Sunday, December 11, 2011

Kecewa Air Asia enggan guna jambatan aero

KUALA LUMPUR – Sebanyak sepuluh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili golongan orang kelainan upaya (OKU) sangat kecewa dengan kenyataan AirAsia bahawa syarikat itu tidak akan menggunakan jambatan udara di KLIA2 apabila lapangan terbang itu siap kelak.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini semalam, NGO itu meminta AirAsia supaya tidak mengenepikan keperluan penumpangnya terutama golongan OKU, golongan tua, wanita mengandung dan kanak-kanak.

“Jambatan udara bukan sahaja perlu tetapi penting untuk mengurangkan masalah mobiliti dan meningkatkan keselamatan dan keselesaan kesemua penumpang di dalam semua keadaan cuaca,” katanya.

Sementara itu, NGO berkenaan menyambut baik keputusan Malaysia Airports Holding Bhd. (MAHB) untuk memasang jambatan udara di KLIA2 bagi kemudahan semua pihak. - kosmo!


p/s : macam2 hal lah dorg ni kan ?? nak check in pun kena bayar rm10. Kalau bayar guna kad kredit pun kena charge jugak. hurmm...

No comments:

Post a Comment