Tuesday, January 29, 2013

KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN, KUALA SELANGOR


Permandangan jeti dari arah depan. masa bukan cuti sekolah pun ramai jugak orang datang sini. pelancong pun sama. masa kami kat sini, saya nampak ada dekat 10 orang pelancong asing. kita sendiri pun tak sampai sini. saya la orangnya tue. masa kecik dulu teringin nak datang sini. lagi2 bila tengok iklan TNB. lagi la membuak2 keinginan tue. membuak2 tu macam pelik je ayat tu kan ? ok abaikan. hehe. 


muka TERUJA. haha.. mau tak teruja. sebelum ni tengok kat tv je. kali ni betul2 dapat jejakkan kaki kat sini... Alhamdulillah. :)

pakai jaket untuk keselamatan. dah la saya ni tak reti berenang. WAJIB pakai jaket keselamatan nie. kalau jatuh pun sure terapung. dengan lemak2 kat badan ni lagi, lagi la terapung. ke tenggelam ?? tu yg kita tak tau tue. :p


masa mula2 datang nak amik gambar kat sini. sekali ramai pulak orang tunggu Q nak bergambar. cakap dengan kak dilla, xpe la. nanti la masa balik kita bergambar kat sini.. dan inilah hasilnya. muka puas dapat tengok dan pegang kelip2.. senyum sampai ke kening. eh mcmana tu ? :D


masa ni baru je lepas beli tiket kat kaunter... nak tau tak berapa harga tiket ? harga dah naik. ni apa kata penduduk tetap kat sini la. dia borak2 dengan ktorg.. dulu rm40 untuk satu sampan. untuk 4 orang. masa di beri 40 minit. 

harga terbaru : rm50 untuk 4 orang dan hanya 20 minit. jadi kami kena la bayar rm50. sebab kami berdua je kan. takpe lah bukan selalu dapat tengok kelip2 nie.. huhu... di bekalkan dengan 4 botol air mineral. minum lah kami sampai kembong perut. haha. 

bila dah sampai turn kami je, sempat saya baca doa. mintak di jauhkan dari malapetaka. huhu.. ye lah, macam2 boleh jadi kan... :)

duduk je kat dalam boat, dari jauh dah nampak kelip2 berterbangan. abang yang kayuh boat kami ni diam je pulak. ye la kang membebel kami pulak tak selesa. huhu. saya tanya, bang, agak2 ada berapa jumlah semua kelip2 nie ? dia gelak . dia kata abang tak pernah kira. ok fine, haha. kak dilla kata cuba tanya soalan senang sikit. HAHA. senang la tu. jawab je lah. bukan saya tau pun kalau abg tu tipu. tp kira bagus la abang nie sebab jujur.. :)

dalam 5 minit perjalanan, abg tu bawak kami dekat dengan kelip2. mcm pokok krismas da kami tgk dengan lampu2 dari kelip2. sangat cantik.. kelip2 ni makan daun berembang. sebab tu sentiasa ada pada pokok yg ada kat tebing sungai nie. saya ada amik gambar tapi GELAP. sebab tak boleh ada flash. huu sedih. :( tapi part yang paling seronok bila dapat PEGANG KELIP2.... :) nak amik pun kena hati2. jangan penyekkan kelip2 tu pulak. kena tekup dengan dua2 tangan dan pastikan ada ruang. bila bukak pun jangan la bukak besar2. kang terbang pulak kelip2 tue. bukak sikit je macam main cak-cak. hehe. mmg cantik sangat. sempat tanya abg tu lagi. "dia gigit tak bang". soalan cepucemas lagi sekali. gelak lagi abg tue. ceria betul. dia kata tak gigit pun. ok lega. haha. 

sedikit info mengenai kelip-kelip kampung kuantan :-

Terletak di Kuala Selangor, 67km dari KL.

Kampung Kuantan terkenal dengan kelip-kelip sepanjang tebing sungai disebabkan pokok berembang, atau nama saintifiknya Caseolaris Sonneratia, dengan dedaunan terbuka, yang sesuai untuk pembiakan.

Berikut adalah tapak salah satu daripada jajahan kelip-kelip terbesar di dunia, yang menjangkau beberapa kilometer di sepanjang Sungai Selangor. Perjalanan hulu dalam bot kecil atau sampan atau mengambil bot bermotor di Bukit Belimbing dan dalam kegelapan tenang, anda akan melihat beribu-ribu kunang kelipan seperti lapisan cahaya Krismas.

Cara ke Sana

Dari Kuala Lumpur melalui Sungai Buloh (Route 54) atau melalui Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, keluar di papan tanda Sungai Buloh dan ikut signage ke Kuala Selangor.

atau boleh menaiki bas dari Stesen Bas Pudu Raya atau dari Stesen Bas Klang berhampiran Central Market (Pasar Seni).

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Kelip-kelip Trading & Services Sdn Bhd
Batu 5, Kampung Kuantan
45500 Batang Berjuntai
Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel: (+603) 3289 2403
Fax: (+603) 3289 4807

p/s : pengalaman yang menarik di sini... boleh bawak keluarga datang sini . anak2 pasti teruja.. huhu... 

ok bai :)

No comments:

Post a Comment