Susulan daripada kes pertunangan secara senyap-senyap oleh pelakon
terkenal Fizz Faiuz pada 10 Februari lalu, akhirnya pelakon ini tampil
kepada pihak media bagi menjelaskan segala-galanya.
Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Fizz Fairuz mengaku bahawa
hubungannya bersama wanita yang dikenali sebagai Azlyn Massiela kini
telah berakhir kerana merasa tertipu apabila mengetahui status sebenar
wanita tersebut.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.
“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita
tersebut dan menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa
dengan suami wanita itu pada Sabtu lalu”
Berikutan daripada kontroversi tersebut, Fizz turut memohon maaf kepada Almy Nadia secara terbuka.
“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu
dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni.
“Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia,
saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu
saya terus bertunang.”
Sumber : Harian Metro
No comments:
Post a Comment