Thursday, November 15, 2012

BEKAM DARAH DI RUMAH



(amaran : 18SG. Unsur seram dan ganas yang tidak keterlaluan.). Siap buat amaran lagi.... ye la mana tau ada yang tengah makan ke skrg ni, mau tak termuntah ! kan kan ?? so sape yang tengah makan tu, sila la tutup pc... habiskan makanan tu dulu. kalau tak habis, meh bg saya habiskan.. huhu... 


dah habis makan dah ?? ok kalau dah habis , boleh saya teruskan cerita kita pada hari ini... 


bekam ni abah beli masa dia bercuti kat Sabah. Baru rm50 je satu set... dapat semua kecuali jarum bekam tu. jarum bekam abah ganti dengan jarum yg dia guna untuk amik darah kencing manis.. 


mula2 nak buat, kena urut2 dulu tempat yang sakit tue. mana yang paling pekat warna dia, bekam kat kawasan tue.... sape yang tak berani nak bekam darah, set ni boleh juga di gunakan untuk bekam angin. maksudnya tak perlu nak cucuk2 guna jarum. hanya letak cawan bekam ni dan just pam je.. angin still akan keluar tp kena buat selalu la. kalau bekam darah, cepat sikit result dia. buat sekali je badan dah jadi ringan. tempat yang sakit2 tu terus hilang sakit dia.. ataupun kurang sikit sakit dari sebelumnya. :)


Di antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat :

1.Migrain/Sakit Kepala/Pening

2.Darah Tinggi/Hypertension

3.Gaout/Uric asid tinggi

4.Alergi/Gatal-gatal badan

5.Kencing Manis/Diabetes

6.Sakit Badan/Sakit pinggang /Kebas-kebas badan

7.Sakit Saraf

Di dalam kitab At-Tibbun Nabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadist Nabi S.A.W yang Mafhumnya:

خير ما تدا ؤيتم به الحجا مه

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)
 sapukan minyak sikit kat tempat nak di bekam tu. mak saya sapu menggunakan minyak habbatus sauda

 semasa rawatan, baca al-fatihah, ayat kursi ataupun berselawat. sebenarnya ayat apa2 pun boleh di baca. janji jangan 'kosong'.



Kebersihan wajib dititikberatkan semasa proses bekam dijalankan.
  • Jarum yang digunakan mestilah PAKAI BUANG
  •  
  • Cup bekam yang telah digunakan mesti direndam dan dibilas dengan SABUN DETOL sehingga bersih daripada kekotoran darah.
  •  
  • Bahagian badan yang telah dibekam akan dicuci dengan Wipes Tissues dan Antiseptik untuk mengelak daripada jangkitan kuman.
  •  
  • selamat mencuba
  • ok bai :)

No comments:

Post a Comment