Tuesday, November 29, 2011

DAMIA NOTTY GIRL, MACARONI CHEESE, KEPAK AYAM PANGGANG & SUP CENDAWAN BROKOLI =)

ok senget lagi.. harap maaf.. gangguan teknikal.... T_T
kepak ayam panggang yang di perap dengan ramuan2 rahsia dari Raja Fairuz...
Masa masak dalam oven, aroma ayam ni sangat menusuk ke kalbu.

Cuba tengok mata beliau.... BULAT bukan?? saje letteww nak bulatkan mata masa nak amik gambau... huhu.... Baru 2 tahun tai keletah dia macam budak da besar.. mulut pot pet! haha....





Rasa macam dah lama je abg saya, abang kandung bukan abg yang tu. eh ada ke?? hahaha.. ok fine..... rasa dah lama je abg n kakak ipar tak balik... rindu plak kat budak c Damia notty girl tue... tup2 hari tu dorg balik.... macam dapat rasa je naluri seorang ibu ni... hahah.. ok salah, naluri mak sedara nie.... Lagi rindu dekat along n anak2 dia... lagi la lama tak jumpa... lama tak gossip dengan along... lama da tak rebut2 main laptop dengan awisy... lama rasanya tak gurau2 dengan isha n wafiyyy T_T... hurmmm ingat nnt nak g Bangi umah kakak.... nak makan sup tulang keting... terasa macam nak cuba.... tengok macam ramai je orang makan kat situ.....




mmmm banyak lak menyimpangnya.... nak cerita nie, masa abang balik aritu, dia masak dinner.. wow sangat teruja.... first time nak rasa dia masak....tema masakan malam nie, western... macaroni cheese, kepak ayam panggang, sup cendawan & brokoli.... Masa ni balik dari berkaraoke d Green Box. Balik je,makanan sedang di sediakan... so terus la tolong2 apa yang patut.... Memandangkan semua da terhidang, tarik kerusi, duduk, baca doa makan, pastu makan la saya sekeluarga dengan rasa penuh girang.... ni bukan nak puji sbb kalau puji pun tak dapat apa. haha.. makanan malam tu mmg sedap.... pandai gak dia masak eh.... pasni datang nak request nasi ayam hainan pulak.... angah, standby resepi taw.... huuuu... Pas makan, dah kemas dapur semua, saya pun naik mandi... bila turun balik tengok c damia tengah minum susu sambil gentel2 telinga... apa lagi, masa utk kacau dia la kan... heh heh heh.... gelak jahat. =)tak buat apa pun cuma tanya dia soalan2 yang merepek2.. mesti dia akan jawab dengan muka selamba pastu saya lak gelak lebih2... dia pandang muka saya dengan muka tak bersalah... hahhaa. masa ni mata dia mmg dah layu... saya pun tak nak la kacau lebih2 lagipun mata saya pun dah layu....=D

ok la masa utk tidoo... ;)

ok bai...

BERKARAOKE DI GREEN BOX BUKIT TINGGI KLANG

Tu tangan ke peha yang tgh snap gambar tuuu?? adoi bila la tangan nak kurus nie.... penat taw buat latihan2 ketenteraan khas utk kecikkan lengan. Tapi hampeh. Makin besar lagi ada... huuu

Spek kuning, baju kuning. Nasib yang lain tak ikut kuning.. hahaha...

Hah??? Lagu apa ni Ell... kami da tak ingat dah.... Kali ni saya banyak nyanyi lagu omputih. Bajet Mariah Carey... hehe...

Makanan yang di sediakan hanyalah kerepek2 sahaja... Sebab kalau nak dapat yang untuk makan sekali tu, kena amik yang pagi punya pakej... Yang petang punya, nan hadooo... tak ada ye. Harap maklum......


Plastik Watson kat depan tak sempat nak simpan. Berjaya borong barangan peribadi di Watson. sanggup jalan jauh sbb kat Watson ada kad macam bonuslink tuh... Kat dalam kad baru ada rm5 jer point... sila gigih berusaha ye kalau nak tebus sampai rm50.... huhu.... maaf gambar senget. tak tau nape cenggini jadinya.... huuuu

Ini lah bilik yang boleh tempatkan untuk 10 orang..... tapi kami yang cuma berdua je ni dapat bilik nie..... haaa pelik tak??? mcmana leh dapat??? jom terjah entri kat bawah =)







tempat : Green Box Bukit Tinggi Klang
masa : 2.00 petang






Panas terik suasana kat banting nie... peluh dah meleleh2.... tgh dalam perjalanan ke rumah Ell. Nak amik dia kat umah yg letaknya dalam 10minit dari rumah sy. Tak la jauh sangat.... Kalau jalan kaki, agak lecak jugak ketiak.. Sedangkan naik kereta pun da berpeluh..... hmmm... sampai pun rumah dia.... Ell, dah sampai.... Ell kata kejap... Lagi 3minit.... tik tok tik tok, dah 3minit berlalu.... tiba2 pintu kereta ada org ketuk... terkejut monyet sekejap. sbb tgh menggelamun... sorry lambat sket yang.... xpe, sbb dalam kete ada aircond temankan ketiak. hahaha...






Perjalanan nak ke Klang amik masa dalam 40 minit je. Tu da campur dengan jammed semua la.. kalau tak, 30 minit je da sampai.... so dalam 1 petang, kami sampai ke Klang. Masa ni kan tgh cuti sekolah, jadi, parking pun ssh sangat nak dapat.... dalam 15 minit jugak cari parking. ingat nak perking kat tepi2 je. maksudnya parking haram la, tapi kang kena towing pulak. susah jadinya nnt... huhu... tgh dalam mencari2 adalah satu kereta ni betul2 baru keluar dari parking. Depan kami pulak tu.. ni la namanya rezeki.... apa lagi. terus la muka excited kami parking kat DALAM KAWASAN PARKING. jangan towing taw. haha.




Masuk je dalam jusco ni, sesaknya! ramai sangat orang.... penangan cuti sekolah.... jalan pun berlaga bahu. kalau ensem xpe. eh. haha. ok, teruskan perjalanan ke green box. start karoke pukul 2ptg sampai 5ptg. 3jam nyanyi dalam nie.... harga sorg rm28++. boleh refill air dengan kerepek sesuka hati anda.... jangan malu nnt rugi......... =) Ada teh tarik, milo, coffee, air gas, air jus. kerepek plak ada alam 6 jenis. makanlah anda sehingga muntah ijau.... hehe... ini apa yang kami dah lakukan.. dalam 3 jam adalah 10 gelas air. kerepek dalam 10 mangkuk ayun. banyakkan??? ye la rugi la kalau amik sikit ke... haha...





Kami dapat bilik no 49. bilik ni untuk 10 orang dan ke atas. Tapi kami berdua je... kenapa dapat??? sebab bilik yang untuk ber3 tu tgh bersihkan. Agaknya tak nak kami tunggu lama, dorg bagi bilik besar... boleh main tenis dengan futsal kat dalam bilik nie. main sepak takraw pun bolehhh.... selesa gila.... ini bilik ana yang punyaaa... aittt, terlebih sudaaa....




tup tap dah pukul 5.. Final call..... PUAS nyanyi kali nie.... best giler...... lagu omputih, lagu cina, lagu indon, lagu melayu, semua belasah... yang cina tu just cong ceng je. pastu gelak bagai nak gila mcm org tertelan serbuk kopi. haha... (tak ada kena mengena).




Dah pukul 5 takkan nak duduk dalam bilik ni buat mcm kat umah kan. kena la keluar dan bayar... total sorg rm32.00. mahal dr biasa sebab public holiday.... pas puas nyanyi. kami makan di subway. tapi saya makan sup je. sbb kenyang minum air 5 gelas. haha.... ok masa untuk balik.... nnt ada plan baik punya 1 dec ni..... jeng3x... update later. ok bai =)

Thursday, November 24, 2011

CELEBRATE BIRTHDAY MY BESTIE @ BUBBA GUMP SUNWAY PYRAMID & CAKE @ DELICIOUS =)

So sweet charity kan?? sebab apa taw, sbb no plat tu BFF maknanya best friend forever. Lepas tu 8387 tu pulak tarikh lahir sy dan my bestie. tahun 87 dan tahun 83.
Dan ada cite d sebalik gambar nie. Dalam kereta ni sebenarnya ada owner dia. Bole tak perasan. Ingatkan takde org. Tgh snap gambar, bole plak owner dia kuakan kepala dari dalam kereta. Dia tanya, " kenape ye?". OMG. terkejut den. Trus je bgtau cerita sebenar. Mesti dia ingat saya ni tukang tarik kereta kan? Ada rupa ke aku ni? haha....

Strawberry lemonade. Menggiurkan.... Ghairah ni kalau minum. haha... Yela ghairah la sbb nampak sedap dan rasa pun mmg sedap. Bole kongsi dua orang. Rasa fresh sangat. rm11.90.

Crazy Cajun Chicken. Menu WAJIB kalau datang sinie. SEDAP GILA nasib tak gila.

A tower of ONION RINGS.. sangat menyelerakan....

Dan2 nak tunjuk harimau muda... tau la menang EMAS sukan Sea. Tahniah!! =)








yummy... makan kek @ Delicious Sunway Pyramid... minum petang sambil sedut vanilla milkshake =)

ini cupcake red velvet. rm6.90

ini pulak kek carrot... rasa yang sangat lemak. serius besar ok. kena makan dua orang. sbb terpaksa bawak balik time nie.... rm9.90

hurmm nk makan ape ye??? makan nasi goreng pattaya sedap gak niehhh... eh xde pulak kat sini ke?? ok malam nnt makan kat kedai tomyam =)



Happy birthday to yuuuu........ ala tomei2.... huhuhu.... happy bday my bestie yang ke?? jeng3.... treng teng2.... nnt2 la bagitau.... =)




Masa ni kami berjalan2 ke Sunway Pyramid... lama rasanya tak pegi sini.... Takde la shopping pn.. Just window shopping ajer... sbb belum gaji lagi... dah paras2 hidung dah lemas.... Masa ni just pegi makan jer... Mmg niat nak makan je sbb tu datang sini... amboih tak jauh pulak nak makan?? ye la masa ni bday my bff kan so, kena la bawak makan tempat seronok sikit. setahun sekali =)




Sampai2 je terus makan kat Bubba Gump... Macam biasa layanan kat sini best.... semuanya friendly.... makan kat sini dalam 1 jam.. bukan la makan 1 jam, just gossip je 1 jam. haha... makan 20minit je rasanya... anyam ketupat je lebih... huuuu.... Dah kenyang, kami pun masuk la ke dalam Sunway....



Jalan2 dalam sunway, window shopping, pastu, bebeh jom la kita makan kek.. nak tak?? kira kek bday u la.... ok2 jom.. mari kita makan kek sambil ternak lemak kat perut.. bagi lipatan jadi 4 pulak.... =) masuk dalam Delicious nie, yaAllah, lawanya tempat nie... Dalam dia biru lite2 je... sedap je mata memandang.... kerusi dengan meja warna putih, mmg menaikkan lagi seri restauran nie.... Pekerja dalam ni pulak semua lelaki je yang saya nampak.... pastu saya sempat bertentangan mata dengan salah sorg staf kat sini. macam ada eletrik memancar2 ke mata kami.. wah bukan main.. haha.. bukan apa sbb saya mintak menu.mmg la mata kena bertentang.... kang dia pandang lantai je, sentap pulak sy..




order simple2 je.. order kek dengan vanilla milkshakes. mmg da kenyang gile taww. xlarat nak habiskan.... terpaksa bawak balik.. makan kat umah.... dah lepak2 dalam nie, dah kenyang, apa lagi nak buat?? jom la balik..... nnt dah gaji baru la boleh shopping sikit2 kan?? sekarang mmg tak boleh lagi... =) ok dear, happy bday again.... sweet 19.. hehehehe... ok bai.

MELAWAT PENGANTIN DI KUALA KANGSAR



Dalam perjalanan nak ke Shah Alam, adoi nampak pulak la kereta wangi nie. hehe... Nak ke kiri tak bole, kanan pun sama jugak... Lama2 amik keputusan untuk stay kat belakang lori sampah nie. Dalam busuk2 tu, nampak beg jenama coach kat dalam lori ni.. rasa nak lompat masuk dalam lori sampah ni tapi apakandaya, nasib hidung tak menyebelahi.. haha...

ermmm kat Malaysia pun ada salji ke?? huhu... bukan... ni dalam kereta. Masa ni basuh kereta jap kat Caltex. Di sebabkan sebelum ni duit dalam coin box hilang lepas dari cuci kereta, terus seriau... Tobat tak nak vakum dalam kereta. Vakum sendiri je kat rumah nanti... Sanggup duduk panas2 dalam kereta masa aney ni tgh basuh... tak nak pisang berbuah 2,3 kali.








eh saya terpijak semut ke bang?? bukan, terpijak daun je... huhu...





Suasana agak mendung, tapi rajinkan diri untuk cuci jugak kereta nie... dah sebulan kot tak basuh sbb musim hujan... Amik masa 30 minit untuk cuci, amboooih ko cuci ke ko modified kete aku aneyyy?? tak apalah sbb dia rajin nak basuh lama2 kereta saya tu.... tepukan gemuruh untuk beliau =)





Lepas kereta dah berkilat, saya pun teruskan perjalanan saya ke shah Alam... jalan agak jammed sebab musim cuti sekolah kan so faham2 jela bz dia mcmana... tak suka tapi harus di tempuh.... sadis kan ayat?? ayat mintak siku ni namanya... ;p






Perjalanan amik masa dalam 1 jam 20minit dari Banting.... so sampai umah kak ira, dalam pukul 5.30 petang.. sampai2 je kak ira da siap. so masa untuk keluar berkaraoke.. yebbaaa.. lama dah tak karok... kami nyanyi kat ole2 shah alam.... dalam ni karoke ikut lagu.. so kami amik 20 lagu.. rm30.. haaaaaaaaaaaa AMEKAWWW.. hahaha.. banyakkan kami nyanyi?? =)






Dah penat menyumbangkan lagu, kami pun singgah Pak Li kat sini untuk segarkan anak tekak yang dah kering nie... Minum2 dalam sejam, pastu jalan2 kat ole2 ni kejap tengok apa yang ada.... Da rasa macam tak ada arah tujuan, kami pun pulanglah ke sarang balik.... Malam ni tido awal... sebab esoknya nak bangun pagiii... nak ke KUALA KANGSAR. ;p






Yah yah... dah pagii... malasnya nak bangunnnn.. tapi kena bangun jugak sebab tak nak kena hempuk dengan kak ira.. tau2 je peti ais tersergam indah kat kepala. ha apa kess?? hehe... kami bergilir2 masuk toilet untk mandi... siap kejap je sbb baju kurung da gosok.... dalam 30 minit je siap.. kejap kan?? huhu.... kul 9 pagi kami pun geraklah ke Perak... Masa ni tumpang kereta kawan Kak Ira... snang sket kan... kami berlima termasuklah kak nolly...







Perjalanan amik masa 4 jam.adoi kematu bontot gue. mana taknya, duduk tengah2 dah la yang kat tengah2 tu keras gila... melompat2 masa dalam perjalanan nie... Bila da sampai ke rumah pengantin, mmmm perut LAPAR macam biasa la kan. haha... Masa ni mak pengantin bagi makan lauk pengantin pulak.. mmg rezeki la kan datang jauh2... haha.. suka lak ko yang.... ye la masa ni mmg dari pagi tak makan apa2 mau taknya suka... hoho....







Tak lama pun kat sini sbb kami pun masing2 ada hal.... Tengah duduk2 nampak pulak ada sorg mamat ni mcm Marcell.. aduiii meleleh jugak darah membasahi hidung.... Sekali dia ajak bergambar la pulak... Tapi bukan la saya sorang ye, ni bergambar ramai2.. hahaha... hurm, msti dia da ada bf kan?? eh gf kan??? muka jambu takkan la xde gf (ayat pasrah). ok lupakan marcell kita berbalik pd cerita asal.. ni dah banyak menyimpang.. haha...






Dalam kul 2.30 kami balik.. masa 4 jam jugak sebab JAMMED! geram jer... Dalam kete masa ni tido.. sebab dah penat punggung asyik melompat2 jer... Sedar2 je dah sampai umah Kak Ira.... Alhamdulillah sampai jugak akhirnya... Perjalanan amik masa dalam 8 jam sebab campurkan 4+4 so jadila 8 jam. nak nampakkan macam thrill la padahal 4 jam je. hehe.... last sekali nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK WAN DAN MIN... SEMOGA CEPAT2 DAPAT ANAK. YEAH! =) ok bai.

Sunday, November 20, 2011

MARRYBROWN @ LCCT

nampak sedap kan?? sebenarnya mmg SEDAP... saya suka makan mushroom, so sy pilih dia punya kuah, cendawan...

Lamanya tak makan set ayam ni..Ayam dia sangat rangup. Lepas tu kan, minyak dia mmg tak banyak...






Dalam masa nak menunggu fligt saya ke Paris berlepas, jeng3x... tipu je.. hehe.. mana la ada duit nak g sana... gaji pun ciput je mana la boleh terbang ke menara eiffel... sob sob... ok hilangkan mood sedih dengan makan di marrybrown...



Macamana la dia ni sesat kat sini pulak?? Ye saya lapa... Pastu my bff pulak tengah keje masa ni, apa kata kita melencong dari destinasi sebenar?? Destinasi asal saya adalah Shah Alam.... Akan saya post tajuk baru misi ke Shah Alam dan juga ke Kuala Kangsar, Perak. ;p




Masa ni nak parking ke Blok A, tapi PENUH. Terpaksa parking ke blok C. Punyalah jauh... KETIBAS.... apa tu?? KETIAK BASAH. haha... panas gila ok. nasib tak gilo... menapak dalam 10 minit jugak lah... padan muka ko. sape suruh. hahahaha... gelak tarik2 rambut.




ok smpai je kat dalam Marrybrown, Kak Dilla n Ika dah setia menunggu saya... Tapi makanan saya tak sampai lagi. makanan dorg dah sampai. tak apa setia menunggu walaupun perut dah nyanyi lagu ketipang payung. tunggu dalam 10 minit, yeyyy sampaiii....




makan lah saya dengan sopan santun nya. kepit2 jari piat ayam.. haha... sedap tau. lama gila dah tak makan ayam marrybrown. berapa kali la nak ulang.... huhu... ye mmg sedap. ulang lagi.... =)




kepada Kak Dilla n Ika, terima kasih teman saya makan... hargainya sangat2... huuuuu.... nanti teman lagi tau ;p ok bai

Friday, November 18, 2011

5 kereta perisai lindungi pemain Malaysia

JAKARTA - Pemain negara jelas berdepan dugaan yang hebat sebelum sepak mula yang dijadualkan pada pukul 7 petang (8 malam waktu Malaysia) apabila lima kereta perisai yang dikenali sebagai Barakuda terpaksa melindungi mereka dalam perjalanan ke Stadium Gelora Bung Karno.

Mereka yang keluar dari Hotel Sultan tepat pukul 4.50 petang pada waktu di sini terpaksa melalui ratusan ribu penyokong Indonesia di pintu timur stadium sambil menaiki kereta perisai berkenaan supaya boleh memasuki dengan selamat ke dalam stadium.

Namun, terdapat segelintir penyokong Indonesia menyedari kedatangan pemain negara lalu mengetuk kereta perisai terbabit sambil menunjukkan isyarat lucah.

Biarpun tiada insiden buruk berlaku tetapi perlindungan maksimum yang diberikan kepada pemain Malaysia terpaksa dilakukan ekoran pelbagai kontroversi dilemparkan media tempatan. yang membakar emosi penyokong Indonesia.

Antara provokasi terang-terangan yang dilakukan oleh media di sini ialah mengenai penggunaan laser dan dakwaan Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid bahawa pemainnya dianayai dengan serbuk gatal ketika menjalani latihan di Malaysia. - Utusan


p/s : tak reti bersyukur kan dorg ni?? kita BAKO.....

Ranking terkini Filem-Filem box office sepanjang tahun 2011


p/s : agak2 lepas ni filem apa yang dapat cantas KL GANGSTER yer?? tak di nafikan... filem ni mmg SUPERB dan MANTOP! Tahniah... =)

Thursday, November 17, 2011

TENTANG DHIA... =)

izreen ni kawan my bff rupanya.... Kak Dilla. My bff kata kat dalam cerita ni je dia jahat, tapi kat luar dia ni baikk... mmg menjadi lakonan dia kan?? good job!

mcmni pun tetap comel gak kan?? =)












Tentang dhia,hasil nukilan dan arahan Azlina Pa wan, Tentang Dhia dijayakan barisan pelakon hebat termasuk Nora Danish, Ako Mustapa, Adyputra, Tasha Shilla, Izreen Asmida, dan Puteri Sarah.

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya. Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari Universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk.Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab sehingga Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir sangat meminati Rose pekerja di firma tersebut. Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majllis pengebumian Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia.

Apa kesudahan cerita ni?? harap sangat happy ending kan?? kalau sad ending, kita BAKO... kita BAKO...


Kalau yang terMISS cerita ni boleh tgk kat www.tonton.com.my

ok bai =)