Saturday, April 18, 2015

tenang hati


Manusia yang kaya dan beruntung sebenarnya adalah mereka yang memiliki hati yang tenang dan lapang.
Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu Allah yang pegang. Dan lupa bahawa rasa ketenangan itu Allah lah yang berkuasa mencampakkan ke dalam hati kita.
Kita selalu beranggapan bahawa kita akan gembira bila mendapat apa yang kita mahukan.
Tapi sebenarnya kita silap.
Gembira sahaja tidak cukup tanpa hati yang tenang. Hati yang tenang akan menjadikan kita aman dan sentiasa lapang walaupun mempunyai banyak kekurangan dan masalah.
Sedangkankan rasa gembira itu hanya bersifat sementara.
Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah diikuti dengan menjaga hubungan dengan manusia yang lain.
 p/s : jaga hubungan sesama manusia. jangan sampai ada yg benci kita. ya betul kadang2 kita tak kacau org pun kita di benci.. biasalah tu manusia kan.. abaikan je pada org yang mengata kita.. yang penting kita tak sama macam dorg yg tak berguna tue. yang penting hubungan kita dengan Allah. tu yg paling utama. teruskan je hidup dengan senyuman. ok senyum sekarang. lupakan masalah yg anda hadapi. in shaa Allah ada jalan penyelesaiannya.. :)

No comments:

Post a Comment