Friday, December 9, 2011

OMBAK RINDU DI TGV JUSCO SEREMBAN 2


Semua tiket ada 7. Maknanya 7 orang la yang tengok. Masa ni beli tix secara online. Nasib baik kat TGV dah bole guna MAYBANK2U. Total semuanya rm71. tix rm10. rm1 untuk bayaran sebab beli secara online. Malam tu masa tengok, kat TGV Alamanda dah fully book. Kat mines pulak dapat yang depan2 jer. takkan nak tengok mendongak kan... huuhuu.... so masa ni secara tak langsung terpaksa la tengok kat Seremban 2.


Panjang tak... huuu...


Siap tutup gambar Bella.. yela bf u kan edward kan ?? hehehe...


nak makan apa yer?? tak tau nak pilih apa. Rasanya nak makan apa ehh ? sekali last2 amikkaww.. pizza dua, air dua jug, lasagna, kentang, ayam BBQ. banyak jugakkan??










Dapat jugak tengok OMBAK RINDU... Setelah asyik penuh je wayang... Bayangkan asyik fully book jer... So rasanya masa ni la yang paling tepat untuk saya tengok.. huhu...






Tarikh hari ni 8 December 2011. kebetulan amik cuti pagi masa nie. Kami bertolak pukul 1 petang. Sebab pagi tu kena hantar Baby Boo pegi check up kat klinik haiwan Salak Tinggi. kesian dia sakit.. Jalan pun berpusing2.otak dia dah tak center.. =( nasib dia dah sihat. Alhamdulillah.... ok masa pukul 1 ni kami pun bertolak. Sampai sana pukul 1.30 oetang. setengah jam je nak ke seremban....




Masa ni yang lain dah sampai... dorang tunggu kat dalam pizza hut seremban dua. masa ni rupanya dorg kena sound dengan staff pizza sini. dorg kata semua ada 6 orang. jadi nak la meja utk 6. boleh staff nak bg meja asing2. kira 3,3. jauh2 plak tu. bukan sebelah2. kalau sebelah bole la cantumkan. so dorg taknakla kan... betul jugak. kata nak mkan sama2.mmg la nak meja untuk 6. nak duduk sekali. staff tu leh kata" KALAU TAKNAK BOLEH BALIK." cantekkk bahasa ;) dorg malas nak gaduh dorg diam je la. Tak lama tu kami pun sampai. kak dilla, saya dan fatin. dorg mengadu pasal hal nie. tup2 staff yang lain panggil kata ada tempat untuk 6 org. nampak sangat staff yg awal td malas nak keje kan??? bukan mainnn.... huuu... malas nak gaduh kami pun duduk je lah....





Masa ni tgh pk nak order apa eh ??? dapat pun idea... order PIZZA dua, JUG dua, LASAGNA, CHICKEN WING BBQ, KENTANG, SUP... haaa... tu jer.... mmg kenyang sangat taw... kembung perut..... hehehhee...




Wayang pukul 2.45. masa ni dah 2.35 petang. jadi tanpa membuang masa, kami pun terusla pegi menuju ke tempat wayang.... sampai wayang dah pukul 2.45. masa ni dah ramai sangat dah dalam wayang. sampai la ke bawah.. memang mendongak la kalau nak tengok... kesian kat dorang... nasib kami dapat tempat kat tengah2... takla sakit tengkuk sangat...




kami masuk je nasib belum start lagi.... dalam 5 minit, OMBAK RINDU pun start... masa mula2 tengok da sparekan tisu.. takut hingus meleleh.... 30 minit pertama dah sedih dahh.. mmg lakonan sume menjadi. lagi2 AARON AZIZ. serius suka tengok lakonan dia sebagai Haris. Lagi2 dia pakai baju putih yang blazer tu.. kasut pun putih...aduiii... jatuh cinta. Tapi dah kawin pulak. hehe... jatuh cinta dari jauh je la.. heeee....




Tengok kanan, si fatin ni nanges.. heeeeeeeeeeeeee.. feeling lah tue.... teringat kat cik abang ke?? hehe...


secara pendeknya Filem ni mmg sangat menyentuh perasaan. Sape yang baru putus cinta tu, sure melimpah2 air mata... lakonan maya karin dalam ni mmg menjadi.. Lisa surihani pun sama... sebab Mila dalam novel mmg sangat2 fussy dan dia sahaja yang nak menang... macam yang dia nak kawin dengan haris, dia NAK jugak ! last2 haris terpaksa akur... nak cerita lebih2 nnt tak boleh jugak sebab ramai yang tak sempat nak tengok filem ni lagi.... Yela asyik fully book jer. kepada yang tak tengok lagi tu jom la ramai2 tengok sebab filem ni mmg WAJIB TONTON. ;p





tisu yang saya simpan td saya simpan balik sebab tak di gunakan... nah fatin, amik tisu nie.. hehe.. ok bai.

No comments:

Post a Comment