Saturday, January 5, 2013

THINK POSITIF & SENTIASA BERSABAR & BERBUAT BAIK :)

Susah ke senang agaknya nak think positif ?? ada yang akan kata susah. ada jugak yang akan kata senang. bagi saya, think positif ni boleh di kaitkan jugak dengan kesabaran yang tinggi.. dalam hidup nie, pasti kita akan bergelumang dengan masalah. xde sorg pun yang akan hidup senang lenang tanpa di timpa musibah. buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat. penah dengar kan pepatah nie ?? :) kalau rasa diri tu taknak di timpa kesusahan atau di benci org, apa kata mulai saat ni kita berbuat baik kat semua orang. pahala pun dapat... tak payah la susah2 nak jaga tepi kain orang. tepi kain sendiri tu perbaiki dulu.. ye dak ?



duit kita sentiasa tak cukup. cuba fikir kenapa .. adakah kita selalu "mengular" masa kerja ?? atau kita tak pernah sekali pun bersedekah kepada yang memerlukan ? bukan susah pun nak bersedekah. jumpa makcik cleaner kat toilet, bg la seringgit ke, dua ringgit ke. yang penting ikhlas. seronok makcik tu dapat duit dari kita. dapat dia buat tambang bas untuk balik rumah nnt.. :) senang kan ?



kalau ada org marah kita, dan benda tu bukan berpunca dari kita, SENYUM je. percayalah mesti org tu tak jadi nak marah lagi. samada dia malu ataupun dia geram sebab kita tak amik pot pun. HAHA. berbalik kepada think positif, sentiasalah beringat bahawa setiap masalah yang kita hadapi tu, adalah cubitan manja dari ALLAH supaya kita sentiasa beringat kepadanya. mungkin kita ada buat jahat kat org, atau mungkin kita lalai untuk mengikut suruhanNYA.



apa kata kita jadikan rasulullah sebagai IDOLA kita. di sini ada sedikit info mengenai keperibadian rasulullah :)

CARA RASULULLAH SAW BERBICARA
Hasan Bin Ali meriwayatkan :

"Saya pernah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun bin Abu Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Saya katakan kpdnya, `gambarkanlah kepadaku bagaimana cara
Rasulullah saw berbicara!'

Ia berkata,

`Rasulullah adalah seorang yamg nampak selalu prihatin dan sentiasa berfikir. Beliau lebih banyak diam dan berbicara hanya seperlunya. Beliau memulai dan mengakhiri pembicaraan beliau dengan menyebut nama Allah. Ucapan beliau selalu padat, terperinci dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan.

Beliau selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Beliau tidak pernah mencela dan memuji makanan. Urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuatkan beliau marah. Jika kebenaran dilanggar, beliau tidak akan diam hingga kebenaran itu ditegakkan. Beliau juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi.

Ketika menunjuk sesuatu, beliau selalu menggunakan seluruh tangannya. Dalam keadaan ta'jub atau terkejut, beliau selalu membalik (tapak tangannya). Ketika berbicara terbiasa menggunakan
tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukul tapak tangan kanan ke tapak jempol kiri.

Ketika marah, beliau berbalik dan berpaling. Ketika senang, beliau menundukkan pandangan. Ketawa beliau adalah senyuman dan gigi beliau nampak seperti butiran salji." (HR Tirmizi)



jika di timpa masalah, bersabarlah... ALLAH sentiasa bersama kita. peringatan untuk diri sendiri. :)


No comments:

Post a Comment