Monday, December 12, 2011

Program Skim Bantuan 1 Malaysia (BR1M) - RM500


Assalamualaikum semua, seperti yang kita sedia maklum, mulai semalam kerajaan mula mengagihkan borang skim bantuan 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.

Ini melibatkan perbelanjaan sebanyak 2.6billion dan dijangkakan boleh memberi manfaat kepada seramai 5.2juta isi rumah (79.5% daripada keseluruhan isi rumah).Sebagai rakyat kita sepatut bersyukur kepada Ilahi kerana telah membuka hati kepada kerajaan untuk memberi bantuan RM500. Ini sebuah kerajaan yang prihatin dan membantu meringankan beban rakyat mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.


Borang Bantuan RM500.00 sudah boleh didapati di Pusat Khidmat atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) , Jabatan Pembangunan Persekutuan , kepada mereka yang layak dan memenuhi syarat-syarat bolehlah mendapatkan borang tersebut atau terus download borang berkenaan daripada link yang disediakan di bawah


Cara Memohon :

1. Sila kemukakan salinan seperti-
· Mykad / Kad Polis/ Kad Tentera
· Penyata/ Slip Gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
· Borang Pendaftaran BR1M

2. Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.

3. Borang Permohonan boleh didapati secara percuma mulai 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), serta agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dan lain-lain

4. Borang tersebut juga boleh dimuat turun secara percuma dalam laman web kementerian kewangan iaiatu www.treasury.com.my mulai semalam 10/12/2011.

5. Semua ruangan yang berkaitan dalam borang tersebut perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat tersebut harus ditulis dalam Bahasa Malaysia.


Syarat Permohonan :
·
Warganegara Malaysia
· Berkahwin
· Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 3000 ke bawah.
·
Warga Emas yang berumur 60 tahun ke atas yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 3000 ke bawah
Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my

Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)
Bilik Operasi BajetAras 10, Blok TengahKompleks Kementerian Kewangan Malaysia1-800-222-500 (Hotline)03-8882 3786 (Faks) -
http://melayubestariku.blogspot.com

p/s : nak jugak !!! TAPI... mcm tak leh dapat aje... huuu~~~ sape2 yang layak dapat tu, jangan lupa apply taw ;) good luck!! (dengan harapan dapat KFC 1 set)

No comments:

Post a Comment