Saturday, September 29, 2012

bajet 2013 - 2.7 juta orang bujang dapat BR1M 2.0


NAJIB bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas sesi pembentangan Bajet 2013 di Parlimen semalam.






KUALA LUMPUR - Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua atau BRIM 2.0 akan diteruskan tahun depan dengan golongan penerimanya bukan sahaja membabitkan 4.3 juta isi rumah tetapi manfaatnya diperluaskan kepada 2.7 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas.


Golongan bujang itu akan menerima bayaran RM250 dengan syarat pendapatan mereka di bawah RM2,000 sebulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran tersebut akan dibuat awal tahun depan.

"Hasrat kerajaan memberi bantuan ini kepada isi rumah berpendapatan rendah serta golongan bujang bukan satu langkah populis tetapi manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan secara berhemah," kata beliau yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam. - kosmo!

p/s : gatal pulak tapak tangan kanan saya. hehe. tq PM :)

ok bai :)

No comments:

Post a Comment