Friday, January 6, 2012

Announcement TAMIL di KLIA


SEPANG – Tugas mereka mudah iaitu hanya membuat pengumuman menerusi bahasa Tamil tetapi jika berlaku sedikit kesilapan, ia sudah tentu boleh menjejaskan imej negara kepada pelancong asing.

Itulah tanggungjawab yang perlu digalas oleh 19 pembantu penerangan dan keselamatan Malaysia Airport Berhad (MAB) yang ditugaskan untuk membantu penumpang dari India yang tiba di negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Terbang Tambang Murah (LCCT) bermula 1 Januari lalu.

Seorang daripada mereka, Yogeswari Nagaiah, 29, berkata, dia cukup teruja apabila dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut setelah berkhidmat selama dua tahun di KLIA.

“Sebelum ini, saya membuat pengumuman dalam bahasa Inggeris tetapi bermula 1 Januari, saya agak gementar pada hari pertama membuat pengumuman dalam bahasa Tamil.

“Walaupun teks penuh dalam versi bahasa Tamil mengandungi informasi mengenai jenis penerbangan, masa lepasan penerbangan dan tempat pelepasan disediakan, kami mesti menyampaikannya dengan baik bagi mengelak kesalahan atau kekeliruan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan inisiatif tersebut berikutan jumlah penumpang dari India mencecah lebih 400,000 penumpang sebulan dan 90 peratus daripadanya hanya memahami bahasa Tamil berbanding bahasa Inggeris.

Kesemua kakitangan yang dipilih diwajibkan menjalani kursus bahasa selama sehari di bawah kelolaan seorang pensyarah khas dari India. -kosmo!


P/S : Lepas ni Uncle Sundra & Yoges femes kat klia. hehe... nak sainnnn... ;)

No comments:

Post a Comment