budak baru balik keje di hari jumaat mengidam pulak nak makan pavlova. dah la pakai baju kurung. hehe. |
PAVLOVA KAMI DATANG ! ceh gitu ayat. over sangat. ala sekali sekala mengidam makan kek apa salahnya. ye dak. *makan je tak habis2*. :)
lokasi kali ni kat empire subang. kat restoren serai. nama je serai tau. bukan semua makanan dia ada serai. pelik pulak pulak kang kek rasa serai. *sila saspen*. haha.
kami masuk2 je terus rasa teruja. bukan teruja sebab nampak remy ishak kat sini, tapi sebab tempat duduk PENUH. alamak. lupa nak booking dulu. erm, tak sempat nak usha line, tetiba staff dia datang. *sambil betul tudung*, cik ada tempat kosong tak ? sib baik staff dia jawab ADA. kalau takde tadi sure kami balik sambil nangis2. *tipu je*.
apa yang saya boleh kata, restoren ni punya hiasan mmg cantik.. romantik gila. makanan pun semuanya sedap. sila lah datang sini bawak rakan taulan mahupun family anda. sure nak datang lagi. :)
anggaran untuk seorang beserta main menu, air dan dessert dalam lingkungan rm50. *masa ni kami kongsi2 je so tak sampai la rm50 pun*.
jo singgah di :-
LG37, Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya.
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya.
empire@seraigroup.com.my
+603.5611.3200
+603.5611.3200
No comments:
Post a Comment