Thursday, November 17, 2011

TENTANG DHIA... =)

izreen ni kawan my bff rupanya.... Kak Dilla. My bff kata kat dalam cerita ni je dia jahat, tapi kat luar dia ni baikk... mmg menjadi lakonan dia kan?? good job!

mcmni pun tetap comel gak kan?? =)












Tentang dhia,hasil nukilan dan arahan Azlina Pa wan, Tentang Dhia dijayakan barisan pelakon hebat termasuk Nora Danish, Ako Mustapa, Adyputra, Tasha Shilla, Izreen Asmida, dan Puteri Sarah.

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya. Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari Universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk.Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab sehingga Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir sangat meminati Rose pekerja di firma tersebut. Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majllis pengebumian Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia.

Apa kesudahan cerita ni?? harap sangat happy ending kan?? kalau sad ending, kita BAKO... kita BAKO...


Kalau yang terMISS cerita ni boleh tgk kat www.tonton.com.my

ok bai =)

No comments:

Post a Comment