Friday, November 11, 2011

KURSUS GROOMING & BASIC INFORMATION @ MATC KLIA











tarikh : 9 nov 2011 - 11 nov 2011
masa : 0830 pagi - 6 petang
tempat : MATC KLIA



Wah tajuk tak nak panjang 3 kilo meter lagi? hehe.... Apa yang saya nak cerita hari ni sebenarnya mengenai kursus BASIC INFORMATION yang saya attend selama 3 hari. sebab tu la da 4 hari tak update. mana taknya, bila la nak update sbb tumpukan perhatian pada kursus ni. FOKUS! ecehhh.... poyo jeeee.. haha.



hari pertama, 9 nov 2011, rabu.


mula start hampir 9 pagi. ye la, kena la makan dulu. makan bihun goreng... tapi sbb first time kursus, so ada la yang lambat. aku la tu. haha. jammed beb... apa boleh buat... masuk je dalam bilik kursus, mak aihhh sejuknya... tapi tahan jugak la sbb mana nak adjust aircond. tau pulak mana nak tekan... kang salah tekan lain yang jadi....



masa hari pertama ni tak ada yang best kecuali masa grooming class. dalam dua jam class nie. yang ajar miss kawoon. dari kawoon inc. dia ni juru runding make up untuk MAS crew. kali ni kami jadi MAB crew. hehehe... mula2 dia ajar pasal cara nak basuh muka, toner, serum,n sental DAKI. lepas dah sental DAKI tu, rasa licin gile tangan. ye la sbb buat kat tangan, tangan lah licinnya. kalau buat kat dada, opss tak boleyyy... kalau buat kat kaki, kaki la yang licin... tapi sebab dia bagi pun sikit, dapat sental tangan je la.... then dia ajar cara pakai mask. mask tu macam panadol je keciknya. rupanya kena campak dalam air baru la dia kembang.... bila dah kembang pakai la kat kaki, eh muka... ada yang pakai terbalik... kelakar tau class nie.. hehe....


pastu ajar mcmana nak mekap... masa ni best sbb saya mmg suka pada mekap2 punya barang nie... =) ajar cara mekap yang betul. jadi dari saya tak tau tu, jadi tau la.. banyak yang saya belajar masa nie... habis lambat dalam 6 lebih. tak perasan pun sbb seronok... huhu...


hari kedua, 10 nov 2011, khamis.


huargghhh ngantok, pastu sakit perut atas sebab2 perempuan punya sakit... =) dalam bilik sejuk, so mmg bertambah sakit. muka pun dah jadi biru... uhuuuuuu... clas hari ni biasa2 je... urmmm....


hari ketiga, 11 nov 2011, jumaat.


datang awal, pukul 8 suku! haha... baru la ko nak awal yanggggggg... makan nasi goreng n keropok ikanggg.. sedap... masuk class terus ngantokkk... urmmm lagii... masa makan mmg best. makanan sedap sangat. ada sup ayam... sangat sedappp... mmg la sup ayam je tapi rasa dia tu lain tau... ;p
kali ni class pasal ISO, pasal handling complaint dan mengenai emergency di KLIA. class last kelakar sebab cikgu dia kelakar... terhibur la walaupun dah penat sangat masa nie... balik tepat pukul 6 pas jawab test... lepas tu dapar SIJIL... sukaa sukaa suka.. =)
balik masa ni dalam keadaaan badan yang penat... balik nak rehat cukup2... pengalaman attend 3 hari class ni sangat2 lah berguna untuk kerja seharian sebagai customer service. harap akan ada lagi kursus yang mcmni. ataupun lawatan ke muzium atau pun ke pasar. bak kata bos. hehe.. ok bai ;p

No comments:

Post a Comment