Friday, December 2, 2011

PITBULL ASIA TOUR 2011 AT SUNWAY LAGOON - 1 DEC 2011

Suasana di Sunway Pyramid... Memang meriah uolsss... Terpegun masa masuk dalam ni... Macam batak sket la... haha.. setahun sekali nampak lampu liplap bentuk rusa... =)

Macam seram je kan laluan dia.. Rasanya mcm kami berdua je yang ada masa ni. Mungkin sebab dah lambat sangat dah kot...

Masa sampai kat puncak ni rasa macam nak berhenti je... Lawa sangat permandangan kat sini. Dengan angin sepoi2 menghembus ke rambut, lalu berterbangan rambutku.... dapat jugak la snap gambar.. Sebab masa ni mmg tgh jalan laju2, memandangkan dah ujan.... Payung plak lupa nak bawak..... ayyooo...

Masa ni Mizz Nina tgh perfom.... Mmg menakjubkan! Dia punya tarian mmg sangat2 best... Suara pun sedap. Takde pun gigil ke, semput ke, walaupun menari bagai nak tercabut pinggang.

Nampak tak khemah tu? Cuba teka apa ada dalam khemah?? taraaa.... makanan!! KONONNYA kalau vip tix dapat makan sambil tengok konsert TAPI....... HAMPEH.... Datang je makanan banyak dah habis... Ada ke bg makan samosa goreng?? baik la makan nasi lemak je kat makcik tepi jalan. lg sedap & kenyang...

AISHHH sempat g potong rambut petang tu... Mmg nak trim rambut bawah dah lama dah, tapi hari ni je yang sempat... singgah la sekejap salon kat area rumah. trim dan blow rm18. Dulu rasanya rm15 je. Sekarang semuanya dah naik harga kan? hmmm..

Kat escalator sempat lagi menyenap gambar.. padahal bergoyang2 tangan masa ni... huhu...

EH EH... Kak kem & En. Nuar pun ado.... Terjumpa mereka ketika di sini... So sporting..
best best.

hai abang botak seksi. =)









Perjalanan amik masa 1j 30 minit untuk sampai ke Sunway Pyramid. Kami lambat sebab jammed gila2. Dah la ujan... Kesian Ell terpaksa bawak kereta dalam keadaan rempit jalanan. Pabila sampai sini je, rushinglah kami (rushinglah?) ayat mix. terpaksalah kami jalan dengan pantas untuk ke Sunway Lagoon. Bila sampai sini je, eh, kenapa tak ramai?? ok sebab kami lambat . huhu.... Masa nak masuk kat pintu Sunway Lagoon nie, ada security tanya, tix apa? tix vip B. Kenapa pandang kami macmtu? Tau la semua yg masuk vip tu pakai lawa2. kami ni setakat pakai tshirt dan jeans je.... touching jugak la masa nie... sob sob... k la lantak dorg la janji dapat masuk.... huhu.... Laluan untuk masuk ke dalam agak seram. Sebab macam seolah2 hanya kami je yang g tengok konsert. Salah tarikh ke??? haha.... Mulalah nak merepek tu... Terang2 kat tix tulis 1 Dec. =)







Turun 3 tingkat ke bawah, sampailah kami ke dalam sunway lagoon. Kena security check lagi. Penat asyik bukak tutup beg je kejenya... ish ish ish... takpe la, untuk keselamatan bersama. =)
langkah je kanan, toleh kiri kanan, hmm rupanya mmg tak ramai. Mungkin sebab hujan. Mula2 tak la renyai sangat, sekali, amik kau, lebat gila...!! sampai lencun! tapi bukan ktorg lah, ni orang lain.... Yang lelakinya bukak baju,(ingat badan kau cantik sangat??emo sekejap.) yang perempuannya pakai bikini aje. adoiiii.... apa2 lah janji korg bahagia...




Masa "menikmati hujan", kami duduk kat bawah khemah yang di sediakan... Dalam pukul 9 suku barula hujan berhenti... Masa ni baru kami pegi ke dalam khemah makan untuk amik makanan yang di sediakan. Sampai je sini, bersesak2 kami amik makanan... pastu makanan dia, samosa goreng dengan cupcake kecik je yang tinggal. Pastu nak amik air pun berebut2. hadoyai... ramai yang marah... dengan hujan, pastu makanan habis, pastu berebut2.... tapi dorg tak buat apa2 pun. FINE. Pasni amik je regular tix. huh!



Dalam kul 9.30 malam, tetiba semua menjerit. eh dah kenapa??? rupanya konsert dah start. Boleh pulak tak perasan... huhu.... kami pun mencarila tempat yang best untuk berdiri. Almaklumlah saya ni bukanla tinggi mana pun. 154cm jewww... so faham2 je la... takkan nak menjengkit 2jam. mau kejang kaki nie.... Nasib baik la Ell tinggi, so dia lah yang bawak saya ke depan... hehehe... tq ell.... Persembahan Mizz Nina serius best... berdegup jantung ni sebab sound dia pun best.... Lepas Mizz Nina perfom, ada sorg DJ cina plak perfom. Lagu yang dia bawak mmg semua baru2.... Lepas DJ tu dah habis perfom, jeng3x......




PITBULL in da house.............. Suara, tarian, persembahan mmg DA BOMB.... Yang paling best masa dia goyang2kan punggung... hahaha. GATAI ye.... Pastu, suara dia kat radio dengan live mmg SAMA. Mantap gila... rasa mcm tgh tgk kat dalam tv... =)
So far semua persembahan dia mmg 5 bintang. Thumbs up! Rasa macam sekejap je dia nyanyi... Tengok2 dah habis..... Masa dah habis ni tak ramai lagi yang balik. Sebab dorg mainkan lagi lagu rancak2.... Tapi kami dah penat nak berdiri lama2 lagi kat sini... Kami pun beransur pulang... Masa balik tu lalu lagi kat laluan masa datang. Seram menjelma kembali. Tapi kali ni lain sket, kurang sket seram dia tu... Sebab masa ni ada beberapa orang yang lalu sini... =)




Kesimpulannya, konsert Pitbull ni mmg BEST, CUMA... kena ada cuma jugak dalam best2 tu... layanan yang katanya vip tu TAKLAH vip pun... So yang tu kena perbaiki lagi...
ok bai ;)

1 comment: