut pasal benda yang tak ada kena mengena. selain BORING, staff juga akan MELUAT. meluat sebab kena berdiri lama-lama. 



 Selain dari perkara di atas, yang paling penting sekali, jagalah KEBAJIKAN staff. lengkapkanlah segala kemudahan yang tak ada tue. mana2 syarikat yang keje shift tu, peruntukkanlah tilam baru untuk staff berehat. bukanla untuk mengalakkan staff terbongkang tak buat keje, cukup untuk luruskan pinggang. ini sampai ber anai2 tilam apa cerita kan...



 ada jugak syarikat yang lebihkan client dari staff sendiri. apa yg dorg mintak, walaupun tak masuk dek akal, ON je. on the spot terus LULUS. kalau staff sendiri mintak , 3 tahun pun belum tentu LULUS. nak jaga kontrak pun jangan la sampai tendang staff ke tepi terus.. walaupun kami ni KULI je, kami juga berhak dapat layanan yang BAIK. *kami merangkumi ramai*. 



Sesekali tu, jadilah boss yang PEMURAH. bukan nak mintak bank in 200 kat akaun bank pun.cuma apa la salahnya belanja staff2 anda tu. kalau setiap tempat keje ada 20 orang, bg la kuih seringgit ke, bg air kotak oren ke. dua bulan sekali pun takpe. janji ada bersedekah. memang nampak kecik, tapi besar maknanya dalam diri staff anda. gaji ada yang capai lebih 5k, takkan rm5 pun tak boleh nak peruntukkan untuk bersedekah... 


Setiap Pemimpin Akan Ditanya Di Akhirat 

 

 Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya:

Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.

Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka.

Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka.

Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya.

Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

[Bukhari & Muslim] 

besar tugas boss nie. jangan ingat boleh goyang kaki masa kat akhirat nnt.. selagi ada peluang, selagi masih bernyawa, buatlah pekerja anda GEMBIRA. 

PANTAI KLEBANG 1 MALAYSIA @ MELAKA


ala2 nak buat shooting pre-wedding la pulak konon2 pandang pasir la, pandang arah laut la.... tp percayalah gambar saya tu adalah candid yer. kak ira yang amik.. photographer berjaya..  :)


  masa sampai kat pantai ni, mulanya tak nak turun. tapi bila nampak macam happening je tempat nie, terus abah stop kete. yang paling seronok tentulah kami bertiga.. kata kaki jalan.. taik lalat pun ada kat tapak kaki. org tua2 kata, kuat berjalan kalau ada taik hidung kat kaki. eh salah. taik lalat.............


permandangan meja makan kami. cantik kan ?? kat sini, boleh naik kereta kuda dan tunggang kuda. ATV pun ada.. boleh lumba2 kat tepi pantai. jangan langgar kaki orang sudah.. :)

orang kata, kalau datang Klebang nie, wajib try coconut shake. banyak gerai jual air nie. mmg famous kat sini. ada yang kat tepi jalan tu, saya nampak, beratur panjang giler. dah macam nasik kandar beratur pulak... maknanya mmg sedap la kan... :)

kat pantai ni pun ada banyak gerai jual coconut shake nie. kami beli yang special. ada ais krim vanilla yang sudah di campur dengan air kelapa. rasa dia... pehhh. peh peh.. memang lemak berkrim di sukai ramai.... RM3 sahaja... kalau yang biasa RM2.50.. :)
  

tak lengkap minum air kelapa kalau tak makan burger kat sini. macam takde kena mengena kan ? saya yang reka pepatah nie. kira ni pepatah saya la. haha. kami order burger ayam special dua, burger daging special satu. RM3 untuk satu burger special ni. kira ok la siap ada telur. pastu bahan2 dalam dia banyak. mayonis sampai melimpah ruah membanjiri polistren.

muka gembira dapat makan dan minum di tepi pantai..  semua buat gaya pegang air... hehe...

haaa gerai ni la kami order burger dengan coconut shake. kedai ni takde nama. tapi, boleh cari banting nie kat depan gerai dorg. kita order, dan dorg akan hantar terus ke meja walaupun meja jauh berbatu.. tapi jangan la duduk 50 kilometer jauh dari gerai.. HAHA. jenuh pakcik nak mencarik korg nnt....


nak tau tak, ktorg bertiga kena tinggal kat sini dengan abah &mak... ktorg duduk sini sampai dekat nak magrib.. bila sedar macam da kena tinggal, saya call abah. tak berangkat. mak pun sama. 5 minit lepas tu, abah call saya balik. abah jawab macamni " abah kat homestay ni, baru lepas mandi". BOLEH ? HAHAHA... dengan sedihnya saya tanya, " macamana ktorg nak balik ??" sambil mulut melintang ke bawah. pandai2 korg la nak bayangkan macamna mulut saya masa nie... rupanya nak di jadikan cerita, dorg plan nak buat barbeku ramai2 kat tepi pantai nie. tu yg tinggalkan je ktorg bertiga kat sini. sekali, barbeku tu buat kat homestay je. nasib baik la kakak sedara saya, kak linda ada lagi kat luar dengan suami dia... so mintak tolong dorg amikkan ktorg kat sini... 


kak linda dengan abang mus sampai je, dorg gelakkan kami.. ceh sampai hati gelakkan... sebenarnya kami pun join dorg gelak jugak.. HUHUHU.... 


itu lah story mory saya di pantai klebang nie... mmg happening tempat ni. lagi2 sebab hari ni hari sabtu. 

bolehla bawak anak2 jalan2 kat sini... boleh main layang2, main bola. badminton je yang tak boleh main sebab angin kuat. :P

ok la, dah masa untuk barbeku... nak balik mandi.

OK BAI :)

Monday, January 14, 2013

6D MOTION RIDE THEATRE @ MELAKA RIVER CRUISE


 Sebelum masuk kat dalam ni, lama kami tunggu kat luar. sampai bagi salam semua lambat jawab. takde sorg pun yang menunggu kat luar tue. dalam 2,3 minit mcmtu baru la dua org staf dia keluar... cik, macaman nak beli tiket ? nasib jawab elok2... dia jawab boleh pegi ke kaunter depan , bayar kat sana. beramai2 la ktorg pegi menuju ke kaunter . kami ada 5 orang. kami amik pakej bersama monorail... so total RM75. sebelum tu saya tanya kat staff berapa minit tayangan 6D ni ? dia kata 8 minit.. saya terdiam jap. 8 minit RM13 ?? OK... takpelah pengalaman baru kan.. apa salahnya mencuba :)

dah selesai beli tiket, kami patah balik ke tempat 6D motion tadi... menunggu dengan penuh debaran... kami bagi tiket kat staff dan dorg bagi kami masuk... dorg suruh kami jangan pegang HP dan beg.. beg boleh letak kat bawah..

dalam 5 minit dorg setup system, akhirnya pintu gerabak di tutup... jeng3x.. saat yang mendebarkan akan bermula sebentar lagi..... :)

tiba2 gelap.... kami pakai spek 6D yang di berikan tadi.... tgh duduk diam2, tiba2 kerusi bergerak... macam nak terbang.. kami trus menjerit tak hengat sebab mmg REAL... lebih kurang 8 minit penggembaraan alam 6D motion nie.. mak saya siap tutup mata bila ada part ular hijau nak patuk. hehe... masa masuk dalam gaung tu pun real.... mmg jatuh jantung nie ... gulpp... kat kaki pun ada mcm tali2 hinggap. ingatkan imaginasi je. rupanya mmg betul ada tali libas2 kaki saya. hehe... pendek kata 8 minit ni rasa mcm lama gila... dalam hati rasa BILA NAK HABIS NI.. ha tu la.. mula2 berlagak kan kata 8 minit jeeee... HEHE. apa pun mmg best la.. tapi sape yang dah try n rasa tak best tu, masing2 punya pengalaman la kan... :)



Masa ni kami dalam monorail... lepas je tengok 6D tu kami naik tangga ke atas dah pegi ke stesen monorail... kami di sambut dengan senyuman oleh pekerja monorail. baru la pelancong akan selalu datang lagi. 

hanya kami berlima je dalam monorail nie. dalam 30minit pejalanan menyusuri sungai melaka. cantik permandangan dengan rumah2 ala2 kampung yang di jaga dengan rapi dan bersih. teringin ada kampung macam nie. kena cari orang melaka la macamnie. EH. huhu. 

pengalaman yang sangat seronok sebab banyak peninggalan sejarah ada kat sini. atok saya polis dan mmg pernah bekerja di Melaka. berapa tahun tu saya tak tanya pulak... :)

kami bercuti di melaka nie last minit... lebih kurang 20 orang rombongan cik kiah ke melaka.. 3 hari 2 malam kami di sini..   nnt saya akan update lain2 aktiviti pulak yer... dah edit gambar da, tinggal nak karang ayat je :)

ok bai :)

sedikit info :-
  
Lokasi : Melaka River Cruise
Harga tiket dewasa : RM13
 harga tiket kanak2 : RM8


pakej bersama monorail : RM15 ( 6D motion + Monorail )

Sunday, January 13, 2013

8 Pahala Besar yang Allah SWT telah tawarkan

Ingikah anda  berada paling hampir di sisi Allah SWT ?

Rasulullah SAW telah bersabda :  Hamba Allah yang paling hampir dengan Allah SWT adalah ketika hamba yang sujud kepada Allah SWT, oleh yang demikian marilah kita memperbanyakkan sujud kepada Allah SWT dalam semua perkara.

Inginkah anda pahala haji ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Menunaikan umrah semasa bulan Ramadhan mendapat pahala sebagaimana pahala haji.

Ingikah anda membina rumah di dalam Syurga?

Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa membina masjid untuk Allah, Allah SWT akan membina baginya sebuah Mahligai di dalam Syurga.

Inginkah anda keredhaan Allah SWT ?

Rasulullah SAW telah bersabda : sesiapa yang makan dan minum yang disertakan dengan pujian kepada Allah SWT akan mendapat keredhaan daripada  Allah SWT.

Ingikah doa anda dimakbulkan  ?

Rasulullah SAW telah bersabda :  Doa diantara azan dan iqamah tidak akan ditolak.

Ingikah anda  mendapat pahala puasa selama setahun ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa berpuasa setiap bulan sebanyak 3 hari,maka dia akan mendapat pahala seperti berpuasa setahun.

Ingikah anda pahala sebesar bukit  ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa berada disisi  jenazah dan menunaikan solat jenazah keatasnya serta menguburkannya dia akan mendapat pahala seperti 2 Qirat, sahabat bertanya apakah itu 2 Qirat, Rasulullah SAW menjawab : 2 Qiraat adalah 2 bukit yang besar.

Ingikah anda  bersahabat dengan Rasulullah SAW di dalam  Syurga ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa memelihara anak yatim dia akan bersahabat dengan Rasulullah SAW sebagaimana rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah.


subhanallah... banyak sungguh gandaan pahala yang ALLAH tawarkan kepada kita kan ?? jom perbanyakkan amalan ... peringatan untuk diri saya sendiri juga.... :)
 

Tuesday, January 8, 2013

RAJA MUHAMMAD RAYYAN :)


Nama budak comel nie Ariana. Anak kak ayu.. a.k.a anak sedara kak nolly.. Amboihh salasilah keluarga sume nak bgtau ke ? HAHA.  Apa yg lawak masa nie, dia tgh main2 kat depan. sekali dia datang kat ktorg, pastu terus makan soto kat dalam mangkuk. lepas makan dua tiga suap, dia g depan balik, sambung main. sebenarnya, soto tu bukan dia punya pun. makcik saya punya. makcik saya g depan jap. boleh pulak dia buat PITSTOP.... hehe.. dia nie, suka bahasakan diri dia, ABANG. ha kelas kannnn.. apa2 je lah ariana... :)




kreatif sangat abang saya nie kan. boleh pulak dia pakaikan plastik atas kepala anak dia. HAHA. masa ni dia g econsave. sekali, hujan pulak. terus sambar plastik econsave. nasib damia diam je... good girl... :p

 

Rayyan... damia panggil LION. haha.  :) baby boy.. lahir masa 17 december 2012. sebenarnya due 20 hb 12 2012. so jadi 2012,2012. tapi cepat pulak lahirnya. tak sabar nak keluar la nie rayyan... dia suka sangat tido. nangis pun sikit2 jer.. bagusnya dia. senang MUMMY nak jaga dia.. 

jap2 kenapa ada lambang loading warna hijau tu ?? erm xpe lah kan... janji nampak muka .. ;D

ok bai :)

Saturday, January 5, 2013

THINK POSITIF & SENTIASA BERSABAR & BERBUAT BAIK :)

Susah ke senang agaknya nak think positif ?? ada yang akan kata susah. ada jugak yang akan kata senang. bagi saya, think positif ni boleh di kaitkan jugak dengan kesabaran yang tinggi.. dalam hidup nie, pasti kita akan bergelumang dengan masalah. xde sorg pun yang akan hidup senang lenang tanpa di timpa musibah. buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat. penah dengar kan pepatah nie ?? :) kalau rasa diri tu taknak di timpa kesusahan atau di benci org, apa kata mulai saat ni kita berbuat baik kat semua orang. pahala pun dapat... tak payah la susah2 nak jaga tepi kain orang. tepi kain sendiri tu perbaiki dulu.. ye dak ?



duit kita sentiasa tak cukup. cuba fikir kenapa .. adakah kita selalu "mengular" masa kerja ?? atau kita tak pernah sekali pun bersedekah kepada yang memerlukan ? bukan susah pun nak bersedekah. jumpa makcik cleaner kat toilet, bg la seringgit ke, dua ringgit ke. yang penting ikhlas. seronok makcik tu dapat duit dari kita. dapat dia buat tambang bas untuk balik rumah nnt.. :) senang kan ?



kalau ada org marah kita, dan benda tu bukan berpunca dari kita, SENYUM je. percayalah mesti org tu tak jadi nak marah lagi. samada dia malu ataupun dia geram sebab kita tak amik pot pun. HAHA. berbalik kepada think positif, sentiasalah beringat bahawa setiap masalah yang kita hadapi tu, adalah cubitan manja dari ALLAH supaya kita sentiasa beringat kepadanya. mungkin kita ada buat jahat kat org, atau mungkin kita lalai untuk mengikut suruhanNYA.



apa kata kita jadikan rasulullah sebagai IDOLA kita. di sini ada sedikit info mengenai keperibadian rasulullah :)

CARA RASULULLAH SAW BERBICARA
Hasan Bin Ali meriwayatkan :

"Saya pernah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun bin Abu Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Saya katakan kpdnya, `gambarkanlah kepadaku bagaimana cara
Rasulullah saw berbicara!'

Ia berkata,

`Rasulullah adalah seorang yamg nampak selalu prihatin dan sentiasa berfikir. Beliau lebih banyak diam dan berbicara hanya seperlunya. Beliau memulai dan mengakhiri pembicaraan beliau dengan menyebut nama Allah. Ucapan beliau selalu padat, terperinci dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan.

Beliau selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Beliau tidak pernah mencela dan memuji makanan. Urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuatkan beliau marah. Jika kebenaran dilanggar, beliau tidak akan diam hingga kebenaran itu ditegakkan. Beliau juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi.

Ketika menunjuk sesuatu, beliau selalu menggunakan seluruh tangannya. Dalam keadaan ta'jub atau terkejut, beliau selalu membalik (tapak tangannya). Ketika berbicara terbiasa menggunakan
tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukul tapak tangan kanan ke tapak jempol kiri.

Ketika marah, beliau berbalik dan berpaling. Ketika senang, beliau menundukkan pandangan. Ketawa beliau adalah senyuman dan gigi beliau nampak seperti butiran salji." (HR Tirmizi)



jika di timpa masalah, bersabarlah... ALLAH sentiasa bersama kita. peringatan untuk diri sendiri. :)


Friday, January 4, 2013

FELINNA INCHLOSS LOTION MURAH RM60 SUDAH SAMPAI ! :)

ALHAMDULILLAH...

Petang tadi, 30 botol Felinna lotion selamat sampai... kali ni dah masuk botol yang ke 70. :)

sesiapa yang nak beli tu boleh email ke saya di 

easyslim8783@gmail.com

sorry hp "pendua" tak beli lagi. so untuk contact, saya hanya guna email. yang ada pada saya cuma nombor personal. maaf kalau menyusahkan. sebab tak ramai yg boleh usung laptop ke sana ke sini. :(

harga masih sama.  

RM65 UNTUK SATU BOTOL 

RM120 UNTUK DUA BOTOL. 

PERCUMA POSLAJU. 

SABAH / SARAWAK HANYA TAMBAH RM5 SAHAJA.

FELINNA INCHLOSS LOTION YANG SAYA JUAL NI ORIGINAL OK. BUKAN TIRUAN. SEBAB ADA YANG TANYA KENAPA MURAH SANGAT. :)

apa salahnya beramal jariah ye dak.. :)

 jamu pun dah sampai semalam. sampai untuk 50 botol.  

sape yang nak kurus tu boleh la order felinna dan jamu kurus kat saya.. 

open for ORDER !! :)

tq. bai :)

Thursday, January 3, 2013

DURIAN CREPE VOL 2


Berjumpa lagi kita dalam rancangan chef one, chef two, chef three. haaa kata kooo... sambil bibir ke depan & pegang sudip.. aritu buat durian crepe, tak jadi sangat sebab dia punya topping dalam tu saya pakai mentega dengan gula. kali nie, saya buat, JADI.. suka3x... TAPI... topping dia kurang nak menjadi sangat. sebab salah pilih whipping creme. saya amik yang ada susu. bila masuk dalam peti ais, dia jadi keras mcm keju. tak lembut pun creme dia. sebenarnya nak senang & nak sedap, boleh guna whipping creme yang spray je tu. jangan guna ridset pulak. lain jadi kang, mulut yang berbuih. :P


Inilah hasilnya.... jeng3x... kena makan terus, sebab bila masuk dalam peti ais, jadi keras. rasa ok dah. kali ketiga nnt saya nak beli whipping yang spray tu jer. senang pun senang. :)


nntkan kemunculan durian crepe VOL 3. terima kasih kerana menonton. ok bai :)

Wednesday, January 2, 2013

VCO ANTIOXIDANTS TREENEA



 VCO ANTIOXIDANTS TREENEA..
 
HARGA:
 
RM40 SEMENANJUNG
 
RM43 SABAH/SARAWAK
 
POSLAJU : RM6
 
(60 BIJI SOFTGEL/BOTOL)
 
cara makan : 2-4 biji sehari 

 
Minyak Kelapa Dara (VCO) yang diperolehi dari Treenea mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dibandingkan dengan minyak kelapa dara lain. Ia dihasilkan dari proses yang tidak menggunakan haba dan formulanya yang telah dikaji secara teliti dan terperinci menggunakan 100% pati kelapa dara organik yang bebas dari kolesterol.
 
APAKAH PERBEZAAN TREENEA BERBANDING YANG LAIN?
 
VCO Antioxidants dengan formulasi tambahan kaya dengan Vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol) dan vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Vitamin A dan E juga dipercayai boleh bertindak sebagai ejen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan jantung.

 
 
 
APAKAH KEPENTINGAN ANTIOKSIDAN?
 
- Tubuh badan kita sentiasa terdedah pada radikal bebas yang terhasil daripada toksin-toksin alam sekitar seperti asap kilang, asap kenderaan, asap rokok, sinaran ultra violet (UV) dan pencemaran bahan-bahan makanan. VCO Antioxidants adalah kaya dengan sifat-sifat antioksidan yang berpotensi melindungi sel-sel pada tubuh badan manusia dari serangan radikal bebas. Oleh yang demikian sel-sel badan akan menjadi lebih sihat dan tekstur kulit akan menjadi lebih halus dan seragam.

- Penyelidikan oleh para saintis mendapati, minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu yang kebanyakkan daripadanya adalah trigliserida berantai sederhana (MCT). Ujian klinikal telah membuktikan MCT adalah merupakan ejen pembekal tenaga segera. MCT tidak disimpan sebagai lemak dalam badan sebaliknya ia akan disalutkan kepada hati untuk membekal tenaga segera. Asid lemak ini kemudiannya akan ditukarkan ke sebatian keton (keton bodies). Sebatian keton sangat diperlukan oleh otak manusia apabila glukosa tidak dapat berfungsi untuk membekalkan tenaga. Kajian secara saintifik telah menunjukkan sebatian keton boleh membantu pesakit neurodegenerative disorders seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.

- Selain dari itu, sebatian keton juga didapati membantu serangan epilepsi. Pengambilan VCO Antioxidants secara oral dalam kadar yang tertentu akan menyebabkan tubuh kita dilindungi dari serangan bakteria, kulat dan virus. Sistem imunisasi tubuh badan akan meningkat, selsema dan batuk akan berkurangan.
 
- Sebatian aktif seperti monolaurin, monokaprik dan monokaprin, yang terbukti hasil dari penghadaman VCO. VCO Antioxidants juga mengandungi bahan aktif seperti phospholipids serta sterol tumbuhan yang telah dibuktikan berupaya merendahkan tahap kolesterol dan meningkatkan tahap LDL dalam darah. MCT juga mudah dihadamkan dan dapat membantu mengawal berat badan jika diambil secara teratur dan berterusan.

 
FUNGSI, KHASIAT DAN KEBAIKAN VCO ANTIOXIDANTS:
 
• Membantu kelancaran system pencernaan
• Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
• Menbantu mengurangkan berat badan
• Mengurangkan kadar kolesterol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
• Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
• Membantu merawat pelbagai masalah kulit
• Menyokong fungsi tiroid
• Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit
 
boleh email saya di : easyslim8783@gmail.com untuk membeli atau untuk keterangan lanjut.
 
tq  :)