Tuesday, February 26, 2013

MAKAN-MAKAN SEAFOOD @ PULAU CAREY :)


Sotong celup tepung.. yang ni kesukaan saya. :)


butter prawn. makan untuk 4 orang memang tak cukup sebenarnya. hehe. nama pun ktorg kuat makan kan.. haha.. seriusly memang sedap sangat.


yam cake. masa last time datang sini pun kami order nie. kalau sedap, mmg la kena order untuk kali kedua. ye dak ?? :)


kerabu mangga + cili padi. pergghhh sedapppp... yang ni free jer. pembuka selera katanyer...


air kelapa yang menjadi pujaan justin mamat. nama nak glemer tau dia nie. haha.
 

fresh orange + laici. yang ni pujaan saya, Ell dan Fixa.. huhu.. air fresh orange fixa ni terlebih manis la pulak.. nasib air laici saya sedang2 aje manis dia. manis2 buah. :p


Budak pending. itulah nama gelaran yang kami berikan kepada fixa. sebabnya dia selalu lambat balas sms kami. haha. ye la hp rosak.. hp tak rosak pun lambat balas jugak. huhu... takpe kami maafkan kamu... biasalah officer mmg bz sikit kan... "mata ke belakang, tangan ke lutut". :D


maafkan muka tak semenggah kami. haha. candid katanyerrr... 


my bestfren since 2000 . love u ELL... :)
p/s : tudung nak sama dengan lapik meja pulak kan ?? HA|HA|..


tengkorak menjalar di jari. itulah nama latest album dari kami. dapatkan di pasaran sekarang.. huhu..
 

Masa ni dah sampai umah fixa. sempat lagi bergambar kan ?? pastu ayah fixa datang kat tingkap, tgk apa yang ktorg tgh buat. nasib pakcik darmat tak join sekali. hehe..


tak tau macamana tiba2 kami boleh berpuisi sakan masa nie. "lihatlah ke bulan, lihatlah awan, akan ku tarik bulan menjadi dekat denganmu". hishhh merepekss. 


alamak mcmana ikan ni bole tercicir ?? hehe. ikan siakap goreng garing dan curahkan kicap di atas badannya. yg putih2 kuning tu adalah halia goreng . mmg banyak la angin keluar lps nie. haha.


ye, kan saya dah kata, saya ni mamarazzi. haha. sempat lagi skodeng si Fixa membeli belah kat abang motor. beli gula2 tapak kaki. pastu beli dua je. saya punya takde. sedih tawww.  *lempang laju2*. :)
>
>
>
>
Ramai pulak orang kat kedai makan nie. so servis agak lambat la. takpe di maafkan sebab mesti banyak order. so dalam masa tu kami sempat la berborak sakan. padahal ulang benda yang sama je pun. tapi still bole gelak2 jugak. tak faham saya. haha. 

setelah selesai makan, kami beransur pulang. mmg entri ni pendek je sebab main point dia adalah kami pegi makan. tu jer. hehe..

ok bai :)

Wednesday, February 20, 2013

MAKAN-MAKAN DI NOOODLES KLIA


kalau dulu saya mesti lupa harga dan menu apa yang saya makan. kali nie, saya dah maju ke hadapan sikit. (sikit je la. dalam 3 inci). :P saya amik gambar menu. hehe. so senang sikit uols rancang apa nak order kalau datang sini. :)







Ini apa yang saya makan. menu sejak turun temurun. dari first time makan sini lagi memang saya akan order nie. mee udang... nyonya prawn noodles soup. RM18.90. memang sedap dan pedas.


soya milk red bean + cendol iced. RM12.90.
 

soya milk + cendol iced. RM 12.90.

Kak azian suka makan pedas. mentang2 la org nogori. huhu. so dia dengan ramah tamahnya order kat waiter. mula2 waiter kata cili takde. tiba2 magic, ada pulak. suka buat surprise tau dorg nie. "tangan ke pinggang, mata ke belakang".
 

wantan set dry. RM12.90. yang ni pun saya akan order kalau makan kat sini.. sedap hingga menjilat jari..... :D


beef ball noodle soup. RM18.90. ni kak azian order. yang ni pun sedap. cuma bila lama sikit, bihun tu kembang sebab dia meresap sup.kena makan laju2 la. (jangan tercekik suda). huhu... ni pun sedap jugak.

p/s : kalau datang KLIA, meh la singgah makan kat sini... makan sup panas2... perghh.. sodapnyaaa.. lokasi restoren ni kat bangunan satelit. :)

ok bai :)

Fizz Fairuz Minta Maaf Kepada Almy Nadia & Mengaku Sudah Putus Tunang


Fizz Fairuz

Susulan daripada kes pertunangan secara senyap-senyap oleh pelakon terkenal Fizz Faiuz pada 10 Februari lalu, akhirnya pelakon ini tampil kepada pihak media bagi menjelaskan segala-galanya.


Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Fizz Fairuz mengaku bahawa hubungannya bersama wanita yang dikenali sebagai Azlyn Massiela kini telah berakhir kerana merasa tertipu apabila mengetahui status sebenar wanita tersebut.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.


“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut dan menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu lalu”


Berikutan daripada kontroversi tersebut, Fizz turut memohon maaf kepada Almy Nadia secara terbuka.
“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni.


“Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang.”

Sumber : Harian Metro
 

Saturday, February 16, 2013

BURGER BAKAR ABANG BURN NILAI



Muka happy dapat makan burger bakar abang burn Nilai buat kali keduanya. ceh orang lain dah kali kesebelas agaknya tak kecoh pun kan ? hehe. bukan apa, saya teringin dari tahun lps tau. tup2 dapat jugak merasa lagi burger nie.


Kali ni saya order ada tambahan hotdog. cuma tambah RM1.50 je untuk hotdog nie. untuk burger pulak, saya order burn chicken special. RM10.50.  kalau saya order apa2 pun, mesti saya akan order burger ayam. daging kureng sikit. tapi kadang2 saya belasah je. lagi2 kalau org belanja. haha.


Memeng terbaik la burger abang burn nie. Layanan pun bagus. kekalkan senyuman dan layanan yang baik k.. supaya ramai lagi orang datang makan kat sini... :) 


kami order air asam boi... biar rasa masam sikit. tak la muak sangat bila dah banyak sangat makan cheese.. :)


Kak dilla order burger daging. yang ni pun sedap. daging dia tebal... mmg kenyang sampai esok pagi. :D

harga dia RM8.50

total untuk dua2 burger ni, RM20.50.... :)


TQ kepada kak dilla sebab teman saya makan kat sini. mesti telinga berasap kan asyik cakap benda yang sama je... " jom la makan burger bakar.. jom la... ". masuk kali ke 10, mau tak berapi telinga. jadi la telinga bakar. hahaha.


lokasi burger bakar abang burn nilai ni terletak di MMA SANTAI CORNER NILAI. lepas giant nilai, ada roundabout, dia belah kiri. nampak kereta tergantung, ha tu la dia.. gerai abang burn ni betul2 dekat pintu masuk utama. senang je nak cari....


nnt saya nak datang sini lagi. nak try order burger kambing pulak.... nyumssss... hehe..

ok bai :)

Tahi Bintang Jatuh Di Rusia, Lebih 400 Orang Cedera


 

MOSCOW: Serpihan tahi bintang meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera.


Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.
Menteri dalam negeri berkata, lebih 250 orang cedera, tiga daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain.
Kementerian kecemasan berkata, komunikasi mudah alih dihentikan sementara.


“Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan,” kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.
“Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lagi di kawasan itu,” katanya.- mstar

Thursday, February 14, 2013

deep cleansing nose pore strips. buang bintik-bintik hitam di hidung :)


inilah dia.... dulu penah cuba. masa tgh femes. masa tu adalah form 2 atau form 3. pastu tak buat dah. bayangkan berapa tahun hidung ni tersumbat dengan bintik2 hitam dan berminyak ? phew ... sadiss.. 


fungsi pore strips ini adalah untuk : 

menanggalkan kotoran yang tersumbat dalam pori-pori di hidung anda ;) . hidung akan bebas dari bintik-bintik hitam . pore strips ini juga boleh mengecilkan pori-pori di hidung.  inilah serba sedikit info mengenainya.. :)



jangan terkejut dengan tampalan di hidung kami ni. huhu. cuba terkejutkan kawan korg masa dia tgh kusyuk buat something. siap buat bunyi " BBBAAAAA !!!" sambil mata terbeliak. mesti muka dia cuak gila kan ? haha ...

 amaran : jangan buat. saya tak nak kena panggil ke makhamah. hehe..




ada 10 keping dalam satu pek nie. saya beli dua pek sebab watsons buat promosi. beli dua baru RM14.90. kiranya total ada 20 keping la. mulanya saya amik jenama lain. 10 keping, RM10.90. sampai je kat kaunter , cashier gtau.. " adik tak nak beli yang watsons punya ke ? tgh ada promosi". oh ye ke kak ? OK saya nak yang watsons punyer. hehe. jimat cermat membawa berkat. dalam kumpul point lagi.. hihi...


Tu dia.. p/s : jangan muntah. huhu... banyak kan ... tapi kalau warna hitam lagi nampak kot... yg ni banyak... tapi tak nampak sebab latar dia putih...



sekarang hidung saya licin berseri. ( sila muntah hijau ). haha. tak la berseri, cuma licin sikit la dari sebelum nie.. 

anda semua boleh cuba .. pakai seminggu 2x pun ok sgt dah... jangan tarik kuat sangat. hidung yang tercabut nnt kang. hihi...

selama mencuba !

ok bai :)

Wednesday, February 13, 2013

BAMBOO CHARCOAL BODY SHAPER CORSET (SLIMMING SUIT) RM35



 
RM35 / pcs
Sabah / Sarawak tambah RM5 sahaja
 
poslaju RM5 sahaja
 
email saya di : easyslim8783@gmail.com
 
untuk tempahan
  
 

Kini anda mampu miliki bentuk tubuh yang anda idamkan. Tidak perlu berbelanja besar untuk dapatkan bentuk tubuh yang menawan.

Mengapa perlu pilih BAMBOO CHARCOAL BODY SHAPER CORSET?

-Korset ni tiada tulang seperti korset-korset lain. Bila pakai,tidak akan rasa sakit.
 
-Korset ni dalam bentuk one piece. Dimana hanya sekali sarung dan akan membentuk tubuh anda.
 
-Anda tidak perlu risau korset bergulung ke atas dan menekan bahagian payudara. Sangat selesa.
 
- Korset ini tiada cangkuk, tiada zip, tak perlu melilit. Mudah dan cepat pemakaiannya.
 
- Bahagian atas, design adalah bawah cup bra. Jadi tiada masalah untuk ibu yang menyusukan anak. Malah payudara juga akan terbentuk cantik.
 
- Boleh membetulkan postur badan anda.

Terdapat dalam 2 saiz sahaja.

(S - M) dan (L - XL)

Saiz S - M

Pinggul: 84-94cm
Pinggang: 62-72cm
Berat: 40-60kg

Saiz L - XL

Pinggul: 98-105cm
Pinggang: 76-81cm
Berat: 60-80kg


- Pakai korset ini selama 8jam setiap hari selama 2bulan untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
 
- Terdapat lubang besar dibahagian bawah koset ini bagi memudahkan anda membuang air.
 
-Seeloknya sapukan pemanas dahulu, kemudian baru sarungkan korset ini. Pembakaran lemak lebih cepat.
 
- Minum air masak minimum 3liter sehari.
 
P/S : YANG AVAILABLE CUMA SAIZ L-XL SAHAJA BUAT MASA SEKARANG. ADA LG 5PCS.. SIAPA CEPAT, DIA DAPAT, DIA KURUS. EWAH. HEHE... 

ok bai :)

Tuesday, February 12, 2013

OH TIDAK ! MATA SAYA SUDAH BERTAMBAH RABUN :(


Minggu lepas saya sakit mata. Tak tau kenapa jadi macamtu. mata jadi bengkak mcm kena gigit lebah. bila tutup mata, rsa berdenyut2... hati mulalah rasa tak keruan. ye lah, dari bulan lepas asyik sakit mata jer. takut jugak kan... hari tu kat mata putih tu, mcm ada ketumbuhan kecik. saya terus g klinik. ingat nak pegi klinik pakar mata, sekali tutup lagi. so nak tak nak terpaksalah pegi klinik biasa jer. masuk dalam bilik doktor, dup dap dup dap jantungku berirama. doktor tanya sakit apa ?? saya jawab sakit mata. mcm ada ketumbuhan kecik warna kuning. doktor amik lampu suluh kecik, dan check mata saya. doktor amik masa 2 , 3 minit jugak la nak pastikan apa sebenarnya yang berlaku.. akhirnya doktor bukak mulut.. dia kata xde apa2 yang serius. cuma jangkitan kuman. pheww LEGA. keluar klinik dengan muka gembira. doktor bagi ubat tahan gatal, dengan ubat titik. dalam 3 hari je da surut .



cerita tu dah habis, masuk pulak episod baru.. kali ni mata pulak bengkak. mcm yang saya kata td tu... nak kata mengendap org mandi xde la pulak. cuma mandikan kucing je la.. huhu... bila da bengkak tu, mcm biasalah kan.. cuak gila di buatnya... ingat nak pegi klinik, tapi tak jadi. saya cuba letak ubat titik yg doktor bagi aritu. alhamdulillah dalam seminggu, surut dah bengkak. saya rasa myb sebab jangkitan kuman jugak... dalam masa yang sama, saya rasa mata saya ni da bertambah rabun. bila pakai spek mata, still kabur. so saya amik keputusan untuk check power mata saya kat kedai cermin mata. seperti yang di jangka, power rabun saya naik 100 untuk setiap mata... mata kiri - 525, mata kanan - 550. padan la saya still rabun even da pakai spek. saya amik keputusan untuk tukar cermin je... sebelum tu staff kedai ni bg cadangan cermin mana yang sesuai untuk saya. ada ke dia cadangkan yg harga rm380 ?? peh peh pehhh. mahaiii... saya kata kat dia, saya nak cermin yg mcm saya pakai sekarang. "sambil tunjuk kat cermin mata saya". cina tu kata.. hhaaaa ok2 boleh ma... yg ni cuma rm120 sahaja. bole pun bg hrga mcmtu. tp biasalah org nak meniaga, mestila bgtau yg mahal dulu.. hehe...


di sebabkan lps ni cuti raya cina, so kedai ttup seminggu.. jadinya hari rabu atau khamis baru boleh siap.. takpe lah, janji siap. :)

panjang kan membebel padahal nak bgtau power rabun dah naik 100 jer. mukadimah dia tu mcm nak g johor tapi lalu sabah dulu, pastu singgah kemaman, pastu baru g johor. HAHA.

ok bai :)

Shila Amzah kena tutup mulut isu hilang seminggu

GEORGE TOWN – Dilema cinta yang dihadapi penyanyi, Shila Amzah dengan kekasihnya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad (gambar kecil) terus menimbulkan tanda-tanya apabila dia dihalang daripada memberikan kenyataan serta dikawal ketat oleh beberapa orang pengawal keselamatan.
Selepas selesai membuat persembahan pada Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) di Kolej Han Chiang di sini semalam, Shila terus dihalang daripada memberi penjelasan kepada wartawan Kosmo! mengenai punca dia dilaporkan hilang selama seminggu baru-baru ini.


Bapanya yang juga pelakon, ND Lala bersama beberapa orang pengawal keselamatan bertindak menyekat juara Asian Wave 2012 di China itu yang popular dengan lagu Patah Seribu daripada memberikan kenyataan.
Sebaliknya, ND Lala berkata, dia akan memanggil sidang akhbar tidak lama lagi bagi memberi penjelasan dan mengelak kekeliruan mengenai isu tersebut.


ND Lala turut ditanya mengenai berita penemuan anak sulungnya itu yang ditemui semula dalam keadaan selamat di Kemaman, Terengganu pada Sabtu lalu.
“Syukur Alhamdulillah... saya akan perbaiki apa yang berlaku,” jelasnya.


Sebelum itu, kemunculan Shila yang mengenakan blaus labuh berwarna hitam dan jaket peach pada majlis tersebut memukau perhatian kira-kira 80,000 pengunjung yang turut bersorak gembira.


Program itu yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menampilkan persembahan bintang rap Korea Selatan, Psy yang menyampaikan lagu popularnya, Oppa Gangnam Style.


Shila yang muncul ke atas pentas kira-kira pukul 11.15 pagi telah membawa empat buah lagu termasuk Patah Seribu, Set Fire To The Rain dan dua lagu Mandarin iaitu Zheng Fu dan Forever Love.


Kosmo! semalam melaporkan Shila menerusi laman Twitternya menafikan dia cuba melarikan diri ekoran kemelut cinta yang mengaitkan dengan Sharnaaz.
Sebaliknya, Shila menjelaskan dia hanya ingin mencari ketenangan.


Berikutan berita kehilangannya, ND Lala telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada Sabtu lalu - kosmo !

Sunday, February 10, 2013

FELINNA INCHLOSS LOTION RM65 PERCUMA POSLAJU


1 botol RM 65
FREE POSLAJU

2 botol RM 120
 FREE POSLAJU

3 botol RM 180 FREE POSLAJU dan BEGITU LAH SETERUSNYA :)
 
PRODUK ADALAH 100% ORIGINAL
 
180ML

SABAH SARAWAK HANYA TAMBAH RM5 DARI HARGA DI ATAS. TERIMA KASIH

BOLEH EMAIL SAYA DI 

easyslim8783@gmail.com 

untuk tempahan....
 
TQ ;D
 
OK BAI...
 

Friday, February 8, 2013

MERIAHUOLL. TUDUNG TUTORIAL :)

tudung dulu2


orang semua cakap blog kak senduk ni asyik nak maki orang je...so sempena nak ramadhan ni akak nak cerita skit pasal tudung.

kita membesar dikelilingi oleh pelbagai jenis tudung...so ini adalah fesyen2 tudung yang akak pernah tengok sepanjang hidup akak...

cara pakai tudung ni mudah je...anak tudung..belasah je anak tudung apa...pin bawah dagu..kelepet tepi..amik cincin masuk ujung tudung tarik...siap..selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni....



tudung ni pulak mmg biase...makcik2 nak pi sebeleh umah ..kuar2 jalan2..tudung bawal katanya...ujung tudung selempang kiri dan kanan..siap...pantas....



ade satu masa tudung corak2 cam ni mmg populer...ape lagi amik tudung ikat ke ..ala2 mudah dan cepat...so makcik2...paling sesuai ketika hendak kepasar dan mengumpat dengan jiran sebelah...



ha macam ni pun ade..anak tudung ko terkeluar...kadang tu sampai tutup kening....ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya....ni yang menekankan penutupan aurat ni...



tudung mmg populer tahun 80an..tudung cikgu bedah katanya...ikat belakang...jalannnn...lalalala



bila dah masuk2 tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya...ikat..gulung2 kat kepala..nahhh sepit tepi muka..siap...wardina x muka akak?...




bila wardina punya tudung populer...ade lagi tudung baru..tudung binda katanya...nak jugakkk.... kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka...chantek sangat aku....



then kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah..ko sarung je..siap...mudah cepat....macam2 kaler ade...pelangi..tompok2..ko cakap je...(dah macam jep sepah dah akak)



di gabungkan pulak dengan tudung lain..nampak kelainnan katanya...variasi katanya...yer kerr...



ni tudung ala2 mak datin...bagi nampak rambut...ala2 kelas tanya..bagi nampak remos....jambul...ko mampu?



pernah nampak orang pakai tudung cam ni?...ni ala2 fesyen penjual kain orang kampuchia...meniaga katanya ..panas...bagi nampak telinga..senang nak tawar menawar harga kain...bagi jelas dengor...

so wardina dah ade tudung...binda dah ade...so akak nak jugak...akak namakan tudung senduk...




langkah 1: amik tudung bace cerah..cream..warna light2..pakai cam biase...tudung bawal lagi bagus...



langkah 2: ikat kebelakang ujung tudung tu..jerut leher hingga muka bertukar menjadi biru...



langkah 3: amik tudung lain corak2...bendera juga boleh yer...



langkah 4: amik tudung warna tadi...letakkan di bawah dagu....ala2 nak gantung diri gitew





langkah 5: ikat mati di atas kepala..pastikan ketat...pastikan nak bukak mulut pun susah yer....



langkah 6: ikat reben..pastikan kemas...

tadaaaaaa...siap.......chantek kan...



nak cantek lagi letak keronsang..penambang gaya...dah siap tudung senduk....gaya ni mmg sesuai di pakai ketika majlis berjumpe bakal mertua...melawat saudara di hospital tampoi...



kalau nak cantek lagi..gunakan anak tudung putih dan tudung puteh sebagai warna asas....untuk aksesori..amik sedikit kapas sumbatkan ke dalam dua belah lubang hidung...

gaya ini sesuai untuk menghadiri majlis tahlil arwah dan majlis pengebumian...

sekian terima kasih


selamat mencuba...

tudung2 berikut di sponcer oleh Cik Shaz..tudung2 berikut boleh didapati di dalam drama 12 episod bertajuk Siti Mariam di astro chanel 114 tv Al-Hijrah.
P/S : akak senduk.. saya suka baca blog akak. tapi entri ni mmg buat saya gelak sampai nangis guling2 360 darjah ! tq sebab telah menceriakan hari saya..
meh nak promote blog akak senduk supaya kami di kaunter tak stress. hehe.
meriahuoll.blogspot.com
ok bai :)