Sunday, August 11, 2013

SELAMAT HARI RAYA 2013 !! MALAM RETRO & WESTERN FOOD ! :)


Pagi raya.. saya sampai kampung betul2 masa dorg semua nak salam raya. dalam pkul 9.45 pagi. parking je kereta, saya terus masuk dalam rumah dan bersalam-salaman. mulanya saya tak nak nangis. nak tahan la dari nangis.. konon nak jadi hati kering. haha. sekali bila dah nak sampai kat mak, terus air mata berjurai2.. penuh agaknya 1 baldi... hehe..

 gambar kat atas ni masa bergambar sakan dengan abg ipar. hihi.. gambar kat bawah pulak bergambar sakan dengan along. :)


lepas dah settle salam semua, kami pun teruskan ke bahagian yg sangat popular, iaitu, MAKAN. ha apa lagi ! perut saya dah mmg lapar, di tambah pulak dengan bau kuah kacang dan rendang, terus tak sabar nak menjamah semua makanan yg ada atas meja.. menu wajib adalah kuah kacang campur ayam. nyum3.. tapi... tgh nak suap nasi impit dalam mulut, mak panggil. dia suh kami semua makan kat umah wan mak. wan mak ni nenek sedara saya. sebelah umah wan saya jer.. jadi, terpaksalah saya bantutkan hasrat murni untuk makan kuah kacang tu... saya suh yg lain sambung makan. kang membazir pulak.. 


MALAM RETRO !! haaa pelik kan ?? kenapa masa raya ni ada malam retro la, pakaian beragam la... jawapannya, kami mmg setiap tahun buat family day. tapi tahun ni tak sempat nak buat kat mana2, jadi kami amik keputusan utk buat masa malam raya... malam ni kami tukar menu ke western . ye la dari pg dah makan nasi impit dgn lemang, bila malam kami tuka la menu.. abang man masak. menantu paklong saya.. kami pilih dia yg masak sbb dia chef. hehe.



bila part 3 org pakcik saya memperkenalkan diri, mmg saya gelak sampai nak pecah perut. bayangkan saya bole tak kenal dorg ni semua. HAHAHAHA!! siap pakai rambut palsu kaler blonde tu mmg buat saya gelak guling2 360 darjah ! :D




kak ira a.k.a SALOMA !! hahaha... siap ada taik lalat besar kat bawah bibir. hihihi...

bersama samseng kg dusun !!


bulu dada yg kami lukis tu mmg nampak REAL. hahaha.. cuma bulu2 jer tak de.. celak je yg berselirat kat dada . =p


game di atas di namakan sebagai " ISTERI ME MEKAPKAN SUAMI". so faham2 je lah apa result dia kan. HAHAHAHA.. abg ipar saya siap pakai lipstik merah menyala pastu pakai cekak riben. mmg lawak tak ingat..



kesimpulannya, raya tahun ni mmg yang paling meriah untuk kami.. asyik gelak pastu makan. lepas makan, gelak balik. tu je la keje kami untuk 3 hari kat kampung. 

tahun depan ingat nak buat tema hawaii pulak. eh ? hahaha.. mau kena baling dengan cangkul tak pasal2. ye la masa raya pakai hawaii bagai. nak tau sape yg baling dulu ? mstilah atok. haha !!
akhir kata dari saya, selamat hari raya dan maaf zahir batin.. saya mintak maaf jika ada terguriskan hati sape2 yer..
 kosong - kosong ye kawan2... :)

ok bai :)

No comments:

Post a Comment