Sunday, September 18, 2011

Kak Nolly Bertukar Status! =)

Adik sedara sy, Hanis & Olah.. Sorg keje kat Digi ( nak topup free <--- iklan), sorang belajar lagi tapi tak ingat kat mana.. huhu...

kiri----- saya ketika berumur 52 tahun... hehe =)

Mak andam terjun bersama dengan pelanggan. eh? bukan2 bersama dengan kakak sedara yang saya cintai ;p

Kak Nolly dan adik sedaranya yang sangat tembamm.. Baru umur 4 tahun tapi badan da kusss semangat... huhu...


malam---> test mekap ;p


Kak Nolly dah bertukar status?? apakah?? oyehhh... Kak Nolly dah jadi hak milik separuh tunang dia la maknanya... =)


Dekat 6 tahun menjalin kasih, akhirnya mereka bertunang pada 17 september hari tu.. hari Sabtu. Nasib la masa ni mmg rest day. Dapat la datang sini memeriahkan lagi majlis.


Saya gerak ke Muar pukul 3 petang hari jumaat tu. sampai Muar lebih kurang pukul 6 petang. sampai je sana, sy tido kejap sementara nak tunggu Kak Ira & family sampai. Dalam pukul 7 saya di kejutkan dengan kehadiran kak Ira.. Ayyoo apa skema ayat ko yanggg?? hahaha... Lawak lakss. Kak ira sampai je sy terus cakap dengan dia.. kak ira.......... jom makan??? ayat wajib ni....


Ktorg pun apa lagi.. terus pegi dapur... ada pulak laksa johor dengan laksa penang. Di tambah pulak dengan buah duku kepala mu baru tau. Nama baru bagi buah duku. (tak lawak sangat kan?) pagi2 ni lawak tak menjadi. hehehe...


Selesai je makan2 ktorg pun mandi.. Teringin sangat nak mandi kat perigi tapi tak ada pulak. nak jugak rasa macam orang dolu2 mandi. tapi bukan berkemban la... bahaya sbb banyak baby hutan kat belakang umah Kak nolly ni. biasalah, kawasan hutan kan. Nak jadi kan cerita malam jumaat tu, rupanya ada 6 ekor baby hutan berkeliaran kat belakang umah. yang nampak baby ni budak2 bujang. dorg dengar bunyik bising2 ingat apa rupanya ada 6 ekor baby2 ni tengah bersiar2 dan membuat inspection tgh2 malam. lari tak cukup tanah lah dorg.. hahah lawak je dgr cite dorg. siap bagitau petua kalau jumpa benda alah ni kena lari zic zac. maksudnya jangan lari lurus. sebab baby ni boleh lari lurus je. Sebabnya leher dorg ni pendek tak boleh pandang kiri & kanan. gitu yer... petua kali ini.... =)


berbalik pada cerita nak mandi kat perigi tadi... al kisahnya mana la ada perigi... so kena lah mandi kat bilik air biasa.... sib baik tak berebut2 nak mandi.... dapat lah mandi dengan tenang... siram air kat kepala pun rileks2 je.. huhu....


Malam tu ada open house kat umah kak yu.. tapi makanan dah habis sbb ktorg sampai lambat. yang tinggal cuma cekodok jer... tapi apa pun sedap sebab garing. rangup je bila makan. Tak kisah la sebab dah makan laksa penang kat umah mak ngah tadi. Teringat pulak si Fendi a.k.a S. Kubendren.. hahha... ok yang tak payah nak ingat sangat yer!!


Dari umah kak yu sampai umah mak ngah tak lama pun. 10 minit jer. so kejap je la da sampai umah mak ngah balik. =)
malam tu test mekap untuk Kak nolly. Dalam 1 jam da siap sbb Kak nolly nak simple jer... ok tak?? (mata kebil2)... huhu....


Malam tu masing2 dah x larat, terus tido. dalam pukul dua jugak masuk tido... tido dalam aircond, adoiii kejang otot... terpaksa mintak kak nolly tutup sekejap aircond tu.... sambung balik tido... =)


Pagi tu bangun, pegi gosok baju. Terpaksa la beratur sebab kena tunggu giliran kan. Kena amik nombor dulu.... dalam 15 minit tunggu baru la dapat turn kat saya.... sy gosok kejap je pun... huhu....


Lepas tu pegi la mandi... sarapan... makan bihun... dengan karipap... sangat sedap.. admire dengan bihun goreng mak ngah... nnt masakkan lagi ye masa kak nolly kawin.. hehe...


ok pukul 11.30 sesi mekap bermekap pun bermula... saya mekap macam sy mekap kak nolly malam tadi... sama jer... tang rambut kak ira yang tolong siapkan... dalam 2 jam dah siap... pihak lelaki sampai dalam pukul 2 petang. Rasa sedih masa ni sebab Kak nolly da tukar status.. =( tinggal lah saya n kak ira... wuuuuuuu.... T_T


kul 4 majlis semua selesai... Alhamdulillah... pihak ppuan bagi 9 dulang, di balas 7 dari pihak lelaki... Majlis kawin tak sure bila... kak nolly kata lg dua tahun tapi rasanya tak kot... mungkin setahun jer... nway Happy bertunang kak nolly!!!

3 comments:

  1. aikkk muor kt ne tu..awat x singgah umah akk =)

    ReplyDelete
  2. umah akak kat sana eh?? kat parit sakai kot nama dia lupa la kak.. hehehe...

    ReplyDelete
  3. ooo pt sakai akk tau..umah ak kat sg. mati..20 min pas tol tangkak

    ReplyDelete