Sunday, January 13, 2013

8 Pahala Besar yang Allah SWT telah tawarkan

Ingikah anda  berada paling hampir di sisi Allah SWT ?

Rasulullah SAW telah bersabda :  Hamba Allah yang paling hampir dengan Allah SWT adalah ketika hamba yang sujud kepada Allah SWT, oleh yang demikian marilah kita memperbanyakkan sujud kepada Allah SWT dalam semua perkara.

Inginkah anda pahala haji ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Menunaikan umrah semasa bulan Ramadhan mendapat pahala sebagaimana pahala haji.

Ingikah anda membina rumah di dalam Syurga?

Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa membina masjid untuk Allah, Allah SWT akan membina baginya sebuah Mahligai di dalam Syurga.

Inginkah anda keredhaan Allah SWT ?

Rasulullah SAW telah bersabda : sesiapa yang makan dan minum yang disertakan dengan pujian kepada Allah SWT akan mendapat keredhaan daripada  Allah SWT.

Ingikah doa anda dimakbulkan  ?

Rasulullah SAW telah bersabda :  Doa diantara azan dan iqamah tidak akan ditolak.

Ingikah anda  mendapat pahala puasa selama setahun ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa berpuasa setiap bulan sebanyak 3 hari,maka dia akan mendapat pahala seperti berpuasa setahun.

Ingikah anda pahala sebesar bukit  ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa berada disisi  jenazah dan menunaikan solat jenazah keatasnya serta menguburkannya dia akan mendapat pahala seperti 2 Qirat, sahabat bertanya apakah itu 2 Qirat, Rasulullah SAW menjawab : 2 Qiraat adalah 2 bukit yang besar.

Ingikah anda  bersahabat dengan Rasulullah SAW di dalam  Syurga ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa memelihara anak yatim dia akan bersahabat dengan Rasulullah SAW sebagaimana rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah.


subhanallah... banyak sungguh gandaan pahala yang ALLAH tawarkan kepada kita kan ?? jom perbanyakkan amalan ... peringatan untuk diri saya sendiri juga.... :)
 

No comments:

Post a Comment