Wednesday, January 16, 2013

PANTAI KLEBANG 1 MALAYSIA @ MELAKA


ala2 nak buat shooting pre-wedding la pulak konon2 pandang pasir la, pandang arah laut la.... tp percayalah gambar saya tu adalah candid yer. kak ira yang amik.. photographer berjaya..  :)


  masa sampai kat pantai ni, mulanya tak nak turun. tapi bila nampak macam happening je tempat nie, terus abah stop kete. yang paling seronok tentulah kami bertiga.. kata kaki jalan.. taik lalat pun ada kat tapak kaki. org tua2 kata, kuat berjalan kalau ada taik hidung kat kaki. eh salah. taik lalat.............


permandangan meja makan kami. cantik kan ?? kat sini, boleh naik kereta kuda dan tunggang kuda. ATV pun ada.. boleh lumba2 kat tepi pantai. jangan langgar kaki orang sudah.. :)

orang kata, kalau datang Klebang nie, wajib try coconut shake. banyak gerai jual air nie. mmg famous kat sini. ada yang kat tepi jalan tu, saya nampak, beratur panjang giler. dah macam nasik kandar beratur pulak... maknanya mmg sedap la kan... :)

kat pantai ni pun ada banyak gerai jual coconut shake nie. kami beli yang special. ada ais krim vanilla yang sudah di campur dengan air kelapa. rasa dia... pehhh. peh peh.. memang lemak berkrim di sukai ramai.... RM3 sahaja... kalau yang biasa RM2.50.. :)
  

tak lengkap minum air kelapa kalau tak makan burger kat sini. macam takde kena mengena kan ? saya yang reka pepatah nie. kira ni pepatah saya la. haha. kami order burger ayam special dua, burger daging special satu. RM3 untuk satu burger special ni. kira ok la siap ada telur. pastu bahan2 dalam dia banyak. mayonis sampai melimpah ruah membanjiri polistren.

muka gembira dapat makan dan minum di tepi pantai..  semua buat gaya pegang air... hehe...

haaa gerai ni la kami order burger dengan coconut shake. kedai ni takde nama. tapi, boleh cari banting nie kat depan gerai dorg. kita order, dan dorg akan hantar terus ke meja walaupun meja jauh berbatu.. tapi jangan la duduk 50 kilometer jauh dari gerai.. HAHA. jenuh pakcik nak mencarik korg nnt....


nak tau tak, ktorg bertiga kena tinggal kat sini dengan abah &mak... ktorg duduk sini sampai dekat nak magrib.. bila sedar macam da kena tinggal, saya call abah. tak berangkat. mak pun sama. 5 minit lepas tu, abah call saya balik. abah jawab macamni " abah kat homestay ni, baru lepas mandi". BOLEH ? HAHAHA... dengan sedihnya saya tanya, " macamana ktorg nak balik ??" sambil mulut melintang ke bawah. pandai2 korg la nak bayangkan macamna mulut saya masa nie... rupanya nak di jadikan cerita, dorg plan nak buat barbeku ramai2 kat tepi pantai nie. tu yg tinggalkan je ktorg bertiga kat sini. sekali, barbeku tu buat kat homestay je. nasib baik la kakak sedara saya, kak linda ada lagi kat luar dengan suami dia... so mintak tolong dorg amikkan ktorg kat sini... 


kak linda dengan abang mus sampai je, dorg gelakkan kami.. ceh sampai hati gelakkan... sebenarnya kami pun join dorg gelak jugak.. HUHUHU.... 


itu lah story mory saya di pantai klebang nie... mmg happening tempat ni. lagi2 sebab hari ni hari sabtu. 

bolehla bawak anak2 jalan2 kat sini... boleh main layang2, main bola. badminton je yang tak boleh main sebab angin kuat. :P

ok la, dah masa untuk barbeku... nak balik mandi.

OK BAI :)

No comments:

Post a Comment