Thursday, September 6, 2012

BURGER BAKAR ABANG BURN @ NILAI :)


Ni bukan setakat terliur je, ni dah tahap kena mintak tolong makcik cleaner mop lantai. haha. Serius masa ni tgh lapa, sebab kami mmg sengaja tahan nafsu makan kami dari pagi. Cuma sarapan mee je. tu pun sikit. Semata2 nak sumbat burger bakar ni. Walaupun perut kami berkeroncong, tetap maintain tahan jugak sampai ke malam. Kami sampai sini dalam pukul 9 malam. Punyalah ramai orang. Kami dapat order yang ke 78. Bayangkanlah punya ramai orang. Tapi tak la tunggu lama sangat pun. Tak sampai setengah jam, no kami di panggil. Rasa macam kat bank pulak sebab kena amik nombor bagai. :)




Muka2 kelaparan. hahaha... Masa ni nak makan kat kedai makan ni, tapi meja semua dah penuh. Jadi terpaksalah tukar plan. Kami makan kat dataran nilai jer. Nasib tak ramai orang sangat. Siap ada paip air lagi Senang nak basuh tangan. Percaya atau tak, 10 minit je saya dah habiskan burger nie. Saya order double cheese (ayam). Kak dilla oder burger cheese daging. Tercengang jugak lah kak dilla tgk saya dah abis makan. Dia ada separuh lagi... Sedap dan lapar punya pasal.. huhu... Burger saya ni rm 10.50. Kak dilla punya rm 8.50.


Tak salah saya cawangan nilai ni baru 2 bulan beroperasi. Lokasi dia dekat je dengan Giant Nilai. Lepas je Giant Nilai, ada roundabout, dia belah kiri. Nampak je kete kuning tergantung, haa tu la gerai dia. :)


Boleh bawak family makan sini. Burger dia mmg terbaik dan sangat sedap. Lama dah teringin, baru la dapat merasa... :)


JOM TERJAH RAMAI2.... :D


ok bai :)







No comments:

Post a Comment