Tuesday, January 22, 2013

MEDAN IKAN BAKAR PANTAI JERAM @ KUALA SELANGOR


Kak nadiah kat sebelah saya ni cakap mcmni kat saya " adik ni asyik makan jea". saya tak kata apa2 sebab saya mmg suka makan. haha. sambil memerhatikan saya tulis blog nie, dia kata gaji ni dia nak ajak husband dia makan kat sini. saya kata nak ikut.. tapi tak ikut pun. saje je cakap camtu. tak nak lah kacau org nak dating kan. huhu.. ok dah2, cukup cakap pasal kak nadiah. :)

Kak dilla survay tempat makan yang menarik kat Kuala Selangor sebelum kami sampai sini... kebanyakkannya cakap pasal restoren seafood kat pantai jeram. dia amik no hp , so nnt kalau sesat, boleh la call je dorg.. sangat2 proaktif. hehe..


sampai sini dalam pukul 6 petang. ingatkan tutup lagi... rupanya dah bukak... yesss.. dah la mmg simpan perut untuk makan kat sini... :) sampai je, lepas parking, kami terus ke tempat pilih ikan. mak aiii besarnya ikan siakap senohong gelama ikan duri dia.... nak cari yang paling kecik, takde pulak. tawakal je la kami pilih. ikan siakap ni kami order masak stim. pastu butter prawn dan last sekali sotong celup tepung. tak order banyak sebab tau dah nnt mesti tak habis.. so jangan membazir ye adik2 semua. :p



suasana kat sini mmg best... nama pun tepi pantai.. comfirmlah angin berderu2... sambil makan, sambil di tiup angin yang sepoi2 bahasa. lintang pukang tudung saya. *kesalahan peribahasa di sini*. :) nak di jadikan cerita, memang tak habis kami makan. last2 bagi la cik miow kita makan ikan stim tue... "burrrppp.." mcmtu lah bunyik kucing tu sendawa. :P

layanan kat sini pun baik.... 8 markah saya bagi..... :)

nak tau tak berapa total dengan air semua ?? RM45 sahaja ! saya bajet mesti dalam 70++. sebab ikan dia besar tak hengat. huhu.... nnt nak datang sini lagi.... sebab sedap dan murah... :)

kepada yang nak booking dan makan sini, ni no tepon dorg :-
  • En Idris Abd Jalil – 012-286 8277
  • Mohd Shohaimi Jalil – 012-2362467
  • Faridah Hussain – 012-387 8375
  • KEDAI – 03-3264 6102
  • Alamat – Batu 19, Jalan Pantai Jeram 45800 Jeram Selangor  GPS – (N3 13.550, E101 18.29.2)
ok bai :)

No comments:

Post a Comment