Saturday, January 28, 2012

JAMU ~

Short update mengenai jamu yg saya jual tu..
Dealer bgtau hari ni, sabtu baru pos sbb stok baru ada. Jadi, esok hari ahad, poslaju tutup. Maknanya hari isnin baru sampai. Tp masa ni offday saya. Jadi hari rabu baru bawak ke office.bagi yang sabar menunggu tu, thanks di ucapkan. Saya tau sume dah tak sabar nak kurus. Hehehe... Kepada kak dila yg dah turun 12kg tu belanja la saya makan. pastu arus dah 10kg, fitri 8kg dan tik 4kg. semua yang dah turun nie, tahniah d ucapkan !! teruskan usaha lg k !! ok bai ;)

Wednesday, January 25, 2012

AirAsia disaman kerana tambang



SEBUAH pesawat Airbus A330 AirAsia X dalam penerbangan. Kempen tambang murah syarikat itu di Internet mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mendakwa ia bukan kadar sebenar.

SYDNEY - AirAsia semalam menerima tamparan menerusi satu tuntutan undang-undang daripada pihak berkuasa peraturan Australia yang mendakwa syarikat penerbangan bajet itu gagal mendedahkan harga penuh tambang penerbangan di laman webnya.

Syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia itu yang menyediakan penerbangan antarabangsa keluar dari Australia menerusi Gold Coast, Melbourne dan Perth dinamakan dalam dokumen yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan Australia di Melbourne.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) yang merupakan badan pemantau pengguna di negara berkenaan mendakwa, tindakan undang-undang itu difailkan minggu lalu berikutan tambang yang tertera di laman web AirAsia membabitkan beberapa laluan tidak memaparkan harga selepas cukai, duti, yuran dan lain-lain caj.

"Perniagaan yang memilih untuk mengiklan hanya sebahagian harga untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu mestilah juga menetapkan kadar harga penuh," tegas agensi berkenaan dalam satu kenyataan media semalam.- kosmo!

Thursday, January 19, 2012

RAMBUT "M" LISA SURIHANI & HARI BERPEAH GOSSIP


mereka datang ke rumah saya !! ye mmg semangat sebab rindu pada mereka2 ini.... ;) lama dah tak jumpa =(
sangat2 rinduuuu..... psttt : rambut saya bentuk M. macam LISA SURIHANI. kenapa ramai2 org LISA jugak yang ko nak amik ? sebab dia comell dengan rambut M. tapi saya TAK. hahaha....

YaAllah terbeliak mata kooo... hahah~~... lokasi gambar ni di amik adalah di... DAPUR... mcm xde tempat lain bukan ?? :) masa ni lepas dah gossip2 kat dapur, agak2 jiran dengar tak ?? huhu... tak apa jiran saya india. mungkin dia tak amik pot apa yang kami joyahkan...



Sambil makan kinder bueno dan minum air KOPI, kami teruskan perbualan... kejap2 gelak.. kejap2 gelak... mcm tersampuk syaiton aje. haha... mak dengan abah kat depan tgh tgk MONEY DROP. msti dorg tensen kami gelak2 kat dapur... ataupun telinga mereka dah kalis bunyi sebab kami ber3 kalau berjumpa, mmg HAVOC sikit. bukan sikit, tapi banyak... ;)


walaupun kejap je dapat jumpa, ttp terubat jugak rindu.... nnt datang lagi, ayang masakkan spagetti ok.... k bai :)

ROSLIN HASHIM KAWIN KALI KE - 3 PADA DISEMBER LALU.


KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim mengesahkan semalam bahawa dia telah berkahwin buat kali ketiga pada Disember tahun lalu.

Namun, ketika ditanya siapa suri hidup baharunya itu, Roslin enggan mendedahkannya.

Roslin, 36, membuat pengakuan tersebut semasa menjawab pertanyaan wartawan selepas selesai prosiding secara tertutup perbicaraan kes tuntutan ganti rugi perkahwinan yang dikemukakan terhadap bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad, 35, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

“Saya telah berkahwin buat kali ketiga pada tahun lalu,” kata beliau ringkas selain enggan mengulas identiti pasangan hidupnya itu dengan alasan menghormati keluarga isteri.

Roslin bernikah kali pertama dengan Faizah pada 30 Januari 2009. Pasangan itu kemudian disahkan bercerai pada 12 Mei 2009 oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Penceraian itu dilakukan menerusi talak yang jatuh dalam kategori bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal).

Roslin menceraikan Faizah selepas 12 hari mereka bernikah.

Roslin dalam prosiding pengesahan perceraiannya turut bersumpah bahawa tiada hubungan kelamin dengan Faizah dalam tempoh 12 hari pernikahan mereka.

Perkahwinan keduanya dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Nurhayati Othman, 38, pada 9 Julai 2010.

Namun Roslin kemudian menceraikan Nurhayati 28 hari selepas pernikahan.- KOSMO!

Wednesday, January 18, 2012

CONTRABAND @ THE MINES :)

Pegi mines shopping barangan kanak-kanak.. i tau, u mmg dah lama impikan mainan ni kan ?? i saje tak bg u beli dulu.... sekarang baru i bg u beli... i kesian dengan u... hahahaha... !!! ok ni sebenarnya mainan budak2 yang mak Kak Dilla jaga... saje Kak dilla belikn sorg satu, nnt kang berebut pulak sape2 yang tak dapat tu.. tak pasal2 rambut kena tarik dengan budak2 ni kanggg.. hehe... yang kanan sekali tu, kalau kita baling kat lantai, dia akan penyek.. mcm muntah pun ye jugak.. pastu dalam 3 saat benda ni akan ke bentuk asal balik.. pssttt.. nak satu boleh tak ?? :)









Lama dah tak hang out sesama kan ?? pasni org tu dah masuk office hour, susah la nak kua lagi... so mcm u kata, ni last keluar.. pasni dah susah... ye ke ??? mesti jawapan dia tak.. sebab kan u cuti sabtu ahad... hehehe... lagipun sebulan lebih je kan ?? jangan setahun sudahhh.... huhu ~~



masa ni nak ke sunway, tapi SESAT. sebab ada lencongan pastu TUP2......... sampai kat MINES.. haha sangat kelakar.. gelak la sikit korg... hehe... Apa2 lah janji dapat makan PIZZA BARU yang sedap tu... org tu nak sangat makan pizza ni.. setelah tengok iklan kat dalam paper. ok la kita makan nie k... jangan nak order banyak2 sebab nnt tak habis ! so kami order basic je.. yang set untuk 2 orang.dalam rm35 untuk 1 set.. kira ok la kan ? kenyang pun kenyang.... perut pun dah maju ke depan...



kat depan pizza hut ni ada kedai cermin mata... satu rm15 je... apa lagi, saya beli la dua.. dapat harga rm25... tu ada gambar kat atas tuh... dua2 kaler hitam... sebab kaler yang lain dah ada... jadi amik kaler hitam... hitam, gaya, mutu, samy... wahhh.... haha....



oh ya... lupa plak sebelum makan, kami tengok wayang... selama ni just jalan2 je... kami tengok cerita CONTRABAND.. serius.. cerita ni best... penuh debaran... rugi kalau tak tengok.. lepas ni kena tengok tau... berpeluh2 tangan saya tengok sebab nebes. haha... cerita ni pasal abang ipar nak selamatkan adik ipar yang tersepit sebab simpan dadah. pastu family dia pulak yang jadi taruhan. so dia kena fight habis habisan untuk selamatkan family dia dari penjahat durjana. ni sikit je bagitau, kalau bagitau semua, nnt tak thrill la... huhu... ermm.. lepas ni ada lagi yang akan di update. sebab mood cuti tgh datang... so tak ada stress2 keje.. update blog pun dengan rasa yang sangat happy.. huuuuuuu~~ ok bai ;)

Saturday, January 14, 2012

PIZZA BARU, LUKIS MELUKIS & DAMIA :)

Ini adalah keadaan kampung saya. Ada pokok, ada rumah, ada matahari, dan yang penting, ada burung gagak kat atas pokok tu. ini selalunya imaginasi budak2 umur 4 tahun. tapi saya yg dah berumur 25tahun ni ada imaginasi mcmni. haha. teringat masa tadika dulu, suka sangat melukis. lepas tu cikgu pun puji. cantiknya... padahal dalam hati cikgu tu "buruk gila. nak muntah aku tgk". hahaha....

"mak, lukiskan Mia angry bird". dalam hati saya " hah camne ye rupa angry bird?". tetiba hilang fokus. ahh belasah aje lah. janji ada rupa. sekali bila dah siap lukis, saya gelak sakan. rupanya baru perasan, ni bukannya angry bird. ni angry AYAM. hahahahaha... sorry la Damia.. tak reti lukis burung. pandai lukis ayam je :)

Sukanye damia bila saya lukiskan dia angry AYAM! hehehe ~~

Sebelum aksi lukis melukis, sempat makan pizza dulu... angah belanja.. terima kasih abangku.... makan pizza yang ada udang tu. lepas tu ada ayam... ni baru la ayam... bukan burung.. hihihi...

Susah sangat dia nak makan nasik. dia suka makan mcm keropok, nugget.. kalau nasik mmg bukan kegemaran dia... huhu... tapi kali ni mummy dia paksa jugak dia makan... so kena puji2 sket.. mcm... "pandainya damia makan"... kalau ckp mcmtu barula dia berselera sket nak makan. mcm tu pulak... hehe...

hadiah pemberian dari kak ija... TQ.. sangat cute :)

Masa ni balik je dari keje, main2 dengan dia kejap. pastu dia nampak kamera saya... dia ni pun suka bergambar taw. ni baru sket. siap amik gambar sendiri part yang paling best tue... ok apa pun muncung saya mmg kalah la... :)

pizza baru... my fav.. UDANG !! ~~ must try :)

p/s : balik keje je dari lemau terus segar bila nampak budak kecik nie. keletah dia, mmg xleh tahan nak gelak. mcm2 yang dia tanya. susah pulak tu nak jawab. haha... kejap je damia balik, pg esoknya dah balik.. nanti dtg lagi yer. ok bai :)

FACEBED - SANGAT KREATIF ! :)












Konsep katil facebook hasil rekaan Tomislav Zvonaric. FACEBED ! ;)


p/s : macam kecik sangat aje. muat ke nak tido nie ?? hehe :)

- blog serius-

Wednesday, January 11, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO U DATUK SITI NURHALIZA :)





"Salam semuanya!!ct sekarang berada di Dubai..kagum dgn pembangunan yg pesat dan teratur...best! "


bestnya Datuk Siti sambut bday di Dubai... Tahun ni saya nak sambut bday di ?? Belum terfikir lagi.. (ikut gaya Abon masa MLM Mega Final tu) haha.. Hari ni, genap umur Datuk Siti 33 tahun. :)

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari jadi Datuk. Semoga di murahkan rezeki LAGI dan di panjangkan umur. Pasal anak tu, biarlah ALLAH yang tentukan bila rezeki anak tu akan sampai. InsyaALLAH, tak lama lagi tu.. AMIN :)

Dato' Seri Samy Vellu. :)


AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.

Tuesday, January 10, 2012

SUPERSTAR KARAOKE ALAMANDA & KENNY ROGERS

Snap-snap dalam kereta baru Apit... huuu... masuk kereta je, dah bau kedai.. maknanya bau benda baru. menusuk2 ke dalam lubang hidung ku. First time naik kereta baru dia, Ell da kali kedua kot. ;) Masa ni kat trafik light, so boleh la si apit tu buat tangan mcm tu. kalau kereta tgh berjalan, pastu buat gaya mcmni... mmg masuk gaung la ktorg semua nie.. dahla semua belum kawin lagi.. #saje nak bagitau. hahaha... !
Ell.. kamu yang pegang kamera, sekali kamu yang tak masuk dalam gambar.. haha.. lawak tau... sekali tengok balik gambar, eh ?? mana kamu Ell ?? nape tepi sangat ?? ni kalau gigit telinga apit nie, agak2 rasa apa?? rasa sayang hei ke mcmana? hahaha...
ha... tu dia kereta baru... bau soflan.. wah dan dan nak bau soflan yer. saje cover number plat tu. takut ada stalker ikut Apit sampai rumah, ajak dia kawin lari pulak.
sementara tunggu makanan sampai, sempat bergambar. muka masing2 semua muka lapar. muka saya kurang sikit sebab saya dah makan nasik minyak sebelum nie. ;)
muka Ell pun muka lapar. hehe... Tapi macam muka saya nampak lagi lapar kan ? mmg suka buat muka mcmnie... hehe.. muka lapa mcm nak makan rambut Ell aje. Ell, baik kamu serkup rambut kamu ni sebelum kami kunyah. haha...
yey makanan dah sampai... ni Apit yang punya. nyum2 nampak menyelerakan sangat2.. dengan macaroni cheese tu.sangat teruja bila tengok... tapi malangnya saya dah makan nasik minyak. so kurang la keinginan nak suh Apit suap. haha.... jangan nak suap sangat ye yang. kang Apit suap pakai senduk nasik baru hang tau.
ini pulak Ell punya. cuba perhatikan kentang putar tu.. mcm kawah bulan. konon2 ada lopak air kat dalam. wah perumpamaan yang ntah apa2. haha. sedapnyaa.... nak nak....
Sempat chek ehem2 msg ke tu ?? oh bukan2.. Ell tengok FB la tu... Ell.. ayam tu dah memanggil2 kamu tu.. dia kata cepatlah kakak.. makan saya.... saya lapar nie... eh ? #terbalik pulak.
hah ? nak korek apa tu ? korek idung ke, korek mata ? haha...
haha !! best gile tengok pic ni sampai rasa nak gila. sebabnya, cuba tengok muka apit tu ha... mcm tak bersalah aje muka dia tue. mesti masa ni nyanyi lagu sedih kan... muka saya pulak tak payah cakap lah. #over. haha...
Ell nyanyi dengan penuh perasaan. haha... tak ingat masa ni tgh nyanyi lagu apa... sure lagu cinta nie. lagu AKU CINTA PADAMU kotttt... haha...


p/s : ini sedikit detail mengenai karaoke kat Alamanda nie.:-

Price List

Normal Room - RM25 per hour
Family Room - RM35 per hour
Rates per song range from as low as RM3 for 2 songs to only RM18 for 12 songs.
A wide variety of beverages for RM2 and popcorn for RM4

Operating Hours:

11am - 2am
Everyday
   
In-House Rules:
 
1) No smoking
2) No alcoholic drinks
3) No drugs


 layanan kat sini mmg first class. layanan dengan senyuman. so kami pun senyum dengan penuh keikhlasan kepada mereka2 yang bekerja kat sini.. hehe... ok bai :)

Monday, January 9, 2012

(TAHNIAH)Ezani Ialah Juara Masterchef Malaysia Yang Pertama


ezani juara masterchef malaysia

Setelah hampir berbulan-bulan lamanya, sebentar tadi Ezani telah pun dinobatkan sebagai juara Masterchef Malaysia yang pertama. Ezani, 26 tahun merupakan seorang doktor gigi telah mendapat 7% lebih banyak markah daripada Wahidan, 42 tahun yang berasal dari Sabah.
Dengan kemenangan ini, Ezani membawa pulang RM100,000 dan berpeluang untuk menerbitkan sebuah buku resipi miliknya di masa hadapan. Abang Nara harap dengan kemenangan ini, Ezani akan mengorak langkah untuk mencuba bidang masakan sepenuhnya. Mungkin boleh bukak restoran di sebelah klinik giginya. Apa-apa pun, tahniah kepada Ezani.

-beautifulnara

p/s : tahniah.... ;p

Detik serangan harimau bintang




NEW DELHI - Seekor harimau bintang mencakar empat orang selepas haiwan itu sesat di Silphukhuri di Guwahati, timur laut India, menurut beberapa laporan semalam. Insiden itu yang berlaku kelmarin apabila harimau tersebut memasuki sebuah rumah dan mula menyerang sejumlah penduduk di sebuah kawasan yang sibuk.
"Kami berasa terkejut apabila melihat seekor harimau bintang berada di dalam rumah dan kemudian haiwan berkenaan mula menyerang," kata seornag saksi, Nipu Das kepada agensi berita IANS.
Orang ramai melarikan diri dalam keadaan panik semasa insiden berkenaan berlaku.
Bagaimanapun, harimau itu kemudian ditembak dengan ubat pelali oleh satu pasukan hidupan liar.
Haiwan itu kemudian dihantar ke sebuah zoo.
Pihak berkuasa menyatakan haiwan itu datang dari sebuah hutan di pinggir Guwahati. Pemusnahan hutan di sekitar bandar-bandar di India telah menyebabkan sejumlah haiwan liar keluar dari habitat asal dan menyerang manusia.
Kejadian yang sama telah dilaporkan berlaku di Jammu dan Kashmir, Uttar Pradesh serta Haryana sejak beebrapa bulan lalu. -kosmo

p/s : janganlah ada gajah kat tempat saya. habis saya kena lenyek nanti... ;O

Friday, January 6, 2012

OLD MALAYA KOPITIAM KLIA


OLD MALAYA KOPITIAM


Start 12tgh mlm ada menu untuk staff kat bangunan satelite KLIA. yes im hungry ! sebab pagi tadi pukul 10pg makan beger king pastu da tak makan apa2 sampai 12 tgh malam. mau tak lapar ?? sejak makan jamu kurus nie, mmg tak lapar. kalau tak, makan kul 10pg, 2jam lepas tu dah lapar balik. hahaha... 


Dalam pukul 10malam, saya call la restoren nie. sebab last beli masa bulan puasa. punya la lama tak makan sini. bila call, tanya la elok2, saya nak tanya, yg untuk staff punya makanan tu ada lg ke ? dia jawab, " kan tiap2 malam ada!". ok marah ke ?? saya jawab, mana la saya tau, sebab tu tanya !!. pastu dah kena tinggi suara sikit baru dia buat2 gelak konon mcm bestfren dengan sy. pelis lah.. tak ingin kottt... dia kata ada, naik la atas. saya naik, pastu boss dia bgtau sorry la td staff baru, dia tak tau yang start pukul 12tgh malam jer. dia da balik. wow cepatnya balik cik kak ?? huhu...


saya pun turun la ke kaunter balik. pastu tgk kat beger king, punyala panjang dorg beratur !!. trus tak jadi nak beli kat sini.. saya pun tunggu la sampai kul 12. 



bila da kul 12, saya naik balik atas. tgk dorg tgh bz. saya duduk la kat kerusi dulu.. dekat2 10 minit, tak datang2 jugak. tp mata mmg pandang saya, tp dorg leh kemas2 meja. patutnya tanyala saya ni dulu kan ? kenapa ? meja tu marah ke kalau tak kemas dia ?? saya bengang, saya bangun pegi kat pekerja dia. saya kata nak order kak ! dia leh kata, kejap lahhh.... dgn suara tinggi. kejap lah ???? amik order kena kejaplah ke ? bukan saya kata masakklahh sekarangg kak !. lagi pun senang je saya nak order.. nasi goreng 3 set. tu pun kena kejap ?? 



saya trus jawab. "kejap ?? masalahnya saya dah lama tunggu takde sorg pun yg dtg tanya apa sy nak order! dia tak pandang pastu dan2 trus dia kua dari situ g toilet ke atau g gantung diri kat tiang. tu saya tak pasti. ke dia sempat balik umah jahit langsir jap. staff lelaki kat situ trus dtg kat saya amik order. cakap pun elok2 je. kejap je pun sbb mmg dah siap. dorg mmg buat banyak trus sbb tau ramai staff akan trun terutama security. tak sampai 3 minit pun tunggu. haiii susahnya la nak jumpa manusia yang berbudi bahasa sekarang nie.budi bahasa kan amalan kita. kalau kat lua, org layan kau sama mcm kau layan aku, jangan nak melenting pulak ye ?? 

ok bai.

Penjelasan Nur Amalina Che Bakri Seksi Dan Kejutan Budaya

Penjelasan Nur Amalina Che Bakri isu gambar seksinya seolah-olah kejutan budaya. Menurut Amalina sendiri, dia tidak pernah berpenampilan seksi ketika belajar di Universiti luar negara. Gambar yang tersebar tersebut adalah gambar peribadinya yang diupload difacebook ketika sedang melancong. Amalina memberitahu bahawa baju seksi tu dibeli oleh ibunya sendiri ketika mereka merancang percutian ke Paris pada ogos 2009 bersama rakannya yang lain.

http://3.bp.blogspot.com/-dr14_94Ruis/TwOmdi01TXI/AAAAAAAAErk/C1_7AuWJG2M/s1600/Pelajar+17A1+SPM+Nur+Amalina+Che+Bakri+Gagal+di+Universiti1.jpg

Ibu Amalina turut memberi pernyataan mengenai isu penyebaran gambar tersebut. Menurut ibu Amalina, dia mengenali setiap rakan Amalina dalam gambar percutian tersebut dan mengakui baju seksi tu dibelinya sebagai gambar peribadi dan kenangan Amalina. Ibunya turut menyangkal dakwaan setiap blog bahawa Amalina sudah berubah sikap kerana kejutan budaya.

http://2.bp.blogspot.com/-C1P8nEQMKZk/TwOl5q83s0I/AAAAAAAAErQ/J-qdX88xwfo/s1600/1.jpg

Gambar ibu Amalina kecewa dengan penyebaran gambar seksi anaknya di internet

Untuk info semua, Amalina adalah pelajar cemerlang SPM 2005 yang menjadi sumber inspirasi kepada semua pelajar untuk berjaya sepertinya.

Gambar Seksi Nur Amalina Che Bakri Yang Tersebar Di Blog


sumber : melvister.com

p/s : no komen. jaga diri sendiri lagi baik... ;)