Sunday, August 12, 2012

SELAMAT SEMBUH KAK UMI :(

Sementara nak tunggu waktu melawat kat hospital putrajaya ni,iaitu pada pukul 4.30 petang, kami sempat bergambar sebab dah lama tak jumpa kawan2 saya nie.. rindu... Tengok la tu gaya masing2. Ada yg muka ketat, ada yang muka takde perasaan. haha. Kami sampai dalam pukul 4ptg. Ingatkan waktu melawat pukul 4, rupanya salah pulak. Dalam setengah jam tunggu kat sini, dah la tgh puasa, duduk pulak sebelah cafe.. YaAllah bau-bauan makanan sangatlah menusuk hidung. Ni la di namakan dugaan di bulan puasa... Tengok jam, adui lagi 3 jam lagi.. Sabar wahai perutku... kejap lagi kita makan ye ?? :)

First time pakai tudung bawal 3 tone ni hasil pemberian Kak Dilla. Sorii bukan takmo pakai tapi saya tak reti pakai tudung bawal. sebab rambut saya rambut M, jadi kalau pakai tudung ni, senang nampak anak rambut. Tapi saya gagahkan jugak pakai tudung ni. Siap lilin bagai. Macam tudung keje pulak. huhuhu... Mula2 pakai kira ok la, sekali.... dah 2 jam pakai, hambikkk kau... anak rambut semua keluar.. Kena betulkan selalu.. Tapi takpe saya gigih selalu betulkan.
*cucuk pin kat kepala*

Tepat je jam menunjukkan pukul 4.30, tiba2 berkerumun semua org pegi kat lif. Dah macam rusuhan pulak. Jadi kami buat keputusan,tunggu reda dulu,baru naik ke bilik ICU. Kami amik keputusan naik tangga.Sebab cuma setingkat je pun nak naik ke ICU. Bila dah sampai kat sini,kena register untuk pas masuk. Kena bagi ic. 1 pas hanya untuk 2orang je.So kena la gilir2 masuk. Bila sampai je turn saya tgk kak umi, terus saya rasa sebak.Sebab kak umi baik. Bila org baik dengan kita,kita akan rasa bertambah sedih. Lagi2 tgk dia mengerang sakit masa nurse masukkan ubat. Kak umi di masukkan ke ICU sebab sakit lelah dia dah terlalu teruk. Kesian sangat. Bukan setakat mulut dgn hidung je di tutup tapi seluruh muka di tutup dengan oxygen mask. Dia dengar apa yg kita cakap, tapi bila dia nak bercakap tu mmg susah dan kami tak dengar... Dalam 30 minit kami bergilir2 jumpa kak umi, kami pun balik ke rumah masing2 untuk berbuka.

p/s : kami sempat beli pau. saya beli pau kari ayam dua, pau coklat 1, dengan pau kaya 1. Pau coklat jugak yg mampu membuatkan saya di awang-awangan.cewaahh...

Kepada kak umi, saya doakan agar kak umi cepat sembuh.. makan ubat ye kak...

No comments:

Post a Comment