Sunday, September 9, 2012

WEDDING KAK NOLLY ~ 1 SEPTEMBER 2012~

Sebelum sampai rumah pak ngah, kami sempat singgah makan kat restoren murtabak singapore.. sangat marveles. Kalau dtg sini mmg tak penah miss singgah makan sini... Murtabak dia banyak sangat daging dan telur. nampak pulak gambar anakanda Sultan Johor kat frame. Bergambar dengan pekerja kat sini. Lagi la berkobar2lah nak makan sini.. *motif?* haha :)

Malam sebelum nikah. saya pakaikan kak nolly inai. 20 jari termasuk jari kaki. yang part jari kaki tu mmg lawak. siap soletape bagai kat kaki tue. hodoh pulak tu sy soletapekan. haha. yang kurang bestnya, inai kurang merah. jd warna oren je. terpaksa pakai inai tiub. nak bg dia merah. Yang sedara mara lelaki sibuk jugak menyelit. pakai tatu inai kat lengan. siap google image lg nak tau corak apa yang lawa. mcm2 hal budak2 nie... huhu...


Nikah dalam pukul 9 malam 31 ogos. so siang tu sempat lg kami mencari mana2 barang yang terlupa nak beli. kami pegi pekan muar, cari bunga segar untuk letak kat hantaran. nak bg lagi cantik. sebab bunga ros yang kat hantaran banyak yang layu..

Saya minat kat pelamin kak nolly. simple dan nice. first time tgk dah jatuh hati... huhu.. malam nikah tu sya pakai tudung warna warni. nasib kena jugak la dengan tudung. saya kan suka pakai tdung kontra dengan baju. hahaha... ha nak cerita ni, kami stay kat umah jagaan warga emas. kira umah orang tua la.. umah jagaan ni mcm ala2 taska . bila sabtu ahad , anak2 dorg akan amik . sehari rm100 kami sewa . mmg selesa . bilik dia banyak . bilik air pun banyak .. siap ada dapur n peti ais :) yang paling best , ada kuih raya . muruku sume ada . tp kami tak berani nak amik . buatnya org tua punya , dah dorg kempunan sebab ktorg dah habiskan . hehe . so kami amik keputusan utk jamu mata je :D

masa malam ni akim nampak nerves sangat2. berpeluh2 dia. kesian tengok. hehe. dua kali lafaz. bila SAH je, berjurai2 air mata saya n kak ira. sedih sebab dah tinggal berdua je dengan kak ira :(
ye la kak nolly msti bz. xde dah nak hang out selalu dengan ktorg. sedihhh :( tapi dalam sedih kami tetap happy. 7 tahun dorg bercinta. bersatu juga akhirnya.






masa outdoor ni kelakar gila. sebabnya kami yang over amik gambar dari pengantin. hehe. sampai ke malam ktorg teman pengantin amik gambar.

malam 1 september ni, ada makan2. ada bakar satay n karaoke. cabutan bertuah pun ada jugak. malam ni saya dengan kak ira nyanyi lagu man bai. kau ilhamku. khas untuk kak nolly :)
cabutan bertuah saya dapat hadiah tupperware.. suka gila sebab dah lama tak dapat hadiah. :)

esoknya, 2hb, kami semua pulang ke rumah masing2. sebelum tu sempat singgah umah pak ngah, ktorg habiskan lauk pengantin yang tak habis semalam :)

dalam pukul 2ptg, ktorg semua gerak balik... masa balik, kami singgah lagi makan murtabak singapore.mengidam lagi... ni masa taip ni pun terliur2 lagi. haha. lama jugak baru sampai rumah. dalam 4 jam. sebab jalan jem. sampai umah, trus serbu kucing. si qila. buat muka kesian pulak dia... saya bg dia makan n bergurau tak berapa nak manja dengan qila. :)


ucapan khas : selamat pengantin baru kak nolly n akim. semoga jodoh berkekalan hingga ke SYURGA . amin.. :)

ok bai :)

No comments:

Post a Comment