Tuesday, February 12, 2013

OH TIDAK ! MATA SAYA SUDAH BERTAMBAH RABUN :(


Minggu lepas saya sakit mata. Tak tau kenapa jadi macamtu. mata jadi bengkak mcm kena gigit lebah. bila tutup mata, rsa berdenyut2... hati mulalah rasa tak keruan. ye lah, dari bulan lepas asyik sakit mata jer. takut jugak kan... hari tu kat mata putih tu, mcm ada ketumbuhan kecik. saya terus g klinik. ingat nak pegi klinik pakar mata, sekali tutup lagi. so nak tak nak terpaksalah pegi klinik biasa jer. masuk dalam bilik doktor, dup dap dup dap jantungku berirama. doktor tanya sakit apa ?? saya jawab sakit mata. mcm ada ketumbuhan kecik warna kuning. doktor amik lampu suluh kecik, dan check mata saya. doktor amik masa 2 , 3 minit jugak la nak pastikan apa sebenarnya yang berlaku.. akhirnya doktor bukak mulut.. dia kata xde apa2 yang serius. cuma jangkitan kuman. pheww LEGA. keluar klinik dengan muka gembira. doktor bagi ubat tahan gatal, dengan ubat titik. dalam 3 hari je da surut .



cerita tu dah habis, masuk pulak episod baru.. kali ni mata pulak bengkak. mcm yang saya kata td tu... nak kata mengendap org mandi xde la pulak. cuma mandikan kucing je la.. huhu... bila da bengkak tu, mcm biasalah kan.. cuak gila di buatnya... ingat nak pegi klinik, tapi tak jadi. saya cuba letak ubat titik yg doktor bagi aritu. alhamdulillah dalam seminggu, surut dah bengkak. saya rasa myb sebab jangkitan kuman jugak... dalam masa yang sama, saya rasa mata saya ni da bertambah rabun. bila pakai spek mata, still kabur. so saya amik keputusan untuk check power mata saya kat kedai cermin mata. seperti yang di jangka, power rabun saya naik 100 untuk setiap mata... mata kiri - 525, mata kanan - 550. padan la saya still rabun even da pakai spek. saya amik keputusan untuk tukar cermin je... sebelum tu staff kedai ni bg cadangan cermin mana yang sesuai untuk saya. ada ke dia cadangkan yg harga rm380 ?? peh peh pehhh. mahaiii... saya kata kat dia, saya nak cermin yg mcm saya pakai sekarang. "sambil tunjuk kat cermin mata saya". cina tu kata.. hhaaaa ok2 boleh ma... yg ni cuma rm120 sahaja. bole pun bg hrga mcmtu. tp biasalah org nak meniaga, mestila bgtau yg mahal dulu.. hehe...


di sebabkan lps ni cuti raya cina, so kedai ttup seminggu.. jadinya hari rabu atau khamis baru boleh siap.. takpe lah, janji siap. :)

panjang kan membebel padahal nak bgtau power rabun dah naik 100 jer. mukadimah dia tu mcm nak g johor tapi lalu sabah dulu, pastu singgah kemaman, pastu baru g johor. HAHA.

ok bai :)

No comments:

Post a Comment