Wednesday, February 11, 2015

Cuti bergaji bapa jaga bayi di Britain


LONDON – Britain merancang melaksanakan inisiatif cuti bergaji kepada golongan bapa bagi membolehkan mereka membantu isteri masing-masing menjaga anak yang baharu lahir. 
 
 
Rancangan bernilai £150 juta (RM812 juta) oleh kerajaan Parti Buruh itu bakal menawarkan bayaran elaun £260 (RM1,408) seminggu supaya lelaki yang bekerja mampu mengambil cuti tidak bergaji dengan majikan mereka untuk menjaga anak.


Pemimpin Parti Buruh, Ed Miliband yang mengumumkan rancangan tersebut menjangkakan pendekatan itu dapat membantu sekitar 400,000 bapa setiap tahun di bawah pengurusan beberapa polisi mesra keluarga kerajaan.
“Keluarga moden di Britain memerlukan kerajaan yang lebih fleksibel dalam bentuk bantuan yang disalurkan. Ibu bapa bekerja sepanjang hari dalam suasana tertekan menyebabkan mereka semakin sukar untuk mengimbangi antara kerja dan penjagaan anak.


“Kami percaya Britain akan berjaya apabila mempunyai keluarga moden yang berjaya. Ini bermakna memberikan golongan bapa dan juga ibu peluang menghabiskan lebih banyak masa di rumah pada minggu-minggu paling penting selepas kelahiran bayi mereka,” katanya.
Miliband yang mempunyai dua anak lelaki berpendapat, semakin ramai bapa mahu memainkan peranan lebih besar dalam membesarkan anak-anak mereka tetapi kecewa dengan undang-undang lapuk dan isu kelayakan seperti cuti isteri bersalin.


Pada masa kini, hanya 55 peratus golongan bapa mengambil skim elaun cuti yang cuma dibayar elaun £138.18 (RM748) seminggu tetapi bilangan itu dijangka meningkat kepada 70 peratus apabila kadar elaun baharu tersebut menghampiri tahap gaji minimum di Britain.


Ketua Pengarah Dewan Peniagaan Britain, John Longworth bagaimanapun menyifatkan rancangan kerajaan itu umpama satu bentuk ‘cukai’ baharu dan membebankan sektor perniagaan di negara ini selain mengurangkan produktiviti serta bakal menjejaskan peluang pekerjaan. – Agensi - kosmo!

p/s : kalau kat sini ada mcmni.. mesti best kan ?? dapat ringankan kerja para ibu di luar sana. :)

Monday, February 2, 2015

Dubu Dubu Urban Korean Food @ ioi mall putrajaya


Selfie sebelum order.. nak amik pic tulisan belakang tu penuh tapi tak dapat pulak. sebab muka saya lebar sgt kot. eh. huhu..


kami amik menu ni.. senang.. untuk 2 orang makan. siap dapat air free dan desserts.. berbaloi amik yg ni...


memandangkan kami nak order air lain dr dlm set, so kami kena la bayar extra sikit..  tp xpe, sebab makan tu dah jimat  kan.. sbb order set..


TARAAA... ni la makanan kami... banyak jugak kan kami dapat... cukup untuk 2 org makan..



dah lupa nama menu ni.. tp serius SEDAP !! tolonglah order ni kalau makan kat sini k.. huhu..


ayam ni pun marbeles.. manis2 pedas.. nyum2...


dessert yg menyegarkan anak tekak..





my bff ! lama tak ngedate... :)


cantik dekorasi kedai ni...



harga utk 2 orang makan.. kira ok la kan sebab banyak dapat makan... sedap pun sedap... nnt saya nak makan sini lagi... ela la ni ajar saya makan makanan korea... rasanya dalam tahun 2010 first time sy try masakan korea. masa makan kimchi tu rasa lain mcm sikit sebab rasa macam jeruk. tp lama2 dah bole terima rasa dia..

masa ni kami jalan2 je kat ioi mall putrajaya. kami dtg sini untuk cuba makanan jer... bayangkan 4 restoren kami terjah dalam masa 4 jam. haha. dah mcm rancangan jalan2 cari pasal plak. eh cari makan. dengan makan dip n dip lagi.. fuhh mmg kenyang perut den ! pastu mengeluh badan dah naik. acaner tuuu.. hahaha... besar jugak ioi mall ni.. senak perut jalan jauh. kira terhadam jugak la makanan kami tu kan. :p

bella kena balik awal sebab mak dia ada lawan badminton... dia nak jadi pom pom girl. hihi... dalam pukul 7 kami dah gerak balik.. dekat je.. sebelum pukul 8 dah sampai umah.. laju gak bella bawak. :D

nnt saya update makan dip n dip pulak eh. makan je la keje kau yang. hahaha. 

ok bai................... :)