KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil mendapat berita gembira apabila isterinya yang merupakan pelakon popular Diana Danielle disahkan hamil.
Berita tersebut dikongsi oleh pasangan selebriti itu menerusi gambar alat
ujian kehamilan Diana yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter dan Instagram
mereka.
"Hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna. Terima kasih kepada Allah
S.W.T.," ucap Diana yang dipetik menerusi laman Twitter.
Bagaimanapun, usaha Kosmo! untuk mendapatkan kenyataan lanjut mengenai berita
kehamilan itu gagal kerana Farid dan Diana tidak menjawab panggilan telefon.
Pada 3 November lalu pasangan selebriti itu telah selamat bernikah dalam
upacara yang berlangsung di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang.
Majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan pada 30 November ini di Kuala
Lumpur dan diikuti dengan majlis di pihak keluarga Farid di Jitra, Kedah pada 12
Disember. - kosmo!
p/s : tahniah di ucapkan.... :)
bunting pelamin..tahniah pasangan artis nie...
ReplyDelete