MOSCOW: Serpihan tahi bintang meletup dan jatuh di
tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia
mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang
cedera.
Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk
apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah
atmosfera di bandar itu.
Menteri dalam negeri berkata, lebih 250 orang cedera, tiga daripada
mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di
Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain.
Kementerian kecemasan berkata, komunikasi mudah alih dihentikan sementara.
“Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas
Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan
meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat
dua letupan,” kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu
kenyataan.
“Gelombang itu memecahkan tingkap dan kaca di Chelyabinsk dan beberapa bandar lagi di kawasan itu,” katanya.- mstar
salam kenal....singgah balas follow....
ReplyDeleteAlhamdulillah.....tak jatuh kat malaysia ye....kalau tak habislah kita he heee.....
yan : done follow awk. tqvm.. hehe.. tu la nasib tak jatuh kat sini... tp kesian jugak org rusia yg cedera tu kan... :(
ReplyDelete