Thursday, January 27, 2011

FOLLOWER KE - 100 dapat hadiah! =)

http://dnyrayban.blogspot.com/

Intan Farhana Bokhari

Follower ke 100 dapat hadiah! ye betul2 ni bukan cobaan.. hehe.. ok ini dia pemenang untuk entri kali ini. nak pantun sket. Intan Farhana Bokhari nama di beri, pemenang untuk entri kali ini. Pantun dua kerat. haha. Ini blog Si cantik manis ini : http://tentangsidy.blogspot.com/. =)

Hadiah akan di hantar ke dalam rumah. Atau lebih tepat, di depan pintu rumah. ;p
Hadiah tak la mahal mana tapi yang penting ikhlas dari lubuk hati ku ini. wah! Mana tau lepas ni murah rezeki i, bagi hadiah iphone4 pulak ke.. (banyak duit ko yang?) haha. Cepat2, aminkan..=)

Apa pun tahniah sekali lagi di ucapkan...

Saya sayang follower saya. Terima kasih kepada semua cuz memollow i. Sayang u all sangat2 & ketat2. =)

Boleh lawati juga http://dnyrayban.blogspot.com/. Ada banyak lagi cermin mata yang masih tak sempat untuk di update. TQ. muahhh2!!!

p/s : farhana. check ur email k? tq =)

Saturday, January 15, 2011

tolong ingatkan aku


kan i dah cakap. ada iras u. =)

bila la nak pandai main gitar macam dia ni. jeles. huhu

hot hot heat

tolong ingatkan aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Ana Raffali atau nama sebenar, Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali adalah seorang pemuzik berdarah melayu sepenuhnya. Beliau berkemahiran dalam nyanyian, membuat lagu dan bermain gitar. Album pertamanya adalah "Ketika Aku Kecil" yang telah di pasarkan pada April 2010. Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Bahasa Inggeris. Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan . Walaupun ada pelat-pelat di situ tp ok jugak lah kan sebab dia dah menang AJL. Anugerah yang berprestij. Semua hadiah dia bolot sebab dia yang cipta lagu, dia yang buat lirik & dia yang nyanyi. Makcik kayooo... =)

single beliau :

hujan bunga di kuala lumpur (2009)
tolong ingatkan aku (2010)
kalau berpacaran (2010)
duet bersama Soohaimi Meor Hassan & menampilkan Altimet



Gol Keeper Pujaan Ramai


cam pelakon jepun pun ada jugak







Kenapa dia ni? kenapa? ok bukan sebab minat kat dia, (muka confident) tp sebab kecekapan dia menjaga gol pasukan Malaysia sampai Malaysia boleh menang pada game yang besar2 macam game Piala AFF Suzuki Cawan. Ataupun cup B. Eh cup aje. Khairul Fahmi Che Mat ni lahir pd 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan. Dia ni keeper Malaysia. Pada masa skrg ni bermain untuk Kelantan FA di Malaysia Super League dan pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia.

Pada tahun 2010, dia telah berjaya jd gol keeper yg bagus sbb Kelantan dpt memenangi Piala Malaysia. Ye lah kalau dia tak bagus mesti pasukan lawan dah dpt tembus gawang yang dia jaga. betul tak? Dia juga meraih The Best Young Player dan Keeper Terbaik anugerah di Anugerah Bola Sepak 2010 Kebangsaan 100PLUS-FAM.

Penampilan pertama bagi Khairul untuk Malaysia adalah untuk game di bawah umur-23 tahun di Asian Games 2010.

Pada bulan November 2010, Khairul mewakili Malaysia ke pasukan kebangsaan oleh jurulatih Malaysia K. Rajagopal untuk Piala AFF Suzuki 2010. Khairul menyimpan cleansheet melawan Thailand pada seri 0-0. Khairul juga menyimpan cleansheet melawan Vietnam dua kali di semifinal.

Di game pertama final, Khairul bermain dengan baik terhadap Indonesia. Pertandingan berakhir kemenangan 3-0 ke Malaysia. Pada game kedua final diadakan di Indonesia,. Khairul memberikan prestasi yang sangat bagus. Terbukti menjadi momen penting dalam pertandingan di mana Malaysia menjaringkan gol di tempat lawan. Malaysia menang 4-2 agregat dan memenangi Piala AFF Suzuki Cup untuk pertama kalinya. Malaysia bolehhh!!

Wednesday, January 5, 2011

i-city

suka sangat peluk tiang. rasa di sayangi. haha

cantik sangat. lampu dia warna warni

susah sangat nak menang. ish ish ish...


lagi permandangan yang indah

damia demam. bad mood je dia

wah suka ek posing kat pokok... huhu..

nice view right?? ;)

Indahnya permandangan dengan lampu2 yang cantik. Walaupun pada mulanya hujan turun dengan lebatnya, tapi tetap teruskan jugak perjalanan. Bawak xboleh laju2. Abah pun bawak slow jer. Dalam kete dorg pasang sinar FM. Hmm layann..... ada lagu saloma. Best jugak. Tak penah dgr. Tajuk pulak tak tau. Kita layan lagu 60-an pulak yer.. hihi. Sampai je ujan da benti. Tersenyum jap sorg2 membayangkan nak tgk lampu. Eh excited pulak ye. Ye la. Tgk gambar korg je kat facebook. Nak jugak kan amik gambar kat lampu2. hehehe. Masuk kena bayar RM10 untuk 1 kereta. Dulu RM5 je. bayangkan 1 hari ada 2o kereta, dah RM2000. Di kali kan dengan 30 hari?? jadi lah RM60,000. wah!!! Kaya makcik! haha. Nanti nak bukak bisnes parking kete. masyukkk... Ok stop belajar matematik ye. Sambung balik yang td. Ala... yang td kita cite tu.. ha, kita sambung balik. ;)

Sejuk sangat malam tu. Sebab baru lepas ujan kan. Sib baik pakai jacket. Kalau tak menggigil jugak malam tu. Bila nampak je lampu, rasa nak lari pegi kat lampu dan jerit, "aku cinta kauuu". hahaha. Gila. My angah bawak pulak camera kesayangan dia. Terus la bergaya yo yo o.. Tp kan, mak pulak yang suka bergambar malam tu. hehe.. Ni baru sket kalau tak, banyak gaya lagi yg akan di sajikan. Suka tgk lampu eh mak. =) Sempat singgah kedai lampu NEON. Bli lampu minnie mouse warna pink. Damia tak nak pakai, so i la yang pakai bagi pihak. haha. Comel la pulak lampu ni... kan... Rasa nak bli 1. nak pakai masa jalan2 kat KL. gempak kan. huhu. Lepas dah puas bergambar, singgah la minum kat apple blue cafe. Order air tiramisu. Memang nyum2. lepas dekat sejam ktorg pun gerak balik. Dgr balik lagu sinar FM. hahaha... ;p











Tuesday, January 4, 2011

RayBan

 Model RayBan tak berbayar dan ada ke org nak bayar? Ini persoalannya. haha.
putih. tunggu aku. aku nak beli engkau lepas nih.



antara koleksi rayban orang lain.


pink. comel sangat.

hitam. feveret.

Comel kan Rayban. Nanti kalau ada anak nak bagi nama Mohd Rayban Bin ...... sila isi tempat kosong. Hari tu nampak kat tv ada artis ni pakai pastu cakap dalam hati. cantiknya cermin mata ni. Nampak lain dari yang lain. Nak rembat satu lah macamni. Ni ada sedikit info jenama Rayban ni. Rayban di cipta pada tahun 1937 oleh Bausch & Lomb. Pada tahun 1999 bausch & Lomb telah di jual kepada Kumpulan Luxottica Italy dengan harga 640 juta. Pada 7 Mei 1937, bausch & Lomb telah mengeluarkan 4 jenis cermin mata yang di kenali dengan anti silau. Memiliki frame sangat ringan iaitu dengan berat 150g sahaja. Ia di buat dengan logam berlapis emas dengan kanta hijau yang di perbuat dari kaca minerel untuk menapis sinar infamerah & ultraungu. Menarik kan? Sape-sape yang silau tu, bolehla pakai. Tapi jangan la pakai waktu malam. Nanti terus tak nampak apa-apa langsung. ye, saya pernah cuba. haha. Harga yang paling murah setakat ni RM10 sahaja. Kalau yang mahal pulak yang ori la. Tak nak tengok harga sebab tau mesti mahal. tapi tahan lama. =)
Jom kita sama2 shopping rayban!


KAK LINDA BERTUNANG =)

 3 gadis pingitan

 aksi bebas

 Apit yang memerlukan bantuan khas dari Ell & Kak Linda bakal pengantin
Arrgghh... Jangan la amik gambar kita yang. Jatuh saham nanti. hihi.

 Katy yang tetiba jadi pemalu. Ko tetiba je jd pemalu kan Katy kan??? haha.

 Eleh-eleh Apit tetiba jadi tinggi ni nape ea? Pelik sekejap.

 Uhh.. pinjam tongkat jap Apit. Bila toleh belakang Apit tergolek. Cuba bayangkan. =)

New Year, 1-1-11. Bertunang. So sweet. Kak Linda sib baik ktorg tak jadi pegi Penang. Kalau tak, tak dapat lah ktorg datang ke majlis anda. huhu. Walaupun agak letih, tapi me, Ell, apit & Katy tetap sampai juga. Walaupun i dgn Ell pakai baju macam nak pegi tgk konsert, tetap datang jugak. Tak sempat nak tukar baju. Ni kalau mak tau ni datang kenduri pakai macam ni, habis telinga bernanah kena bebel. Korg jangan bagi tau yek. Nah 3 ringgit. hehe. Makanan memang sedap-sedap tapi memandangkan perut yang dah nak pecah, sbb baru pas makan, terpaksa makan kuih dengan pisang jer. Cantik Kak Linda. tak ni bukan puji ada makna. Ni ikhlas. =)Tema hitam putih. Menarik. Masa i nanti nak warna Lite Pink & Purple. Bila? Entah lah. =p
Kepada Apit, semoga cepat sembuh. Jangan ngada-ngada nak pakai short pant pegi kenduri ok. Sepit jari kat pintu baru tau. Kepada Kak Linda, Congrats.. =))

NEW YEAR DALAM KERETA

 sesi bergambar =)

permandanga kuala lumpur dari bukit ampang

 apabila kami menjadi kaki buli. ini lah jadinya. hehe.

 syoknya onion rings. sedap. sedap.

lari hutan lari

 with my bestfren. kami suka makan. tp i sorg yang gemuk. haha.


New Year. tahun baru. azam baru. suami baru. eh salah. bila tahun baru je sume akan excited. sebab apa? sebab masa ni lah KL malam2 jammed jalan tutup, umur makin meningkat. haha. tak la. sebab, dah masuk tahun baru. Bila tahun baru, azam pun baru. Nak jadi manusia yang lebih berjaya. Nak kumpul duit banyak-banyak nak bagi kat mak. wah baiknya.. hehe. Nak kurus. ha yang ni i suka. sebab i sendiri dah 3 tahun azam nak kurus. Tapi badan mantain macamni je dah 3 tahun. Konon nak kurus sampai 45kg. Tapi memandangkan hobi i ni makan, so lupakan lah azam tu ye... So, azam tahun baru ni tak ada. TAK ADA. Kalau ada azam pun mula-mula je semangat. Lepas tu takde dah. Hampeh aje. hihi.. Jadinya, tahun ni i bagi tema. tema dia "KITA REDAH AJE". Ha.. ni lah tema tahun ni. Tema ye, bukan azam. haha. Apa yang akan jadi tahun ni biarlah tuhan yang menentukanNYA.Ok berbalik pada gambar-gambar dan tajuk di atas. New Year dalam kereta. Bunyi nya tak best tapi inilah yang jadi. keluar dari Sunway Pyramid pukul 10 malam. Nak naik Bukit Ampang Look Out. Dari bawah sampai lah atas, jalan jammed. Jammed teruk! Akhirnya tepat pukul 12 tengah malam, HAPPY NEW YEAR!!! kebabow-kebabow bunyi bunga api. Tengok dari dalam kereta. HAHA.. Tapi kan tetap sweet moment tau. Dapat sambut dengan my bestfren, & my lovely cuzen. I LOVE U ALL tahu... =) Anyway, HAPPY NEW YEAR untuk semua. Apa TEMA korang yer tahun ni?? ;p





Monday, January 3, 2011

APPLE i-Pad





i Pad ni adalah sebuah computer tablet yang di reka dan di bangunkan oleh Apple. Ipad di pasarkan sebagai platform untuk media audio dan visual seperti buku, majalah, filem, game, muzik, internet dan sebagainya. I-pad ni di pasarkan pada bulan april 2010 dan berjaya di jual sebanyak 3 juta dalam masa 80 hari. hebat kan??

harga terbaru untuk iPad adalah seperti yang di nyatakan :-

i Pad with WiFi

16GB RM1549.00
32GB RM1849.00
64GB RM2149.00

i Pad witg 3G & WiFi

16GB RM1999.00
32GB RM2299.00
64GB RM2599.00
tinggi : 9.56inci
lebar : 7.47inci
berat : 0.68Kg ( ringan giler kan?)
lepas ni tak payah bawak laptop lagi. boleh bawak iPad ni jer. terasa macam bawak buku jer. kan?. Bleh masukkan dalam handbag .kalau yang lelaki boleh letak kat porch bag depan. tp pastikan porch bag tu besar mcm beg galas. hehe. tak... bukan "porch bag" yang 1 pack tu.. tau tak apa? perut yang bo.. roi... haha... macam tak kelakar je? ok tak lawak yang. jangan nak suka sangat yang. huhu. =)
Lagi 1, kalau pakai i-Pad pegi online, org akan kata, "fuyooo dia pakai iPad." pastu korg wat cam tak dgr, padahal dengar sebenarnya. Hidung pun dah kembang kempis. (muka bangga) hehe..