Wednesday, May 7, 2014

RESEPI SIMPLE : ROTI DAGING BERKEJU


Bahan-bahannya:

8 keping roti

8 keping cheese (slice)

Kejucheddar / mozarella





(A) Bahan inti

1 keping daging kisar (ramly)

1 labu bawang besar (potong dadu)

3 biji bawang putih (potong dadu)


2 sudu serbuk lada hitam


1 cawan air

garam dan gula secukup rasa




(B) Bahan kuah/sos

2 biji telur

100ml susu segar

Cara penyediaan:


1) Tumis bawang besar dan bawang putih dalam kuali.

2) Masukkan daging kisar.. cerai2kan daging, jangan bagi berketul2. masukkan 1 cawan air.

3) Bubuh serbuk lada hitam dan sedikit garam. jangan letak garam banyak sgt sbb nanti nak letak cheese. cheese tu kan masin..

4) Masak inti sampai daging tu empuk dan kering.. dan tutup api.



Cara penyediaan roti lapis:

1) Sapukan majerin pada bekas/loyang.. nak senang letak aluminum foil pada loyang dan sapu majerin.. lebihkan sikit aluminium foil supaya senang nak angkat keluar.

2) Pecahkan telur dalam bekas, tuangkan fresh milk dalam telur dan pukul sebati.

3)Celupkan roti dalam campuran telur dan susun dalam loyang untuk lapisan pertama.



Roti gardenia yang di celup dengan susu.. lepas dah rendam, (jangan lama2 sgt ye), pastu susun dalam loyang sampai dia penuh.. buat 1 lapisan sahaja.



daging cincang ni, saya goreng  bersama bawang putih, bawang merah, serbuk lada hitam, garam, gula dan kobis..





selepas letak roti, saya letak bahan2 daging td. kemudian saya letak slice cheese. lepas tu saya letak roti semula, dan last sekali sy letak cheddar cheese di atas roti. 

 bakar selama 40 minit pada suhu 180 darjah.


tara... dah jadi.... :)



nyum2... makan dengan mayonis dan sos cili.. mmg marvelous !!

selamat mencuba... ok bai.... :)


No comments:

Post a Comment